Anda di halaman 1dari 9

Sebatian organik.

Tujuan

sifat alkana dan alkena berdasarkan kaedah pembakaran dalam udara, penambahan air
bromin, Br2 dan penambahan larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO 4 terhadap heksana
(alkana), C6H14 dan heksena (alkena), C6H12.

Hipotesis

Jika heksena adalah sebatian yang digunakan, maka nyalaan pembakaran adalah lebih
berjelaga berbanding heksana. Heksena dapat menukarkan warna perang air bromin, Br 2
menjadi tidak berwarna manakala heksana tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap
air bromin. Heksena juga apabila ditambahkan beberapa titis larutan kalium manganat (VII)
berasid, KMnO4 menukarkan warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO 4
tersebut menjadi tidak berwarna manakala heksana tidak merubah warna larutan. Alkena lebih
reaktif berbanding alkana.

Teori

Alkana dan alkena adalah siri-siri homolog hidrokarbon yang hanya terdiri daripada
unsur-unsur hidrogen dan karbon. Sebatian ini biasanya diperolehi daripada petroleum dan gas
asli. Kedua-dua mempunyai ikatan kovalen sahaja dimana tidak larut di dalam air sebaliknya
larut dalam sebatian organik. Formula am bagi alkana adalah CnH2n+2 manakala bagi alkena
adalah CnH2n.

Kumpulan berfungsi bagi alkana adalah kumpulan -ana. Ikatan ini merupakan ikatan
hidrokarbon tepu dimana wujud dalam bentuk ikatan karbon tunggal C-C. Bagi kumpulan
berfungsi alkena pula adalah kumpulan -ena dan ikatan ini merupakan hidrokarbon tidak tepu
kerana boleh berlaku penambahan pada keadaan tertentu atas faktor ikatan karbon yang
berganda C=C.

1
Pemboleh ubah

A: Pembakaran dalam udara.

Yang dimanipulasi : Heksana dan heksena.

Yang bergerak balas : Peratusan karbon dan kejelagaan nyalaan pembakaran.

Yang dimalarkan : Isipadu heksana dan heksena yang digunakan.

B (i) Penambahan air bromin, Br2.

Yang dimanipulasi : Heksana dan heksena.

Yang bergerak balas : Perubahan warna air bromin, Br2.

Yang dimalarkan : Isipadu heksana dan heksena yang digunakan.

B (ii) Penambahan larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO4

Yang dimanipulasi : Heksana dan heksena.

Yang bergerak balas : Perubahan warna larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO4.

Yang dimalarkan : Isipadu heksana dan heksena yang digunakan.

Bahan

Cecair heksana (C6H14), cecair heksena (C6H12), air bromin, larutan kalium manganat (VII)
berasid, KMnO4 asid sulfurik cair, H2SO4 dan kertas turas.

Alat radas

Tabung uji, kayu uji, penunu Bunsen, mangkut penyejat dan penitis.

2
Prosedur/Kaedah eksperimen

A: Pembakaran dalam udara.

1.Sebanyak 2cm3 heksana dan heksena dituangkan ke dalam dua mangkuk penyejat yang
berlainan.

2.Kayu uji menyala digunakan dimana kedua-dua cecair tersebut dinyalakan.

3.Apabila nyalaan berlaku, sekeping kertas turas diletakkan atas setiap nyalaan cecair heksana
dan heksena seperti yang ditunjukkan dalam susunan radas A di atas.

4.Nyalaan diperhatikan dari segi warna nyalaan dan kuantiti jelaga yang terhasil di atas kertas
turas.

5.Pemerhatian eksperimen dicatatkan berdasarkan peratusan karbon oleh kedua-dua cecair


tersebut.

B (i): Tindak balas dengan air bromin.

1.Sebanyak 2cm3 heksana dituangkan ke dalam tabung uji.

2.1cm3 air bromin, Br2 ditambahkan kepada heksana.

3.Campuran air bromin dan heksana digoncangkan.

4.Pemerhatian dan perubahan direkodkan dalam data.

5.Langkah 1-4 diulang dengan menggantikan heksana kepada heksena.

B (ii): Tindak balas dengan larutan kalium manganat (VII) berasid.

1.Sebanyak 2cm3 heksana dituangkan ke dalam tabung uji.

2.1cm3 larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO4 ditambahkan kepada heksana.

3
3. Beberapa titis asid sulfurik cair, H2SO4 diletakkan ke dalam tabung uji.
4. Campuran digoncangkan.

5. Pemerhatian dan perubahan direkodkan dalam data.

6. Langkah 1-5 diulangi menggunakan heksena bagi menggantikan heksana.

Penjadualan data/Pemerhatian

A: Pembakaran dalam udara.

Jenis hidrokarbon yang


Heksana Heksena
selaras
Warna kuning berjelaga dan Warna kuning dan sangat
membentuk jelaga hitam atas berjelaga membentuk banyak
Kejelagaan nyalaan
kertas turas (tompok-tompok jelaga hitam atas kertas turas
hitam). (tompok-tompok hitam).
= 12X6 = 12X6 X100%
X100%
(12X6) + (1X14) (12X6) + (1X12)
Peratusan jisim karbon

= 83.72% = 85.71%
Inferens: Heksana dan heksena mengalami pembakaran tidak lengkap yang menghasilkan
jelaga iaitu karbon (C), dan bahan lain seperti karbon dioksida dan air. Heksena lebih berjelaga
berbanding heksana. Hal ini kerana heksena mengandungi peratus jisim karbon lebih tinggi
berbanding heksana dimana heksena terbakar lebih reaktif berbanding heksana. Ini disebabkan
heksena adalah hidrokarbon tidak tepu manakala heksana adalah hidrokarbon tepu.

B (i): Tindak balas dengan penambahan air bromin.

Jenis hidrokarbon yang


Heksana Heksena
selaras
Heksana tidak menukarkan Heksena menukarkan warna
Pemerhatian setelah
warna perang air bromin. Air perang air bromin kepada
ditambah air bromin, Br2
bromin kekal perang. tidak berwarna.

4
Inferens: Heksana tidak bertindak balas dengan air bromin manakala heksena bertindakbalas
dengan air bromin. Heksana adalah hidrokarbon tepu manakala heksena merupakan
hidrokarbon tak tepu.

B (ii): Tindak balas dengan larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO4.

Jenis hidrokarbon yang


Heksana Heksena
selaras
Heksena menukarkan warna
Pemerhatian setelah Heksana tidak menukarkan
ungu larutan kalium
ditambah larutan kalium warna ungu larutan kalium
manganat (VII) berasid,
manganat (VII) berasid, manganat (VII) berasid,
KMnO4 menjadi tidak
KMnO4 KMnO4.
berwarna.
Inferens: Heksana tidak bertindak balas dengan larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO 4
manakala heksena bertindak balas dengan larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO 4.
Heksana adalah hidrokarbon tepu manakala heksena merupakan hidrokarbon tak tepu.

Perbincangan

Eksperimen pada kali ini menggunakan tiga methode yang berbeza iaitu pembakaran dalam
udara, penambahan air bromin, Br2 dan penambahan larutan kalium manganat (VII) berasid,
KMnO4.

Eksperimen A:

Heksana merupakan sejenis sebatian yang tergolong dalam kumpulan berfungsi alkana
manakala heksena merupakan sebatian yang tergolong dalam kumpulan berfungsi alkena. Oleh
kerana heksena dan heksana ini wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas pada suhu bilik,
maka ia telah dipilih untuk memudahkan pemerhatian untuk eksperimen ini.

Menurut buku kimia STPM, secara umumnya formula am bagi molekul alkana
merupakan CnH2n+2, dan mempunyai ikatan tunggal yang menjadikan sebatian alkana
merupakan sebatian hidrokarbon yang tepu. Berbeza dengan alkana, alkena mempunyai

5
formula am iaitu CnH2n dan mempunyai ikatan ganda dua yang menyebabkan ia sebatan
hidrokarbon yang tidak tepu.

Bagi eksperimen pembakaran dalam udara, peratus jisim karbon dalam heksana, C6H14 dan
heksena, C6H12 dikira dengan menggunakan formula;

= Jumlah jisim relatif atom unsur X100%


Jisim molekul relatif sebatian

Peratus jisim karbon dalam heksana, C6H14,

= 12X6
X100%
(12X6) + (1X14)
= 83.72%

Peratus jisim karbon dalam heksena, C6H12,

= 12X6 X100%
(12X6) + (1X12)
= 85.71%

Heksena mempunyai peratusan jisim karbon lebih tinggi berbanding heksana dan heksena juga
terbakar dengan lebih reaktif berbanding heksana dimana penghasilan jelaganya lebih banyak.

Eksperimen B (i):

Bagi eksperimen melalui penambahan air bromin, Br 2, heksana adalah ikatan hidrokarbon tepu
yang mempunyai ikatan kovalen tunggal C-C antara atom-atom karbon dimana tindak balas
tidak berlaku apabila ditambah air bromin dan warna perang air bromin kekal sama di akhir
eksperimen.

Heksana adalah hidrokarbon tidak tepu yang mengandungi ikatan kovalen ganda dua C=C
antara atom-atom karbon dimana tindak balas lengkap berlaku apabila ditambah air bromin
menjadikan warna perang larutan tersebut menjadi tidak berwarna seterusnya menghasilkan
dibromoheksana.

Molekul heksana mempunyai ikatan π di atas dan di bawah suatu atom. Molekul bromin adalah
molekul tak berkutub dimana apabila molekul bromin mendekati heksena, ikatan ganda dua

6
yang mempunyai ketumpatan elektron tinggi menghasilkan dwikutub teraruh dalam molekul
bromin. Akibatnya cas negatif bergerak dari ikatan ganda dua menuju ke atom bromin yang
bercas positif manakala elektron dalam ikatan Br-Br ditolak menuju atom bromin bercas negatif
yang membentuk ikatan C-Br dan ion positif dan negatif dihasilkan.

Kation bagi sebatian yg terbentuk mempunyai karbon bercas positif disebut ion karbonium. Ion

karbonium tak stabil dan seterusnya berpadu secara cepat dengan ion Br membentuk 2,3-
dibromoheksana

Persamaan bagi tindak balas heksena dengan air bromin, Br2,

C6H12 + Br2 C6H12Br2

Contoh: 2,3-dibromoheksana

Alkena lebih reaktif berbanding alkana atas faktor ikatan karbonnya (ganda dua iaitu ikatan pai,
π dan sigma, σ yang mana ikatan π lebih mudah terurai apabila bertindak balas) yang mana
ikatan pai yang lebih lemah dari sigma akan terputus apabila berlaku penambahan dan
membentuk ikatan tunggal. Manakala alkana sebaliknya hanya mempunyai satu ikatan sahaja
dan sukar ditindakbalas melainkan kehadiran sinar ultra ungu.

Eksperimen ini seharusnya dijalankan di dalam kebuk wasap kerana melibatkan bahan
merbahaya seperti Bromin, Br. Cecair bromin bersifat meruap dan merupakan kumpulan 17
yang mana turut bersifat menghakis yang bahaya jika disentuh dan dihidu. Cecair bromin perlu
dikendalikan dengan berhati-hati dan sepatutnya pelajar perlu diperhatikan pesyarah terutama
sewaktu mengendalikannya di luar kebuk wasap seperti memakai sarung tangan (mengelakkan
terkena kulit).

Eksperimen B (ii):

7
Bagi eksperimen penambahan larutan kalium manganat (VII) berasid pula, heksana
adalah ikatan hidrokarbon tepu yang mempunyai ikatan kovalen tunggal C-C antara atom-atom
karbon dimana tindak balas tidak berlaku apabila larutan kalium manganat (VII) berasid,
KMnO4.

Heksana adalah hidrokarbon tidak tepu yang mengandungi ikatan kovalen ganda dua
C=C antara atom-atom karbon dimana tindak balas lengkap berlaku apabila ditambah larutan
kalium manganat (VII) berasid, KMnO4 menjadikan larutan tersebut bertukar warna dari warna
ungu menjadi tidak berwarna dan seterusnya menghasilkan heksanadiol.

Persamaan bagi tindak balas heksena dengan larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO4,
[O]
C6H12 + H2O C6H12(OH)2

Contoh: 2,3-heksanadiol

Kesimpulan

Heksena menghasilkan lebih jelaga berbanding heksana. Heksena juga menukarkan warna
perang air bromin, Br2 dan warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid, KMnO 4 menjadi
tidak berwarna manakala heksana tidak menunjukkan apa-apa perubahan warna terhadap
kedua-dua larutan tersebut. Hal ini kerana heksana tidak bertindakbalas kecuali apabila melalui
dua tindak balas iaitu melalui pembakaran dan penukar gantian dengan gas-gas halogen
apabila terkena sinaran matahari (ultra violet). Alkena lebih reaktif berbanding alkana atas faktor
ikatan karbonnya.

8
Rujukan

Kheng Y. T. (2013). eNotes Chemistry SPM. Kuala Lumpur: Pearson Sdn. Bhd.

Razak Ali & Mohd Nazlan Mohd. Muhid. (1996). Kimia Am Jilid 2. Skudai, Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Tan Yin Toon. (1998). Kimia Fizik STPM. Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai