Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG, MELAKA

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SKOP :
PENERBITAN DAN PENULISAN

ITEM:
MEMBENTANG HASIL PENULISAN/ PENYELIDIKAN DI
PERINGKAT INSTITUSI/ ZON/ KEBANGSAAN/
ANTARABANGSA DALAM GRED SEMASA

RINGKASAN EKSEKUTIF

NAMA : NAZELIRA BINTI A RAHIM


NO KAD PENGENALAN : 830617-04-5114
JAWATAN : PPPT DH 44
i) Tajuk
HUBUNGAN KEPUASAN KERJA TERHADAP PRESTASI KERJA DALAM
KALANGAN PENSYARAH: SATU KAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG
MELAKA

ii) Latarbelakang/ Tujuan


Pada zaman yang maju kini, pekerjaan merupakan perkara yang sangat penting dalam
memenuhi keperluan dan kesejahteraan hidup. Menurut Ramli (2000) kepuasan kerja
mempunyai implikasi yang jelas terhadap prestasi kerja Prestasi kerja merupakan tindak
balas yang dilakukan oleh pekerja terhadap sesuatu pekerjaan. Perkaitan antara kepuasan
kerja dengan prestasi kerja sering menjadi satu kontroversi dalam kalangan pengkaji
dalam bidang psokologi, industri dan gelagat industri. Persoalan sama ada kepuasan kerja
mempengaruhi prestasi kerja turut cuba dikaji dalam kajian yang dilaksanakan ini yang
melibatkan kalangan pensyarah Kolej Komunti Bukit Beruang, Melaka.

Oleh itu, kajian yang telah dilaksanakan di bawah seliaan Unit Penyelidikan Dan Inovasi
KKBBM ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja, menentukan faktor
utama kepuasan kerja , mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara kepuasan kerja
dengan prestasi kerja dan seterusnya mengenalpasti perbezaan yang signifikan di antara
kepuasan kerja dan prestasi kerja pensyarah Kolej Komuniti Kolej Komuniti Bukit Beruang,
Melaka berdasarkan faktor jantina.

iii) Rasional Penyediaan/ Metodologi/ Kaedah Pelaksanaan

 Rasional Penyediaan :

Profesyen sebagai seorang pensyarah di kolej komuniti merupakan sesuatu yang sangat
mencabar. Skop tugas di kolej yang meliputi pelbagai aspek memerlukan komitmen yang
tinggi daripada pensyarah. Tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
memperuntukkan 16 jam minimum untuk seminggu beserta dengan keperluan untuk
mencapai KPI mengajar kursus pendek di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Selain daripada terlibat dengan PdP, pensyarah juga perlu melaksanakan tugas-tugas
pengurusan dan memegang pelbagai portfolio di kolej.

Cabaran ini bertambah dengan keperluan untuk melengkapkan kriteria kenaikan pangkat
yang mewajibkan pensyarah menjalankan kajian, penyelidikan, inovasi, pembentangan
dan penerbitan. Kajian terhadap kepuasan kerja dan prestasi ini dilaksanakan juga kerana
terdapat rungutan yang didengari dalam kalangan pensyarah antaranya ialah “beban kerja
yang banyak sehingga sukar fokus terhadap PdP”, “ kesukaran dalam memenuhi kriteria
kenaikan pangkat”, dan “penyeliaan yang kurang berkesan” .

 Matodologi/ Kaedah Pelaksanaan:


Kajian tinjauan secara kuantitatif dipilih bertujuan untuk melihat hubungan diantara
kepuasan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti Bukit
Beruang, Melaka. Berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970)
seramai 48 orang responden telah dipilih daripada keseluruhan populasi iaitu 56 orang
pensyarah untuk menjawab persoalan kajian. Fokus kajian yang dikenalpasti adalah
berkaitan dengan dua pembolehubah yang utama iaitu kepuasan kerja dan juga prestasi
kerja.

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik yang
mengandungi 3 bahagian iaitu maklumat diri, kepuasan kerja menggunakan Job
descriptive Index (JDI) dan soal selidik Penilaian Prestasi untuk mengkaji prestasi kerja .
Dalam kajian ini, segala data-data yang diperolehi dianalisa menggunakan sistem perisian
SPSS 20 for Window (Statiscal Package for Social Science). Data yang telah dikumpulkan
hasil daripada soal selidik ini telah direkodkan dan dianalisa secara peratus, skor min ,
ujian –T dan ujian Kolerasi Pearson.
iv) Peranan calon dalam Penyediaan
Calon adalah terlibat secara langsung sebagai penyelidik dan penyedia kertas kajian.
Kajian ini dijalankan bersama seorang lagi pensyarah iaitu Puan Norfadzliah Binti
Mohamad Yatim . Setiap seorang memainkan peranan penting dalam penghasilan kajian
ini. Calon berperanan dalam membuat analisis kebolehpercayaan instrumen dan analisis
data dengan menggunakan perisian SPSS. Seterusnya, dari segi kajian literatur,
metodologi dan perbincangan serta penghasilan kertas penyelidikan penuh adalah hasil
kerjasama semua ahli kumpulan. Kajian ini telah dibentangkan di National Innovation
And Invention Competition Through Exhibition (iCompEX’17) di Politeknik Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra Kedah pada 21-23 Mac 2017.

v) Impak/ Keberkesanan
Impak/ keberkesanan dari kertas penulisan kajian ini adalah seperti berikut:
a) Bidang pendidikan/ Penemuan Baru

 Hasil kajian ini dapat menyumbang dalam mengenalpasti faktor-faktor


mempengaruhi kepuasan kerja yang perlu diambil perhatian dan menjadi fokus pihak
pengurusan kolej mahupun jabatan supaya dapat memastikan pensyarah dapat
mengoptimumkan prestasi kerja mereka seterusnya melonjakkan pencapaian kolej
dan jabatan.

 Hasil kajian ini membawa kepada kesedaran kepada pensyarah dan organisasi
tentang kepentingan kepuasan kerja dalam meningkatkan prestasi kerja dan aspek-
aspek yang berkaitan dengan kepuasan dan prestasi kerja.

 Hasil kajian ini, telah dijadikan sumber rujukan untuk kajian lanjut dalam bidang
berkaitan.
b) Penerbitan Penulisan

 Kertas kajian ini telah diterbitkan di dalam e-Proceeding National Innovation And
Invention Competition Through Exhibition (iCompEX’17) (e-ISBN 978-967-0830-40-
7) dan Buku Prosiding iCompEX’17 Peringkat Kebangsaan National Innovation And
Invention Competition Through Exhibition 2017 (ISBN 978-967-0830-40-7) pada
2017 oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra Kedah.

c) Organisasi/Kolej Komuniti

 Hasil dapatan kajian ini boleh digunakan oleh kolej komuniti dalam merangka
tindakan yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap kepuasan kerja dalam
kalangan pensyarah.

 Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan panduan kepada pihak pengurusan kolej
dalam mengenalpasti aspek yang perlu diberi penekanan dalam merangka strategi
meningkatkan tahap kepuasan kerja pensyarah. Aspek yang perlu diambil perhatian
ialah faktor pekerjaan itu sendiri dan juga faktor kenaikan pangkat.

d) Potensi Masa akan datang

 Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada kajian – kajian akan datang,
khususnya kajian yang melibatkan kepuasan kerja dan kecemerlangan pensyarah
kolej komuniti

 Kajian ini boleh diperluaskan lagi kepada staf bukan akademik dalam usaha
meningkatkan prestasi kerja.
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………. …………………………….………..
(Nazelira Binti A Rahim) (Jamalluddin Bin Mohd Ali)
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH44 Pengarah
Kolej Komuniti Bukit Beruang Kolej Komuniti Bukit Beruang
Melaka Melaka

Anda mungkin juga menyukai