Anda di halaman 1dari 2

Perbincangan

Penghabluran ialah kaedah penulenan yang dijalankan untuk memperoleh hablur


tulen daripada suatu larutan tepu bahan tersebut. Sebagai contoh penulenen garam
daripada larutan tepu garam. Pada masa yang sama, hablur atau kristal adalah dikenali
sebagai bahan pepejal yang terdiri daripda gugusan atom, molekul atau ion yang
tersusun dalam ragan tertib yang menjangkau ketiga- tiga dimensi ruang.

Sebelum eksperimen kumpulan kita bermula, beberapa langkah berjaga-jaga


telah kami ambilkan bagi memastikan kejayaan eksperimen kumpulan kami. Antaranya
ialah menutupkan kipas dinding. Hal ini penting kerana kipas akan mempengaruhi
proses penyejukan dan pemanasan larutan kuprum (II) sulfat, CuSO4. dan seterusnya
membawa kepada kesan kegagalan eksperimen kumpulan kami. Dengan itu, kami telah
memastikan kipas ditutp sebelum memulakan eksperimen kita.

Selain itu, kami telah memastikan mata kami berserenjang dengan bacaan skala
silinder penyukat agar memastikan air suling yang ditambahkan ke dalam kelalang
isipadu adalah tepat iaitu 50 cm3. Hal ini penting kerana air suling yang ditambahkan
tidak boleh diubah kerana isipadu tersebut merupakan constant variable bagi
eksperimen ini dan akan mempengaruhi keputusan eksperimen jika isipadu tersebut
diubah atau tidak tepat.

Bukan itu sahaja, semasa mengacaukan larutan tepu, rod kaca digunakan
kerana ini akan memastikan sifat kimia larutan tidak berubah. Seterusnya, kumpulan
kami tidak berhenti untuk mengacau larutan tepu semsa proses pemanasan dijalankan.
Sebenarnya, tindakan ini adalah untuk memastikan larutan tepu dapat dipanasakan
dengan lebih berkesan atau seimbang.

Kumpulan kami amat berhati-hati dengan beberapa perkara semasa eksperimen


dijalankan iaitu air suling ditambahkan dalam kuantiti yang kecil sebenarnya adalah
untuk memendekkan masa larutan kuprum (II) sulfat, CuSO4 menjadi hablur. Di
samping itu, larutan tidak boleh dipanasakan dengan terlalu pantas kerana hal ini akan
menyebabkan proses pemanasan dijalankan dengan tidak seimbang dan ini akan
menyebabkan hablur dalam proses akhir tidak dalam keadaan yang cantik.

Tidak ketinggalan juga, selepas larutan dituraskan ke dalam bikar, turas tersebut
telah dibilas dengan air suling bagi memastikan semua larutan kuprum (II) sulfat, CuSO4
telah dituraskan ke dalam bikar. Selepas mendapat garam hablur, hablur-hablur garam
dibilas dengan sedikit air suling bagi menyingkirkan sebarang bendasing daripadanya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kumpulan kami amat berhati-hati serta mengambil kira semua


langkah berjaga-jaga dan akhirnya telah berjaya menjalankan serta menunjukkan
proses penghabluran semula bagi serbuk kuprum (II) sulfat, CuSO 4 sebagai satu kaedah
penulenan. Hasil kumpulan kami dapat dalam bentuk yang cantik dan besar. Dengan itu,
eksperimen kumpulan kami dijalankan dengan cemerlang dan lancar serta mendaapt
keputusan yang memusakan.

Anda mungkin juga menyukai