Anda di halaman 1dari 5

Tajuk

Eksperimen penghabluran semula sebagai satu proses penulenan.

Tujuan

Untuk menulenkan hablur garam iaitu hablur ammonium klorida, NH4Cl.

Formula ammonium klorida: NH3 + HCl → NH4Cl

Teori

1. Penghabluran ialah kaedah penulenan yang dijalankan untuk memperoleh hablur tulen

daripada suatu larutan tepu bahan tersebut. Sebagai contohnya, penulenan garam

daripada larutan tepu garam.

2. Hablur atau kristal adalah merupakan bahan pepejal yang terdiri daripada kumpulan atom

molekul atau ion.

3. Contoh hablur yang umum adalah emping salji, permata dan garam halus.

4. Larutan tepu ialah larutan yang mengandungi kuantiti bahan terlarut yang maksimum.

5. Proses penyulingan dan penghabluran sering digunakan untuk memperoleh bahan-

bahan tulen.

6. Hablur terbentuk mempunyai sisi tajam, permukaan yang rata, bentuk serta struktur yang

sekata.

7. Kesan dari penghabluran semula boleh mengurangkan kekuatan, meningkatkan

kemuluran dan mengurangkan ketumpatan.

8. Kaedah-kaedah penulenan tersebut dapat menghasilkan banyak bahan keperluan harian.

9. Kaedah-kaedah penulenan tersebut menghasilkan banyak bahan keperluan harian.

Sebagai contohnya petroleum(plastik).

Bahan

Ammonium klorida, NH4Cl, air suling.


Radas

Bikar 100 cm3 , mangkuk penyejat, rod kaca, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen,
corong turas, kertas turas, kaki retort, pengepit mangkuk penyejar, segitiga porselin, spatula,
pemetik api.

Prosedur

Penulenan garam ammonium klorida, NH4Cl:

1. Menggunakan spatula, hablur ammonium klorida, NH4Cl tidak tulen dimasukkan ke dalam

sebuah bikar.

2. Air suling ditambah secukupnya untuk melarutkan hablur ammonium klorida, NH4Cl.

3. Campuran dituras untuk mengasingkan bendasing dan larutan garam daripada

campuran tersebut.

4. Campuran diletakkan dan dipanaskan secara perlahan-lahan sambil dikacau dengan rod

kaca supaya satu larutan tepu yang panas dihasilkan.

5. Campuran dituras ketika panas untuk mengasingkan bendasing tak larut yang terapung

dalam larutan tepu.

6. Larutan tepu yang masih panas dipindah ke dalam mangkuk penyejat.

7. Mangkuk penyejat berisi larutan tepu diletakkan di atas segitiga porselin dan dipanaskan

untuk memekatkannya sehingga 1/3 daripada isipadu asal.

8. Larutan kemudiannya dibiarkan menyejuk sehingga hablur garam terbentuk.

9. Hablur garam ammonium klorida, NH4Cl dibilas dengan sedikit air suling.

10.Hablur-hablur garam dikeringkan antara dua kertas turas. Dimana dua kertas turas

diapitkan.

11.Garam yang diapit dengan dua kertas turas dikeringkan dibawah kipas.

12.Warna hablur garam ammonium klorida, NH4Cl yang dihasilkan dibandingkan dengan

hablur garam asal yang tidak tulen.


Gambar rajah susunan radas

Pemanasan garam

Pemerhatian dan data

Garam ammonium klorida, NH4Cl

Pemerhatian: Hablur garam terbentuk berwarna lebih putih, saiz kecil dan halus daripada
saiz asal(tiada bendasing).
Perbincangan

1. Kaedah penghabluran digunakan untuk menyingkirkan bendasing yang tidak larut


daripada suatu larutan. Sebagai contohnya, pengasingan pasir dan bendasing lain daripada
air laut.

2. Apabila serbuk garam tidak boleh larut lagi dalam air, ia bermakna bahawa larutan itu
sudah tepu.

3. Larutan tepu dituras ketika masih panas untuk mengelakkan penghabluran awal garam.

4. Larutan tepu garam disejukkan untuk membolehkan penghabluran semula berlaku


kepada larutan tepu garam.

5. Hablur-hablur garam dibilas dengan sedikit air suling yang sejuk untuk menyingkirkan
sebarang bendasing daripadanya.

6. Semasa menjalankan eksperimen, kertas turas perlulah dibasahkan dengan air suling
terlebih dahulu supaya tidak koyak apabila larutan garam yang telah dipanaskan dituang
melalui corong turas.

7. Penurasan dilakukan semasa larutan masih panas untuk mengelakkan garam menjadi
hablur.

8. Warna garam yang telah ditulenkan berwarna lebih terang, bersinar dan berbentuk halus.

9. Kesalahan umum yang telah saya lakukan ialah saya tidak membiarkan hablur garam
membentuk dengan tempoh yang lebih lama.

Kesimpulan

Garam ammonium klorida yang tidak tulen dapat ditulenkan melalui kaedah penghabluran
semula. Kaedah penghabluran digunakan untuk membersihkan garam dari larutan tepu
yang tidak tulen.

Refleksi

Pada 10 Ogos 2016, pensyarah telah mengarahkan

kami untuk menjalankan eksperimen penghabluran semula sebagai satu proses penulenan.

Eksperimen kami berjalan dengan lancar dan jayanya disebabkan oleh tugas yang

dibahagikan mengikut ahli kumpulan yang sedikit sebanyak mempercepatkan eksperimen

kami.
Cabaran utama kami semua sewaktu eksperimen dijalankan ialah pegawai makmal tidak

menyediakan alatan yang sesuai. Sebagai contoh, kami disediakan dengan pengepit tabung

uji untuk mengepit mangkuk penyejat. Ini menyukarkan eksperimen kami dimana mangkuk

tersebut terumbang-ambing sewaktu dikepit. Kami terpaksa mengendalikannya dengan

berhati-hati. Ini telah memakan sedikit masa eksperimen kami.

Selain itu, cabaran seterusnya yang dihadapi oleh kami adalah tentang mematuhi prosedur

eksperimen. Sebagai contoh, sebelum larutan garam yang panas dituras, kertas turas

tersebut seharusnya dialirkan dahulu dengan air suling, tetapi kami telah melangkau

prosedur tersebut dengan memasukkan terus larutan panas tersebut sehingga

menyebabkan kertas turas nyaris terkoyak.

Sebagai refleksi daripada saya ke atas eksperimen ini ialah saya berasa begitu bersyukur

kerana mempunyai rakan sekumpulan yang saling bekerjasama mengembleng tenaga bagi

menjayakan eksperimen ini dan saya dapat bertukar pendapat dengan mereka. Selain itu,

saya dapat memahirkan diri saya terutamanya sewaktu mengendalikan radas-radas seperti

penunu bunsen dengan bantuan rakan-rakan yang lebih mahir. Akhir sekali, dapat saya

simpulkan bahawa penggunaan internet amat berguna kepada kami ekoran segala

maklumat ada dihujung jari kita selaras dengan peredaran zaman dan teknologi. Ini kerana

penggunaan internet memastikan setiap prosedur yang kami lakukan adalah tepat.

Rujukan

1 ) Edunationmalaysia (2014). 4.6 EN: Penghabluran. Retrieved from


http://www.youtube.com/watch?v=atInquZKsqg

Anda mungkin juga menyukai