Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BERDASARKAN CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

Antara kepentingan pentaksiran ialah dapat mengukur tahap kemampuan pelajar


dengan lebih tepat melalui ujian yang mempunyai kesahan yang tinggi.Kesahan yang
tinggi dapat menghasilkan ujian yang baik dan ia nya dapat mengukur apa yang sepatutnya
diukur tetapi terdapat juga ujian yang tidak dapat di ukur ke atas pelajar contohnya untuk
mengukur tahap kesabaran pelajar dalam melakukan sesuatu ujian yang berbentuk projek
binaan kayu dalam subjek kemahiran hidup.Kesahan ini dinamakan sebagai kesahan
gagasan dan kesahan ini tidak dapat dilihat secara langsung pada sesetengah keadaan.

Seterusnya pentaksiran juga berkepentingan dalam mencapai markah penskoran yang


baik tanpa bersandarkan pertimbangan guru.Tidak dinafikan berlaku kebocoran dalam
penskoran kerana tidak ada persediaan awal sebelum melakukan sesuatu ujian keatas
pelajar.Untuk mencapai keobjektifan dalam pentaskiran persediaan awal hendaklah di
lakukan lebih awal sebelum soalan ujian di jawab oleh pelajar untuk mengelakkan markah
penskoran di pengaruhi oleh pertimbangan guru.Menyediakan skema penskoran dan di
semak oleh pakar bidang adalah Langkah yang terbaik bagi menghasilkan penskoran yang
sah dan berkualiti.Selain iti bentuk soalan juga mempengaruhi keobjektifan pentaksiran ini
lebih tercapai.Sebagai contoh soalab objektif mempunyai penskoran yang lebih tepat jika
dibandingkan dengan soalan berbentuk subjektif.

Setiap penskoran yang dilakukan keatas pelajar hendalah tekal atau tidak berubah untuk
menghasilkan data penskoran yang dipercayai ini kerana penskoran yang berubah-ubah
tidak mendapat kebolehpercayaan yang tinggi.Walaubagaimanapun kebolehpercayaan
boleh menghasilkan perubahan melalui faktor yang tidak sistematik samaada variasi
individu,variasi perubahan tugasan atau variasi persampelan.Oleh itu jika sesuatu
penskoran dibuat hendaklah mempunyai arahan yang jelas,tepat dan tidak mengelirukan
pelajar sekaligus menjamin jawapan para pelajar mengikut tahap kemampuan mereka
bukan berdasarkan nasib mereka semata-mata.

Meningkatkan persediaan guru sebelum penskoran dilakukan juga antara kepentingan


pentaksiran dalam pendidikan kerana penskoran adalah asas untuk mengukur tahap
individu A dan inidividu B dengan mengeluarkan data dalam bentuk data atau
grafik.Semakin mudah sesuatu penskoran itu dapat menukarkan kepada graf atau statsitik
maka semakin tinggi lah kemudahtafsiran sesuatu penskoran itu.Untuk mendapatkan
kemudahtafsiran guru juga hendaklah bersedia lebih awal dengan memaklumakn kepada
pelajar penanda aras atau pemberatan sesuatu penskoran yang digunakan supaya para
pelajar dapat menjawab kehendak soalan.Pemeriksa juga hendaklah jujur dan mengelakkan
diri dari mengetahui nama atau no matriks pelajar untuk mengelakkan ketidakadilan markah
serta berlaku kepincangan ketika penilaian berlaku atau dengan kata mudah bertindak lebih
professional.Penilaian sesuatu penskoran hendaklah berdasarkan ciri-ciri atau kriteria yang
telus seperti jawapan pelajar hendaklah teratur,kemas dan diterima logik akal serta
mempunyai kandungan isi bagi sesuatu soalan.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai