Anda di halaman 1dari 27

KEBANGKITAN ISLAM DI TANAH MELAYU ABAD KE 20

(MAJALAH AL-IMAM)

A. LATAR BELAKANG
  
 Diterbitkan di Singapura pada 23 Julai 1906
 Diedarkan  ke  37  buah  tempat  termasuk  ke  Sumatera,  Jawa, 
Sulawesi, Thailand dan Tanah Melayu - 15 wakil penjual.
 Ipoh,  Taiping,  Papan,  Kuala  Kangsar,  Teluk  Anson,  Terengganu, 
Sarawak,  Pulau  Pinang,  Kuala  Pilah,  Klang,  Kuala  Lumpur, 
Kelantan, Muar, Johor Bahru & Melaka.
 Diterbitkan sebulan sekali / setiap terbitan 5,000 naskah.
 Terbitan terakhir 25 Disember 1908
 Al-Imam merupakan satu “turning point” yang drastik dan radikal 
dalam  penerbitan  bahasa  Melayu  kerana  bentuknya  yang 
intelektual  dan  kesungguhan  tujuannya  –  “mempersiapkan 
masyarakat  melayu  dalam  menghadapi  perubahan  sosial  dan 
ekonomi yang cepat”.
 Bentuk  rencananya  –  komprehensif  serta  bersambung-sambung  &  ada 
ruang soal jawab. 
 Menjadikan  majalah  Al-Manar  karangan  Sheikh  Rasyid Ridha yang 
diterbitkan  di  Mesir  sebagai  panduan  dalam  cita-cita  pembaharuan  / 
revival.
 Al-Imam  ialah  sebuah  majalah politik di  rantau  ini  yang  dilihat 
pertama  kali  cuba  menyusun  perjuangan  anti imperialisme yang 
menyuarakan  perjuangan  kemerdekaan  masyarakat  Nusantara  dengan 
cara yang baru atau moden – intelekual.
 Pelopor  kepada  Al-Imam  ialah  glgn.  Kaum Muda yang  membawa 
pembaharuan  /  kesedaran  masyarakat  di  nusantara  -  dalaman  dan 
luaran.
 Kaum Muda dimaksudkan adalah untuk golongan yang memperjuangkan 
Islah  masyarakat  Islam  /  Timur  –  Ibn.  Wahhab,  Jamaluddin  al-Afghani, 
Muhammad Abduh, Rasyid Ridha – malah lebih awal – Ibn Taymiyyah.
 Tumpuan  utama  al-Imam  adalah  untuk  menyelesaikan  masalah
agama, dilema pendidikan, krisis politik dan isu-isu sosial orang
melayu dan umat Islam secara umum.
• Gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya 
merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang 
berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda.
 
• Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai kaum muda ialah Syeikh
Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad Salim al-
Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji
Abbas Mohd Taha.

• Selain dari mereka, Dr. Burhanuddin al-Hilmi dan Zaa'ba merupakan tokoh-


tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran kaum Muda ini.

• Perjuangan mereka diteruskan - tertubuhnya Maahad Ihya as-Syarif di


Gunung Semanggol pada tahun 1934 oleh Haji Abdul Rahman bin Mahmud 
yang merupakan mahasiswa lepasan asia barat – pendidikan dan politik.

• Penubuhan maahad ini bertitik-tolak dari perubahan pendidikan yang 
diperjuangkan oleh golongan kaum muda. Maahad ini menjadi paksi kepada 
gerakan mahasiswa khususnya dari asia barat dalam perjuangan menentang 
penjajah dan menuntut kemerdekaan seperti AWAS, Angkatan Pemuda Insaf
(API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kesatuan Melayu
Muda (KMM).
• Antara lain yang menarik dari Maahad ini ialah penubuhan 
Hizbul Muslimin pada tahun 1948 yang sangat memberikan 
ancaman dan kesan terhadap penjajah ketika itu dan disifatkan 
oleh Dato Onn Jaafar sebagai bahaya dari gunung.
 
• Perjuangan pertubuhan ini secara dasarnya untuk memerdekakan 
Tanah Melayu dari genggaman penjajah dan menubuhkan 
sebuah negara Islam yang merdeka. Pertubuhan ini hanya 
bertahan selama lebih kurang setengah tahun sahaja selepas 
diharamkan oleh kerajaan pada ketika itu.

• Kelompok Kaum Muda - sinonim dengan pemikiran modenis atau 
golongan yang berfahaman reformis-modenis dan progresif.

• Berbeza dengan Kaum Tua atau Lama, identikal dengan 
tradisionalis-konservatif. Terma Kaum Muda dan Tua tidak dapat 
dipastikan dengan tepat bila dan siapa mula-mula memakainya.
FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN AL-IMAM
Faktor Dalaman:
1. “Islah” (reformasi) ke atas umat Islam
 
“Mengingatkan  mana  yang  lalai  dan  menjaga  mana  yang  tidur  dan 
menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara kebajikan”

 Islah  memperbetulkan  penyelewengan dan kekeliruan yang


berkaitan dengan peribadatan dan akidah secara keseluruhan, 
rosak  akidah  -  merupakan  satu  kecacatan  kepada  aspek2  lain  yang 
menjadi  imbangan  sosial  masyarakat  Islam  -  bila  salah  satu  rosak, 
akan mengganggu kestabilan & keharmonian masyarakat.  
 Politik:  fardhu  kifayah  -  penting  dalam  keseimbangan  sosial  bagi 
memperoleh dan mempertahankan kesempurnaan hidup – 
konsep kuasa – negara Islam Madinah.
 Bencana politik yang menimpa masyarakat dan politik Islam  hingga 
menjelang kurun ke-20 adalah akibat kelemahan dan tanggapan yang 
salah serta kecuaian mengikuti ajaran Islam dengan betul.
2. Wadah Pendidikan / ilmu pengetahuan umat Islam 
• Pendidikan;  salah  satu  aspek  penting  dalam  kehidupan  masyarakat- 
agen kepada perubahan – aspek agama, politik – kesedaran.

• Pengaruh  yang  amat  besar  dalam  kesejahteraan  masyarakat  –  modal 


insan, kritis, nilai baik dan buruk, jati diri.

Faktor Luaran:
 
1.Penjajahan / Kolonialisme / Imperialisme
 
• Dunia Islam dijajah oleh kuasa luar / Barat – penindasan, hak asasi..
• membawa  budaya  Barat  /  terap  ke  atas  umat  Islam  /  pendidikan 
Barat,  ideologi  Barat/  eg.:  nasionalisme,  sekularisme  dll  –  melahirkan 
boneka, aliran pemikiran yang tidak seimbang.

 
2. Pengaruh daripada Gerakan Islah di Asia Barat / Timur Tengah

Gerakan Muhammad Ibn. Wahhab


• bermula di Nadj - dipimpin oleh Muhammad Abdul Wahab  

• tujuannya: untuk memurnikan Islam dengan kembali kepada ajaran asal 
syariah Islam seperti yang diajar oleh Nabi
 
• menolak pendekatan sufi yang lebih bersifat pragmatik sosial 
-masyarakat umum yang boleh menyebabkan pencemaran nilai murni 
Islam dengan unsur2 bida’ah & khurafat
 
• termasuk dalam perjuangan Gerakan Salafi-Wahabi; membebas, 
memerdekan & menghalau penjajah - mewujudkan kesatuan politik 
Islam - Ijtihad masih terbuka - kemestian berjihad yang diletakkan oleh 
agama kepada penganutnya.

• aliran pemikiran yang dibawa oleh gerakan ini tersebar bukan sahaja di 
Timur Tengah, malah ke seluruh dunia Islam - menjadi induk kepada 
gerakan Islam yang lahir kemudian di negara Islam
Jamaluddin Al-Afghani (1838-1898)
 
• seorang ulama yang peka dengan nasib umat Islam yang tertindas dan 
terjajah - dilahirkan di Afghanistan - mendapat pendidikan di Kabul, 
Iran, India dan Hijaz - cara perjuangan; revolusioner
• menentang penjajahan - meniupkan api perjuangan menentang 
penjajahan dan menyeru umat Islam menentang kelemahan dalam 
masyarakat 
• menentang penerimaan secara mutlak terhadap tradisionalisme dan 
meniru Barat secara membuta-tuli  - pada masa yang sama, umat Islam 
perlu menitikberatkan keperluan2 penting untuk hidup dalam dunia 
moden seperti kegigihan, kebebasan menggunakan fikiran dan nilai 
politik - ketenteraan 
• asas cita2 & perjuangannya bertujuan mewujudkan persamaan dan
perpaduan di kalangan umat Islam
• Matlamat terakhirnya: menonjolkan umat Islam sebagai bangsa
yang merdeka dan maju melalui proses pendidikan yang luas - 
tindakan revolusioner  tidak dapat dielakkan - umat Islam bersatu di 
bawah satu kekhalifahan yang diterima semua, seperti mana yang 
berlaku pada zaman keemasan Islam
Muhammad Abduh (1849-1905)

• Sarjana  islah  reformis  Islam  di  Mesir  -  mendapat  pendidikan  dari 


Al-Azhar  

• Muhammad  Abduh  banyak  dipengaruhi  oleh  pemikiran  agama 


Jamaluddin  Al-Afghani  -  cenderung  kepada  reformasi  Islam  - 
timbul  akibat  kesedaran  terhadap  kelemahan  masyarakat  Islam 
khususnya ekonomi & politik - mengecam penjajahan – dipenjara.

• berusaha memodenkan sistem pendidikan agama di Mesir - bergiat 
dalam  bidang  penulisan-kewartawanan  -  menyuarakan 
pandangannya mengenai pembebasan dan kebebasan masyarakat 
Islam daripada belenggu penjajahan.

• membangkitkan  umat  Islam  melalui  proses  evolusi  supaya 


pembangunan pendidikan agama dan moral berterusan - ideanya ; 
penubuhan  masyarakat  Islam  yang  sepadu  yang  diistilahkan 
TOKOH-TOKOH AL-IMAM
 
1.Syeikh Tahir Jalaluddin

• Lahir  pada  7  Disember  1869  -  Minangkabau,  Sumatera  -  keturunan  bangsawan  & 


ulama Melayu Minangkabau  

• menuntut  ilmu  di  Mekah  dan  Al-Azhar  -  menetap  di  Mekah  selama  20  tahun  -  di 
bawah pengawasan Syeikh Ahmad Khatib semasa menuntut di Mekah - SAK seorang 
Imam  Masjidil  Haram  yang  ditauliahkan  untuk  mengajar  pelajar2  dari  Nusantara 
mengikut pegangan Mazhab Shafii

• nilai hidup yang sanggup bersusah payah untuk kejayaan dalam sesuatu perjuangan 
telah menjadi pegangan hidup Syeikh Tahir Jalaluddin 

• beliau menamatkan pengajian di Al-Azhar tahun 1897 - kembali ke Mekah & tinggal 
hingga tahun 1899 - kembali ke tanahair, - dilantik menjadi Mufti Negeri Perak 

• sumbangan  Syeikh  Tahir  dalam  penerbitan  Al-Imam  amat  besar  -  dibantu  oleh 
hubungannya dengan Ketua Pengarang al-Manar (Mesir) 

• sumbangan beliau yang luar biasa di rantau ini ialah menanamkan kesedaran politik 
di kalangan umat Islam  
Haji Abbas Muhammad Taha

• Lahir  tahun  1885  -  Tanjung  Pagar,  Singapura  - 


dihantar  ke  Mekah  untuk  menuntut  ilmu  agama  oleh 
keluarganya ketika berumur 10 tahun.
 
• berkenalan  dengan  Syeikh  Tahir  semasa  menuntut  di 
Mekah  -  bertugas  sebagai  penolong  pengarang  al-
Imam  -  sebelumnya  menjadi  guru  agama  &  imam 
masjid Tanjung Pagar 

• dari  hasil-hasil  karyanya,  beliau  mempunyai 


tanggapan  konsep  dan  menghayati  ilmu  yang  serupa 
dengan  apa  yang  diamalkan  oleh  Syeikh  Tahir  - 
menurut  mereka;  ilmu  mesti  diturunkan  kepada 
generasi  berikutnya  secara  rencam  yang  meliputi 
segala bidang 
Sayid Syeikh Ahmad al-Hadi 
• lahir tahun 1867 - Kampung Hulu, Melaka - mendapat pendidikan agama di Terengganu 
dan Riau 
 
• melawat Mesir sebanyak 2 kali - menjalin hubungan yang lebih rapat dengan tokoh2 islah 
terkemuka , terutama Muhammad Abduh & Rasyid Ridha

• dalam perjuangan al-Imam, bakat al-Hadi sebagai penulis lebih terserlah & lebih luas 
pengaruhnya  
 
• beliau berjaya menyampaikan fikiran2 yang kritis dengan cukup baik dan berkesan dalam 
bahasa Melayu yang boleh difahami serta meninggalkan kesan kepada pembacanya 

• berbeza dengan Syeikh Tahir & Haji Abbas yang membesar dalam tradisi intelektual Arab 

Syeikh Mohd Salim al-Khalili

• memainkan peranan yang amat penting dari segi kewangan - bergiat dalam bidang 
perniagaan di Singapura 

• merupakan mudir pertama al-Imam 
DASAR PERJUANGAN AL-IMAM 
 
 Gerakan  islah  al-Imam  telah  menyediakan satu asas perjuangan
politik yang besar di Nusantara.

 Al-Imam  secara  keras  mengkritik dasar penjajah di Nusantara dan 


kelalaian pemimpin-pemimpin Islam tempatan.

 Masyarakat  yang  dijajah  dilihat  "mempersakai segala kepapaan,


kehinaan dan ketakutan atas nyawa dan harta"  secara 
berpanjangan.

 Kehinaan ini harus ditebus dengan nyawa dan kematian - sepertimana 


yang dilakukan oleh tentera Jepun terhadap tentera Rusia.

 Penjajah  yang  digelar  "ajanib"  ingin  melihat  anak  cucu  kita  berada 
dalam kejahilan yang berpanjangan.

 Dalam perjuangannya, al-Imam lebih menekankan 2 aspek:  Pendidikan
umat Islam (dalaman umat Islam) & polisi anti-kolonialisme dan
imperialisme
Pendidikan dalaman umat Islam
 
 Dlm  makalahnya  “  kemuliaan dan cabang kemegahan umat”  : 
terangkan kepentingan pendidikan dlm merubah masyarakat melayu tradisi 
dgn. Ilmu yang berkemahiran; fardu kifayah, sains dan teknologi dll.
 Al-Imam:  menuduh British tidak ikhlas dalam mendidik anak
melayu; hanya mahu menjadikan lebih pandai dari ibu bapa dan
mahu menjadikan berbudaya barat bukan untuk memajukan anak
tempatan.
 Kritikan  terhadap  Raja:  membisu terhadap sikap pembesar dan
bersikap menghabiskan hasil rakyat.
 Agama:  perbetulkan  konsep  beribadah  dan  hukum2  tertentu  yang  tidak 
sepatutnya.
 Kritikan kepada kaum tua yang terikat dengan tradisi taklid dan sempit.
 Kritikan kepada tarekat / sufi yang  banyak  membawa  kepada  taasub 
dan bidaah.
 Kritikan terhadap konsep Qada’ dan Qadar kaum tradisi.
• Al-Imam menggunakan slogan perjuangan berasaskan al-Quran sebagai 
panduan dan ingin meletakkan kepimpinan iaitu imam dalam kehidupan
masyarakat islam.
Persoalan Takdir

• Rata-rata masyarakat Islam pada ketika itu terlalu berserah
kepada takdir kerana taksub dengan konsep Qada’ dan
Qadar. Ini menyebabkan mereka tidak ingin berusaha untuk 
menentang penjajah dan membiarkan mereka terus dijajah. 

• Menurut Syeikh Tahir Jalaluddin, beliau menyatakan bahawa 


kejayaan manusia di dunia berpunca daripada usaha dan 
ikhtiarnya. Seseorang itu tidak seharusnya menyerah secara 
pasif dengan apa yang menimpa mereka dan menganggapnya 
sebagai kudrat Tuhan semata-mata.

• Zaa’ba meneruskan usaha untuk kesedran tentang persoalan 
takdir.
Teguran-teguran (kritikan) al-Imam terhadap masyarakat
 Kemunduran  orang-orang  melayu,  kemalasan  mereka,  kecuaian  dan 
ketidakmampuan untuk bersatu –  mengikut  kaum  dan 
kepentingan.
 Sikap  orang  melayu  dan  umat  Islam  yang  tidak  mengoptimum  dan 
memajukan  akal  dalam  mengetahui  dan  memahami  hukum  Tuhan  – 
konsep rasional. 
 Masyarakat  islam  yang  ditindas  dari  segi  akal  fikiran  oleh  pemimpin-
pemimpin  mereka  dengan  menggunakan  helah  “agama itu
bertentangan dengan akal”.
 Sikap sesetengah masyarakat Islam yang masih cenderung dengan
adat resam dan kepercayaan karut  yang  menjadi  penghalang 
untuk mencapai hasrat ini. 
 Makalah  sulung  Al-Imam  iaitu  “ al-Tarikh  al-Islami”  yang 
menggambarkan  politik  masyarakat  Arab  Jahiliyah  Asia  Barat  yang 
hidup berpecah belah mengikut kabilah masing-masing.
Teguran terhadap Raja dan Orang-Orang Besar
 Islam  yang  dianuti  di  rantau  ini  adalah  mengambil  contoh  politik 
Islam  yang  telah  dicemari  oleh  politik kekeluargaan yang 
dimulakan oleh Dinasti Umaiyyah dan diteruskan oleh dinasti-dinasti 
islam seterusnya.
 Daripada aspek pendidikan politik, masyarakat setempat cuba dididik 
dan  pada  masa  yang  sama  Al-Imam  melihat  kepimpinan  kumpulan 
elit  melayu  sebenarnya  masih  bercorak  tradisional  dan 
mengharapkan mereka meneruskan kepimpinan – feudal-taasub.
 Merujuk  kepada  nasihat  al-Amir,  unsur-unsur  yang  ditekankan 
termasuklah  peranan  dalam  pemerintahan  dan  ketenteraan.  Aspek 
yang perlu diutamakan dalam pemerintahan tempatan termasuklah- 
syariat agama dan kesejahteraan rakyat.
 Orang  besar  tidak  seharusnya  dibiarkan  memerintah  sewenangnya 
dan kepincangan pemerintahan politik - menjadi perhatian utama Al-
Imam.
Teguran terhadap Ulama tradisonal
 Al-Imam  mengingatkan  golongan  ini  tentang  beratnya  tanggungjawab 
mereka  terhadap  masyarakat  islam  iaitu  mendorong mereka
membawa masyarakat cenderung kepada pengislahan
pendidikan  kepada  system  pendidikan  yang  mempunyai  fungsi  yang 
lebih luas dalam kehidupan.
 Kedua,  menggunakan  pengaruh  ulama  untuk  membaiki kepincangan
masyarakat yang  disebabkan  tindakan-tindakan  yang  menyalahi  agama 
islam yang dilakukan dalam pemerintahan negeri.
 Golongan  ulama  sering  diingatkan  supaya  membetulkan diri kerana
kelalaian mereka pada masa yang lepas telah menjadi
sebahagian sebab jatuhnya umat islam.
 Sikap ulama yang terlalu cenderung pada harta,berpura-pura warak
tetapi memejamkan mata dan menutup mulut terhadap
kepincangan sosial yang  berlaku  dalam  masyarakat  dan  kurang
berminat memperkembangkan ilmu pengetahuan - sifat  kelekaan 
mereka.
ii. Bahaya penjajahan Barat

Pendekatan penjajahan
 
 Mengambil contoh Perang Acheh, Perang Jawa dll - betapa berkesannya 
pendekatan diplomasi dan kekerasan untuk menjajah tanah nusantara.
 Menjelaskan  bagaimana  berkesannya penjajah menawan hati para
raja2 dan pembesar2 tempatan memenuhi kehendak mereka
sehinggakan rakyat tidak mampu melawan-Kerajaan Johor.
 Menyifatkan  penjajah  seperti  serigala yang sentiasa mengerumuni
mangsa-mangsanya  (kambing).  Walaupun  adakalanya  bergaduh  namun 
tujuannya sama iaitu membaham kambing2.
 Serigala  yang  menang  akan  menjadi  perompak  manakala  yang  kalah akan 
menjadi  pencuri.  Serigala  menang  kerana  niatnya  yang  padu  dan 
berpecahnya kumpulan kambing2 tersebut.
 Selari  dengan  pandangan  Jamaluddin  al-Afghani,  ada  tiga  cara  penjajah 
melemahkan  masyarakat  yang  dijajah  secara  berpanjangan:  merampas
kekayaan harta, melemahkan kekuatan askar (pejuang tempatan)
dan menghapuskan golongan bijak pandai dalam masyarakat.
Cth: Kritikan Muhammad Murtaji.
•     

‘…  yang bercerai-cerai dalam  padang belantara  yang telah telah meliputi akan dia binatang 


yang buas-buas daripada tiap-tiap jenis’
• Cth: Maghribi, “Jawa dan Negeri-Negeri yang Berhampiran Dengannya”
‘Barang  siapa  mengembalakan  kambing  pada  bumi  yang  ada  binatang  buas  dan  tidur  ia 
daripada menjaganya, nescaya kambing dimakan harimau.’
Propaganda Barat Mentamadunkan manusia dan perkauman
 
Penjajah mewar2kan membawa obor suci mentamadunkan masyarakat kulit berwarna - yang 
dikagumi oleh pembesar dan raja2 yang digelar "monyet-monyet penjajah".

Dasar sebenar yang dibawa oleh penjajah ialah dasar perkauman yang tebal (dasar aparteid) 
kepada masyarakat yang dijajah. Boleh diperlakukan sesuka hati dengan tujuan mengajar.

Dasar ini meletakkan masyarakat timur atau Islam sebagai hina dan hamba-dasar anti Islam 
dibuktikan dalam sejarah.

Contoh2 diberikan di Mesir, Tunisia, Afrika dll.

Keadaan  Tanaman  Paksa  di  Jawa  juga  disentuh.  Penghinaan  terhadap  bangsa  Jawa 
diketengahkan berkaitan undang-undang dan adat.
 
 berusaha  menyedarkan  masyarakat  Nusantara  tentang  erti  kehinaan 
terjajah - turut memperlihatkan sikap kuasa2 penjajah tersebut.
 
 Raja,  pembesar  yang  pentingkan  harta:  boneka  kepada  Barat:  senang 
untuk dijajah.

 Menggunakan  kaedah  kekerasan  dan  diplomasi  untuk  tujuan  penjajahan: 


Diponegoro dalam perang Jawa 1825-1830.

 Mengamalkan dasar Aparteid: Dalam artikel Amerika dan Jepun.

 Belanja hina masyarakat Jawa: Sistem tanaman paksa, hina adat resam.

 
• dengan  itu,  tujuan  kemerdekaan  untuk  menebus  kehinaan,  kejahilan, 
perhambaan  dan  porak  peranda  masyarakat  itu  akan  menjadi  lebih 
bermakna

• penindasan  yang  dialami  oleh  masyarakat  rantau  ini  oleh  golongan 


imperialis  disampaikan  oleh  al-Imam  secara  terselindung  di  sebalik  istilah 
“ajanib” atau “ajnabi” ; bangsa asing bukan Islam dari ahli Kitab  / 
• “ajnabi” merujuk kepada orang Inggeris atau Belanda atau Amerika 
dan  sebagainya  yang  beragama  Kristian  /    istilah  “ajnabi”  adalah 
sebagai  kiasan  atau  pelunakan  bahasa  terhadap  kuasa  penjajah 
atau imperialis.
 
• pembaca  yang  memahaminya  (ulama),  akan  lebih  sedar  tentang 
hakikat sejarah yang dilaluinya pada masa itu.

• antara  bentuk  sindiran  al-Imam  terhadap  kesan  penjajahan 


digambarkan melalui petikan berikut:

• “Maka  telah  buruklah  keadaan  dan  berbahaya  (anak  negeri  tanah 


jajahan  ini);  telah  bersedialah  serigala  (penjajah)  itu  yang  telah 
diajar  untuk  menghancurkan  mangsanya  serta  mengawasi  gerak-
geri  mangsa-mangsanya.  Maka  perlulah  kita  rakyat  tanah  jajahan 
berwaspada  dan  mengumpulkan  kekuatan  dan  tenaga.  Maka  jika 
tidak  kita  bertolong-tolongan  sedang  umat  (kita)  golongan  yang 
kecil maka binasalah kita dan rugi”. 
 
Membangkitkan kesedaran politik orang Timur
 Para  pemikir  politik  al-Imam  merasa  penting  untuk 
menyedarkan  masyarakat  Timur  mengenai  kepentingan 
kerjasama antara mereka dalam menentang penjajahan Barat.
 Penulis  juga  telah  mengingatkan  orang  Timur  bahawa  telah 
beratus-ratus  tahun  dirampas  harta  mereka  dirampas  dan 
kekuatan askar dilumpuhkan agar tiada berlaku pemberontakan 
dan peperangan.
 Al-Imam juga mengkritik penyataan penjajahan Barat dilakukan 
dengan alasan untuk mentamadunkan masyarakat Timur. 
 Cth:  ‘  Hai  segala  bangsa  Timur,  tiadakah  kita  malu  dan 
tiadakah  kita  berasa  hancur  luluh  hati  kita  kerana  bangsa  kita 
telah diceburkan oleh bangsa ajanib dalam danau kehinaan?’
Kritikan mengenai dasar apartied

 Al-Imam  membangkitkan  isu  ini  untuk menyedarkan  masyarakat  tempatan  mengenai 


penghinaan penjajah terhadap bangsa yang tidak sewarna kulit dan sebangsa mereka.
 Disamping itu, al-Imam juga jelas menggambarkan pendirian mereka untuk membawa 
masyarakat Timur untuk bekerjasama dalam menentang imperialisme Barat. 
 Cth: artikel ‘Amerika dan Jepun’
 pihak  kerajaan  tempatan  di  San  Francisco  ambil  keputusan  untuk  menahan  kanak-
kanak Jepun daripada bersekolah di sana & negeri California atas alasan mereka tidak 
mahu kanak-kanak Jepun sekolah bersama-sama anak orang ‘berkulit putih’.
 Al-Imam  mengambil  kisah  ini  untuk  menasihatkan  pembaca  agar  mengambil  iktibar 
dan tidak sekali-kali percaya kepada bangsa yang lain daripada bangsa sendiri.
 Masalah bangsa kulit putih menghina bangsa kulit berwarna ini telah ditunjukkan oleh 
al-Imam sebagai gejala yang sudah bersifat sejagat.
 Sikap  suka  membezakan  warna  kulit  juga  diamalkan  di  negeri  Transvaal  di  Afrika 
menurut al-Imam. (diskrimimasi terhadap orang berkulit hitam.
Penghapusan sistem perhambaan

 Abraham  Lincoln  telah  membebaskan  orang  kulit  hitam 


daripada  institusi  hamba  abdi  di  Amerika  pada  tahun  1863 
selepas beliau dipilih jadi Presiden pada tahun 1860.
 Namun,  diskriminasi  pekerja  tetap  dilakukan  oleh  penjajah 
terutamanya dalam kes Sistem Tanaman Paksa di Indonesia.
 Walaupun system perhambaan tidak dijelaskan secara terang, 
namun  penindasan  terhadap  orang  Jawa  dalam  sistem 
tersebut sama seperti dijadikan hamba Belanda.
 Menurut Maghribi, orang Jawa yang miskin telah dihambakan 
oleh  Holland  (Belanda)  dengan  tiada  diberikan  upah  dan 
bekerja 6hari seminggu untuk kepentingan Belanda.

Anda mungkin juga menyukai