Anda di halaman 1dari 1

SKRIP CERITA KANAK-KANAK

TAJUK: ARNAB YANG PEMALAS


(NILAI: KERAJINAN/PERIBAHASA: HARI INI TERLEBIH BAIK DARIPADA
BESOK)
Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. (BGM:
FOREST)
Pada suatu pagi… (BGM: CHICKEN MORNING CALL)
Tupai: Marilah kita buat sarang, Si Arnab. Sekarang dah tiba musim hujan.
Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. (BGM: FOREST)
Arnab: Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya rehat dulu. (BGM: FOREST)
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di
bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan. (BGM: RAINING+LIGHTNING)
Tupai: Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini…(BGM: RAINING)
Arnab: Ya, betul kata awak. Pagi esok kita akan buat sarang. (BGM: RAINING)
________________________________________________________________
(BGM: CHICKEN MORNING CALL) Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai
mengajak arnab membuat sarang. (BGM: FOREST)
Tupai: Si Arnab, lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang. (BGM:
FOREST)
Arnab: Tapi bukan sekarang. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi
mencari makanan. saya sungguh lapar! (BGM: FOREST)
Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan
turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. (BGM:
RAINING+LIGHTNING)
Tupai: Alangkah baiknya jika kita ada sarang. Esok kita mesti membuat sarang.
Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. (BGM: RAINING)
Arnab: Kita tunggu esok sahajalah…(BGM: RAINING)
Arnab yang pemalastu tidak menghiraukan runggutan sahabatnya. (BGM:
RAINING) + (ENDING SOUND EFFECT)

Anda mungkin juga menyukai