Anda di halaman 1dari 13

RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN KOKURIKULUM

Kokurikulum : Permainan

Sukan : Bola Tampar

Kemahiran : Bola Tampar- Menyangga

Tarikh : 16 Mac 2018

Masa : 8.00-9.00 pagi

Kelas : 6 Melati

Bil. Pelajar : 28 orang

1. 18 orang perempuan
2. 10 orang lelaki

Pengalaman dan pengetahuan lepas :

 Murid pernah menonton acara bola tampar melalui pertandingan di peringkat sekolah atau rancangan televisyen.

 Murid pernah bermain bola tampar sebagai aktiviti rekreasi.

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir sesi latihan, pelajar dapat :

a. Psikomotor
1. Murid dapat menyangga bola secara individu setempat 5-10 kali
2. Murid dapat menyangga bola pada jarak 3 meter kepada rakan dengan menggunakan teknik yang betul.

b. Kognitif

1. Murid dapat menyatakan perlakuan semasa menyangga bola tampar melepasi jaring secara individu dan
berpasangan.

c. Afektif
1. Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti.
2. Memberi kepuasan kendiri apabila berjaya melakukan kemahiran menyangga yang betul.

Alat Bantu Mengajar:


 wisel
 biji bola tampar
 gelung rotan
 skitel
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :
Langkah-langkah:
BAHAGIAN AKTIVITI BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI CATATAN
Permulaan Pemanasan
(5 mins) Badan :
1. Larian Murid diminta berjogging
mengelilingi gelanggang bola
tampar sebanyak 2 kali
pusingan.
2. Regangan
 Kepala - Berdiri tegak
- Kaki dibuka seluas bahu
- Tolak dagu sambil kepala
mendongak dalam kiraan 8.
- Tolak kepala ke bawah
sambil menunduk dalam
kiraan 8.
- Tangan kiri menolak piri kiri
ke kanan dalam kiraan 8.
- Tangan kanan menolak pipi
kanan ke kiri dalam kiraan8.

 Tangan - Tangan kanan menyilang ke


kiri di hadapan.
- Tangan kiri memegang siku
kanan dan tarik ke arah
bahu kiri dalam kiraan 8.
- Ulang aktiviti untuk tangan
kiri.

 Kaki dan - Angkat kaki kanan sambil


paha lutut dibengkokkan ke paras
pinggang dalam kiraan 8.
- Kaki kanan ditarik ke
belakang badan dan lutut
dibengkokkan ke belakang
dalam kiraan 8.
- Aktiviti diulang untuk kaki
kiri.
- Angkat sedikit kaki kanan
dan pusing pergelangan
kaki ke dalam, dalam kiraan
8.
- Ulang aktiviti dengan
memusing pergelangan kaki
keluar.
- Ulang aktiviti untuk kaki kiri.
Perkembangan Peraturan dan - Guru memberi penerangan Ukuran gelanggang:
Langkah 1 Undang-undang kepada murid tentang: i) 16m x 8m
(7 minit) Permainan Bola · Ukuran gelanggang ii) Tinggi:
Tampar · Peralatan 7m dari permukaan permainan
·Peraturan dan Undang- iii) Lebar zon bebas:
undang permainan minimum 3m dari tepi
gelanggang
iv) Panjang garisan tengah: 8m
Gambaran v) Panjang garisan serangan:
Gelanggang Bola 2.7m dari paksi
Tampar garisan tengah
Jaring dan Antena
Peralatan:
i) Ketinggian Jaring:
Lelaki bawah 12 : 2.10m
Perempuan bawah12 : 2.10 m
ii) Antena:
Panjang: 1.80m
Berukur lilit: 10mm
Kegunaan:
mengehadkan ruang lintasan bola
atas jaring
iii) Bola: saiz 4
- diperbuat daripada kulit lentur
atau kulit sintetik
Bola Tampar
iv) Tekanan Udara: 0.30kg - 0.35kg
Peraturan dan Undang-undang:
1. Setiap pasukan mempunyai tiga
pukulan untuk menghantar balik
bola itu.
a. Pengiraan mata:
1. Setiap pasukan mendapat mata
setiap kali ia berjaya mematikan
bola atau pihak lawan melakukan
kesilapan.
2. Jika pasukan yang menerima
servis memenangi satu rali,
pasukan mendapat servis dan
juga satu mata.
3. Setiap perlawanan dimainkan
berdasarkan 2 set terbaik
daripada 3 set (Best of 3) dengan
kiraan mata rali 25 mata bagi set
pertama dan set kedua(perlu
memperoleh kelebihan 2 mata jika

seri pada mata 24 - 24) manakala


bagi set penentuan, iaitu set
ketiga, ia dimainkan dengan
kiraan mata rali 15 mata(perlu
memperoleh kelebihan 2 mata jika
seri pada mata 14 - 14).

b. Putaran:
Apabila pasukan yang menerima
servis memenangi hak untuk
membuat servis, semua pemain
mesti memutar satu kedudukan
mengikut putaran jam:
pemain di posisi 2 berputar ke
posisi 1 untuk membuat servis,
pemain posisi 1 akan berputar ke
posisi 6 dan seterusnya.
Perkembangan Aktiviti 1: Prosedur:
Langkah 2 Penerangan dan - Murid-murid dibahagikan
(26 minit) demonstrasi kepada 6 kumpulan.
kemahiran - Guru membuat demonstrasi
menyangga teknik bayangan dalam
kemahiran menyangga.
- Dilakukan tanpa bola.

Ansur maju 1:
Kedudukan Bersedia
- Kaki dibuka seluas bahu
- Penghujung kaki menuju ke
depan
- Lutut dibengkokkan seperti
huruf V
Ansur maju 2:
Titik Kontak
- Tangan lurus ke hadapan
paras pinggan. Kunci
kedua-dua siku. Ibu jari
dirapatkan.
- Bawa tangan bawah paras
paha.
-Titik kontak berada pada
paras pinggang dan ikut
lajak ke paras dada.

Ansur maju 3:
Ikut Lajak
- Ikut lajak ke paras dada
- Siku kunci dan tangan lurus
- Ibu jari masih rapat

Prosedur:
- Murid-murid melakukan
perlakuan setiap fasa ansur
maju secara bayangan
dengan arahan guru
sebanyak 5 kali.
Prosedur:
- Lakukan aktiviti menyangga
bola ke dinding berulang-ulang.
- Aktiviti ini dijalankan dengan
berperingkat iaitu menetapkan
jarak yang berbeza antara
murid dengan dinding.
-Tandakan pada dinding dengan
menggunakan sekeping kertas.
- Jarak antara murid dengan
dinding adalah semakin jauh .
- Pastikan selepas sahaja
Aktiviti 2: memukul bola, tetapkan
Dinding kedudukan badan untuk
melakukan sanggaan yang
baik.
- Untuk memudahkan aktiviti
ini, biar bola melantun
terlebih dahulu sebelum
disangga bergilir-gilir.
- Ulangi pukulan sebanyak
lima kali dua set pada
sasaran tanpa jatuhkan ke
tanah.
Prosedur:
- Murid berpasangan. Murid
A melambung bola ke arah
murid B. Murid B dalam
Aktiviti 3: kedudukan bersedia dan
Perlakuan murid menyangga bola ke arah
berpasangan murid A. Jarak adalah 3
meter di antara kedua-dua
murid.
- Aktiviti ini diulangi sebanyak
5 kali untuk 2 set.

Kemuncak Penerangan guru Guru menerangkan peraturan Alatan yang akan digunakan
Pengelolaan Permainan kecil: permainan yang akan dijalankan:
Permainan 1. Wisel
Kecil (Menyangga Tuju - Murid dibahagikan kepada 2 2. Bola tampar
(15 minit) Sasaran) kumpulan 3. Skitel
- Skitel telah diletakkan dengan
formasi mahkota .
- Setiap murid daripada dua
kumpulan tersebut perlu
menggunakan kemahiran
menyangga bola kepada rakan
bermula dengan tempat X.
- Murid-murid perlulah berada di
belakang skitel dan menyangga

bola kepada rakan untuk


menghasilkan formasi yang
ditentukan mengikut urutan.
- Setiap murid diberi sekali
peluang sahaja dalam
melakukan yanggaan ke arah
sasaran.
- Jika bola terjatuh pada lantai
dan tidak dihantar kepada
rakan, yanggaan perlu dimula
semula oleh murid pertama.
- Kumpulan yang berjaya
menggunakan masa untuk
membuat semua yanggaan
adalah menang.

Penutup 1. Gerak kendur Aktiviti menyejukkan badan


(7 minit) 2. Refleksi Rumusan dan refleksi guru
-Menarik nafas
sambil berjalan - Murid berdiri dalam satu
dengan perlahan barisan.
dalam barisan - Pastikan ada jarak antara
mengelilingi murid.
gelanggang - Murid berjalan dengan perlahan
dalam barisan sambil
mengelilingi gelanggang bola
tampar.
- Sambil berjalan, kepala
digerakkan ke kiri dan ke
kanan. Pergelangan tangan
juga dihayun.
- Sambil berjalan dan melakukan
aktiviti kenduran, murid menarik

nafas, menghembuskan dengan

kuat.
- Tarik nafas dan tahan selama 3

saat, dan hembus.


Rujukan

Kok.T.S, Ooi E.K, Kamarudin Amad. (2017). Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah.

Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola
Tampar Sekolah Rendah. Didapatkan dari
https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/1murid1sukan/articlefile_file_002140.pdf

Anda mungkin juga menyukai