Anda di halaman 1dari 10

LARI BERPAGAR

1.0 PENGENALAN
Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan dminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan
pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan
berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terantang dan sewaktu
melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berkaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan
ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat
menghasilkan larian yang lancar.

2.0 SEJARAH
Pada awalnya lari berpagar disebut lari lompat pagar. Lari lompat pagar dipercayai bermula di Great Britain pada abad ke-19. Namun begitu,
ramai mendakwa ianya bermula di Bandar Eton(sebuah sekolah). Pagar yang dilalui sebenarnya pintu kandang biri-biri. Pada tahun 1886,
Athur Crooml daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan (cara ini dicipta oleh Alvin
Kraenzlein). Pada peringkat awal ianya diadakan untuk jarak 100m, 110m, 400m dengan memasukkan 10 pagar pada setiap satu acara.

3.0 KAEGORI LARI BERPAGAR


Acara lari berpagar peringkat antarabangsa mempunyai dua jarak yang berbeza bagi setiap kategori untuk lelaki (L) dan perempuan (P). Jarak
bagi setiap kategori acara tersebut, ialah:
(i) 110 meter lari berpagar (L)
(ii) 110 meter lari berpagar (P)
(iii) 200 meter lari berpagar (L)
(iv) 400 meter lari berpagar (L)
(v) 400 meter lari berpagar (P)
JARAK DAN UKURAN PAGAR
Acara Tinggi Pagar Bilangan Pagar Jarak Pagar 1 Jarak antara Jarak Pagar ke
dari Garis Mula Pagar Garis Tamat
100 meter (P) 0.840 meter 10 13 meter 8.5 meter 10.5 meter

400 meter (P) 0.762 meter 10 45 meter 35 meter 40 meter

110 meter (L) 1.067 meter 10 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter

200 meter (L) 0.762 meter 10 18.29 meter 18.29 meter 17.10 meter

400 meter (L) 0.914 meter 10 45 meter 35 meter 40 meter


4.0 FASA LARI BERPAGAR

PERMULAAN LONJAKAN LAYANGAN

MENDARAT PENAMAT
FASA LARI BERPAGAR
(I) FASA PERMULAAN / MENUJU PAGAR PERTAMA

• Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut.

• Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan


langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan dihadapan blok
permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.

• Lari dengan larian yang konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.

• Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada di hadapan daripada kaki
yang melangkah pagar.

• Bilangan langkah larian hendaklah tetap.

(II) FASA LONJAKAN

b) Fasa Lonjakan 

 Jarak lonjakan  ke arah pagar  Gaya lonjakan kaki yang baik


bergantung kepada beberapa
faktor, iaitu:   - Meninggalkan muka trek sama
seperti lari pecut.
  - Ketinggian atlet.
  - Melonjak dengan menggunakan
  - Kelajuan larian. hujung tapak kaki.
  - Jarak jangkauan kaki hadapan.   - Kaki hadapan diangkat tinggi.
  - Kelajuan langkah kaki hadapan.   - Kepala tegak memandang ke
hadapan.
  - Pusat graviti ke hadapan sedikit dari
     kaki yang melonjak.
(III) FASA LAYANGAN / MELEPASI PAGAR

•Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan
melangkah mencecah tanah (mendarat).

• Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan
mengarah ke hadapan.

• bongkokkan badan ke hadapan.

• Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari
dengan kaki itu.

• Tapak kaki belakang hendaklah mengarah keluar semasa kaki hadapan


melangkah melepasi pagar.

• Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan
melangkah mececah tanah (mendarat).

(IVa) FASA MENDARAT / PULIHAN

• Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi
pagar.

• Berat badan di hadapan kaki.

• Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan pantas.

• Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg)

• Kaki hadapan menyentuh trk dengan tumit dahulu.


(IVb) CONDONG BADAN DIKEKALKAN

• Kaki belakang digerakkan ke hadapan untuk mengambil langkah pertama larian


antara pagar

(IVc) BERLARI DI ANTARA PAGAR


• Bilangan langkah hendaklah sama
• Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.

(V) FASA PENAMAT

•Lari dengan pecutan maksimum sebai sahaja kaki hadapan mendarat.


•Ayunkan kedua belah tangan secara agresif dengan bantuan kaki belakang.
•Pecut hingga ke garisan penamat dengan enam langkah sahaja
5.0 LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR

LATIHAN 1

Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarrah yang tertentu

LATIHAN 2

Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan


Semasa latihan digalakkan mengiri setiap langkah dengan menyebut
LOMPAT…SATU…DUA…TIGA…LOMPAT…
Tujuan latihan 1 dan latihan 2 adalah untuk membantu setiap peserta membina ritma
dan bilangan yang seragam ketika berlari di antar halangan.

LATIHAN 3

Merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan


Pelajar perlu berjalan dan melangkah di hujung batang rotan
Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan diikuti
dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat
dengan punggung
LATIHAN 4

Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.


Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakkan kaki belakang
semasa melepasi pagar.

LATIHAN 5

Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya sehingga ke garis tamat.


Tujuan latihan ini dilakukan untuk membina keseragaman langkah-langkah pelajar
ketika menuju kepagar pertama dan di antara pagar-pagar.
6.0 PERATURAN
PERATURAN 163
1. Terdapat 10 pagar di sepanjang trek larian. Pagar-pagar itu ditempatkan seperti
jadual berikut:

Jarak dari
Jarak dari
pagar
garis mula Jarak
Jarak larian Tinggi terakhir ke
Kategori ke pagar antara
(m) pagar (m) garis
pertama pagar (m)
penamat
(m)
(m)
110 1.067 13.72 9.14 14.02
Lelaki
400 0.914 45 35 40
100 0.840 13 8.5 10.5
Wanita
400 0.762 45 35 40

2. Pelari berlari dalam lorong masing-masing.


3. Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan berikut:
(a) Mengheret kaki di bawah palang apgar,
(b) Melompat pagar di lorong lain atau,
(c) Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

Anda mungkin juga menyukai