Anda di halaman 1dari 1

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN INDIVIDU

Pertumbuhan dan perkembangan adalah dua perkara berbeza yang berlaku kepada
manusia dan ia merupakan proses yang berlaku sepanjang hayat manusia.Pertumbuhan
adalah proses yang melibatkan sesuatu perkara yang boleh diukur dan boleh dilihat melalui
perubahan fizikal yang dapat diukur dengan angka seperti berat badan dan ketinggian
seseorang dan pertumbuhan ini bersifat kuantitatif.
Manakala perkembangan pula ialah satu proses perubahan secara kualititatif yang mana
perkembangan dapat dilihat seiring dengan kematangan seseorang dari segi rohani dan
jasmani melalui pembelajaran dan pengalaman hidup.Perkembangan dan pertumbuhan
seseorang tidak sama tetapi masih dalam kadar yang sama mengikut umur seseorang.
Antara faktor yang mempengaruhi pertumbuhan seseorang ialah baka.Baka bangsa Melayu
berbeza dengan bangsa cina dan india dari segi rupa paras,warna kulit dan saiz bentuk
badan.Perbezaan pertumbuhan ini dapat dilihat secara zahir tanpa perlu diukur melalui ujian
tertentu.Kekuatan induk sangat mempengaruhi sejauh mana pertumbuhan individu itu
berlaku.Sebagai contoh jika wanita melayu berkahwin dengan pemuda cina kebarangkalian
anak yang dilahirkan lebih mempunya iras bapanya kerana induk lebih kuat dari segi baka.
Faktor kekeluargaan juga mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan individu
seseorang.Jika seseorang itu dibesarkan dalam sebuah keluarga yang harmoni,mesra dan
ceria perkembangan otak dan emosi seseorang individu lebih baik dan sejahtera kerana
persekitaran nya mendapat dorongan yang baik dari ibu bapa sendiri.Sebagai contoh anak
yang dibesarkan oleh ibu bapa yang sering bergaduh dan pukul memukul keadaan ini
mempengaruhi emosi anak menjadi murunga tau menjadikan anak seorang kaki buli kerana
terpengaruh dengan suasana yang berlaku di sekelilingnya.
Seterusnya kebudayaan dalam sesuatu masyarakat juga mempengaruhi perkembangan
idividu dalam perkembangan pelajaran dan cara pergaulan dalam masyarakat.Sesuatu yang
sudah menjadi budaya sangat mudah untuk diikuti dan di praktikkan kerana ia sudah
menjadi kebiasaan orang sekeliling.Sebagai contoh mudah kerajaan Malaysia sangat
menekankan budi Bahasa budaya kita.Dengan kempen budi Bahasa budaya kita dapat
melahirkan inidividu yang mempunyai sahsiah yang lebih sopan dan terpuji dari segi moral
seterusnya membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Dengan perkembangan teknologi yang serba canggih seperti radio,komputer dan
kemudahan internet tidak dapat dinafikan perkembangan anak-anak sangat di pengaruhi
oleh kecanggihan gadjet yang semakin berkembang kian hari.Jika anak-anak di dedahkan
dengan perkara-perkara yang berunsurkan kecemerlangan akademik ianya dapat
mengembangkan lagi kognitif seseorang inidividu,dan jika anak-anak didedahkan dengan
perkara yang berunsur keganasan,lucah,buli dan sebagainya maka anak-anak terdedah
dipengaruhi perkara-perkara negatif ini.
Faktor terakhir yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan seseorang ialah gaya
hidup sihat atau sebaliknya.Faktor ini termasuk lah dari segi pemakanan yang sihat atau
berunsurkan makanan segera atau kurang sihat.Secara puratanya ramai di kalangan ibu
bapa tidak cakna akan pemakanan anak dan tanpa di sedari perkara ini mempengaruhi
perkembangan otak anak-anak dan menjejaskan prestasi akademik mereka.Sebagai ibu
bapa mestilah membekalkan anak-anak dengan makanan yang sihat dan berzat supaya
tubuh badan dan otak mereka lebih cergas dan cerdas.

Anda mungkin juga menyukai