Anda di halaman 1dari 10

REFLEKSI MINGGUAN

MINGGU PERTAMA

Pada 15.06.2016 bersamaan hari rabu merupakan hari pertama kami


menghadiri kelas badan beruniform. Semua pelatih guru ambilan jun 2015
dibahagikan kepada lima badan beruniform iaitu Pandu Puteri, Puteri Islam, Kadet
Remaja Sekolah, Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Pada hari pertama,
kami mengenali antara satu sama lain. Ahli-ahli Pandu Puteri terdiri daripada seramai
17 orang termasuk diri saya sendiri. Setelah selesai mengenali rakan sekelas dan
pensyarah kami, kami juga diberi pendedahan mengenai kursus ini. Seterusnya, kami
diminta untuk memilih jawatankuasa Unit Beruniform Pandu Puteri. Pensyarah kami
iaitu Cik Joyce Ong Choon Kim menggunakan cara undian untuk memilih ahli
jawatankuasa persatuan kami.

Seterusnya, pensyarah kami juga mula pengajarannya. Kami diberi info


mengenai pengenalan, sejarah dan kepentingan unit beruniform Pandu Puteri.
Pensyarah kami menceritakan sejarah penubuhan Persatuan Pandu Puteri dan beliau
juga memperkenalkan pengasas persatuan ini iatu Olave St. Clair Soames.
Seterusnya, pensyarah kami juga memberitahu kepada kami lebih lanjut mengenai
WAGGGS. Selain itu, pensyarah kami juga menerangkan beberapa perkara penting
mengenai persatuan kami. Contohnya, undang-undang Pandu puteri, tujuan Pandu
Puteri, Piagam Pandu Puteri, Lagu Dunia, Lagu taps dan sebagainya.

Pada hari 16.06.2016 bersamaan dengan hari khamis pula kami diberi info
mengenai kemahiran perkhemahan. Pada hari tersebut juga pensyarah kami
memberitahu kami mengenai perkhemahan unit beruniform yang akan dilakukan pada
bulan hadapan. Kami juga diberi gambaran mengenai perkhemahan tersebut
daripada pensyarah kami. Pensyarah kami juga memberi nota mengenai kemahiran
perkhemahan supaya kami dapat gambaran mengenai perkhemahan terlebih dahulu.
MINGGU KEDUA

Dalam minggu kedua, kami belajar mengenai simpulan dan ikatan. Pada
23.06.2016 bersamaan hari khamis, kami diberi pendedahan mengenai beberapa
jenis simpulan dan ikatan. Pensyarah kami mendemostrasikan beberapa simpulan
dan ikatan kepada kami. Seterusnya, pensyarah kami juga menerangkan kegunaan
simpulan dan ikatan-ikatan tersebut. Kami juga diberi tali untuk mencuba simpulan
dan ikatan yang diajar oleh pensyarah. Kami dibekalkan dengan nota-nota mengenai
cara membuat simpulan dan ikatan. Dalam nota tersebut terdapat 40 jenis simpulan
dan ikatan.

Seterusnya, pada 24.06.2016 hari Jumaat (Ganti kepada hari rabu), persatuan
kami digabungkan dengan persatuan-persatuan yang lain dan aktiviti simpulan dan
ikatan dilakukan di gelanggara. Terdapat lima stesen untuk kami mempelajari
simpulan dan ikatan. Ahli Pandu Puteri sekumpulan mula dengan stesen simpulan
Bunga Geti. Kami juga belajar cara menaikkan bendera dan cara memasang bendera
pada tiang. Seterusnya, kami ke stesen simpulan tindih kasih. Kami belajar cara
membuat simpulan tersebut. Kami belajar dua cara yang berbeza untuk membuat
simpulan ini. Stesen seterusnya yang kami pergi ialah stesen lilit kacang. Kami
mengikat batang-batang kayu bagi membuat lantai untuk sesuatu gajet atau projek.

Seterusnya, kami ke stesen lilit balak. Kami belajar cara mengikat kayu balak
dengan mudah. Kami juga diberi masa untuk membuat ikatan tersebut. Stesen
terakhir yang kami pergi ialah stesen ikatan seraya. Kami belajar untuk mengikat dua
kayu yang berlainan dalam bentuk T. Kami diberi masa yang secukupnya untuk
mencuba semua simpulan dan ikat yang diajar. Akhir sekali, setiap seorang dinilai
oleh pansyarah di stesen-stesen tersebut. Saya dapat membuat semua simpulan dan
ikatan dengan betul dan tepat sekali. Begitulah akhirnya sesi kemahiran membuat
simpulan dan ikatan.
MINGGU KETIGA

Pada 30.06.2016 bersamaan dengan hari khamis, kami diminta berkumpul di


dewan persidangan untuk ceramah pertolongan cemas. Ceramah ini diaturkan oleh
ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. Penceramahnya ialah Chansher Singh Peritam
Singh yang lebih dikenali dengan nama Sanjay. Beliau dari Bulan Sabit Merah
Malaysia cawangan Pulau Pinang. Beliau menerangkan mengenai konsep
pertolongan cemas. Kami mendapat tahu tujuan dan prinsip-prinsip pertolongan
cemas.

Beliau juga memberi tips-tips yang penting dalam memberi pertolongan cemas
kepada seseorang. Beliau juga menayangkan video dan gambar kepada kita
mengenai rawatan pertolongan cemas. Seterusnya, beliau juga menerangkan jenis-
jenis luka dan pendarahannya. Beliau juga menerangkan cara-cara memberi rawatan
kepada luka yang berbeza itu. Selain itu, kami juga diberi kain anduh untuk mencuba
membuat anduh dan balutan. Contohnya, kami membuat anduh besar, anduh kecil,
anduh tapak tangan, pergelangan tangan, pembalut kecil dan pembalut gulung.

Setelah membelajar semua cara membuat anduh dan lipatan kami diberi
pendedahan mengenai Kardio Pulmonori Resusitasi (CPR). Seterusnya, kami dinilai
oleh beberapa orang pensyarah di stesen masing-masing. Rawatan CPR dinilai oleh
beliau sendiri dan pembantunya. Ini merupakan pengalaman baru kepada saya. Saya
belajar sesuatu kemahiran yang baru dan sangat berguna kepada kehidupan seharian
saya. Saya berasa gembira apabila saya dapat belajar kemahiran tersebut dengan
betul dan dapat dibuat dengan betul dalam sesi penilaian saya. Begitulah akhirnya
sesi ceramah pertolongan cemas.
MINGGU KELIMA

Pada hari 13.07.2016 bersamaan dengan hari rabu, kami diminta berkumpul di
dataran persekutuan yang berhadapan dengan bilik unit peperiksaan. Kami diberi
taklimat ringkas mengenai asas kawad kaki. Seterusnya kami dibahagikan kepada
kumpulan kecil untuk melatih kawad kaki. Michelle Asri dilantik sebagai Komander
yang memberi arahan kawad untuk persatuan kami. Kami membuat kawad
berdasarkan arahan yang diberi olehnya. Saya berasa mudah untuk membuat kawad
kaki kerana saya memang mempunyai pengalaman dan pegetahuan asas kawad kaki
sebelum ini. Untuk maklumat yang lebih lanjut, saya pernah menghadiri Kem Khidmat
Negara selama tiga bulan dan berjaya mendapat sijil sebagai pewirawati.

Pada hari seterusnya iaitu pada hari khamis, kami sekumpulan ahli kadet
Pandu Puteri belajar kawad isitiadat Pandu Puteri di blok akademik baharu. Kami juga
belajar cara membentuk ladam kuda. Terdapat dua cara pembentukan ladam kuda.
Pensyarah kami membimbing kami supaya semua ahli kadet dapat menguasai kawad
isitiadat ini. selain itu, kami juga diajar cara menaik bendera, lipat dan ikat bendera.
Patrol Bunga Matahari iaitu patrol saya mendemostrasikan cara-cara tersebut. Kami
ditugaskan sebagai panji-panji bertugas.

Seterusnya, kami menyanyi lagu Dunia dalam dua bahasa iaitu bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris. Seterusnya, pensyarah kami memberi tugasan kepada
kami iaitu tugasan membuat kawad formasi. Kami pun mendengar semua perkara
yang disampaikan oleh pensyarah kami. Saya belajar tugas saya jika saya menjadi
panji-panji bertugas.
MINGGU KEENAM

Pada hari 21.07.2016 bersamaan dengan hari khamis, kami mengadakan


suatu lawatan ke rumah orang tua yang berhampiran iaitu Rumah Orang Tua Uzur
Pulau Pinang. Aktiviti ini diketuai oleh ahli Kadet Pandu Puteri. Saya merupakan ketua
Jawatankuasa Sumbangan. Saya mengumpul semua jenis sumbangan yang diberi
oleh para pelajar dan pensyarah-pensyarah untuk rumah orang tua. Contohnya, kek,
buah-buahan seperti pisang, betik, tembikai, minuman berkotak, makanan bertin,
kraftangan sebagai cenderamata dan lampin dewasa.

Setelah tiba di rumah orang tua, kami diberi peluang untuk melawat orang tua
yang tinggal di tingkat yang atas. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ahli
kadet Pandu Puter, PBSM dan Pengakap diberi peluang untuk melawat orang tua
yang berada di tingkat atas terlebih dahulu. Yang lain iaitu ahli KRS dan Puteri Islam
diberi peluang untuk melawat orang tua yang berada di bawah terlebih dahulu. Kami
sekumpulan ahli Kadet Pandu Puter bersama-sama dengan pengakap dengan PBSM
memeriahkan orang-orang tua tersebut. Kami juga menyuapkan mereka makanan
dan sup. Kami juga menyanyi dan menari untuk mengembirakan mereka.

Seterusnya, lebih kurang pukul 2.00 petang kami bersiap sedia untuk majlis
penutupan. Agenda pertama dalam majlis itu ialah kami mengadakan permainan kecil
bagi orang tua di sana. Mereka diberi sekeping kertas yang berbentuk hati yang
berlubang dan diminta masukkan benang dalam lubang tersebut. Selepas itu, kami
semua membuat persembahan masing-masing mengikut giliran. Ahli Kadet Pandu
Puteri membuat persembahan tarian di atas pentas. Saya juga turut sertai dalam
persembahan tarian tersebut. Persatuan-persatuan lain juga membuat persembahan
mereka dengan penuh bersemangat. Seterusnya, kami memgambil gambar dengan
orang-orang tua dan majlis pun berakhir lebih kurang pukul 4.15pm. Kami bertolak
dari rumah orang tua lebih kurang pukul 4.30pm. Saya berasa sungguh pilu untuk
berpisah dengan orang-orang tua di sana.
MINGGU KETUJUH

Pada 27.07.2016 bersamaan dengan hari rabu, kami diminta berkumpul di


dewan persidangan. Pada hari tersebut kami diajar untuk membaca peta dan cara
menggunakan kompas. Kami juga diajar untuk membaca peta topografi. Seterusnya
kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membuat latihan membaca
peta topografi. Setiap kumpulan terdiri daripada 5-6 orang. Apabila latitud dan longitud
diberitahu oleh pensyarah kami hendak mencari lokasi tersebut dalam peta yang telah
diberi itu. Seterusnya kami diminta untuk mencari bearing sesuatu lokasi dari lokasi
yang lain.

Seterusnya, pada hari 28.07.2016 bersamaan dengan hari khamis, kami


melibatkan diri dalam aktiviti orienting. Setiap persatuan diberi kompas dan kertas
A4. Kami perlu menanda tempat dengan bearing yang betul. seterusnya, kami tukar
perjalanan kami dengan persatuan lain. Jadi, kami diminta untuk mengikut bearing
mereka dan cuba sampai semua lokasi dan akhirnya sampai ke gelengggarr juga. Ahli
Pandu Puteri menghabiskan aktiviti orienting dengan terpantas. Saya menjadi juru
kompas dalam aktiviti ini. Jadi, daripada aktiviti ini saya dapat belajar cara mencari
bearing suatu lokasi dari lokasi yang lain. Saya juga dapat mengetahui cara
penggunaan kompas yang betul. Saya dapat menimba ilmu pandu arah daripada
aktiviti ini. Saya berasa aktiviti ini amat menyeronokkan.
MINGGU KESEMBILAN

Pada hari 11.08.2016 bersamaan dengan hari khamis, kami diminta berkumpul
di Pentas Astaka untuk taklimat perkhemahan. Setelah semua unit beruniform
berkumpul di sana Madam Lau juga memberi taklimat mengenai perkemahan unit
beruniform yang bakal akan diadakan di Pusat Unit Kokurikulum Bukit Mertajam.
Seterusnya, kami mengambil nota mengenai barang-barang yang perlu kita cari
terlebih awal untuk perkhemahan ini. Contohnya, kayu buluh, ranting kering, tin dan
sebagainya.

MINGGU KESEPULUH

Pada hari 22.08.2016 bersamaan dengan hari Isnin, kami diminta untuk
berkumpul di stor Ipg untuk mengangkat barang-barang dari stor ke bas Ipg. Kami
juga menyusun barang-barang yang kami pinjam dari stor Ipg ke bus ipg iaitu kayu
mop, parang, cangkul dan sebagainya. Seterusnya, kami juga bersama-sama dengan
unit lain menyediakan barang-barang secukuonya untuk perkhemahan. Taklimat
ringkas terakhir telah diberi oleh Madam Lau mengenai persiapan terakhir untuk
perkhemahan. Lebih kurang pukul 5.00pm kami bersurai dan balik ke kolej kediaman
masing-masing.
MINGGU KESEBELAS

Miss Joyce telah menerangkan


aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang
perkhemahan. Pada malam hari pertama
juga kami telah memilih nama manito
masing-masing. Manito saya ialah Deepa a/p
Vanu. Selain itu, Miss Joyce mengajar
permainan dan lagu yang baru. Sebelum
kami bersurai, kami menulis tulis kepada
manito masing-masing.

Gambar ini menunjukkan ahli Kadet


Pandu Puteri yang berjaya menghidupkan api
sebelum memulakan aktiviti memasak sajian
utama. Antara bahan mentah dan kering yang
disediakan oleh pihak penganjur adalah
ayam, ikan, bawang merah, ubi kentang, telur
sebiji, adunan roti, gula dan garam. Kami
menyajikan masakan-masakan kami ikut
kreativiti kami.

Penceramah En.Khoo sedang


memberi taklimat tentang Radio Amatur.
Beliau juga mengajar pelajar guru
menggunakan radio amatur setelah
berucap.
Saya bersama-sama dengan
rakan saya sedang membuat gadjet-
gadjet untuk perkhemahan. Kami
menggunakan ikatan seraya dan lilit
kacang untuk membuat gadjet ini.

Saya bersama dengan manito


saya yang bernama Deepa A/P Vanu.
Saya memberi hadiah kepada manito
saya dan mendapat sebuah hadiah
yang menarik daripada manito saya.

Semasa di perkhemahan, kami


diberi tugas untuk mencari 12 bahan
dari alam sekeliling. Kami juga
mencari bahan-bahan seperti batu
kecil, ranting pokok yang kering, daun
yang telah gugur dan sebagainya
mengikut kehendak soalan tersebut.
Rumusan : Sebagai rumusan, aktiviti perkhemahan ini mendatangkan banyak
kelebihan kepada diri kita. Kami belajar masakan rimba, cara mengendalikan ahli
Tunas Puteri di sekolah rendah, orienting, cara mendirikan khemah, cara
menghasilkan pelbagai gadjet dan sebagainya. Daripada perkhemahan ini saya telah
belajar pelbajai kemahiran dan ilmu pengetahuan. Saya juga dapat melengkapkan diri
saya dengan pelbagai ilmu perkhemahan. Sebagai seorang guru saya berasa aktiviti
perkhemahan ini sangat berguna dan membantu saya untuk meningkatkan
kecemerlangan diri saya. Saya memang berasa seronok semasa berada dalam
perkhemahan ini.

Anda mungkin juga menyukai