Anda di halaman 1dari 11

Trademark Dan Token Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Huda Suhaily binti Adam, Farizan binti Ahmad & Lina binti Mili
Guru Pelatih DPLI UKM

ABSTRAK
Guru sering berhadapan dengan pelbagai ragam bermasalah tingkah laku pelajar
bermasalah pembelajaran yang menunjukkan perlakuan agresif, pasif, perlakuan negatif
sosial dan bermasalah emosi. Guru perlu membuat satu program pengurusan tingkah laku
bagi mengubahsuai tingkah laku masalah terbabit. Oleh itu kajian tindakan ini dijalankan
bagi mengembalikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dengan wujudnya
komunikasi dua hala antara guru dan pelajar semasa berlangsungnya proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan Trademark dan teknik ganjaran. Tiga guru pelatih
merupakan pengkaji utama kajian dan dilakukan ke atas lima pelajar program Pendidikan
Integrasi di sebuah sekolah di Melaka. Data kajian diperoleh melalu pemerhatian dan
temubual serta refleksi pengkaji. Hasil daripada pengaplikasian trademark yang dijalankan
sepanjang tempoh kajian, pelajar dilihat dapat memberikan kerjasama yang baik dan
memberangsangkan. Penggunaan teknik ganjaran (token) juga dapat meningkatkan minat
pelajar untuk terus melibatkan diri secara aktif di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Teknik-teknik ini perlu penambahbaikan sehingga mantap melalui beberapa
kitaran kajian tindakan dalam konteks dan sampel pelajar yang berbeza oleh pengkaji
sendiri dan juga guru-guru Pendidikan Khas yang lain.

PENGENALAN

Selama sebulan iaitu bulan pertama tempoh praktikal, pengkaji sebagai guru pelatih
melakukan pemerhatian terhadap permasalahan yang berlaku di dalam kelas dan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mendapati 5 orangpelajar bermasalah
pembelajaran dalam satu kelas khas ini mempunyai masalah dalam menumpukan
perhatian atau fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila
mereka tidak dapat menumpukan perhatian, pelajar akan berasa bosan dan kemudian
mengganggu rakan-rakan mereka untuk belajar dan fokus terhadap isi pengajaran yang
guru sampaikan. Ada kala nya terjadi pertikaman lidah dan pergaduhan apabila terdapat
pelajar yang hilang fokus dan mengganggu rakan mereka untuk belajar.

Berdasarkan refleksi awal dan pemerhatian para pengkaji semasa latihan mengajar
di sekolah, didapati pelajar masalah pembelajaran seringkali tidak dapat menumpukan
perhatian dalam tempoh yang lama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai
teknik pengajaran dan pembelajaran telah dipelajari oleh pengkaji sebelum menjalani latihan
mengajar di sekolah. Justeru, bagi mengatasi masalah penumpuan yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar pendidikan khas ini, maka mereka memerlukan sesuatu pendekatan yang
mampu memotivasikan diri mereka dalam memberikan perhatian. Sebagai guru pelatih,
ilmu-ilmu yang telah dipelajari perlu dipraktiskan dalam konteks sebenar. Antara teknik yang
dipelajari ialah ”Trademark” dan token yang dijangka mampu merangsang minat mereka
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Penggunaan ”Trademark” dan teknik
ganjaran (token) adalah sesuatu kombinasi yang baik sebagai peneguhan dalam mengubah
tingkahlaku pelajar. Sebagai contoh, apabila guru mendapati pelajar semakin kurang
memberi perhatian (tingkahlaku negatif), guru akan menyebut ”Trademark” untuk
mengembalikan fokus mereka, seterusnya ganjaran token akan diberikan sebagai
peneguhan kepada pelajar yang mampu mengekalkan tingkah laku positif (seperti
menumpukan perhatian yang lama).

Dengan itu, satu kajian tindakan dijalankan bagi mengembalikan suasana pembelajaran
yang lebih kondusif dengan wujudnya komunikasi dua hala antara guru dan pelajar semasa

1
berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Trademark
dan teknik ganjaran. Tujuan kajian ini boleh dicapai melalui dua objektif utama iaitu:

1. Meneroka penggunaan Trademark dan teknik ganjaran untuk menarik perhatian


pelajar dalam menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. Meneroka proses mengubah tingkah laku pelajar dengan cara meningkatkan tingkah
laku positif (sebagai contoh menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dan mengurangkan tingkah laku negatif (kurang
menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung)

KAJIAN PERPUSTAKAAN

“Trademark” ialah simbol atau penunjuk yang digunakan oleh individu, sesuatu organisasi
atau badan berdaftar untuk menunjukkan atau memberi pengenalan bahawa sesuatu produk
atau servis itu berasal daripada sumber yang unik, dan untuk membezakan produk atau
servis tersebut berasal daripada entiti tersebut (http://www.wikipedia.com). “Trademark”
merupakan sejenis harta intelek dan biasanya adalah daripada elemen nama, perkataan,
frasa, logo, simbol, rekaan, imej atau kombinasi elemen-elemen ini. Perkataan “trademark”
juga digunakan secara tidak rasmi untuk mewakili sebarang perbezaan dimana individu
terbabit telah dikenali seperti ciri-ciri artis yang terkenal. “Trademark” ini digunakan oleh
para pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku apabila guru
mendapati mana-mana pelajar kurang menumpukan tumpuan atau fokus serta menunjukkan
tingkahlaku yang negatif.

Penggunaan teknik ganjaran (token) merupakan sistem peneguhan yang simbolik


(Kazdin,1977; Kazdin & Botzin,1972). Teknik ganjaran (token) dipanggil sistem ekonomi
kerana ia berdasarkan sistem kewangan, yang mana wang merupakan bentuk token yang
paling asas. Dalam dunia pekerjaan, apabila seseorang selesai melaksanakan tugasan,
mereka akan menerima wang gaji sebagai balasan. Seterusnya wang itu akan digunakan
untuk membeli rumah, makanan dan sebagainya iaitu sama prinsip yang digunakan dalam
kaedah pemberian ganjaran (token). Pelajar akan menerima ganjaran (token) apabila
berjaya menunjukkan tingkah laku yang telah ditetapkan, di mana mereka boleh menukar
token itu dengan objek atau aktiviti yang telah dikenal pasti boleh dijadikan sebagai
peneguhan. Kaedah peneguhan melalui pemberian ganjaran (token) telah digunakan
dengan jayanya pada semua peringkat umur dan populasi termasuk pra-sekolah (Blanding,
Richards, Bradley-Johnson, & Johnson,1994); pelajar yang bermasalah pada organ deria,
termasuk bermasalah pendengaran (Buisson, Murdock, Reynolds, & Cronin, 1995); individu
yang bermasalah mental (Corigan, 1995); dan pelajar pelbagai masalah tingkahlaku (Lucker
& Molloy, 1995). Token boleh terdiri daripada markah yang dicatatkan pada papan markah.
Token juga boleh dibuat dalam bentuk pelekat, bintang, guli, kertas berwarna, happy faces,
reben, kain perca atau apa-apa sahaja objek yang kecil dan menarik. Ciri-ciri token yang
berkesan ialah:

1. Token mestilah sesuatu yang pelajar boleh lihat, sentuh dan kira.
2. Token mestilah bukan benda yang terlalu kecil atau besar sehingga pelajar
tidak dapat menyimpan, menjaga dan mengiranya.
3. Pelajar mestilah dapat menukar token dengan peneguhan yang sebenar
seperti dalam bentuk hadiah.
4. Token yang dipilih mestilah sesuatu yang tidak dapat diperolehi dengan
mudah oleh pelajar seperti dengan cara membeli sendiri atau mencuri. Jika
hal ini berpotensi untuk berlaku, guru mesti menyimpan token tersebut.
5. Setiap pelajar mesti memahami bahawa setiap token boleh ditebus dengan
pelbagai bentuk peneguhan.

2
6. Guru perlu menghormati keadaan pelajar yang berbeza-beza. Ada yang suka
menyimpan token mereka dan ada juga yang akan menebus semua token
yang mereka kumpul sekaligus.
7. Setiap pelajar seharusnya mempunyai peluang untuk mendapatkan
sekurang-kurangnya satu token pada setiap waktu pengajaran dan
pembelajaran dan tiada had maksimum untuk mengumpulkan token.

Beberapa kebaikan menggunakan kaedah pemberian ganjaran:


1. Ganjaran(token) boleh diberikan kepada pelajar dengan memerlukan usaha yang
minimum daripada pelajar iaitu sama ada untuk terus berada dalam tingkah laku
negatif atau menunjukkan tingkahlaku positif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh
memberikan ganjaran dengan mudah kepada pelajar tetapi keberkesanan kaedah
pemberian ganjaran itu boleh dilihat apabila token harus diterima oleh pelajar yang
layak iaitu pelajar yang menunjukkan tingkahlaku positif dan mencapai tahap yang
ditentukan oleh guru (Llyod, Eberhardt, & Drake, 1996).
2. Kaedah ganjaran memberi peluang kepada guru untuk memberikan satu
peneguhan(token) kepada ramai pelajar yang mempunyai kecenderungan
peneguhan yang berbeza-beza. Pelajar memahami bahawa pengumpulan ganjaran
(token) pada suatu tempoh tertentu akan membolehkan mereka menebus mata
ganjaran tersebut dengan barang atau aktiviti kegemaran yang patut mereka perolehi
kemudiannya.
3. Ganjaran (token) boleh diberikan kepada pelajar tanpa mengganggu proses
pembelajaran dan aktiviti lain (Llyod, Eberhardt, & Drake, 1996).

“Trademark” dan teknik ganjaran (token) dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan kaedah yang dijalankan terhadap pelajar bermasalah pembelajaran. Ia berfokus
kepada meningkatkan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di samping dapat mengubah tingkah laku pelajar yang mana terdapat
kepelbagaian ragam pelajar di dalam kelas seperti perlakuan agresif, pasif , perlakuan
negatif sosial dan bermasalah emosi. Penggunaan “trademark” akan dijalankan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan . “Trademark” yang digunakan dalam
kajian ini ialah berbentuk perkataan dan frasa yang kerap digunakan ketika perhimpunan di
sekolah yang mana sampel kajian ini sudah menghafal “trademark” tersebut.

METODOLOGI KAJIAN

Sesuatu kajian perlu melibatkan kaedah dan prosedur yang teratur dan sistematik agar
semua objekif kajian tercapai. Bahagian metodologi kajian ini akan menerangkan reka
bentuk kajian dan proses kajian tindakan yang telah dilaksanakan oleh para pengkaji.
Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking),
pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan
sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan
(looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan
(stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Pengkaji melihat terlebih dahulu
pemasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam kelas semasa sesi pembelajaran. Fasa ini
meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen),
merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang
berkepentingan.
Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih
mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada peringkat ini
pengkaji mula membuat perancangan mengenai tindakan yang akan di ambil untuk
melaksanakan tindakan. Pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi

3
masalah yang dihadapinya dan seterusnya pengkaji akan melaksanakan pelan yang
dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya pengkaji akan memerhati kemajuan tindakan
yang dijalankan itu. Pelan perancangan yang di ambil ialah seperti memilih objek yang
sesuai untuk dijadikan token, kriteria pemberian token misalnya pelajar berkelakuan baik
semasa p & p, pelajar dapat menyiapkan tugasan dengan pantas dan betul dan penglibatan
aktif pelajar di dalam kelas. Proses menebus token yang diperolehi akan dijalankan setiap
minggu dan pemilihan hadiah akan ditentukan sendiri oleh pengkaji.
Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-
penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi
pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas,
dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang
diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya
dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian. Sepanjang tempoh kajian ini
dijalankan, tiga orang pengkaji akan bertindak melaksanakan pelan perancangan yang
mana kaedah pemberian ganjaran (token) ini melibatkan tiga mata pelajaran yang berbeza
iaitu Sains, Matematik dan Multimedia. Pelajar akan menebus token yang dikumpulkan hasil
daripada gabungan pemberian ganjaran darpada tiga orang pengkaji pada setiap minggu.

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Stringger (1999)

Dalan kajian ini, tiga pengkaji yang merupakan guru pelatih yang menjalani latihan mengajar
di sebuah sekolah di Melaka. Kajian ini melibatkan lima pelajar masalah pembelajaran dari
Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Dalam menjalankan kajian ini, para pengkaji
telah memilih untuk menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Ia akan ditriangulasi
dengan refleksi pengkaji sendiri sebagai instrument utama kajian. Kaedah pemerhatian
adalah satu kaedah mengumpul maklumat yang penting khususnya dalam kalangan
manusia sebab sering kali manusia tidak mengotakan apa yang diperkatakan. Jadi
maklumat yang diperoleh secara kaedah ini mempunyai darjah kebolehpercayaan yang
tinggi dengan syarat peserta (sampel) yang menjadi fokus kajian tidak sedar bahawa
mereka sedang diperhatikan (Abdul Rahman, 2009). Pemerhatian boleh dikategorikan
sebagai berstruktur dan tidak berstruktur (Smith dan Geoorey,1968). Dalam kajian ini, para
pengkaji telah memilih untuk menggunakan pemerhatian berstruktur di mana sebelum dan

4
selepas menjalankan kajian tindakan para pengkaji telah menyediakan soalan-soalan
sebagai garis panduan ketika menjalankan kajian tindakan ini dan menguji samada objektif
objektif kajain tindakan tercapai atau tidak. Pemerhatian secara langsung telah dilakukan
oleh tiga orang guru pelatih, para guru telah menggunakan video dalam merakamkan reaksi
pelajar-pelajar sebelum dan selepas menggunakan “trademark” dan kaedah ganjaran
(token) dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa disedari oleh para pelajar
(sampel) yang mana kamera disorokkan oleh para guru ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Melalui rakaman video, para guru akan melihat , menilai dan
kemudian membuat refleksi perbezaan tingkahlaku yang telah ditunjukkan oleh pelajar-
pelajar.

Guru akan membuat catatan anektodal semasa berlangsung proses pengajaran dan
pembelajaran pada ruangan penilaian kendiri dalam buku rancangan mengajar harian.
Tujuannya untuk mengenalpasti sebarang perubahan sikap dan tingkah laku pelajar dalam
proses pembelajaran. Rekod anektodal berguna dalam kajian tindakan kerana ia merupakan
data perubahan tingkahlaku yand diperhatikan yang membolehkan pengkaji “melihat”
kejadian itu dan memberi perspektif terhadapnya. Menurut Brandt (1972), catatan anektodal
merupakan kaedah yang digunakan secara meluas untuk merekod tingkahlaku secara
semulajadi seperti yang dilakukan oleh wartawan, doktor, novelis dan juga guru.

Pemerhatian juga dilakukan dengan bantuan rakaman video supaya setiap perlakuan atau
babak semasa penggunaan “trademark” dilaksanakan dapat dirakam dan diikuti dengan
pemberian ganjaran (token) dapat digambarkan semula. Rakaman video dapat memberi
data dalam situasi sebenar pelaksanaan “trademark” dan pemberian ganjaran (token)
supaya semua keadaan yang berupa perlakuan guru dan kumpulan pelajar dapat dilihat
semula untuk dinilai. Pemerhatian ini dibantu oleh seorang guru pengkaji lain semasa sesi
pelaksanaan penggunaan “trademark” dan pemberian ganjaran (token) untuk menilai
keberkesanan kaedah yang dijalankan. Gambar foto juga digunakan dalam kaedah
pemerhatian. Pemerhatian dijalankan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung bagi memantau perubahan sikap pelajar.

Kaedah temubual dapat diklasifikasikan kepada dua, iaitu berstruktur dan tidak
berstruktur. Kaedah temubual berstruktur telah dipilih oleh para pengkaji dalam kajian
tindakan ini.Tujuan pemilihan temubual berstruktur dalam kajian ini ialah membolehkan para
pengkaji mengariskan isi-isi penting yang ingin dikaji dan diutarakan kepada sampel kajian.
Ianya juga dapat memudahkan para pengkaji dalam menganalisis dapatan kajian bagi
tujuan penambahbaikan. Para pengkaji telah menggunakan teknik temubual bersemuka
dengan sampel kajian. Temubual bersemuka adalah bentuk komunikasi yang mana
penemubual (pengkaji) mengemukakan soalan-soalan dengan tujuan memperoleh
maklumat daripada responden (sampel kajian) secara aktif (Abdul Rahman, 2009). Bagi
kajian tindakan ini , setiap orang pelajar ditemubual oleh para pengkaji pada sebelum kajian
tindakan dan di akhir kajian ini dilakukan.

Para pengkaji telah menggunakan pendekatan yang dicadangkan oleh penulis Parson dan
Brown (2002) di mana dalam menganalisis data kualitatif adalah lebih baik menggunakan
pendekatan 3 peringkat iaitu Organisasi (organization), deskripsi (description) dan
interpretasi (interpretation). Pada peringkat organisasi iaitu peringkat pertama, para pengkaji
telah mengumpul kesemua data yang didapatkan melalui pemerhatian dan temubual. Jika
tiada perancangan dalam menguruskan kesemua data ianya akan menjadi berselerak dan
sukar diterjemahkan hasilnya, oleh itu para pengkaji telah kategorikan data-data kepada dua
kategori iaitu “trademark” dan “ganjaran (token)”. Para pengkaji mengkategorikan data
berdasarkan tujuan/objektif yang ingin dicapai melalui kajian tindakan ini. Pada peringkat
deskripsi, melalui data yang dikumpul ,para pengkaji melakukan penilaian terhadap data-
data tersebut berdasarkan tujuan/objektif kajian.pada peringkat ini, para pengkaji
menghuraikan maksud yang terkandung melalui data-data yang diperolehi. Pada peringkat

5
yang terakhir ialah peringkat interpretasi. Pada peringkat ini, para pengkaji akan
merumuskan hasil dapatan data. Melalui rumusan yang diperolehi, para pengkaji akan
mendapati keputusan kajian tindakan yang dilakukan.

Organisasi Deskripsi Interpretasi

(Organization) (Description) (Interpretation)

Rajah 2: Teknik Analisis Data Kualitatif

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kajian tindakan yang dijalankan adalah menggunakan “trademark” dan teknik ganjaran
(token) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. “Trademark” yang digunakan oleh para
Peringkat peringkat menguruskan data kualitatif
pengkaji adalah :
Parson & Brown, 2002
Guru : Warga SERI
Pelajar :Cemerlang
Guru :Pelajar cemerlang … duduknya
Pelajar :Tegak
Guru :Badannya…
Pelajar : Segak
Guru :Fo…
Pelajar :Kus
Guru :Pro…
Pelajar :Aktif
Guru :Memandang guru…
Pelajar :Satu keberkatan

“Trademark” ini selalu digunakan ketika perhimpunan sekolah dan pelajar-pelajar pendikan
khas sudah menghafal “trademark” ini. Hal ini memudahkan para pengkaji menggunakan di
dalam bilik darjah. “Trademark” akan digunakan pada bila-bila masa ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Para pengkaji menggunakan “trademark”
apabila mendapati mana-mana pelajar hilang tumpuan atau fokus terhadap isi pengajaran
yang disampaikan. Para pengkaji maerasakan jika hanya menggunakan “trademark”
semata-mata, pelajar akan berasa kurang bermotivasi terhadap apa yang mereka lakukan,
oleh itu teknik ganjaran (token) dirasakan gabungan yang sesuai dalam membantu
penggunaan “trademark” bagi mengubahkan tingkahlaku pelajar di dalam bilik darjah. Token
akan diberikan sebagai peneguhan apabila pelajar menunjukkan tingkahlaku yang positif
seperti menumpukan perhatian terhadap apa yang guru perkatakan, melakukan tugasan
dengan lengkap dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
para guru (pengkaji). Kajian tindakan ini telah dijalankan selama 3 bulan dan guru
mendapati bahawa 5 pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran telah meningkatkan
tingkahlaku positif mereka dan berasa seronok dengan penggunaan “trademark” dan teknik
ganjaran (token) dalam proses pembelajaran mereka. Para pengkaji mendapati bahawa
motivasi mereka juga semakin meningkat terhadap pelajaran.

Cara pelaksanaan kajian ini ialah pada awal setiap minggu (hari Isnin) pengkaji akan
memberitahu kepada pelajar apa tawaran hadiah yang telah disediakan pada minggu

6
tersebut. Manakala pada hujung setiap minggu (hari Jumaat) hadiah akan ditebus
berdasarkan pengumpulan token. Setiap kali pelajar dapat menunjukkan tingkahlaku positif,
pengkaji akan memberikan pine wood stick yang dipilih sebagai mewakili token dalam kajian
ini. Pelajar akan mengumpul seberapa banyak token dan seterusnya nilai token akan
ditebus dengan hadiah pada setiap hujung minggu. Pine wood stick yang diperolehi pelajar
akan dilekat pada papan markah yang disediakan pengkaji mengikut ruangan nama masing-
masing. Sekiranya pelajar menunjukkan tingkahlaku negatif, denda kan dikenakan dengan
cara token akan dikurangkan daripada papan markah. Papan markah akan disimpan oleh
pengkaji dan hanya dibawa dalam kelas ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Ini
untuk mengelakkan pelajar mengubah nilai token yang terdapat pada papan markah. Papan
markah yang dipaparkan akan membolehkan pelajar membuat perbandingan dengan rakan
terhadap token yang berjaya mereka kumpul.

Guru mendapati (para pengkaji) bahawa pelajar-pelajar kelas ini perlu dijadikan sampel bagi
kajian tindakan ini dalam mengubahkan tingkahlaku negatif kepada positif dengan
meningkatkan tumpuan dan fokus pada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru (para
pengkaji) berpendapat penggunaan “trademark” dan teknik ganjaran (token) adalah suatu
gabungan yang sesuai dalam meningkatkan tumpuan dan fokus pelajar-pelajar dan
sekaligus meningkatkan tingkahlaku positif dan mengurangkan tingkahlaku negatif mereka
di dalam bilik darjah.

Pengkaji telah menentukan bentuk ganjaran yang boleh ditebus oleh pelajar. Token yang
dikumpul oleh pelajar akan ditebus dalam bentuk hadiah (alat tulis, mug, bekas makanan
dan minuman), tayangan video pendek kartun kegemaran (Upin&Ipin, Bugs Bunny,
Mr.Bean) serta mendengar lagu kegemaran pelajar daripada senarai lagu yang terdapat
dalam laptop pengkaji.

Berdasarkan pemerhatian terhadap aktiviti yang dijalankan pelajar lebih bersemangat dan
aktif bersaing untuk menjawab soalan. secara sukarela. Ini sekaligus dapat memberi
keyakinan kepada pelajar untuk mencuba menjawab soalan yang diberikan. Mereka juga
menunjukkan perubahan positif bukan sahaja semasa pelaksanaan “trademark” dijalankan
tetapi juga pada sesi pengajaran dan pembelajaran biasa. Sifat malu mencuba dan „tidak
tahu‟ juga semakin berkurangan. Apabila guru menyebut “trademark”, pelajar-pelajar akan
kembali bertenaga dan memberi tumpuan kepada proses pembelajaran. Mereka akan
memberi fokus dan mengubah tingkahlaku negatif seperti berbual-bual, bermain-main atau
mengantuk kepada tingkah laku yang lebih positif seperti berhenti bercakap-cakap dengan
rakan disebelah, membetulkan postur badan kepada kedudukan yang lebih selesa dan
memberi perhatian kepada kerja-kerja atau aktiviti yang sedang mereka lakukan samada
semasa guru memberi penerangan atau semasa mereka dalam sesi membuat latihan
pengukuhan.

Berdasarkan kajian pemberian ganjaran (token), pelajar dapat mengekalkan


tingkahlaku positif semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana mereka akan bersaing
sesama sendiri untuk mengumpul mata ganjaran bagi membolehkan mereka menebus
token (colour pine wood stick) yang diberikan oleh guru dengan hadiah yang telah
disediakan. Sekaligus motivasi pelajar akan meningkat untuk mengubah tingkahlaku negatif
kepada tingkahlaku positif. Pelajar akan cuba menyiapkan tugasan yang diberikan dengan
kadar segera. Pelajar juga dapat mengurangkan sikap malu bertanya jika menghadapi
masalah untuk menyelesaikan latihan yang diberikan kerana token hanya akan diberikan
kepada pelajar yang berjaya menyelesaikan latihan yang diberi dengan kadar cepat dan
betul sahaja.

7
Hasil dari temubual yang dijalankan terhadap responden, didapati bahawa
kebanyakan mereka menunjukkan respon yang baik terhadap penggunaan trademark dan
kaedah ganjaran semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Ini kerana
sebelum itu kebanyakkan guru mereka akan masuk ke dalam kelas tanpa mengaplikasikan
sistem trademark ataupun ganjaran, mereka kelihatan kurang menumpukan perhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Begitu juga dengan
kaedah ganjaran (token) yang dilaksanakan, pelajar kurang berminat untuk menlibatkan diri
secara aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. pelajar kelihatan begitu bersemangat
untuk mengumpulkan ganjaran dan ini di rasakan sebagai satu motivasi kepada mereka
untuk terus bertindak aktif di dalam kelas. Namun selepas pelaksanaan kedua-dua kaedah
ini, terdapat perubahan tingkah laku di kalangan pelajar-pelajar ini. Masalah hilangnya
tumpuan di kalangan pelajar ini wujud kerana guru-guru hanya melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran semata-mata tanpa adanya aktiviti yang boleh meransang
minat mereka untuk terus melibatkan diri secara konsisten dan mewujudkan hubungan dua
hala bersama guru.

Berdasarkan hasil temubual yang dilakukan, responden kurang menumpukan


perhatian semasa guru sedang mengajar dan akan mula mengantuk dan mula melakukan
aktiviti seperti bercakap dengan rakan dan berkhayal apabila guru hanya menyampaikan isi
pengajaran melalui teknik kuliah lebih-lebih lagi tiada interaksi dua hala antara guru dan
pelajar. Selain itu juga pelajar juga memberikan respon bahawa mereka sukar untuk
bertahan dalam menumpukan perhatian dalam jangka masa pembelajaran yang lama
apatah lagi jika guru yang mengajar hanya menggunakan teknik syarahan semasa
menyampaikan isi pelajaran. Menurut pelajar, mereka hanya dapat bertahan untuk waktu
yang pertama pembelajaran sahaja dan pada waktu seterusnya mereka mula “tidak senang
untuk duduk diam” kerana sudah mula berasa bosan dengan suasana pembelajaran.

Dapatan daripada temubual berstruktur yang telah dijalankan, menunjukkan bahawa


kaedah trademark dan ganjaran (token) semasa pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan adalah merupakan faktor utama yang mempengaruhi minat dan secara tidak
langsung boleh mengubah tingkah laku pelajar seperti dapat menumpukan perhatian di
dalam kelas semasa guru mengajar dan sentiasa berusaha untuk melibatkan diri secara
aktif di dalam kelas untuk mengumpulkan seberapa banyak ganjaran yang disediakan oleh
guru. Penglibatan aktif pelajar ini bukan semata-mata dalam sesi soal jawab yang
dikendalikan oleh guru, malahan mereka juga dengan sukarela mengeluarkan pendapat
mereka jika ada sesi perbincangan yang dikemukan. Ini menunjukkan perubahan positif
pelajar dari bersikap pasif kepada sikap proaktif di dalam kelas. Oleh hal yang demikian,
guru harus bijak mewujudkan suasana pembelajaran dua hala dengan pelajar untuk
member peluang kepada mereka sentiasa proaktif di dalam kelas.

Hasil dapatan temubual dari pelaksanaan trademark pula, temubual bersama pelajar
mendapati pelajar lebih bersemangat semasa berada di dalam kelas kerana sebelum
bermulanya p & p, guru akan bersama-sama menyatakan trademark sebagai pembakar
semangat memulakan pembelajaran. Pelajar akan sentiasa peka dengan setiap arahan
pada trademark tersebut dan dengan ini secara tidak langsung dapat memupuk sifat
sentiasa peka dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh guru-guru dan memotivasikan
mereka secara amnya.

Berdasarkan hasil dapatan kajian melalui instrumen pemerhatian berstruktur dan temubual
berstruktur, para pengkaji mendapati penggunaan ”trademark” dan teknik ganjaran (token)
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik perhatain pelajar-pelajar
dalam menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Ini
disebabkan apabila pengkaji (guru) mendapati pelajar-pelajar hilang tumpuan atau fokus
terhadap apa yang ingin disampaikan, guru meminta pelajar-pelajar untuk menyebutkan
”trademark” untuk mengembalikan tumpuan atau fokus mereka terhadap proses

8
pembelajaran mereka. Selain itu, para pengkaji mendapati dengan meminta pelajar-pelajar
meyebutkan ”trademark” pelajar-pelajar seakan disuntik semangat dan motivasi serta
mengingatkan mereka tujuan mereka berada di sekolah dan cir-ciri pelajar yang cemerlang.
Sebagai pelajar-pelajar yang mempunyai kekurangupayaan terutama dari segi akademik,
pendekatan menyebutkan ”trademark” mampu membantu mereka mengembalikan tumpuan
mereka ketika di dalam bilik darjah. Gabungan penggunaan ”trademark” dan teknik
ganjaran (token) dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dilihat oleh para pengkaji
juga mampu mengubah tingkahlaku pelajar-pelajar dalam meningkatkan tingkahlaku positif
(seperti menumpukan perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,
melibatkan diri secara aktif pada setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah dan
menyiapkan tugasan yang guru berikan ) dan mengurangkan tingkahlaku negatif (seperti
tidak dapat menumpukan perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, berasa
bosan, tidak melibatkan diri dalam setiap aktiviti di dalam bilik darjah , tidak bermotivasi
dalam menyiapkan tugasan yang guru berikan serta menganggu rakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung). Ini dapat dilihat apabila pelajar-pelajar
diberikan token apabila mereka menunjukkan tingkahlaku positif dan mengurangkan
tingkahlaku negatif, pelajar-pelajar dilihat amat bermotivasi untuk mengubah tingkahlaku
mereka yang diharapkan oleh para pengkaji menjadi sebati sebagai rutin dalam kehidupan
harian mereka kelak. Oleh itu, secara keseluruhannya, para pengkaji mendapati bahawa
hasil dapatan kajian tindakan yang dijalankan telah mencapai kedua-dua objektifnya.

Daripada kajian tindakan yang dijalankan, terdapat beberapa implikasi positif yang telah
dikenalpasti oleh para pengkaji . Penggunaan ”trademark” mampu menarik perhatian
pelajar-pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlansung. Apabila
tumpuan atau fokus pelajar-pelajar mampu dipertingkatkan, secara langsung perubahan
tingkahlaku positif mampu dipertingkatkan. Sebagai contoh apabila pelajar memberi
tumpuan atau fokus terhadap apa yang guru sampaikan , pelajar tersebut akan melibatkan
diri secara aktif pada setiap aktiviti yang guru jalankan kerana pelajar tersebut mempunyai
kefahaman yang mendalam terhadap apa yang guru sampaikan. Penggunaan ganjaran
token pula dilihat oleh para pengkaji mampu untuk meningkatkan motivasi pelajar-pelajar
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta sebagai pengukuhan terhadap
penggunaan ”trademark”. Sebagai contoh apabila pelajar mampu menumpukan perhatian
atau fokus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, maka pelajar tersebut
bermotivasi dalam melibatkan diri dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh
guru (pengkaji) dan ganjaran token mampu memberikan motivasi kepada pelajar dalam
mengekalkan dan meningkatkan tingkahlaku tersebut. Tambahan lagi pada setiap awal
minggu iaitu pada hari isnin, guru (pengkaji) akan menyatakan apakah ganjaran bagi
pengumpul token yang terbanyak dapat memotivasikan pelajar-pelajar dalam berusaha
menunjukkan tingkahlaku positif yang banyak untuk mengumpulkan token terbanyak bagi
merebutkan hadiah ganjaran token yang dinantikan.

Implikasi-implikasi negatif juga dapat dilihat oleh para pengkaji sepanjang kajian tindakan ini
dilakukan.Pengunaan ”trademark” yang terlalu memfokuskan kepada visi sekolah dilihat
sukar untuk dihayati oleh pelajar-pelajar . Selain itu, penggunaan ganjaran token boleh
menjadikan pelajar-pelajar terbiasa melakukan sesuatu kerana diberikan ganjaran. Ganjaran
melihat tayangan cerita animasi kegemaran ramai seperti ”Upin dan Ipin” yang diberikan
kepada pelajar yang berjaya mengumpulkan token terbanyak dilihat tidak terlalu ilmiah dan
hanya menunjukkan beberapa nilai-nilai murni sahaja. Implikasi negatif yang seterusnya
ialah ganjaran peralatan tulis yang diberikan kepada pengumpul token terbanyak
memerlukan pengkaji mengeluarkan modal duit yang boleh dianggap meningkatkan kos
pengajaran dan sepatutnya guru boleh menggunakan alternatif ganjaran yang lain.
Pemberian hadiah (ganjaran) kepada semua pelajar berdasarkan kutipan token mereka
boleh mengakibatkan pelajar kurang bermotivasi untuk mengumpulkan token terbanyak

9
sebagai pemenang pada minggu tersebut kerana merasakan bahawa jika mereka tidak
berusaha mereka tetap memiliki hadiah.

CADANGAN DAN PENUTUP

Hasil daripada kajian tindakan yang dijalankan di sekolah ini, dapatlah dirumuskan bahawa
penggunaan trademark dan pemberian ganjaran (token) dapat mengubah tingkahlaku
negatif pelajar kepada tingkahlaku positif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Kaedah kuliah semata-mata tidak lagi sesuai dijalankan sepenuhnya kerana
akan menjadikan pelajar lebih bosan dan kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran.
Walaubagaimanapun, penambahbaikan boleh dilakukan untuk meningkatkan keberkesanan
kaedah penggunaan trademark dan pemberian ganjaran (token) yang digunakan. Antaranya
mencipta trademark yang lebih spesifik untuk individu (berfokus kepada meningkatkankan
motivasi diri pelajar itu sendiri) berbanding trademark yang umum (berfokus kepada
sekolah).
Untuk penambahbaikan pemberian ganjaran (token), bentuk hadiah yang boleh
ditebus oleh pelajar boleh dipelbagaikan iaitu tidak terhad kepada alat tulis sahaja. Tempoh
masa bagi mengumpul token untuk ditebus dengan ganjaran boleh disingkatkan.
Contohnya, setiap kali pelajar berjaya menyiapkan tugasan dengan pantas dan betul,
mereka akan diberi ganjaran secara terus pada waktu itu juga (ad hoc).Pemberian ganjaran
berteraskan teknologi maklumat mestilah mempunyai unsur ilmiah seperti video game
kangaroo yang membolehkan pelajar belajar meneka untuk mengeja sesuatu perkataan.

Penambahbaikan lain ialah menyenaraikan tingkahlaku yang hendak diubah atau


dicapai (target behaviors) untuk pelaksanaan penggunaan kaedah token. Contohnya seperti:
i. Mematuhi arahan guru
ii. Bercakap dalam nada suara yang terkawal
iii. Mengangkat tangan sebelum mula bercakap atau memberi respon kepada persoalan
guru
iv. Menyiapkan tugasan yang diberi dengan cepat dan tepat

Penggunaan ”Trademark” dan token didapati oleh para pengkaji juga mampu mengubah
tingkahlaku para pelajar bermasalah pembelajaran seperti meningkatkan tingkahlaku positif
dan mengurangkan tingkahlaku negatif (seperti kurang tumpuan, membuat bising,
mengantuk , bermain dan sebagainya). Proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan sekiranya guru bijak dalam mememanipulasikan suasana di dalam kelas dan
situasi pelajar yang sentiasa menginginkan suasana pembelajaran yang kondusif. Guru
yang berkesan adalah guru yang dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan. Guru perlu kreatif dalam memilih kaedah atau pendekatan yang dapat
menarik minat pelajar untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat
memabantu guru dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan. Minat dan tumpuan pelajar
adalah salah satu faktor yang penting untuk menentukan sama ada objektif pengajaran
tercapai ataupun tidak. Rasa minat yang ada dalam diri akan mendorong pelajar untuk
mengikuti proses pembelajaran tersebut kerana ia merasa mudah untuk memahami dan
mengingat apa yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, pelaksanaan trademark seperti yang
dijalankan di dalam kajian ini merupakan salah satu pendekatan yang baik untuk menarik
minat pelajar untuk bergiat aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh guru walaupun ada kalanya subjek yang diikuti merupakan subjek yang
membosankan. Pelaksanaan kajian ini diharap dapat digunapakai atau dipraktikkan oleh
guru-guru bagi mewujudkan suasana PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN yang aktif dan
bukan hanya menyampaikam isi pengajaran semata-mata, namun perihal untuk mengubah
atau meningkatkan tingkah laku positif dan tumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran juga haruslah di ambil kira oleh guru. Semoga kajian ini dapat diteruskan bagi
proses penambahbaikkan.

10
RUJUKAN
Abdul Rahman Abdul Majid Khan, (2009). Guru sebagai penyelidik. Pts Professional, Kuala
Lumpur.

Free wikipedia, (2001). What isTtrademark. Dicapai pada 15 April 2010 dari
http://www.wikipedia.com

Lee Soon Guan, (2007). Tuntas 3: Koleksi Laporan Kajian Tindakan 2007.Yusran
Publishing House, Kedah Darul Aman.

McKernan, J. Curriculum action research: A handbook methods and resources for


reflective practitioner 2nd Edition (1991). London.

Richard D. Parsons, Kimberlee S. Brown, 2002. Teacher as reflective practitioner and


action researcher. West Chester University, United States.

Thomas J.Z., Kristine J.M., (2001). Behavior Management Applications for Teachers.
Merrill Prentice Hall. Columbus, Ohio.

11

Anda mungkin juga menyukai