Anda di halaman 1dari 4

Ini adalah contoh KK menggunakan nota hujung. Pihak J/kuasa menetapkan tiada penggunaan op.cit.

dalam KK Di samping itu, terdapat beberapa fakta-fakta sejarah lain yang menunjukkan tentang kewujudan kerajaan Samudera-Pasai yang masyhur sebagai antara kerajaan Melayu-Islam awal sepertimana yang dipaparkan di dalam Sejarah Melayu yang disadur daripada Hikayat Raja-raja Pasai.1 Jika dilihat melalui rekod kerajaan Monggol oleh Yuen Shih memang

terdapat paparan tentang kedatangan utusan China dari Malabir sekitar tahun 1282 yang telah sempat singgah di Samutula (dikatakan Samudera). Begitu jugalah dalam naskah Parker yang ditulis pada 1284 yang menyebut bahawa kerajaan Fukien telah menghantar utusannya ke Lan Wu Li (Lambri)2 dan Samudera bagi menuntut ufti.3 Di samping itu, naskhah

Monggol tahun 1309 juga turut menyatakan tentang tiga misi telah dihantar ke Champa, Pan Li Pa (Palembang) dan Pah Sih (Pasai).4 Melalui rekod-rekod ini menunjukkan bahawa kerajaan Samudera-Pasai sepertimana yang dicatatkan oleh pengarang Sejarah Melayu adalah benar-benar wujud walaupun terdapat sesetengah kisahnya berbentuk tidak rasional. Selain itu kisah mengenai serangan Portugis secara besar-besaran yang membawa kepada pengunduran Sultan Mahmud bersama puteranya, Sultan Ahmad5 serta para

pengikutnya ke hulu Muar lalu membina kota bagi penempatan dan pertahanan mereka6 bukan sahaja telah digambarkan oleh Sejarah Melayu malah turut dinyatakan di dalam dokumen Portugis seperti berikut: The Governor eventually came to know that the Sultan had settled himself on the bank of a river called Muar, and he had left the prince, his son, in an encampmentBecause his encampment was not far from the river, the prince started to construct a strong fort to stop any Portuguese attempt to reach his encampment in their boats.7 Sejarah Melayu turut menyebut bahawa Sultan Mahmud bersama putera dan para pembesar terpaksa berundur dari hulu Muar (Pagoh) ke Penarikan lalu ke Pahang8 setelah Portugis menyerang pertahanan mereka di Pagoh. Kemudian Sultan Mahmud bersama

beberapa pembesarnya telah ke Bintan untuk mendapatkan perlindungan dan bernegeri di sungai Bukit Batu Pelabuhan.9 Keberadaan baginda di Bintan turut disebut di dalam dokumen Portugis dengan lebih lanjut lagi. Semasa di Bintan, baginda dikatakan sering

merasa tertekan dengan kekalahan Melaka. Setiap hari baginda cuba mendapatkan berita tentang apa yang berlaku di Melaka. Orang-orang Portugis dikatakan telah mengatur strategi dan kuasa mereka semakin bertambah di Melaka. Dalam surat Afonso de Albuquerque Sultan Mahmud 20,000 tentera

kepada Raja Portugal bertarikh 1 April 1512, menyebut bahawa memberitahunya yang baginda telah membina kota dengan kekuatan

bersenjata. Oleh itu baginda menyampaikan hasratnya untuk berada di bawah kuasa Raja Portugal. Hasratnya untuk berada di bawah Portugis turut dinyatakan oleh baginda kepada Rui de Brito Palatim setelah pengikutnya. 10 Terdapat banyak lagi contoh lain yang boleh diberikan bagi menunjukkan bahawa kisah yang diceritakan oleh Sejarah Melayu adalah sahih, berwibawa dari segi ilmiah. baginda kehilangan segala-galanya termasuk kuasa dan

Walaupun terdapat beberapa unsur mitos dan lagenda yang membawa kepada percanggahan fakta di samping beberapa tafsiran yang berbeza di antara Sejarah Melayu dengan sumbersumber asing, namun tidak dinafikan bahawa nilai-nilai sejarah tetap wujud di dalamnya berdasarkan beberapa kenyataan yang telah diutarakan di atas. Unsur-unsur tidak rasional itu tidak terus dipinggirkan oleh masyarakat sebaliknya serpihan-serpihannya turut dibawa

bersama-sama dan dicampuradukkan dengan kisah yang benar-benar berlaku dengan tujuan tertentu.
Selain Sejarah Melayu, Misa Melayu juga turut memaparkan aspek kebenaran walaupun terdapat sedikit unsur mitos-legenda dan beberapa percanggahan fakta di dalamnya. Ini kerana pengarangnya telah mempunyai kesedaran sejarah dan sedaya mungkin cuba memaparkan segala peristiwa dengan sebenar-benarnya walaupun paparan melalui pengamatannya itu dilakukan secara ringkas sahaja. Misalnya kisah penjualan bijih timah yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Shah

kepada Belanda sehingga menjadikan baginda seorang raja yang begitu kaya berbanding dengan rajaraja terdahulu mempunyai kebenarannya. Ini dapat dibuktikan melalui sumber Belanda yang

menyebut bahawa pada abad ke-18, bijih timah telah mula menjadi barang dagangan terpenting dan mendapat permintaan yang tinggi. kenaikan. Selain itu menurut Maxwell yang merujuk keterangan Alexander Hamilton menyebut pada awal abad ke-18, bahagian barat Perak telah mengeluarkan jumlah timah yang banyak berbanding tempat-tempat lain di India dan keadaan ini bertahan selama 60 tahun sebelum Bangka mengeluarkan jumlah yang banyak setiap tahun.11 Manakala Dianne Lewis yang merujuk sumber Belanda juga turut menyebut bahawa pedagangan bijih timah di Melaka ketika itu amat bergantung sepenuhnya daripada bijih timah yang dikeluarkan oleh negeri Perak. Contoh Nota Hujung no. 1 dibawah
Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu, : Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 106.

Pada 1730-an, pihak Belanda di Batawi telah

meluluskan

Nota Hujung
1

Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu, : Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 106. 2 Chau Ju Kua dalam karyanya Chu-fan-chi mengambarkan Lan Wu Li (Lambri) sebagai sebuah sebuah kerajaan yang banyak kayu sapan, gading gajah dan rotan putih. Orang-orang Lambri dikatakan suka berperang dan sering menggunakan anak panah beracun semasa berperang. Friedrich Hirth and W.W. Rockhill (translation), Chau Ju-Kua: His Work on the Chinese and Arab Trade in the twelfth and thirteenth Centuries, entitled Chu-fan-chi, New York: Paragon Book, 1966, hlm. 72. 3 Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu, hlm. 103. 4 Yusoeff Iskandar, Hikayat Raja-raja Pasai Sebagai Sebuah Karya Sejarah, Dewan Bahasa, Jilid XV, Bil. 12, Disember 1971, hlm. 546. 5 Sultan Ahmad adalah putera sulung Sultan Mahmud Shah dengan isterinya puteri Raja Pahang (Raja Muhammad). Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 264, 270-271. Selepas ini disebut Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu sahaja. 6 Ibid., hlm. 270. 7 M.J. Pintado (translation), Portuguese Documents on Malacca 1509-1511, Kuala Lumpur: Arkib Negara, vol. 1, 1993, hlm. 351. 8 Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. hlm. 271,284-286. 9 Lihat kisah perpindahan Sultan Mahmud dari satu tempat ke satu tempat dan serangan Portugis ke atasnya. Ibid., hlm.271-288. 10 MISC 25 (9), Malacca Historical Events and the Moves of Sultan Mahamude from 1512 to 1515, diterjemah oleh M.J.Pintado, Vol.1, Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur.

hlm. 10. Lihat surat Afonso de Albuquerque kepada Raja Portugal mengenai hasrat Sultan Mahmud Shah dalam MISC 25 (10), Malacca Historical Events and the Moves of Sultan Mahamude from 1512 to 1515, diterjemah oleh M.J.Pintado, vol. II, surat IX bertarikh 1 April 1512 Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur. Lihat juga surat Rui de Brito kepada Afonso de Albuquerque, MISC 25 (9), Malacca Historical Events, bertarikh 6 Januari 1514, hlm. 75 dan 76. 11 Maxwell, W.E., The Dutch in Perak, dalam JSBRAS, Disember 1882, no. 10, reprint 1965, hlm. 245-246.

Anda mungkin juga menyukai