Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGU KEEMPAT

Bilangan Jurnal : Ke 4 Minggu Pratikum : 4 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 04 / 08 / 2013 hingga 05 / 08 / 2013 Tajuk Jurnal : Masalah disiplin murid (membuat bising) 1. Masalah / peristiwa

Minggu ini saya telah menghadapi masalah sebilangan murid yang membuat bising dalam kelas. Hal ini terjadi selepas diminta memulakan aktiviti iaitu semasa mereka membuat kerja yang diberi terutama kerja kumpulan. Keadaan ini telah menyebabkan saya berasa risau dengan masalah mereka ini. Hal ini menimbulkan masalah bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Saya mula berfikir apakah yang seharusnya saya lakukan. Maka bermulalah pencarian saya dengan mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Masalah ini timbul kerana murid-murid sebenarnya sangat fokus pada pelajaran sehingga bersaing sesama sendiri dengan keadaan yang bising. Mereka juga ingin menyiapkan tugasan pada tempoh masa yang diberikan dan ingin membantu rakan yang lain. Jadi, berlakulah suasana bising disini. Selain itu, Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang saya gunakan mungkin tidak menarik minat mereka. Ini mendorong murid-murid membuat bising.

3. Cadangan tindakan susulan

a) Guru patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah agar mengurangkan masalah ini dengan lebih sempurna. b) Mengasingkan rakan disebelah murid yang membuat bising dan

menempatkan mereka dihadapan. c) Saya akan menjelaskan pada murid-murid bahawa disiplin akan

mempengaruhi markah setiap minggu. d) Saya akan menyuruh semua murid bangun dan duduk beberapa kali apabila mereka membuat bising.

e) Saya memberikan satu ganjaran dalam bentuk sticker penilaian kepada murid dan kumpulan yang tidak membuat bising.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu ini. Satu carta prestasi akan ditampal pada papan kenyataan kelas agar dapat memberi motivasi intrinsik kepada murid supaya lebih berdisiplin dan lebih fokus dalam pelajaran. Di dalam carta akan dilekatkan sticker penilaian disertakan gambar setiap kumpulan

Satu penghargaan akan diberi kepada murid kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Prestasi ini dinilai dengan bilangan sticker penilaian yang terbanyak sekali. Saya juga akan menjalankan aktiviti yang benar-benar menarik dengan mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai