Anda di halaman 1dari 6

Dwicelah Young (optik gelombang).

Tajuk

Mengkaji kesan jarak di antara celahan terhadap interferens gelombang cahaya melalu.

Tujuan

Menentukan panjang gelombang cahaya monokromatik, λ dan pemisahan pinggir, x dengan


eksperimen dwicelah Young.

Pernyataan masalah

Apakah faktor yang mempengaruhi corak interferens gelombang cahaya?

Hipotesis

Bagi gelombang cahaya yang panjang gelombangnya, λ adalah malar dan begitu juga jarak
skrin dari dwicelah dengan skrin, D tidak berubah (malar). Maka pemisahan pinggir, x
bertambah apabila pemisahan di antara dwicelah, a berkurangan dimana x berkadar songsang
dengan a.

Teori

1. Interferens didefinisi sebagai fenomena dimana gelombang-gelombang dari dua sumber


koheren bertindih dan menghasilkan gelombang paduan yang mempunyai amplitud
maksimum(pengukuh) dan minimum(pemusnah).

2. Sumber koheren ialah punca yang menghasilkan gelombang-gelombang yang mempunyai:

-frekuensi yang sama

-beza fasa tetap

3. Daripada corak interferens, jarak pemisahan, x antara dua garis antinod berturutan atau dua
garis nod berturutan adalah bergantung kepada:

-panjang gelombang, λ

-jarak pemisah antara dua sumber koheren, a


-jarak dari dua punca koheren, D

ax
Hubungan kesemua simbol ini diterjemahkan oleh rumus λ=
D

4. Di dalam eksperimen dwicelah Young, cahaya monokromatik (satu warna atau satu panjang
gelombang) melalui celah sempit, S0 dan dituju ke arah dua celah sempit S1 dan S2 yang
bertindak sebagai sumber koheren.

5. Gelombang cahaya dari S1 dan S2 mengalami interferens membina dan memusnah untuk
menghasilkan satu siri pinggir-pinggir cerah dan gelap pada skrin. Rujuk gambar di bawah.

Kesan interferens gelombang cahaya

6. Pemisahan pinggir, x antara dua pinggir cerah (atau gelap) berturutan diberi oleh rumus


X= di mana,
a

D = jarak skrin dari dwicelah

a = jarak pemisahan antara dwicelah

ax
Oleh itu, panjang gelombang cahaya monokromatik, λ boleh dihitung daripada rumus λ= .
D

Pemboleh ubah

Dimanipulasi :Jarak pemisahan antara dwicelah, a.

Bergerak balas :Pemisahan pinggir, x.

Dimalarkan :Jarak skrin dari dwicelah, D dan panjang gelombang, λ.

Bahan dan radas

Sisip hitam satu celah (untuk celahan tunggal, S0), Sisip hitam yang mempunyai banyak celah
(untuk digunakan sebagai dwicelah S1 dan S2), pita selotape hitam (menutup celah pada sisip
hitam penjana kuasa, pemegang slaid kaca (memegang dwicelah), plastisin, mentol lampu
(bercahaya kuning), kotak sinar fotokromatik, skrin (kertas putih), blok kayu dan pembaris meter
panjang.

Prosedur

1. Sediakan bahan dan radas seperti rajah di atas

2. Kotak sinar yang mempunyai mentol lampu disambung dengan penjana kuasa (arus ulang
alik) bagi menghasilkan cahaya kuning yang terang.

3. Jarak antara celah tunggal dengan skrin iaitu sepanjang 35 cm diukur dengan pembaris
meter panjang dimana jarak ini juga menunjukkan 25 cm antara dwicelah dengan skrin.

4. Lampu yang bercahaya kuning melalui celah sempit S0 ditujukan kearah dwicelah S1 dan S2
dalam susunan berdasarkan rajah di atas.

5. Corak interferens yang dihasilkan pada skrin yang terletak pada jarak D dari dwicelah
diperhatikan.

6. Dengan menggunakan pembaris, jumlah jarak bagi 2 pinggir cerah berturutan, iaitu x.

7. Eksperimen diulang dengan meningkatkan nilai a manakala jarak dwicelah dengan skrin, D
dimalarkan.

ax
8. Oleh itu, panjang gelombang cahaya kuning (lampu), λ, dihitung daripada rumus, λ= .
D

Rumusan/Pemerhatian data

Jarak pemisah antara Pemisahan pinggir yang Penjang gelombang yang


dwicelah, a (cm) terbentuk, x (cm) terhasil, λ (cm)
1.0 cm 3.0 cm 0.12 cm

2.0 cm 1.5 cm 0.12 cm

3.0 cm 1.0 cm 0.12 cm

Jarak skrin dari dwicelah S1 dan S2, D adalah dimalarkan iaitu sepanjang 25 cm manakala jarak
celah tunggal dengan dwicelah, d ialah 10 cm.
ax
Nilai λ dihitung dari rumus λ= .
D

Dan nilai x didapati:


-Berkurang apabila a ditingkatkan.
-Bertambah apabila D ditingkatkan.

Perbincangan
Berdasarkan eksperimen yang dijalankan,
nilai x didapati akan:
-Berkurang apabila a bertambah dan akan bertambah apabila D ditingkatkan (namun pada kali
ini D dimalarkan).
-x dapat dilihat pada kawasan superposisi gelombang cahaya yang mana melibatkan
kewujudan pertindihan titik nod dan antinod mewujudkan pinggir cerah dan gelap.

-Sebelum memulakan eksperimen, radas-radas seperti penjana kuasa dan kotak sinar diperiksa
terlebih dahulu, Hal ini bagi memastikan kesemuanya berfungsi dengan baik terutama pancaran
mentol di dalam kotak sinar.

-Antara langkah berjaga-jaga yang perlu diambil termasuklah:

1. Memastikan arus ulang alik pada penjana kuasa yang disambungkan pada kotak sinar
diselaraskan kepada voltan yang sesuai iaitu 8 volt kerana itu nilai yang paling sesuai
untuk pencahayaan mentol bagi kotak sinar dan mengelakkan mentol terbakar.
2. Pastikan cahaya hanya tertumpu pada satu arah sahaja sewaktu sisip hitam celahan
tunggal diletakkan pada kotak sinar.
3. Pastikan eksperimen yang dijalankan berada pada situasi gelap bagi memastikan
cahaya kuning yang dipancarkan kotak sinar terang dan dapat dilihat interferens yang
berlaku pada skrin.
4. Pastikan kedudukan mata berserenjang dengan skala bacaan pembaris bagi
mengelakkan ralat paralaks.

-Terdapat beberapa kelemahan sewaktu eksperimen dilakukan termasuklah pada awalnya kami
tidak diberikan sisip hitam. Akibatnya, kami tidak cukup bahan dan radas untuk melakukan
eksperimen. Sebagai jalan penyelesaian, kami meminta dengan pensyarah dan pensyarah
mengarahkan pembantu makmal menyediakannya. Selain itu, pita pelekat yang digunakan
untuk menutup celah sisip hitam terlalu pudar warnanya dan apabila cahaya kuning pada
mentol dipancarkan ia dapat menembusi pita dan terkesan keluar. Perkara ini menyukarkan
kami sehingga terpaksa meletakkan pita berlapis-lapis sehingga bayang cahaya tidak kelihatan.
Kami juga menggunakan kertas putih sebagai pengganti kepada skrin asal. Penggunaan kertas
putih menyukarkan kami kerana kertas sering bergerak-gerak apabila dipegang dan ini
menyukarkan kami dalam mencari interferens gelombang.

Namun, saya mendapat peluang terutama dalam mengukur interferens gelombang dan dapat
melihat sendiri interferens yang terbentuk walaupun tidak beberapa jelas. Malah, melalui
eksperimen ini, saya dapat mencari pemisah peminggir, x disamping dapat mengira panjang

ax
gelombang, λ melalui rumus λ= dan melalui perbincangan serta pemerhatian pada buku
D
rujukan dapat diketahui bahawa x dipengaruhi oleh a dimana ianya berkadar songsang.

Kesimpulan
Pemisah pinggir, x dipengaruhi oleh jarak pemisahan di antara dwicelah, a jika jarak pemisah
antara dwicelah dengan skrin, D dan panjang gelombang, λ adalah sama. Apabila jarak
pemisah di antara dwicelah, a berkurang maka pemisahan pinggir, x bertambah.

Rujukan
Choong C. F. (2007). Pre-U Text STPM Physics Volume 2. Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Yong P. L., S. Nagappan & Cheng L. S. (1996). FIZIK STPM Jilid 2. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
mpiran

Anda mungkin juga menyukai