Anda di halaman 1dari 7

AMALI 2

TAJUK :

Mengkaji sifat alkana dan alkena.

MASALAH :

Bagaimanakah sifat kimia alkana berbeza daripada alkena?

BAHAN DAN RADAS :

Heksana, heksena, larutan bromin dalam tetraklorometana, larutan kalium manganat


(VII) berasid, mancis, piring porselin, kertas turas, penitis, penunu Bunsen dan
penyepit.

A. PEMBAKARAN DALAM UDARA

HIPOTESIS:

Heksena terbakar dengan nyalaan yang lebih berjelaga berbanding heksana.

PEMBOLEH UBAH:

DIMANIPULASIKAN : Jenis hidrokarbon

BERGERAKBALAS : Kuantiti jelaga yang terhasil

DIMALARKAN : Isipadu hidrokarbon

PROSEDUR:

1) Sebanyak 2 cm3 heksana dan heksena dituangkan dalam dua piring porselin
yang berasingan.

2) Kayu uji menyala digunakan untuk menyalakan kedua-dua cecair tersebut.

3) Apabila nyalaan berlaku, sekeping kertas turas diletakkan di atas setiap nyalaan
untuk mengutip jelaga masing-masing.

4) Kuantiti jelaga terkumpul di atas kertas turas dicatatkan.


B. TINDAKBALAS DENGAN AIR BROMIN DAN KALIUM MANGANAT (VII)
BERASID.

HIPOTESIS : Heksena bertindak balas dengan larutan bromin dalam tetraklorometana


dan kalium manganat (VII) berasid tetapi heksana tidak.

PEMBOLEH UBAH :

DIMANIPULASIKAN : Jenis hidrokarbon

BERGERAKBALAS : Perubahan warna larutan reagen

DIMALARKAN : Isipadu dan kepekatan larutan reagen

PROSEDUR :

1) Sedikit larutan bromin dalam tetraklorometana dititiskan ke dalam sebuah tabung


uji yang mengandungi kira-kira 2 cm3 cecair heksana.

2) Kandungan dalam tabung uji digoncangkan. Perubahan diperhatikan.

3) Langkah di atas diulang dengan menggantikan heksana dengan heksena.

4) Langkah 1-3 diulang dengan menggunakan larutan kalium manganat (VII)


berasid.

KEPUTUSAN :

UJIAN HEKSANA HEKSENA

Kejalagaan Sedikit Lebih banyak

Ujian dengan larutan Tiada perubahan Larutan perang menjadi


bromin dalam tidak berwarna
tetraklorometana
Ujian dengan larutan kalium Tiada perubahan Larutan ungu menjadi tak
manganat (vii) berasid berwarna
PERBINCANGAN:
A. Pembakaran dalam udara.

Heksana dan heksena mengalami pembakaran tidak lengkap dalam udara


menghasilkan jelaga. Heksena terbakar dalam udara dengan nyalaan kuning dan
nyalaan sangat berjelaga. Banyak jelaga yang terkumpul di atas kertas turas. Manakala
heksana terbakar dalam udara dengan nyalaan kuning tetapi kurang jelaga terkumpul
di atas kertas turas. Hal ini adalah kerana heksena merupakan hidrokarbon tidak tepu
dan heksana pula merupakan hidrokarbon tepu. Selain itu, peratus kandungan karbon
per molekul heksena mengikut jisim adalah lebih tinggi berbanding heksana.

I. Peratus jisim karbon dalam heksana, C6H14

C6H14 =

_12 X 6____ = 72 X 100% = 83.72 % (mengikut jisim)


12 X 6 + 14 86

II. Peratus jisim karbon dalam heksena, C6H12

C6H12 =

_12 X 6____ = 72 X 100% = 85.71 % (mengikut jisim)


12 X 6 + 12 84

B. TINDAKBALAS DENGAN AIR BROMIN DAN KALIUM MANGANAT (VII)


BERASID.
-Heksana merupakan hidrokarbon tepu yang tidak boleh bertindak balas dengan air
bromin manakala heksena pula adalah hidrokarbon tak tepu dan boleh bertindak balas
dengan air bromin. Larutan bromin dalam tetraklorometana yang berwarna perang
menjadi tak berwarna apabila digoncang dengan heksena. Namun warna larutan
bromin tidak berubah apabila digoncang dengan heksana. Hal ini kerana heksena
merupakan hidrokarbon tak tepu yang mengandungi ikatan ganda dua dalam
molekulnya. Oleh itu, tindak balas penambahan berlaku apabila ditambah air bromin
menghasilkan dibromoheksana. Manakala heksana tidak mengalami tindak balas
penambahan dengan air bromin kerana terdiri daripada hidrokarbon tepu yang hanya
mengandungi ikatan kovelan tunggal dalam molekulnya.

C6H12 + Br2 C6H12Br2

Heksena 1,2-dibromoheksena

-Heksana tidak menukarkan warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid tetapi
larutan kalium manganat (VII) berasid yang berwarna ungu ternyahwarna apabila
digoncang dengan heksena. Hal ini adalah kerana heksena merupakan hidrokarbon tak
tepu dengan ikatan ganda dua dalam molekulnya. Oleh itu, tindak balas penambahan
berlaku apabila ditambah dengan larutan kalium manganat (VII) berasid menghasilkan
heksanadiol. Namun, heksana tidak mengalami tindak balas penambahan dengan
larutan kalium manganat (VII) berasid kerana terdiri daripada hidrokarbon tepu yang
hanya mengandungi ikatan kovelan tunggal dalam molekulnya.

C6H12 + H2O + [O] C6H12(OH)2

Heksena 1,2-heksanadiol

KESIMPULAN:

1. Alkana dan alkena terbakar dalam udara dengan nyalaan kuning berjelaga tetapi
nyalaan alkena lebih berjelaga.
2. Alkena bertindas balas dengan air bromin dan larutan kalium manganat (VII)
berasid tetapi alkana tidak.

SOALAN PERBINCANGAN
1. Tuliskan formula molekul dan formula struktur bagi heksana dan heksena.

JENIS HIDROKARBON FORMULA MOLEKUL FORMULA STRUKTUR

Heksana C6H14 HHHHHH

H-C-C-C-C-C-C-H

HHHHHH

Heksena C6H12
HHHH

H-C=C-C-C-C-C-H

H HHHHH

2. Tuliskan formula struktur bagi 3 isomer heksana dan 3 isomer heksena.

Formula Formula molekul alkana


molekul
alkana

HHHHHH HHHHH H-C-H


HH H
H-C-C-C-C-C-C-H H-C-C-C-C-C-H
C6H14 H-C-C-C-C-H
HHHHHH H HHH
H-C-H H HH
H-C-H
H
H

=heksana = 2-metilpentana = 2,3-dimetilbutana


Formula Formula molekul alkena
molekul
alkena

H-C-H

HHHH H HHHH H HH

C6H12 H-C=C-C-C-C-C-H H-C-C=C-C-C-H H-C=C-C-C-H

H HHHHH HH H

H-C-H H-C-H

H H

= Heksena = Heks-3-ena = 2,3-dimetilbut-1-ena

3. Bagaimanakah anda membezakan cecair heksana dan cecair heksena.

Cecair heksana dan cecair heksena dapat dibezakan melalui tindakan dengan
larutan bromin dalam tetraklorometana dan kalium manganat (VII) berasid.
Cecair heksena akan bertindak balas dengan larutan bromin dalam
tetraklorometana dimana warna perang air bromin akan menjadi luntur dan
warna ungu kalium manganat (VII) berasid menjadi pudar tetapi cecair heksana
tidak bertindak balas dalam kedua-dua larutan ini.

4. Diantara heksana dan heksena, yang manakah merupakan bahan api yang
lebih baik? Mengapakah ia adalah bahan api yang lebih baik?

Heksana merupakan bahan api yang lebih baik berbanding heksena. Hal ini
adalah kerana heksana merupakan hidrokarbon tepu yang hanya mempunyai
ikatan kovelan tunggal. Ia tidak reaktif kerana ikatan tunggal yang kuat dalam
molekul memerlukan tenaga yang banyak untuk diputuskan. Apabila heksana
dibakar, kuantiti haba yang banyak dibebaskan. Ini menjadikan heksana sesuai
untuk dijadikan bahan api.
5. Cadangkan bagaimana hendak menukarkan heksena untuk menghasilkan
alkana yang sepadan.

Melalui proses penghidrogenan iaitu penambahan molekul hidrogen, heksena


dapat ditukarkan kepada alkana yang sepadan menjadi heksana. Apabila
campuran gas heksena dan hidrogen dialirkan melalui mangkin platinum atau
nikel yang panas iaitu pada suhu 180oC, molekul hidrogen ditambahkan pada
molekul heksena untuk menghasilkan heksana.

C6H12 + H2 Ni/Pt C6H14


o
180 C
heksena heksana

Anda mungkin juga menyukai