Anda di halaman 1dari 14

(a) Pada pendapat anda mengapakah perjuangan

pemimpin tempatan menentang British mengalami kegagalan? (Teks ms 44) Pejuangan pemimpin tempatan bercorak setempat memudahkan British menghapuskan penentengan dalam jumlah yang keci!. Bantuan Pemimpin tempatan tidak mendapat bantuan luar sepertimana serangan British ke atas Dol Said kali yang kedua Terdapat pemimpin tempatan yang bersengketa memberi peluang kepada British campur tangan seperti pemusuhan antara Dato' Kelana dengan Dato Syahbandar sungai Ujong. Kesempatan Mengunakan kesempatan atas arahan Sultan British bertindak untuk menghapuskan penentangan seperti yang berlaku di Terengganu menyebabkan rakyat tidak menentang kerana taat setia rakyat kepada Sultan. Peralatan British mengunakan peralatan dan teknogi yang canggih walaupun dalam jumlah tentera yang kecil dapat mengalahkan pemimpin tempatan yangjurnlah bilangan tentera yang besar. British mendapat bantuan tentera daripada luar seperti dari Singapura, Burma dan India. Terdapat rakyat tempatan yang bekerjasama dengan British seperti di Perak dan Kelantan. Sultan menghadapi tekanan daripada British seperti di Perak, Terengganu dan Kelantan yang membolehkan pemimipin tempatan di bunuh dengan kejam. BAB2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA (a) Tok janggut dibunuh dan mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu kemudian di gantung dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas di

pasar oleh British. Apakah pandangan anda mengenai peristiwa tesebut terhadap British? - Sikap kejam penjajah dan tidak berperikemanusiaan.Sanggup bertindak dengan apa saja untukmencapai matlamat.Menunjukkan sikap tidak bertamadun Barat.Sebagai penghinaanterhadap penduduk peribumi.

(b) British bertindak menghukum Haji Abdul Rahman Limbong dengan membuang negeri ke Mekah. Pada pendapat anda mengapa British bertindak sedemikian? -Beliau seorang ulama yang terkenal. British bersikap bertimbang rasa terhadap ulama. Tempat Mekah adalah tempat tinggal yang sesuai ulama IImu Di sana beliau dapat mendalami ilmu agama. Beliau boleh menjadi tenaga pengajar agama. Boleh menunai ibadat haji dan urnrah Melenyapkan pengaruh beliau kerana Mekah jauh dari Tanah Melayu. Mengambil hati penduduk tempatan supaya tidak melakukan pemberontakan. BAB2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA 2.2.1 Faktor-Faktor Pemangkin Nasionalisme
(a) Huraikan sebab-sebab yang mempengaruhi gerakan

nasionalisme di Tanah Melayu pada abad Ke-20. (Teks ms 45-48)

- memusnahkan sistem politik tradisional meletakkan seorang Residen dan pegawai British mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Kemunculan golongan intelek Melayu dari pendidikan Inggeris dan sekolah vemakular Melayu meningkat kesedaran bangsa Melayu menolak penjajahan British. Dasar British menggalakkan kemasukan orang dagang untuk melabur, bemiaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu dengan menguasai ekonomi dalam bidang perlombongan , perladangan dan pemiagaan manakala orang Melayu kekal dalam penanaman padi.Pembukaan bandar baru dengan pelbagai kemudahan dinikmati oleh orang asing sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampungkampung dengan segala kekurangan. Dasar British telah memundurkan taraf hidup orang Melayu menyebabkan golongan intelek Melayu menjadikannya isu gerakan nasionalisme.Pendudukan Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran. Asia menekankan kebebasan Negara negara Asia menentukan kemajuan dan kemerdekaan tetapi kekejaman Jepun menimbulkan kebencian penjajahan sarna ada oleh kuasa Barat atau Timur. Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari pada tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideology komunis. Kemunculan mesin cetak membolehkan penerbitan buku, akhbar, majalah dan kitab agama untuk menyampaikan idea menentang penjajah disebarkan dengan meluas. Gerakan Pan-Islamisme sedunia melahirkan Reformis Islam Syeikh Muhammad Abduh membangkitkan kesedaran pemahaman Islam untuk menentang penjajahan terhadap negara-negara Islam yang disebarkan dalam majalah al-Manar.Kesedaran politik di Indonesia membolehkan penulis

dan karya mereka menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu tentang idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan. (b) Apakah yang dimaksudkan Kaum Muda? (Teks ms 49) - Golongan berpendidikan Arab yang terpengaruh dengan gerakan Islah Islamiyiah di Timur Tengah. (c) Senaraikan tokoh-tokoh Kaum Muda di Tanah Melayu. (Teks ms 49) -Tokoh Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh al-Hadi,Dr. Burhanuddin aI-Helmy, Mohd. Yunus bin Abdul Hamid, Haji Abbas Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim al- Khalili (d) Nyatakan dasar perjuangan Kaum Muda. (Teks ms 49) - Mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Menyampaikan idea dan menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia, termasuklah gesaan untuk memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu. Berusaha menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam. Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu. (e)Namakan akhbar dan majalah yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyampaikan perjuangan mereka. (Teks ms 50)

-Akhbar AI- Imam, N eraca, Idaran Zaman, Saudara dan Lidah Benar Majalah Pengasuhdan al-Ikhwan

(f)Terangkan perkembangan gerakan Islah yang diperjuang oleh Kaum Muda di Tanah Melayu pada abad ke-20. (Teks ms 50) - Peringkat awal ditentang oleh Kaum Tua yang menguasai fahaman masyarakat Melayu tentang Islam hanya berkaitan dengan akhirat dan fardu ain sahaja.Gerakan ini hanya bergerak di Negeri-Negeri Selat sahaja kerana terdapat undang-undang dikeluarkan oleh Neger-iNegeri Melayu menghalang pengaruh Kaum Muda. Undang-undang ini tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan. Undang-undang ini juga tidak rnembenarkan risalah dan buku Kaum Muda di bawa masuk ke negeri-negeri tersebut. Menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi untuk dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris. Madrasah ini juga memberikan peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan. 2.2.3 Akhbar, Majalah dan Novel Penggerak Kesedaran Kebangsaan (a)Senaraikan akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920 an dan 1930 an. (Teks ms 50) i) Warta Melaya ii) Lembaga Melaya iii) Majlis iv) Utusan Melayu v) Warta Negara

(b)Apakah isu sosial yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu pada tahun 1920-an dan 1930-an? (Teks ms 51) -Memajukan pendidikan tinggi di kalangan orang Melayu. Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negative seperti memilih kerja dan tidak berusaha. Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak. Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan. Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu. Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dan diberi nilai ekonomi. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam. Mengekalkan nilainilai baik masyarakat Melayu.

(b) Terangkan isu ekonomi yang diperjuangkan oleh

akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. (Teks ms 51) - Menggalakkan penubuhan syarikat bekerjasama oleh orang Melayu. Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana akan mengancam ekonomi penduduk peribumi. Menggalakkan pemiagaan di kalangan orang Melayu.Melarang orang Melayu menjual tanah mereka. Menyeru orang Melayu berjimat cermat.Meminta British mengadakan kampung khas Melayu diKuala Lumpur. (d)Terangkan isu politik yang diperjuangkan oleh akhbar di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. (Teks ms 51)

-Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa RajaRaja Melayu. Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana gagal memimpin rakyat. Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan. Menuntut di adakan Malay Administrative Service untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan. Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan. (e) Senaraikan majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. i) Majalah Guru ii) Pengasuh iii) Bulan Melayu (f) Nyatakan isu-isu yang dibangkitkan oleh majalahmajalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua (Teks ms 52) -- Memberi perhatian terhadap pendidikan ke atas anak-anak Melayu. Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu. Meniupkan semangat cinta akan negara danmenentang penjajahan. Meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Memajukan bahasa dan sastera Melayu.Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa. Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah. Memberi pentafsiran kepada persoalan orang Islam . MemperIuaskan ilmu dalam semua bidang. Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu. Mengesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk. Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri. Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan

budaya Timur. Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa. (g) Novel Keris Melaka, Anak Mat Lela Gila, Putera Gunung Tahan dan Melor Kuala Lumpur bertemakan semangat kebangsaan. Jelaskan. (Teks ms 53) - Memaparkan semangat perjuangan menentang penjajahan Barat seperti Portugis. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka separti Hang Tuah. Mengunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda. Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan Menghargai warisan bangsa sendiri. Mencintai tanah air dan Menolak kesenangan demi maruah bangsa. Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah. Berasa bangga dengan kebolehan sendiri. Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa. Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupan. Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan bangsa 2.2.4 Perjuangan nasionalisme Oleh Persatuan Melayu. Jelaskan isu yang diperjuangkan oleh persatuanpersatuan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum perang Dunia Kedua. Kesatuan Melayu Singapura - Menjaga kepentingan sosioekomoni penduduk Melayu Singapura dengan Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KTEKS MS dalam pentadbiran British. Sebagai wakil orang Melayu dalam Ahli Majlis

Perundangan Negeri-Negeri Selat mendesakan kebajikan orang Melayu Singapura dan berjaya memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura Persatuan Sahabat Pen a Malaya. - Menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukartukar mewujudkan perpaduan bagi memajukan diri sendiri dan bangsa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. Persatuan Melayu Sarawak - Mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa, serta menegakkan ajaran agama Islam. Persatuan Sahabat Pena di Sabah -Mewujudkan perpaduan di kalangan anggotaanggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu Kesatuan Melayu Muda -Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia.Membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi.Membincangkan pilih kasih British kepada anak negeri asal.Mengatasi pemasalahan sosioekonomi dan politik.Mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan orang Melayu.

(c) Huraikan perkembangan Kesatuan Melayu Muda

dalam memperjuang semangat nasionalisme di Tanab Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. (Teks ms 57-58) - KMM ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Matlamat penubuhan Ulltuk menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya dengan bergabung dengan Indonesia untuk mencapai kemerdekaan. KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu. Menjadikan KMM badan propaganda Jepun, membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan. KMM menubuhkan cawangan diseluruh Tanah Melayu bagi meluaskan propaganda menentang British. Maahad II Ihya Assyariff, di Gunung Semanggol menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader dikenali tentera semut untuk menentang British. Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, dan lebih kurang 50 orang penyokong KMM ditangkap oleh British pada akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi, Singapura.

(d) Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun. (Teks ms 57)

Nyatakan pertububan-pertububan yang menentang ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu di antara tahun 1941 bingga 1945. - Parti Komunis Malaya mengadakan penentangan melalui gerakan bawah tanah dengan bantuan senjata oleh pihak British. Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun. Pasukan Bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada tiga kaum penting di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India menentang Jepun secara gerila. Di kalangan orang Melayu pula ditubuhkan Force 136 keanggotaan terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British, bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahang Wataniah Pasukan Wataniah Pahang adalah pasukan sukarela menentang Jepun terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun.

BAB 6 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA (a) Senaraikan tokoh-tokoh yang mencadangkan pembentukan Malaysia mengikut urutan. (Teks ms 137) i) 1887 Lord Brassey, Pengarah Syarikat Borneo Utara ii) 1948 Sir Malcolm MacDonald Gabenor Jeneral Asia Tenggara iii0 1955 Lim Yew Hock iv)1955 David Marshall v) 1956 Dato'OnnJa'afar vi)1959 LeeKuan Yew vii) 1961 TunkuAbdulRahman (b) Terangkan cadangan yang dikemukakan ke arah pembentukan Malaysia oleh pemimpin tempatan dan luar negara. (Teks ms 137) -Lord Brassey, Pengarah Syarikat Borneo Utara mencadangkan British menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri - Negeri Selat.Sir Malcolm MacDonald Gabenor Jeneral Asia Tenggara , mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.Dato' ann Ja'afar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu dinamai Malaysia kerana British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan

Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Idea ini sarna sekali tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. Beliau menyuarakan harapan supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh. (c) Huraikan faktor-faktor yang mendorong cadangan penubuhan Malaysia. (Teks ms 138-140) Politik Benteng Penubuhan Malaysia menjadi benteng untuk menghadapi ancaman Komunis kerana pengalaman Persekutuan Tanah Melayu membanteras PKM semasa darurat. Merdeka Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei kerana masih belum mampu berkerajaan sendiri. Dekolonisasi Penubuhan Malaysia merupakan proses Dekolonisasi British terhadap negara-negara di Asia Tenggara. Usul Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960 telah membuat usul agar tanah jajahan dimerdekakan. Ekonomi Pasaran Mewujudkan satu pasaran yang luas menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. Sumber Sumber alam Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei dapat dimanfaatkan untuk mengukuhkan ekonomi.

Sosial Seimbang Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam gabungan ini. Segera Bertujuan untuk menyegerakan kemerdekaan bagi negerinegeri anggota di samping untuk memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah. Kesepakatan Memperlihatkan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masingmasing. 6.2.b) Mengapakah Lee Kuan Yew ingin menggabungkan Singapura dengan Malaysia? (Teks ms 141) Sosialis Pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura akan melemahkan parti pimpinan beliau,

Anda mungkin juga menyukai