Anda di halaman 1dari 2

Untuk memacu Transformasi Pendidikan ke arah merealisasikan Aspirasi Murid (PIE3K) dan Aspirasi

Sistem Pendidikan (KEPAK), semua pihak perlu meneliti 11 Anjakan PPPM dan memenuhi tuntutan
yang berkaitan. Bagi PIBG dan ibu bapa, Anjakan Ke-9 menuntut supaya ibu bapa, PIBG, komuniti
dan pihak swasta bekerjasama secara meluas dalam pembelajaran anak melalui Sarana Ibu bapa dan
akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS). Secara khusus, PIBG dan ibu bapa perlu memenuhi tuntutan Anjakan ke-9 dengan melakukan
perkara-perkara seperti berikut: PIBG sebagai peneraju permuafakatan antara ibu bapa, sekolah,
komuniti dan sektor swasta dalam menggalakkan semua pihak meningkatkan penglibatan dalam
pembelajaran anak-anak kearah kecemerlangan. PIBG sebagai pemangkin dalam mengwujudkan
ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
PIBG menjadi pembimbing ibu bapa dalam penggunaan Sarana Ibu Bapa bagi menyokong
pembelajaran. PIBG mengendalikan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Biro Maklumat bagi
menggalakkan perkongsian pengalaman dan memberi khidmat kepada sekolah. PIBG menyediakan
maklumbalas tentang penggunaan Sarana Ibu Bapa dan Penglibatan Ibu bapa dalam pembelajaran
anak-anak. PIBG memberi input kepada perlaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai
2016. Dengan pelancaran PPPM, tugas PIBG kini bertambah berat dan lebih mencabar. Kalau dulu
tanggungjawab PIBG tertumpu kepada 4 tugas sepertimana tercatat dalam Para 4 Perlembagaan
PIBG, kini tugas PIBG sekurang-kurang 6 iaitu yang ke-5:Membimbing Ibu Bapa melaksana Sarana Ibu
Bapa dan yang ke-6: Memberi maklumbalas tentang perlaksanaan Kurikulum Setempat dan Kualiti
Guru menjelang 2016. Untuk melaksana tambahan tugas yang baru PIBG perlu bermuhasabah dan
memikirkan hala tuju dan pendekatan yang perlu dilakukan bagi menjayakan PPPM yang
menjangkau sehingga 2025. Posting akan datang akan menggariskan Aspirasi dan 7 Anjakan PIBG
bagi mempastikan seluruh PIBG mampu memenuhi tuntutan Anjakan Ke-9 dan PPPM.

SARANA IBU BAPA Membantu Ibu Bapa Meningkatkan Penglibatan Dalam Pembelajaran Anak-Anak
Assalammulaikaum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia, .... Menerusi Sarana Ibu Bapa dan
Sarana Sekolah, semua pihak yang terlibat akan mempunyai peluang dan berperanan dalam
membantu membangunkan modal insan agar selaras dengan hasrat Negara untuk mencapai
kecemerlangan sistem pembelajaran. YAB TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 24 Februari
2013 Itulah saranan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran kepada semua
yang terlibat termasuk ibu bapa supaya meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak-anak
kearah kecemerlangan semasa Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah pada 24 Februari
2013. Kita sebagai ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjaga dan mendidik
anak-anak supaya mereka sentiasa sihat (healthy), gembira (happy), dan berjaya (success). Bagi
mempastikan mereka berjaya dalam pelajaran, kita perlu menigkatkan penglibatan dalam
pembelajaran anak-anak melalui 3 perubahan: Berganjak cara pemikiran kita daripada bergantung
sepenuhnya Sistem Persekolahan untuk mendidik anak-anak kita semasa di sekolah kepada Sistem
Pembelajaran yang menumpukan pembelajaran anak-anak bukan sahaja di sekolah bahkan juga
semasa di rumah. 2. Ibu bapa perlu meluaskan masa belajar anak-anak semasa mereka di
rumah yang meliputi 12.5 jam selain masa tidur dan semasa di sekolah. Gunakan sepenuhnya
masa di rumah untuk membuat kerja rumah, tuition dan belajar disamping beriadah. 3. Bagi
memastikan persekitaran di rumah menyokong pembelajaran, ibu bapa
perlu menumpukan kepada 4 aspek: Penyediaan suasana pembelajaran di rumah Interaksi
sosial dengan anak Komunikasi dengan anak Sokongan terhadap kecemerlangan anak Sejauh mana
anda telah berupaya menyediakan persekitaran menyokong pembelajaran anak-anak anda
masakini? Anda boleh mengetahui kemampuan anda dengan menjawab soal selidik di muka surat 8
hingga 10 di dalam buku Sarana Ibu bapa dan membuat analisis di muka 11 hingga 15. Setelah
mengetahui tahap anda sama ada Cemerlang/ Sedang maju/ Asas, anda boleh menambahbaik
prestasi anda dengan meningkatkan penglibatan dalam aspek berkenaan seperti tingkatkan bilangan
hari berkomunikasi, berinteraksi dan beriadah bersama. Anda boleh dapatkan buku Sarana Ibu Bapa
dengan CLICK DI SINI: SARANA IBU BAPA. (Harap tunggu sebentar semasa downloading)
Anda digalakkan berkongsi pengalaman anda dalam menyokong pembelajaran anak-anak dengan
ibu bapa lain dengan menyertai Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dengan mencitak (print) dan
mengisi Borang A di muka surat 35 Buku Sarana Ibu Bapa. Anda juga digalakkan menyumbang
kepakaran anda dalam memajukan kegiatan murid disekolah dengan mengisi Borang B di muka surat
36. Borang A dan B yang telah diisi boleh dihantar ke sekolah untuk didaftarkan dalam Biro
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Rekod Penyumbang Kepakaran. Semoga kesungguhan anda dapat
meningkatkan

Anda mungkin juga menyukai