Anda di halaman 1dari 1

Falsafah pendidikan antara tokoh-tokoh islam dan barat berbeza dari segi konsep dan

prinsip mengikut pegangan masing-masing dan perkara ini ada yang masih kekal sehingga
kini dan ada juga yang sudah dimansuhkan oleh kerajaan. Kebanyakan pemikiran tokoh-
tokoh samaada tokoh barat atau islam mempunyai pemikiran yang sama dan selaras
dengan dengan bidang masing-masing.

Imam Al-Ghazali atau digelar sebagai Hujjatul islam kerana sangat hebat mempertahankan
islam mempunyai prinsip yang sangat kukuh dalam falsafah pendidikan bahawa sesiapa
yang ingin menuntut ilmu hendaklah membersihkan hati mereka dari perkara negative
kerana ini adalah asas untuk mendapatkan keberkatan ilmu dan keberkatan dari
tuhan.Imam Al-Ghazali yang terkenal dengan kitabnya Ihya’ Ulumuddin menjadi asas dalam
manhaj falsafah pendidikan beliau.Matlamat falsafah pendidikan imam Al-Ghazali ialah
setiap pendidikan mestilah mengarah diri kepada Allah dan kesempurnaan insan untuk
mencapai tujuan hidup iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Pegangan imam Al-Ghazali ini sangat berbeza dengan Plato tokoh falsafah pendidikan
barat yang terkenal pada zaman Yunani berpendapat bahawa pendidikan ialah satu proses
untuk membentuk individu yang berakhlak mulia dan beliau juga menyokong pendapat
Socrates iaitu pendidikan memberi latihan moral kewarnegaraan yang baik kerana melalui
proses ini dapat melahirkan rakyat yang baik serta setia dan taat akan undang-undang
negara.Menurut plato juga orang yang berilmu ialah orang yang mencintai
kecantikan,kebaikan dan keadilan.Dapat dilihat pegangan Imam Al-Ghazali lebih cenderung
kepada kemurniaan akhlak individu dan tidak meninggalkan aspek ketuhanan yang abadi
manakala pegangan Plato lebih cenderung kepada keduniaan semata-mata tanpa
menitikberatkan hal ketuhanan.

Seterusnya falsafah pendidikan Al-Farabi yang memegang empat pinsip yang sudah
menjadi norma dalam sesetengah pendidikan islam iaitu Ta’dib (mendidik),Taqwim
(menilai),Tahzib (latihan).Al-Farabi telah mendefinisikan bahawa ta’lim dan ta’dib dua
perkara yang berbeza.Ta’lim ialah proses memberi penyampaian secara lisan tentang teori
tanpa memberi praktikal manakala ta’dib pula membawa maksud membentuk individu agar
beretika mahir dalam sesuatu perkara dengan melalui proses mendidik.Matlamat pendidikan
Al-Farabi pula membina dan menyediakan seseorang itu menjadi sebuah masyarakat yang
sempurna serta mencapau tujuan kemanusiaan sebagai hamba Allah iaitu kebahagiaan
sejati setiap manusia.

Perbezaan yang amat ketara dalam falsafah pendidikan barat dan islam ialah ilmu di
bahagikan mengikut darjat manakala prinsip ahli falsafah Yunani Aristotle berpendapat
bahawa golongan kanak-kanak hamba tidak layak mendapat pendidikan dan pendidikan
juga bersifat politik.Falsafah ini terpesong jauh dari falsafah pendidikan oleh tokoh islam
kerana pendidikan seharusnya perlu di berikan kepada semua golongan tanpa mengira
darjat dan keturunan untuk mencapai tujuan hidup iaitu menjadi khalifah Allah dan
pendidikan tidak seharusnya di pisahkan oleh politik tetapi disebarakan seluruh alam
sejagat.Aristotle jugak berpendapat bahawa pendidikan akan memberikan setiap manusia
segala peluang untuk mencapai kebahagiaan hidupnya

Anda mungkin juga menyukai