Anda di halaman 1dari 6

Transkrip Temubual

Tarikh: 22 Februari 2019

Masa: 10:30 pagi

Tempat: Sekolah Kebangsaan Menson, Cameron Highlands

Nama: Cik Aimi Nadia Bt Shuaib

Jawatan: Ketua Panitia Bahasa Arab

Soalan Isi kandungan Catatan


1. P: Selamat pagi cikgu. Saya Fatini Athirah dan Senorita dari
IPG Besut. Jadi tujuan kami ni sebenarnya nak temubual salah
seorang guru panitia lah. Kami jumpa guru panitia bahasa arab
ok lah. Jadi sebenarnya nak tanya, berapa lama akak mengajar
di sekolah ini.

R: Satu tahun dua bulan.

2. P: Satu tahun dua bulan? Baru posting sini ka?

R: Ya, eh bukan baru posting baru ditukarkan tukar sini minta


tukar.

P: Minta tukar.

R: Aa.

3. P: Akak memang orang Cameron?

R: Tak orang Lipis

4. P: Ooo orang Lipis. Jadi sebelum ni akak kat mana?


R: Di perak

5. P: Perak, aa, ok. Apakah perasaan akak ketika dilantik Guru


Panitia?

R: Perasaan tu macam rasa berat la juga. Sebabnya ketua kan.


Tapi nya takpalah, kita galaslah. Ambik je la sebab
tanggungjawab. Maknanya akak ni kalau orang lantik maknanya
akak fikir orang percaya dekat kita. Aa jadi kita terima je la.

6. P: Berapa ramai eh guru bahasa arab?

R: Bahasa arab? Aa kat sini kalau ikut opsyen dua, dua bahasa
arab dua PAI, tapi empat-empat ajar bahasa arab. Cuma yang
opsyen ambil dua kelas yang bukan opsyen ambik satu.

7. P: Akak pun masih mengajar bahasa arab juga la?

R: Ya ya

8. P: Apa kenangan manis akak sepanjang satu tahun lebih dekat


sini?

R: Kenangan manis? Kenangan manis,urmm nak kata, nak kata


budak yang menguasai sangat tu takdalah tapi kalau dalam
kelas tu dia take part, dia boleh jawab apa yang kita tanya tu ok
la. Dan sebab budak ni dia punya ingatan tu jangka masa
pendek kan, jadi maksudnya dalam jangka masa sejam dia
boleh ingat lagi bila tanya, minggu depan tu memang tak ingat
lagi. Aa macam tu la. Tapi tak apalah.akak macam bila budak
boleh jawab akak punya soalan event boleh jawab salam pun
takpa, aa itu manis dah tu sebab ni first time mengajar orang
asli yang penuh sebab sebelum ni budak bahasa arab semua
melayu, semua melayu tapi ada asli tapi asli yang pasif, dia tak
take part la, dia tak macam ni.

9. P: Aaa kalau orang asli yang pasif tu macam mana?

R: Macam, macam mana?

10. P: Macam mana akak cuba nak dia terlibat dalam dalam PdPc
kita?

R: Kita kena duduk dekat dengan dia, memang aa macam ni la.

11. P: Macam ni?

R: Dia kena duduk begini la. Ok ni buat ni, ni buat ni. Tapi
tengok juga. Ada kelas yang bila kita masuk dia keluar ikut di
belakang dia main, dia takkan masuk kelas.

12. P: Kalau yang keluar tu keluar la?

R: Aaa tak boleh diselamatkan la. Akak kena fokus yang ada la
yang Islam ni. Sebab yang masa kat sana yang ambik Bahasa
Arab ni dia bukan islam, dia Kristian sebab sekolah kebangsaan
yang akak ajar dulu tu dia macam mana eh dia sekolah rendah
yang campur tapi ada satu bahasa elektif sahaja, dia takda
Bahasa Semai la. Jadinya dia kena ambik jugalah Bahasa Arab.

13. P: Susah tak akak mengajar Bahasa Arab?

R: Sangat aa susah la juga

P: Sangat susah

R: Jadi akak kena rendahkan kita punya silibus la. Kalau silibus
macam tahun enam dia dah belajar ayat, karangan, petikan
semua akak tak boleh ni juga, kena perkataan, minta dia hafal,
kena banyak main. Main susun-susun ka main colour-colour
macam tu aa.

14. P: Apakah hasrat akak sebagai Ketua Panitia terhadap subjek


Bahasa Arab.

R: Hasratnya, hurmm akak kalau boleh nak budak tu oklah


kalau dia tak boleh membaca dia boleh bercakap. Sebab cakap,
bertutur kan, maknanya bila orang datang, oo ok kalau tanya
bagi salam, tanya khabar, ucap selamat pagi. Dia boleh yang itu
pun ok dah. Aa. Kemudian menguasai ini la perkataan-
perkataan basic yang ada kat sekolah tu je la. Nak tinggi sangat
tu tak berani la sebab takut tak ni kan. Akak pun tak yakin. Tapi
tengok budak la. Dia ada budak yang cepat dapat, yang cepat
tu sikit la

15. P: Yang cepat tu sikit la. Satu dalam tiga orang la. Aa. Ok.
Pernah tak program dijalankan dibawah panitia Bahasa Arab.

R: Aaa program, urm tak banyak.

16. P: Aaa tak banyak. Tahun ni ada tak perancangan?

R: Tahun ni kita plan aa kalau dalam kelas kita perbanyakkan ni


la yang menguasai yang akak cakap tadi apa tu berbual tu kan,
aa maksudnya selamat pagi, ucapan yang itu, kemudian plan
nak buat aa macam kamus BA macam ambik buku 55 ka
ataupun buat buku catatan sendiri cikgu akan bagi satu hari
satu perkataan ataupun satu minggu satu perkataan, suruh dia
ingat. Perkataan yang basic-basic jer yang tak payah kitaa ni
kan, aa yang mungkin yang takda dalam buku perkataan yang
takda dalam buku. Aa kemudia kita plan nak buat macam
speaker corner tu la speaker corner. Biasa kita buat hari isnin
selasa tu biasanya budak cakap bahasa melayu je la, tapi kalau
hasratnya ingat kita nak buat plan hari jumaat nak buat untuk
bahasa arab. Tapi kita cakap teks yang mudah la, teks yang
mudah macam hobi ka tinggal kat mana tu la dalam dua tiga
ayat macam tu je. Tak banyak.

17. P: Biasanya akak dapat bahan bacaan untuk subjek ni macam


mana?

R: Bahan bacaan, ambik kat internet. Internet dengan buku teks


je la. Akak tak lari jauh, biasanya buku teks dengan internet.

18. P: Apa yang akak lakukan bagi meningkatkan lagi prestasi


murid? Apakah tindakan akak seterusnya?

R: Latihan laa, latihan ha latihan tu kena banyak la. Kemudian


kita macam kalau dia suka melukis, ikut dia punya tu tapi kita
ubahla macam perkataan, banyak main games ka aa dia suka
macam tu. Macam hari tu kita buat perbualan tu la, siapa awak
siapa kawan awak, nama kan, aa dia suka yang itu. Ok ustzah
nak buat lagi yang macam tu. Tapi sebab masa terhad kan kita
tak buat lagila, buat untuk masa sejam. Aaa kena banyak yang
games la yang melibatkan dia dan kawan-kawan dia, yang
macam kumpulan laa aa macam tu.

19. P: Biasanya bila akak nampak prestasi tu ada, ada tak unsur
penghargaan?

R: Aaa ada. Biasa akak bagi

20. P: Penghargaan yang macam mana tu?

R: Aaa kadang-kadang akak bagi tengok la belanja ka,


Biasanya banyak belanja la
P: Ke arah duit laa

R: Ya ya. Ke arah duit. Macam bagi alat tulis hadiah. Kan pergi
eco shop tu kan kita beli macam-macam bagi je la.

21. P: Sangat suka?

R: Ya

22. P: Aaaa macam mana pula hubungan akak dengan cikgu-cikgu


Bahasa Arab?

R: Aaa alhamdulillah baik.

23. P:Dari segi kerjasama?

R: Satu teamwork yang yang akak rasa satu kepala.

24. P: Yang memang boleh ke arah tugas untuk meningkatkan


prestasi bahasa arab?

R:Ya ya

P: Aaa ok kak. Tu saja kak, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai