Anda di halaman 1dari 7

PELAKSANAAN KURIKULUM PROGRAM BINA INSAN GURU

Pengenalan

Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini melibatkan semua pelajar Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan pelajar Kursus Diploma Pendidikan Malaysia. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guruguru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan BIG lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

VISI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Untuk mewujudkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi Negara di Malaysia

MISI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk melahirkan guru yang cemerlang dan bersedia memenuhi aspirasi negara

OBJEKTIF BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

1. 2. 3. 4.

Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah rendah dan menengah Membina insan guru berakhlak mulia, berilmu, kreatif, ikram dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid dengan cekap dan berkesan Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berterusan Mengembangkan institusi pengurusan sebagai pusat khidmat rujukan dalam bidang keguruan.

IKRAR RUKUNEGARA

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden: Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

MATLAMAT PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Perkhemahan I (4 Hari 3 Malam) yang akan dilaksanakan pada awal semester pertama. Aktiviti perkhemahan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

OBJEKTIF PROGRAM BIG

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti 3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial. 8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG. 2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. 3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan

4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat. 5. Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program/aktiviti yang dilaksanakan. 6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran) 7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan. 8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan. 9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar. 10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran. 11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah. 12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan. 13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan. 14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali. 15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah malam. 16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya. 17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan. 18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran. 19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian. 20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran. 21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih/fasilitator. 22. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. 23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. 24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.

ETIKA PESERTA 1. ETIKA TERHADAP DIRI SENDIRI

Mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kecerdasan diri Memelihara kebersihan, kekemasan dan keceriaan diri Mengawl hawa nafsu dari melakukan kemungkaran dan keiatan anti sosial Berupaya membuat keputusan yang rasioal dan kestabilan mental terhadap tekanan Mempunyai peri laku yang mencerminkan akhlak dan budi pekerti yang luhur serta saling hormat menghormati Berkomunikasi yang berkesan dan kesantunan berbahasa dengan semua pegawai dan peserta Mengamalkan budaya memberi salam dan bertegur sapa Menghindarkan diri dari apa-apa tindakan yang boleh mencemarkan nama baik dan imej maktab Bertekad dan berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi diri sepanjang program

2.

ETIKA TERHADAP RAKAN PESERTA

Bekerjasama dan bermuafakat sesama rakan peserta Menjaga kesejahteraan, perpaduan dan keselamatan rakan peserta. Memberi nasihat dan menolong rakan peserta dalam mengatasi masalah yang dihadapi Mengelakkan diri daripada mencemarkan dan menjatuhkan nama baik dan maruah rakan peserta Menjadi ahli yang aktif dalam semua aktiviti dan sebagaimana yang diarahkan Bersedia memaafkan kesalahan orang lain dan menyedari kelemahan diri Berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rakan peserta.

3.

ETIKA TERHADAP ILMU DAN PENGALAMAN

Membina sikap cintakan ilmu dan pengalaman Mengembangkan potensi berfikir secara kreatif dan kritis dan dapat menyampaikan idea yang jelas Menghubungkaitkan teori dan amalan serta dapat merealisasikannya sebagai aktiviti harian

Melaksanakan tugasan dengan jujur dan mengutamakan kualiti dan kesempurnaan Berusaha mencapai keputusan yang baik dan tepat, bersikap akur kepada keputusan, berlapang dada terhadap perbezaan pandangan dan pendekatan Menyertai semua aktiviti program untuk kemanfaatan diri, kumpulan dan persekitaran sesuai dengan potensi diri Berdoa semoga mendapat keredhaan Tuhan dan keberkatan ilmu dan pengalaman yang diperoleh.

4.

ETIKA TERHADAP URUS SETIA DAN PEGAWAI PROGRAM

Menghormati, memberi salam dan ucapan penhargaan kepada semua urus setia dan pegawai proram Mewujudkan hubungan yang harmoni dengan semua urus setia dan pegawai program Memberikan tumpuan yang bijaksana dan menghargai tunjuk ajar pegawai program Membahaskan secara sopan ilmu yang diragui atau yang bertentangan dengan kefahaman dan realiti semasa Sentiasa meminta keredhaan ilmu yang dipelajari daripada pegawai bertugas Mendoakan kesejahteraan semua pegawai dan urus setia.

5.

ETIKA TERHADAP PUSAT LATIHAN DAN PROGRAM

Mematuhi peraturan, arahan tetap dan etika peserta Menjaga keharmonian pusat latihan dan program Peka terhadap kebersihan semua ruang dan bahagian pusat latihan, kemudahan dan kawasan latihan Menjaga keselamatan harta benda awam dan kepentingan bersama Menanam sikap berjimat cermat menggunakan air, elektrik dan segala kemudahan latihan Mempunyai perasaan sayang terhadap pusat latihan Menjaga nama baik dan imej pusat latihan Sedia berkhidmat dan memberikan bantuan sebagaimana yang diarahkan dan diperlukan dengan penuh jujur dan ikhlas

Bertekad dan berusaha untuk mencapai objektif program dan menghayati semangat, ilmu, kefahaman dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program secara berterusan selepas Program Bina Insan Guru tamat.

Anda mungkin juga menyukai