Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN TEMUBUAL Satu soal selidik dan temubual telah dibuat ke atas seorang murid di Sekolah Kebangsaan Telok

Bahang, Pulau Pinang. Temubual ini bertujuan untuk mendapat input mengenai aspek penggunaan bahasa ibundanya semasa berinteraksi dengan rakan sebayanya dari kaum yang berlainan. Kaedah yang digunakan untuk dapatan ini adalah menggunakan borang soal selidik di samping murid menjawab soalan- soalan yang dikemukakan. Soal selidik dan temubual dijalankan kepada murid Tahun 6 yang berumur 12 tahun. Murid ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Halaman rumah, padang permainan dan padang sekolah merupakan kawasan bermain bagi murd berkenaan. Penggunaan bahasa ibunda adalah di rumah dan di sekolah manakala pencapaian Bahasa Melayu bagi aspek pemahaman dan penulisan adalah cemerlang. Murid ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan di rumah. Ketika berada di sekolah terdapat bahasa lain yang digunakan iaitu Bahasa Inggeris. Namun penggunaan Bahasa Inggeris hanya terhad ketika waktu matapelajaran bahasa tersebut. Murid ini juga mempunyai sedikit kemahiran dalam Bahasa Arab namun tidak fasih dan kurang tatabahasa untuk bertutur. Kebanyakan masa, beliau menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seharian. Tinjauan mengenai rakan-rakan di sekeliling mendapati murid ini mempunyai rakan selain dari bangsa Melayu iaitu bangsa India. Murid ini menggunakan bahasa ibundanya untuk bertutur dan berinteraksi. Murid India itu dikatakan memahami apa yang dituturkan semasa mereka bermain dan bersama kita di rumah dan di sekolah. Namun begitu masih terdapat kekeliruan dalam penggunaan bahasa ibunda oleh murid India itu. Ada beberapa pertuturan yang tidak dapat difahami. Apabila soalan yang lebih lanjut ditanya, didapati penggunaan loghat atau dialek daerah sukar difahami oleh rakan India tersebut. Loghat yang digunakan adalah bahasa daerah yang sering digunakan bagi penduduk di kawasan utara tanahair iaitu di negeri-negeri seperti

Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Walaupun berlainan negeri namun dialek yang digunakan agak sama. Murid India itu agak kurang faham loghat dan dialek yang digunakan dan lebih mudah memahami bahasa yang standard yang digunakan dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Hasil soal selidik juga menunjukkan murid ini berpendapat bahawa rakannya itu kurang fasih dalam pertuturan Bahasa Melayu, tambahan pula apabila dialek dan bahasa daerah digunakan. Selain itu pencapaian Bahasa Melayu bagi murid India tersebut juga berada pada tahap sederhana mengikut kepada perbualan yang telah dijalankan. Contoh-contoh perkataan yang kurang difahami maksudnya juga

dimaklumkan ketika temubual. Temubual juga dijalankan mengenai pantang larang dan usaha yang dilakukan oleh murid berkenaan untuk berkongsi pengetahuan mengenai pantang larang dan kepercayaan. Pantang larang yang terlibat merupakan pantang larang yang digunakan dalam masyarakat Melayu. Pantang larang masyarakat Melayu merupakan

kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau yang berkaitan dengan adat dan buadaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang yang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Pengetahuan mengenai pantang larang diperolehi dari datuk, nenek,ibubapa dan orang yang lebih tua. Hasil temubual mendapati murid ini ada berkongsi pengetahuan mengenai pantang larang melalui perbualan sehari-harian dengan rakannya. Disamping itu juga dia berkongsi maklumat melalui bahan-bahan bacaan mengenai pantang larang di pusat sumber sekolah. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan juga membantu murid itu untuk berkongsi maklumat pantang larang. Murid ini juga berpendapat penting untuk masyarakat pada hari ini mengamalkan pantang larang bagi mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Penguasaan bahasa merupakan satu aspek penting dalam kehidupan manusia. Tanpa penguasaan bahasa yang baik boleh mendatangkan masalah komunikasi dan perhubungan. Berdasarakan temubual dan temubuak yang telah dibuat, penguasaan bahasa yang terlibat ialah Bahasa Melayu. Sebagaimana yang diketahui Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi seperti mana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Maka seharusnya

penguasaan Bahasa Melayu dititikberatkan agar seseorang itu menjadi warganegara Malaysia yang berpengetahuan.

Beberapa usaha boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pemahaman bahasa ibunda murid berkenaan oleh rakan sebayanya. Pertama sekali murid India tersebut harus mempraktikkan penggunaan Bahasa Melayu yang standard seperti mana yang digunakan dalam pengajaran di kelas. Selain itu perbualan dengan rakan-rakan di kelas harus menggunakan bahasa yang betul dan mengurangakan penggunaan dialek dan bahasa daerah. Ini secara tidak langsung dapat melatih untuk bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas boleh diselitkan dengan permainan bahasa seperti pemintal lidah, teka silang, dan berbalas pantun. Aktiviti pemintal lidah dapat mengatasi masalah sebutan manakala teka silang kata dan berbalas pantun dapat meningkatkan pembendaharan kata murid. Penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu yang baik juga dapat dipupuk melalui amalan membaca yang berterusan. Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan

Membaca) di sekolah boleh dijadikan aktiviti yang dapat membantu murid berkenaan. Selepas bacaan dibuat murid berkenaan boleh menjawab soalan-soalan pemahaman berdasarkan bacaan yang telah dibuat. Selain itu, murid berkenaan harus dibimbing berkenaan dengan dialek dan loghat daerah. Namun begitu penggunaannya haruslah terhad ketika bermain atau berada di rumah. Ketika berada di sekolah, murid berkenaan dan rakan-rakan harus bertutur menggunakan laras bahasa yang betul dan standard. Akhir sekali aktiviti memperkayakan bahasa haruslah dijalankan di sekolah. Panitia Bahasa Melayu boleh memainkan peranan dengan menganjurkan pertandingan bercerita, bersyair, mendeklamasi sajak dan menulis puisi. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan dengan penglibatan yang aktif dari murid bukan Melayu juga. Ini dapat meningkatkan pengetahuan dan penguasaan Bahasa Melayu murid tersebut. Pengajaran dan pembelajaran mengenai pantang larang dapat dilakukan semasa mengajar matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kenegaraan. Pada peringkat permulaan pengajaran guru menunjukkan gambar kaum-kaum di Malaysia. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar dan mengaitkan dengan isi pelajaran. Seterusnya guru meminta murid merujuk buku teks. Guru menerangkan tentang maksud pantang larang beserta contoh. Murid seterusnya dibahagikan kepada

beberapa kumpulan untuk menyenaraikan pantang larang yang mereka ketahui. Setelah selesai, semua kumpulan membuat persembahan hasil dapatan untuk dibincangkan. Akhir sekali, guru membuat kesimpulan dan murid menjawab soalan kefahaman mengenai pantang larang dan kepercayaan kaum-kaum di Malaysia. Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Program ini menggalakkan penglibatan komuniti tempatan, guru, murid di semua peringkat sekolah. Aktiviti yang dirancang mewujudkan sikap toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Antara program yang boleh dijalankan ditunjukkan dalam jadual di bawah. RANCANGAN INTERGRASI MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP) JUN HINGGA NOVEMBER 2012 Sekolah terlibat: SK Telok Bahang SJK (C) Eok Hwa, Telok Bahang Kumpulan Sasaran: Aktiviti Sukan tahunan Merentas desa Gotong royong membersihkan pantai Perkhemahan Unit Beruniform Persembahan Kebudayaan Murid Tahap 2 Cadangan perlaksanaan Jun Jun September Oktober Oktober

Secara umumnya pelbagai program akademik dan kokurikulum yang dirancang adalah bermatlamatkan satu usaha untuk melahirkan murid yang mengamalkan sikap muhibbah dan peka terhadap sensiviti rakan-rakan lain serta melibatkan diri secara aktif dalam semua program intergrasi nasional.

Anda mungkin juga menyukai