Anda di halaman 1dari 1

Kimia SPM

Nota Kimia Tingkatan 4 Tingkatan 5

 Menu

Sifat-sifat Kimia Alkana

Whatsapp Cikgu Kwee sekarang!

Sifat-sifat Kimia Alkana


Kereaktifan Alkana

1. Alkana ialah hidrokarbon yang tepu yang


mempunyai ikatatan (C – C) yang kuat.
2. Alkana tidak begitu reaktif jika dibandingkan
dengan hidrokarbon yang tidak tepu seperti
alkena.
3. Alkana bersifat neutral dan tidak menukarkan
warna kertas litmus biru/ merah lembab.
4. Semua ikatan kimia di dalam alkana ialah ikatan
kovalen yang kuat. Untuk memecahkan ikatan ini
banyak tenaga diperlukan.
5. Alkana hanya boleh menjalankan tindak balas
berikut:
a. Tindak balas pembakaran
b. Tindak balas penukargantian ( dengan
kehadiran sinaran ultraungu)

Tindak Balas Pembakaran


Pembakaran Alkana

1. Semua alkana boleh terbakar dengan kehadiran


oksigen menghasilkan air dan karbon dioksida
(atau karbon monoksida/ karbon dalam
pembakaran tidak lengkap)
2. Terdapat 2 jenis pembakaran
a. Pembakaran lengkap
b. Pembakaran tidak lengkap

Pembakaran Lengkap
1. Dalam udara/oksigen yang berlebihan, semua
alkana terbakar dengan lengkap dan
menghasilkan karbon dioksida dan air.
2. Pembakaran alkana yang lengkap ini
membebaskan banyak tenaga haba.
3. Berikut ialah persamaan kimia bagi pembakaran
lengkap beberapa jenis alkana. Contoh:
Pembakaran metana
CH4 + 2O2 → CO2 + 2H2O
Pembakaran etana
C2H6 + 7/2 O2 → 2CO2 + 3H2O
Pembakaran propana
C3H8 + 5O2 → 3CO2 + 4H2O
4. Nyalaan pembakaran alkana menjadi semakin
berjelaga apabila bilangan atom karbon per
molekul meningkat. Ini disebabkan oleh peratus
kandungan karbon dalam alkana yang bertambah.

Pembakaran Tidak Lengkap

1. Pembakaran tidak lengkap berlaku jika bekalan


oksigen tidak memcukupi.
2. Dalam keadaan oksigen yang tidak mencukupi,
alkana terbakar dengan nyalaan yang sangat
berjelaga dan menghasilkan karbon ( pepejal
hitam ) , gas karbon monoksida dan air.
3. Gas karbon monoksida ialah sejenis gas tidak
berbau yang beracun.
4. Berikut ialah persamaan-persamaan kimia bagi
pembakaran tidak lengkap beberapa jenis alkana.
Contoh:
Pembakaran tidak lengkap etana
C2H6 + 5/2 O2 → 2CO + 3H2O
C2H6 + 3/2 O2 → 2C + 3H2O
Pembakaran tidak lengkap propana

C3H8 + 7/2 O2 → 3CO + 4H2O


C3H8 + 2 O2 → 3C + 4H2O
5. Apabila sesuatu alkana terbakar dengan tidak
lengkap, nyalaan pembakarannya lebih berjelaga
kerana sebahagian besar alkana terbakar untuk
menghasilkan karbon dalam bentuk asap hitam.

Nota penting!
Cukup oksigen → Pembakaran lengkap
Tak cukup oksigen → Pembakaran tidak lengkap
—————————-
Pembakaran lengkap menghasilkan CO2 dan H2O
Pembakaran tidak lengkap menghasilkan C, CO dan
H2O
—————————-
Semakin besar molekul alkana, semakin susah ia
dibakar.

Peratus Karbon

1. Dalam pembakaran alkana, kuantiti jelaga yang


dihasilkan bergantung kepada peratus karbon
dalam molekul hidrokarbon itu.
2. Peratus karbon di dalam satu molekul boleh dikira
dengan menggunakan formula berikut:

Peratus Karbon
Jisim relatif karbon dalam 1 molekul
= × 100%
Jisim molekul relatif alkana
3. Berikut ialah contoh pengiraan peratus karbon
dalam metana dan heksana.
a. peratus karbon metana (CH4) [Jisim atom relatif:
Karbon: 12; Hidrogen: 1]

Peratus karbon
12
= × 100%
12 + 4 (1)
= 75%

b. Peratus karbon heksana (C6H14)

Percentage of Carbon
6 (12)
= × 100%
6 (12) + 14 (1)
= 83.7%

4. Peratus karbon dalam heksana lebih tinggi


daripada metana, oleh itu pembakaran hak sana
menghasilkan lebih banyak jelaga.

Nota penting!

Semakin besar molekul sesuatu alkana, semakin tinggi


peratus karbonnya, maka semakin banyak jelaga
dihasilkan semasa pembakaran.

Tindak Balas Penukar Gantian


Tindak balas penukargantian

1. Apabila satu campuran alkana dan gas klorin


didedahkan kepada cahaya matahari atau cahaya
ultraungu, suatu tindak balas berlaku dengan
perlahan-lahan di mana atom hidrogen dalam
molekul alkana ditukargantikan oleh atom klorin
satu demi satu.
2. Tindak balas alkana dengan klorin ini dikenal
sebagai tindak balas penukargantian.
3. Misalnya, apabila satu campuran gas metana dan
klorin berlebihan didedahkan kepada cahaya
matahari/ ultraungu, tindak balas penukargantian
secara berturut-turut berlaku melalui empat
peringkat seperti yang ditunjukkan di bawah:

4. Tindak balas penukargantian juga berlaku di


antara alkana dan cecair bromin
5. Oleh kerana tindak balas penukargantian ialah
tindak balas di antara alkana dengan unsur-unsur
halogen, maka ia juga dinamakan sebagai tindak
balas penghalogenan.
6. Tindak balas Penukargantian ialah satu tindak
balas yang perlahan.

Nota penting!

Tindak balas penukargantian di antara alkana dan


halogen hanya berlaku dengan kehadiran sinaran
ultraungu.

 Pemvulkanan Getah
 Siri Homolog

Leave a Comment

Name *

Email *

Website

Post Comment

Cikgu Kwee

YouTube 35K

KSSM

02 Struktur Atom

KBSM

02 Struktur Atom
03 Formula Kimia dan Persamaan Kimia
04 Jadual Berkala
05 Ikatan Kimia
06 Elektrokimia
07 Asid dan Bes
08 Garam
09 Bahan Buatan Dalam Industri
10 Kadar Tindak Balas
11 Sebatian Karbon

Subjek lain

Matematik SPM
Sains SPM
Fizik SPM
Mate Tambahan SPM
Sejarah SPM
Sains PT3
Matematik PT3

Other subjects

SPM Mathematics
SPM Science
SPM Add Maths
SPM Physics
SPM Chemistry
SPM Biology
PT3 Science
PT3 Mathematics

© Online Learning Resources Sdn Bhd 2023

Anda mungkin juga menyukai