Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-nya dapat juga saya menyiapkan

laporan kajian ini dengan jayanya. Seterusnya, saya ingin mendedikasikan ucapan

penghargaan ini kepada penyelia saya, Dr. Ahamad bin Rahim kerana dengan

bimbingan, tunjuk ajar, bantuan, pandangan serta cadangan daripadanya membuka

ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Ucapan penghargaan ini juga turut didekasikan kepada pensyarah subjek

saya Dr. Ramli bin Ismail kerana berkat tunjuk ajar dan bimbingannya dapat saya

menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, seluruh warga

Sekolah Kebangsaan Kampong Raja di atas kerjasama yang diberikan sepanjang

tempoh kajian ini dilaksanakan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada

keluarga saya yang tercinta khususnya ibu bapa saya iaitu En. Michael anak Gani

dan Pn. Sindo anak Dugu yang telah banyak berkorban untuk saya dan menjadi

pemudahcara untuk saya menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada adik

beradik saya iaitu Sylvia Elizabeth, Floren Parada dan Christina Singgal yang

telah banyak memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak

terhingga sampai saya berjaya menyiapkan kajian ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi sokongan, tunjuk ajar serta peringatan terhadap setiap apa yang saya

v
telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya

utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat

secara lansung dan tidak langsung dalam proses penyiapan kajian ini. Semoga

anda semua diberkati di dunia dan juga di akhirat.

Senorita Anak Michael,


Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.
2019

vi

Anda mungkin juga menyukai