Anda di halaman 1dari 2

Setelah mempelajari falsafah pendidikan barat,falsafah timur dan falsafah pendidikan islam

dapat disimpulkan juga bahawa terdapat beberapa unsur dari falsafah berikut yang diserap
masuk dalam falsafah pendidikan di Malaysia dan di gunakan sehingga kini.Hanya elemen-
elemen yang relevan sahaja yang menjadi amalan dalam pendidikan di Malaysia untuk
diaplikasikan dalam pembelajaran bilik darjah bersama pelajar.

Dalam falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua bahagian iaitu tradisional dan moden
yang mana falsafah moden dalam progresivisme dan rekonstruksionisme lebih banyak
diaplikasikan dalam falsafah pendidikan Malaysia.Dalam falsafah pendidikan kebangsaan
mempunyai elemen untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,rohani dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan perkara ini
diaplikasikan dari falsafah progresvisme yang mana membawa maksud
kemajuan,perkembangan atau melangkah lebih maju.Falsafah progresvisme ini disokong
kuat oleh ahli falsafah barat iaitu John Dewey dan falsafah ini juga pernah diguna pakai oleh
Amerika Syarikat.Dalam falsafah pendidikan kebangsaan juga menggunakan kaedah
berpusatkan murid iaitu berkonsepkan 3M (membaca/menulis/mengira) yang mana kaedah
dapat dihayati dalam falsafah rekonstruksionisme kerana falsafah ini jugak menekankan ciri-
ciri pelajar dalam sistem pendidikan mereka.

Seterusnya Falsafah pendidikan di Malaysia juga dipengaruhi sedikit sebanyak dari falsafah
timur yang mana boleh digololongkan dalan 3 golongan iaitu China,India dan Islam.Konsep
falsafah pendidikan timur menyatakan bahawa pendidikan merupakan sesuatu elemen yang
amat penting bagi seseorang individu baik didunia mahupun diakhirat kerana dengan
pendidikan manusia dapat mengekalkan struktur kekeluargaan dan dapat mengembangkan
sistem ekonomi.Dalam falsafah timur ini mempunyai persamaan dan mempengaruhi sistem
pendidikan di Malaysia dari aspek peranan guru bahawa guru berperanan sebagai fasilitator
dan penyampai ilmu yang mahir.Guru juga hendaklah memberi komitmen yang tingi atas
tanggungjawab sebagai penyampai ilmu untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Pengaruh dalam aspek kurikulum pula dapat dilihat dengan pembelajaran dalam bilik darjah
iaitu subjek pendidikan sivik atau pendidikan moral,pendidikan muzik seni dan kebudayaan
serta pendidikan kesusasteraan yang mana semua subjek ini juga terdapat dalam falsafah
pendidikan China.Dalam pengaruh ini falsafah pendidikan di Malaysia mempunyai
persamaan dan penekanan rakyat mesti lah berakhlak mulia dalam semua keadaan dan
pendidikan memainkan peranan untuk melahirkan manusia yang harmoni dari segi
intelek,rohani dan jasmani sehingga rakyat berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri melalui
proses pendidikan.

Dalam falsafah timur (Confucius) juga telah mempengaruhi beberapa elemen murni yang
sehingga kini Kementerian Pendidikan Malaysia masih menekankan kepada semua guru dan
pelajar untuk diaplikasikan tentang ketinggian moral seseorang individu.Antara nilai murni
yang diterapkan dalam falsafah pendidikan Confucius dan diserap masuk ke dalam falsaga
pendidikan Malaysia ialah menghornati ibu bapa,kesetiaan,ketekunan,tolak
ansur,kebijaksanaan,berjimat cermat serta menghormati orang yang lebih tua.

Seterusnya dalam falsafah pendidikan islam juga terdapat banyak unsur yang diserap masuk
untuk membnetuk falsafah pendidikan Malaysia.Falsafah pendidikan islam yang bersifat
syumul (menyeluruh) menyebabkan ramai para ilmuwan di Malaysia sejak zaman berzaman
secara mudah menerima pakai elemen yang positif.Menurut sejarah pendidikan islam mula
berkembang bermula dari rumah guru sahaja kemudian mula berkembang di masjid-masjid
dan seterusnya mula bertapak di pusat pengajian pondok dan ketika itu juga istana raja-raja
melayu mula memberikan perhatian terhadapa pendidikan islam dengan menjemput ulama’-
ulama’ dating ke istana untuk mengajar tentang pendidikan islam.Pendidikan islam
bertambah menjadi satu perhatian dan sesuatu yang penting selepas Malaysia merdeka dari
tangan penjajah dan di wujudkan akta pelajaran iaitu Akta 1961 bahawa pendidikan islam
menjadi kewajipan pada kerajaan pusat.Hasil daripada akta ini lah sehingga kini pendidikan
islam di Malaysia semakin berkembang dan subjek pendidikan Islam yang diwajibkan dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah serta dapat dilihat penubuhan sekolah-sekolah
agama yang pelbagai aliran seperti aliran tahfiz yang berkualiti dibeberapa buah negeri serta
Maahad-Maahad yang mempunyai sukatan pelajarn berasaskan Al-Azhar dari Mesir.

Anda mungkin juga menyukai