Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 1: Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Islam dalam Konteks

Perkembangan Dakwah Islamiah

1.0 Pengenalan

Guru adalah seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah
yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi Muslim yang beriman
dan beramal soleh serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya
serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang
lain. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran melalui surah Al-Mujadalah ayat 11.

‫ين أُوتُواْ ٱ ۡلعِ ۡلَم َد َر َٰجت‬ ِ َّ ِ ِ َّ


َ ‫يَ ۡرفَ ِع ٱللَّهُ ٱلذ‬
َ ‫ين ءَ َامنُواْ من ُك مۡ َوٱلذ‬
Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara
kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari
kalangan kamu) beberapa darjat”.
(Al-Mujadalah, 58: 11)

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia
juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik
mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar,  kepentingan peranan guru itu
memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman
ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. Islam meletakkan tugas sebagai guru yang
melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang
digunakan dikira sebagai ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah
dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu
secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi
pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.
2.0 Peranan Utama Guru Pendidikan Islam

Pada awal kedatangan Islam ke Asia Tenggara, guru telah memainkan peranan
penting dalam mendidik, memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajamya.
Masyarakat kita pada hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada para guru yang mendidik
anak-anak mereka di sekolah dan ini membuktikan bahawa peranan para guru
sememangnya amat bermakna dan amat besar dalam merealisasikan Pendidikan Islam
kerana pada bahu mereka akan menentukan kejayaan dan kegagalan pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri (Mohd Nordin, 2003). Tamuri dan Ajuhary
(2010), menjelaskan bahawa tugas pendidik dalam pandangan Islam adalah mendidik iaitu
mengembangkan seluruh potensi diri murid sama ada potensi psikomotor, kognitif dan
efektif dan ini menunjukkan bahawa tugas guru khususnya guru Pendidikan Islam sangat
mencabar kerana tugas ini seolah-olah diletakkan sepenuhnya pada bahu mereka

Guru dalam sistem Pendidikan Islam mestilah memenuhi segala tuntutan sebagai
role model atau qudwah hasanah kepada masyarakat, sebagai agen perubahan dalam
masyarakat melalui sistem pendidikan sedia ada sama ada secara formal mahupun tidak
formal. Mohd Hashim (2003), menyatakan bahawa tanggungjawab guru yang terbesar
adalah menyuburkan akhlak dan jiwa anak-anak di bawah didikannya. Mohd Salleh (1995)
dan Mohd Hashim (2003), menyatakan guru perlu membuktikan bahawa dia mampu
menampilkan personaliti yang baik dan menjadikan dirinya sebagai role model. Ciri-ciri
seorang guru yang dijadikan sebagai role model adalah seperti berakhlak mulia,
berpenampilan baik, berilmu, mempunyai tingkah laku yang baik, menjaga kebersihan dan
pakaian, bertutur kata sopan, menghindari kata-kata keji dan hina, menzahirkan kata-kata
yang mesra, ikhlas, sabar dan saling menghormati antara satu sama lain.

Menurut Mohd Nordin (2003) dan Hussin (2001), mengatakan bahawa seorang guru
membawa pengaruh yang sangat besar terhadap pembentukan murid-murid sekolah rendah
dan penampilan guru menjadi satu perkara penting dalam membentuk akhlak pelajar-
pelajarnya. Hussin (2001) menjelaskan antara pandangan pelajar terhadap personaliti guru-
guru mereka ialah, guru hendaklah menjadi contoh terbaik pelajarya, guru hendaklah
memiliki sahsiah agama yang sempuma, guru tidak patut menampilkan keaiban dirinya dan
pelajar menjadikan guru agama di sekolah sebagai contoh, idola atau role model mereka.
Seterusnya, tugas yang boleh dilakukan oleh seorang guru sebagai pendidik dan
pendakwah ialah perlunya membangkitkan atau mewujudkan rasa keinsafan atau kesedaran
tentang kepentingan ilmu pengetahuan mahupun pendidikan sama ada untuk kesenangan
duniawi atau hari akhirat kelak. Kesedaran ini amat penting untuk meninggikan lagi taraf
sosial, ekonomi dan lebih-lebih lagi pengetahuan mengenai ilmu-ilmu yang ada di muka
bumi ini supaya umat Islam disegani dan dihormati oleh umat lain. Pendek kata seseorang
guru itu mestilah mempertingkatkan segala potensi sama ada dari segi akal, fizikal dan
rohani atau jasmaninya. 

Dalam Islam, ahli-ahli yang mempunyai apa-apa sahaja ilmu tidak dibenarkan
mendiamkan diri membisu seribu bahasa iaitu tidak mahu memanfaatkan ilmu yang ada
padanya kemudian disamapaikan kepada orang lain. Oleh itu sebagai seorang guru, dia
telah dibekalkan banyak ilmu pengetahuan yang secukupnya untuk disamapaikan kepada
semua murid ataupun masyarakat sekelilingnya. Melalui cara mendidik dan mendakwah
murid-murid maka seorang guru dapat menyerapkan atau menyalurkan apa sahaja ilmu
yang diperlukan oleh semua orang. Lagipun tugas guru sebagai penyambung atau pewaris
Nabi Muhammad SAW dan orang yang terdahulu untuk menyambung kembali risalah yang
telah disampaikan oleh mereka dahulu. Guru merupakan tempat terhimpunnya khazanah
ilmu Tuhan yang ditinggalkan oleh Rasululah, di mana di sinilah tempat memperoleh
gambaran penghayatan dan pentafsiran mengenai sesuatu ajaran atau hukuman yang
berkenaan dengan akademik mahupun agama. Oleh itu peranan guru untuk menyebarkan
ilmu amat penting kerana dengan aadanya kesungguhan ini dia dapat mewujudkan
kesedaran ilmu di kalangan masyarakat khasnya umat Islam.

Sebagai pendidik dan pendakwah maka seorang guru itu perlu terlebih dahulu
mengetahui atau memahami matlamat atau tujuan pendidikan yang sebenarnya. Matlamat
sebenar dan yang utama sekali ialah membentuk insan yang berguna kepada agama dan
masyarakat yang juga mempunyai sifat-sifat manusia yang terpuji, berakhlak tinggi dan yang
dapat menjaga kepentingan kehidupan serta agamanya. Dengan mengetahui dan
memahami matlamat pendidikan maka seorang guru yang juga sebagai pendidik dan
pendakwah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan bersistematik dan lancar tanpa
berlakunya gangguan luar. Pendek kata seorang pendidik dan pendakwah haruslah
menyedari hakikat membentuk individu sekali gus memberi erti pembentukan ummah. 

Selain daripada itu seorang guru sebagai pendakwah dan pendidik haruslah
meletakkan masalah pendidikan sebagai satu tanggungjawab penting yang mesti
dilaksanakan atas dasar kewajipan atau pahala. tanggunjawab ni berat, maka seorang guru
harus bijak merancang strategi yang boleh membantunya. Seorang pendidik dan
pendakwah terlebih dahulu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan dan boleh
menampilkan keperibadian yang tinggi. Ini adalah kerana seorang guru merupakan
panduan, model tau pemimpin yang sentiasa menjadi contoh teladan yang baik mahupun
sebaliknya. Sebagai pendidik dan pendakwah, guru hendaklah sentiasa berusaha dengan
gigih untuk menambahkan ilmunya, bukan sahaja ilmu agama malah ilmu-ilmu lain yang
berfaedah dan dituntut oleh syariat Islam. Menurut Dalip (1993) menegaskan pengaruh guru
terhadap murid-muridnya sebenarnya sama besar dengan pengaruh ibu bapa terhadap
anak-anak mereka dan mereka akan membimbing anak-anak ke arah kebenaran di samping
mengembangkan ilmu pengetahuan. Pembentukan peribadi yang murni sama ada akhlak
atau ilmu pengetahuan di kalangan pendidik dan pendakwah amat penting dan merupakan
asas atau petunjuk yang utama dalam konsep profesionalisme menurut pandangan Islam.
Pendek kata, segala peribadi, tingkah laku atau sahsiah seorang guru itu besar
pengaruhnya terhadap perkembangan sahsiah murid. Oleh itu sebagai seorang guru dia
perlulah mempertingkatkan kebolehan, kemampuan, kreativiti, dedikasi serta kemahiran
untuk mempertingkatkan lagi sahsiahnya serta ilmu pengetahuan. 

Setelah berupaya mempertingkatkan dan memperbaiki pembentukan sahsiah dalam


ilmu pengetahuannya maka seorang guru itu dapat menyalurkan atau menyampaikan
segala nilai-nilai, norma-norma atau segala ilmu pengetahuan yang diketahuinya kepada
murid-murid selaku golongan generasi yang baru yang akan bangun untuk meneruskan
perjuangan kehidupan ini. Peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah sudah pasti
menjadi agen penyebaran akhlak yang baik kepada murid-murid. Guru memainkan peranan
yang penting dalam pembentukan akhlak dan sahsiahmurni seperti mana yang dituntut oleh
Islam. Oleh itu setiap proses pengajaran dan pembelajarannya perlulah diselitkan dengan
segal ilmu-ilmlu yang baikdengan cara mendidk dan mendakwah muridnya semasa di dalam
bilik darjah. 

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru Pendidikan Islam dilihat oleh
masyarakat sebagai contoh atau role model yang berpotensi untuk mengubah sikap dan
sahsiah murid. Ini kerana pengaruh guru terhadap murid-muridnya sama juga dengan
pengaruh ibu-bapa terhadap anak-anak mereka. Pendidik muslim sebenarnya mampu untuk
melahirkan pelajar yang berilmu dan berkelulusan balk. Walau bagaimanapun, menurut Abd
Razak dan Ngah, (2002) pelajar yang dilahirkan masih lagi tidak mahir dalam pengurusan
hidup dan kurang berakhlak. Seorang guru Pendidikan Islam dilihat bukan sahaja
menyampaikan ilmu dan menjawat pekerjaan,tetapi tugasnya adalah mendidik, membimbing
dan memimpin pelajar untuk menjadi seorang muslim yang syumul serta mampu
menghadapi cabaran dalam arus kemodenan dan globalisasi (Nordin, 2002). Hal ini jelas
menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam adalah pemimpin kepada muridnya dan
elemen-elemen yang balk dari seseorang guru itu akan dicontohi oleh muridnya.

Para guru merupakan agen moral dan role model kepada murid-muridnya perlu
mempamerkan akhlak yang mulia kepada muridnya. (Suhid,2007). Walau bagaimanapun,
Othman,2006 menyatakan bahawa masalah akhlak murid yang berlaku pada masa ini
mempunyai hubungan langsung dengan personaliti guru yang dipamerkan dimana guru
membawa perubahan ke arah satu tingkah laku yang baik. Terdapat masih ramai guru
termasuk guru Pendidikan Islam yang tidak mampu menjadikan dirinya sebagai role model
terbaik kepada pelajamya. Menurut Tamuri (2004), menjelaskan bahawa krisis akhlak
pelajar pada hari in.i ada kaitannya dengan personaliti guru kerana membawa pengaruh
terhadap pembentukan peribadi pelajar.

Selain daripada menjadi agen perubahan sosial, peranan guru juga penting dalam
mencegah dan menghalang kemasukan gejala tidak sihat seperti penglibatan dalam najis
dadah, melakukkan maksiat, minum arak, berjudi, menerima rasuah, pecah amanah dan
melakukan jenayah. Kekurangan didikan agama menyebabkan mereka terlibat dengan
gejala tidak sihat ini. Allah menyeru hamba-hambanya supaya berdakwah di dalam Al-Quran
melalui ayat di dalam surah Alii-Imran.

ِ ‫ن إِىَل ٱ ۡلخ ۡيِر وي ۡأمرو َن بِٱ ۡلم ۡعر‬+َ ‫و ۡلت ُكن ِّمن ُك مۡ أ َُّمة ي ۡدعو‬
‫وف َويَ ۡنَه ۡوَن َع ِن‬ َُ ُُ َ َ َ ُ َ ََ
ٰٓ
‫ك ُه ُم ٱ ۡل ُم ۡلِف ُحو َن‬
َ ِ‫ٱ ل ُمن َك ۚ ِر َوأ ُْو َلئ‬
ۡ

“Maksudnya, dan hendaklah diantara kamu puak yang menyeru kepada


kebajikan dan menyuruh kepada perkara kebaikan serta melarang
daripada perkara yang keji dan mungkar dan merekalah orang-orang yang
berjaya.”

(Alii-Imran, 3: 104)

Justeru itu, guru sebagai pendidik dan pendakwah perlulah mengambil berat tentang
hal ini. Guru boleh menjalankan tanggungjawabnya semasa dalam bilik darjah atau
persekitaran sekolah dan juga di kalangan masyarakat setempat. Guru boleh mengadakan
aktiviti seperti majlis agama, kelas fardu ain dan persatuan yang melibatkan kerjasama
orang ramai ke arah pembentukan sahsiah yang baik
Seorang pendidik haruslah menyedari bahawa Islam merupakan satu-satunya
agama yang ulung dan diterima oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah Alii- Imran ayat
19 yang berbunyi:

ٰ ۡ ‫ند ٱللَّ ِه ٱ ۡلِإ‬


‫سلَ ۗ ُم‬ َ ‫ِّين ِع‬ ِ
َ ‫إ َّن ٱلد‬
Maksudnya: Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai disisi
Allah ialah Islam.

(Alii-Imran, 3: 19)

Ekoran daripada itu, seorang guru bukan sahaja mendidik tetapi mendakwah murid-
murid dalam pembentukan akidah atau penyebaran ilmu Islam. Guru juga seharusnya
membimbing dalam hal amal ibadat yang diwajibkan dalam islam seperti menunaikan solat 5
waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan juga
menunaikan haji bagi yang mempunyai kemampuan. Guru juga berperanan sebagai
pendidik dan pendakwah bagi menyeru atau mendorong generasi muda terutamanya murid-
murid di sekolah dan juga masyarakat luar sekolah untuk melakukan ibadat atau perkara
yang disuruh oleh Allah. Pelajaran tentang perkembangan asas beribadat serta yang ada
kaitan dengan keagamaan Islam perlu didedahkan dan diserapkan di kalangan murid-murid
dan juga masyarakat sekeliling.

3.0 Kesimpulan

Tugas mendidik, membimbing dan membentuk akhlak pelajar sebenarnya amat


berat dan satu amanah yang perlu digalas di bahu para guru khususnya guru Pendidikan
Islam. Guru dalam hal ini perlulah mempunyai personaliti diri yang baik kerana dirinya akan
menjadi contoh teladan serta role model kepada murid-muridnya seterusnya menjadi
panduan dalam masyarakatnya sama ada dari aspk perlakuan atau perkataan yang
dipamerkan. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan pembentukan generasi berakhlak
mulia ini, para guru Pendidikan Islam khususnya wajar berperanan sebagai Mursyid,
Murabbi dan Muaddib agar individu yang seimbang dan berperibadi mulia dapat dilahirkan
dalam sistem pendidikan negara kita hari ini. Ini selaras dengan peranan guru sebagai
pendidik dan pembimbing akhlak, emosi, fizikal dan sosial pelajar pada hari ini. Sehubungan
itu, guru-guru khususnya guru Pendidikan Islam perlu menghayati peranan mereka yang
sebenar dan mempunyai personaliti yang baik untuk mendidik pelajar supaya para pelajar ini
menjadi generasi yang berakhlak mulia.

4.0 Rujukan

Arbaa, R., Jamil, H. dan Abd Razak, N. 2010. Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan

komitmen belajar pelajar:Adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan


pembelajaran antara jantina pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(2): 61-69.

Dalip, A.R. 1993. Teknik pengajaran dan pembelajran pengetahuan Agama Islam di sekolah

menengah. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Salleh, A. 1995. Pendidikan Islam: falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nordin, T.A., Dan, N. 2001. Pendidikan dan pembangunan manusia pendekatan bersepadu.
Bandar Baru Bangi: As-Syabab Media.

Suhid, A. 2007. Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal insan.

http:pkukweb.ukm.my/jmalim/images/vol.08.2007/artikelke19-asmawati169-178.pdf.

Tamuri, A.H, Ajuhary, M.K.A. 2010. Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berkesan
berteraskan konsep mu'allim. Journal of Islamic and Arabic Education 2 (1) : 43-56.

Anda mungkin juga menyukai