Anda di halaman 1dari 7

PATRIOTISME DAN NASIONALISME

Patriotisme adalah sikap yang berani, pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan negara. Patriotisme berasal dari kata patriot dan isme yang berarti sifat kepahlawanan atau jiwa pahlawan, atau heroism dan patriotism dalam bahasa Inggris. Pengorbanan ini dapat berupa pengorbanan harta benda maupun jiwa raga. Patriotisme juga merupakan suatu kebajikan yang benar-benar fitri (fitrah manusia) dan mempunyai tempat didalam kehidupan moral manusia. Perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara. Semangat cinta akan negara, rela berkorban demi bangsa semakin pudar kerana kealpaan kita yang disebabkan kemewahan hidup dan pengaruh budaya dari luar. Oleh itu, rakyat perlu bertanggungjawab untuk memastikan dan mempertahankan kemerdekaan negara terus terpelihara dan kekal untuk selama-lamanya. Nasionalisme adalah satu bentuk perasaan cintakan bangsa dan Negara. Ia merujuk kepada pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kekuasaan asing. Kebangkitan semangat nasionalisme berpunca dari tindak-tanduk penjajah Inggeris mengeksploitasi ekonomi, mengenakan dasar imperialisme dan menindas penduduk Tanah Melayu. Oleh itu, satu tindakan telah diambil oleh penduduk tempatan kea rah pemerintahan sendiri, membebaskan diri dari belenggu penjajahan serta memertabatkan kedaulatan bangsa dan Negara. Dalam sejarah Malaysia, gerakan nasionalisme di Tanah Melayu adalah same dengan gerakan di Negara Asia kecuali Negara Thailand. Gerakan ini merupakan tindakbalas terhadap penjajahan asing. Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep Negara yang bebas dan berdaulat. Terdapat faktor-faktor dalaman dan luaran yang membangkitkan semangat nasionalisme penduduk-penduduk Tanah Melayu.

AGAMA Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di Tanah Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar dalam membangkitkan dan menyemarakkan semangat nasionalisme orang Melayu. Antara faktor dalaman ialah agama. Pada penghujung abad ke -19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh hal yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial. Terdapat dua golongan agama iaitu kaum tua dan kaum muda. Kaum tua merupakan golongan ulama yang berpegang kepada idea-idea lama dan bersifat konservatif yang menolak system pendidikan moden. Manakala Kaum Muda yang menerima pengaruh daripada reformis Islam dari Timur Tengah yang menuntut masyarakat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan quran dan hadis. Di antara mereka yang giat ialah Syed Syeikh Al-Hadu, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohd. Taha dan Syeikh Mohd. Salim A.Kalali. Mereka mengesa menggunakan akal dalam menentukan kebenaran dan memberi kebebasan kepada wanita dalam pendidikan.Mereka menyampaikan idea-idea ini melalui akhbar,novel dan majalah. Mereka turut mendirikan madrasah bagi menyebarkan Islam seperti Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiyah, Madrasah Al-Hadi, dan Madrasah Muhammadiah.

BAHASA DAN KESUSASTERAN Faktor seterusnya ialah factor bahasa dan kesusasteraan. Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) sebagai pusat latihan untuk guru-guru di Sekolah Melayu

telah menyumbang besar dalam kebangkitan kesedaran nasionalisme. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai baahasa pengantar di MPSI telah memperkayakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seterusnya menaikkan semangat perpaduan di kalangan orang Melayu. Lepasan Maktab ini telah mendorong pelajar bertindak sebagai pelopor dalam menyedarkan masyarakat mencapai kemajuan. Peranan bahasa semakin meningkat dengan wujudnya Pejabat Karang Mengarang di MPSI yang bertanggungjawab dalam menterjemah, menerbit dan menyunting buku-buku bahasa Melayu. Golongan nasionalis lulusan MPSI telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap dasar pemerintahan British dengan menulis di akhbar dan majalah. Oleh itu, banyak penulisan mengenai kelemahan dan kemunduran untuk membangkitkan kesedaran orang-orang Melayu yang ditindas oleh Inggeris. Antara karya utama ialah Cenderamata, Majalah Guru, Kemiskinan Orang Melayu, Jalan Keselamatan bagi Orang Melayu, Umbi Kemajuan dan Melor Kuala Lumpur.Pada tahun 1923, tokoh yang giat menulis, Zainal Abidin Ahmad (Zaba) menubuhkan Persatuan Persuratan Melayu untuk menggalakkan perkembangan sastera Melayu. Beliau juga menghasilkan The Poverty of Malays dan Slavation of Malays yang mengkritik sikap orang Melayu yang tidak mahu memajukan diri. Pada 26 Ogos 1950, Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) ditubuhkan di Singapore untuk mempertingkatkan kesusasteraan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan untuk mencapai kemerdekaan.

AKHBAR DAN KEWARTAWANAN Selain itu, faktor akhbar dan kewartawanan juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme dan patriotisme dan menyebarkan idea kebebasan. Perkembangan media cetak yang bercorak semangat kebangsaan ini bermula dengan kemunculan para intelektual dan persatuan Melayu yang berusaha membela nasib orang Melayu. Tokoh-tokoh utama ialah Syed Syeikh Al-Hadi, Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin. Kegiatan media cetak ini membawa kepada penubuhan Kesatuan Melayu Muda yang dipelopori oleh Ibrahim Yaakub. Antara penerbitan utama ialah Jawi Peranakan, Al-Imam, Neracha, Majlis, Pengasuh, Idaran Zaman, Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya, Utusan Melayu

dan Warta Sarawak. Sebagai contoh, Al-Imam merupakan majalah pertama yang diterbitkan di Tanah Melayu. Majalah ini diterbitkan oleh Kaum Muda untuk menghubung dan menyalur idea-idea pembaharuan mereka. Majalah ini diterbitkan pada Julai 1906 di Singapore dengan menggunakan Bahasa Melayu yang bertulisan Jawi. Majalah ini diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Salim Al Khaili, Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi, Hj Abbas bin Muhammad Taha dan Syeikh Tahir Jalaluddin Al Azhari. Majalah ini disebarkan ke seluruh Tanah Melayu dan Indonesia. Melalui Al Imam, Kaum Muda menyeru orang Melayu untuk mengatasi masalah kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Secara ringkas, penerbitan akhbar dan majalah telah membangkitkan semangat nasionalisme dan patriotisme di kalangan orang-orang Melayu untuk menentang penjajahan Inggeris.

GOLONGAN INTELEKTUAL Pada tahun 1816, pengenalan system pendidikan moden bermula dengan penubuhan sekolah Inggeris iaitu Penang Free School. Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intelektual yang seterusnya bergiat dalam penulisan dan pertubuhan menanam semangat kesedaran sosial dan politik di kalangan orang Melayu. Terdapat tiga golongan berpendidikan agama, iaitu golongan berpendidikan agama di Timur Tengah dan Tanah Melayu, golongan berpendidikan Melayu dan golongan berpendidikan Inggeris. Tokoh-tokoh yang berpendidikan agama di Timur Tengah ialah Syed Syeikh Al-Hdai, Mohd. Tahir Jalaluddin, dan Haji Abas Mohd. Taha. Dr. Burhanuddin AlHelmy, Othman Abdullah dan Salmah Mohsin pula merupakan golongan berpendidikan agama di Tanah Melayu. Mereka telah menghasilkan Al-Imam dan penerbitan lain, mendirikan madrasah-madrasah untuk penyebaran idea mereka, serta menggesa mewujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukkan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Manakala tokoh-tokoh yang berpendidikan Melayu ialah Ibrahim Haji Yaakub, Harum Aminurrashid, Hasan Manan, Abdul Karim Rashid dan Isa Mahmud. Ibrahim Haji Yaakub menubuhkan Belia Malaya pada tahun 1930 dan bertujuan memajukan dan meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu dan menentang penjajahan British. Hal ini membawa kepada penubuhan

Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939 yang bertujuan menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu. Bagi golongan berpendidikan Inggeris, mereka terdiri daripada Mohd. Eunos Abdullah, Raja Chulan dan Ishak Haji Muhammad. Kesedaran tentang perlunya orang Melayu bersatu mempertahankan hak-hak mereka datangnya daripada golongan intelektual yang berpendidikan Inggeris. Mohammad Eunos Abdullah telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Persatuan negeri juga diwujudkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Usaha-usaha ini adalah bertujuan menggalakkan orang Melayu supaya lebih berminat dengan hal-hal yang berkaitan hak dan kebebasan mereka.

PERANG RUSIA-JEPUN (1904-1905) Pada tahun 1904, Jepun dan Rusia ingin meluaskan pengaruh mereka ke Manchuria dan Korea. Keinginan ini mencetuskan Perang Rusia-Jepun Perjuangan Jepun menentang Rusia dilihat sebagai satu peperangan hebat antara orang Asia dan orang Eropah. Peperangan itu memihak kepada Jepun yang berjaya menawan Port Aurthur, Vladiwostok, Chemulpo dan Mukden. Jepun, sebuah Negara Asia yang kecil telah Berjaya mengalahkan tentera Rusia yang kuat di Pelabuhan Arthur dan Tsushima. Peperangan telah ditamatkan melalui Perjanjian Portsmouth pada bulan September 1905. Kejayaan Jepun menggemparkan negara-negara Asia dan melemahkan kepercayaan mereka bahawa kuasa Barat tidak boleh dikalahkan, padahal kuasa Barat tidaklah sekuat seperti yang disangka. Kejayaan Jepun telah membuktikan bahawa sebuah neara Asia boleh menjadi kuat melalui perkembangan pendidikan dan teknologi moden. Kemenangan Jepun dalam perang tersebut telah member ilham baru kepada golongan nasionalisme di Tanah Melayu untuk mencabar British.

PENGARUH DARI TURKI Pada abad ke-19, Empayar Turki Uthmaniyyah mengalami zaman kemerosotan. Oleh itu, kuasa Barat seperti Perancis, Rusia dan Britain mengambil kesempatan ini meluaskan pengaruhnya ke wilayah-wilayah Timur Tengah. Sebagai akibatnya, muncul satu gerakan pembaharuan yang dikenali sebagai Fahaman Jamiah islam untuk

memulihkan kesedaran tentang Islam dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Faham Jamiah Islam memberi ilham kepada nasionalis tempatan yang ingin memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan menitikberatkan kepentingan agama Islam. Orang Melayu juga didorong oleh kejayaan-kejayaan nasionalis yang dicapai oleh Gerakan Turki Muda. Gerakan ini dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk. Gerakan ini bercita-cita memodenkan Turki seperti yang dilakukan oleh negara Barat. Pada 1923, Turki menjadi sebuah republik dan Sistem Khilafatnya dibubarkan. Gerakan ini mendorong umat Islam di seluruh dunia untuk bersatu menentang ancaman imperialism Barat ke atas orang Islam. Fahaman gerakan ini merebak ke seluruh dunia dan penduduk Tanah Melayu juga tidak ketinggalan mendapat suntikan semangat untuk menentang penjajah. PENGARUH DARI MESIR Semasa Mesir di bawah pemerintahan Dinasti Muhammad Ali Paspa, berlaku kemasukan pengaruh dan tamadun Barat khasnya dari Perancis 1882, Mesir telah ditakluk oleh British. Muncul Gerakan Pemulihan Islam di Mesir untuk membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam bagi membela kedaulatan bangsa. Gerakan Pemulihan Islam ini dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh (1849-1950) dan diteruskan oleh kumpulan Al-Manar. Syeikh Muhammad Abdul memberikan penekanan pentingnya mencapai kemajuan dalam Islam melalui pengembangan, ilmu dan mengikut ajaran Islam sebenar. Pelajar Tanah Melayu di Mesir seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari dan Syed Syeikh Al-Hadi menerima pengaruh ini dan menyebarkannya di Tanah Melayu. Sebagai akibatnya, gerakan Islam menyeru orang Islam kembali berpegang ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis untuk mencapai kemajuan. Gerakan Islah menyeru seluruh umat Islam bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam.

PENGARUH GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA Pengaruh dan kesan yang dating dari Indonesia juga tidak kurang pentingnya. Penduduk Indonesia dan Tanah Melayu terdiri daripada rumpun bangsa yang sama. Oleh itu, apa yang berlaku di Indonesia mudah merebak ke Tanah Melayu dan mempengaruhi orang ramai. Pejuang nasionalis Indonesia bangkit menentang Belanda kerana masalah

ketidakseimbangan ekonomi dan pengasingan sosial. Pengaruh Sarekat Dagang Islam dan Sarekat Islam yang berjuang membela penduduk tempatan telah merebak ke Tanah Melayu dengan penubuhan cawangannya di Johor. Namun, penubuhan tersebut kurang mendapat sambutan. Pengaruh dan kesan Sarekat Islam jelas apabila Sayid Muhammad yang berasal dari Johor menubuhkan Syarikatul Islam pada tahun 1928 untuk meluaskan pengaruh Sarekat Islam di Tanah Melayu dan bangkit menentang British di Terengganu. Selain itu, penubuhan Parti Nasional Indonesia (PNI) yang ditubuhkan oleh Soekarno adalah bertujuan membebaskan Indonesia dari belenggu penjajahan Belanda turut tersebar ke Tanah Melayu. Pelajar-pelajar MPSI sangat terpengaruh dengan ideologi dan perjuangan PNI, iaitu perjuangan anti-penjajahan. Ibrahim Yaakub ingin menubuhkan kesatuan politik dengan Indonesia dalam satu gabungan yang dikenali sebagai Melayu Raya atau Indonesia. Beliau turut berhubung rapat dengan Soekarno dalam perjuangan kemerdekaan dan mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan pihak British. Perkembangan yang berlaku di Indonesia ini telah menjadi pemangkin kepada kesedaran penduduk Tanah Melayu untuk bangkit menentang Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai