Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI KURSUS KEPEGAWAIAN OLAHRAGA

NAMA : KUGAN A/L MAHENDRAN


NO. K/P : 921103-05-5183
Bersyukurlah saya serta semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) semester 5 berjaya mengikuti kursus kepegawaian olahraga.
Program ini merupakan projek amali yang perlu dilaksanakan bagi pelajar PISMP
Semester 5 yang mengambil subjek WA3112 iaitu subjek Kokurikulum Olahraga.
Kursus yang diadakan selama 2 hari itu memberi banyak pengalaman baru kepada
saya terutama mengenai selok belok peraturan dalam sukan olahraga. Dalam
kursus ini saya telah memperoleh pelbagai input yang berguna dan belajar perkara
yang baru. Kursus ini melibatkan teori dan praktikal berkenaan kepegawaian
olahraga. Ia memberi pendedahan berkenaan tugas atau fungsi seorang peawai
olahraga, Undang-undang olahraga dan lain-lain lagi. Saya memperoleh ilmu yang
sangat penting untuk digunakan pada masa akan datang.
Pada hari pertama kursus, kami diberi pendedahan berkenaan Undang-
undang IAAF oleh Encik Ong Kek Heang. Penjelasan berkenaan Undang-undang
IAAF ini oleh beliau amat jelas dan mudah difahami. Kewujudan IAAF telah
menggerakkan program-program olahraga yang telah diubahsuai dan
diperkembangkan secara berterusan. Selepas itu semua negara boleh
menganggotai badan tertingi sukan olahraga dunia ini. Peranan IAAF ialah sebagai
penasihat dan pengiktiraf kepada semua perjumpaan sukan terbesar ini.
Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf
sebarang rekod atau kejayaan yang dicapai oleh atlit. Segala peraturan dan undang-
undang yang berkaitan dengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF.
Kami menggunakan buku yang dikeluarkan oleh IAAF sebagai panduan dalam
kursus tersebut.
Undang undang dalam sukan olahraga dapat dibahagikan kepada lapan
seksyen. Kesemua seksyen ini mempunyai kepentingan masing masing dan
menjurus kepada bidang dalam olahraga. Bagi seksyen pertama adalah undang
undang berkaitan pegawai pegawai. Pegawai pegawai yang diperlukan dalam
satu kejohanan olahraga adalah ramai seperti pengadil, hakim, pengurus kejohanan,
dan juga hakim. Kesemua pegawai ini perlu memainkan peranan masing masing
semasa kejohanan olahraga dijalankan. Seksyen kedua adalah melibatkan
peraturan peraturan am pertandingan. Seksyen ini lebih menjurus kepada syarat
syarat bagi melibatkan diri dalam acara olahraga. Seksyen tiga adalah berkenaan
dengan peraturan peraturan bagi acara balapan. Seksyen keempat adalah
berkenaan peraturan bagi acara padang. Seksyen kelima adalah peraturan bagi
acara acara bercampur. Seksyen keenam adalah berkaitan peraturan acara lumba
jalan kaki. Seksyen tujuh adalah berkenaan peraturan perlumbaan jalan raya
manakala seksyen kelapan adalah berkenaan acara merentas desa. Kesemua
seksyen seksyen ini membincangkan mengenai peraturan peraturan bagi setiap
acara secara terperinci.
Dalam pada itu, kursus ini juga memberi pengajaran kepada kami mengenai
kedudukan pengadil, hakim, penjaga masa dan pegawai pegawai lain semasa
acara olahraga berlangsung. Dari segi pemarkahan bagi setiap acara juga kami
pelajari seperti cara pemarkahan bagi lompat tinggi dan juga lompat jauh. Kami juga
pelajari mengenai pembatalan sesuatu acara semasa acara tersebut berlangsung.
Setiap pegawai yang bertanggungjawab semasa acara berlangsung perlu peka pada
setiap perlakuan atlet. Hal ini untuk memastikan peserta bagi setiap acara dapat
melakukan tanpa ada kesalahan.
Melalui pelaksanaan program ini dapat memberi persiapan kepada saya
sebagai seorang bakal guru untuk menjadi pengurus yang berkaliber di sekolah
kelak dengan memberi latihan kepada saya untuk mengelolakan suatu program iaitu
program kursus kepegawaian dan peperiksaan. Selain itu, program ini juga dapat
memberi gambaran dan pengalaman yang berharga serta berguna kepada saya
yang akan dapat digunakan untuk menghadapi cabaran profesion perguruan pada
masa hadapan.
Secara konklusi, kursus kepegawaian olahraga yang diadakan selama dua
hari ini memberi pelbagai pengalaman kepada saya. Kursus ini mengajar saya dari
segi tugas serta tanggungjawab pegawai olahraga, peraturan dalam acara padang
serta cara bagi pembinaan trek. Ilmu seperti ini adalah sukar untuk dicari melainkan
mempunyai inisiatif dalam diri sendiri. Segala ilmu yang dipelajari adalah penting
terutama sebagai seorang bakal guru. Ilmu ilmu yang dipelajari ini akan di aplikasi
semasa berada di sekolah kelak. Justeru di harapkan ilmu yang saya pelajari ini
akan kekal berada dalam diri serta dapat berkongsi dengan pihak yang memerlukan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai