Anda di halaman 1dari 5

POLA KESILAPAN MURID TAHUN TIGA WIRA MENYELESAIKAN MASALAH BERCERITA DALAM MATEMATIK Kajian ini bertajuk Pola

Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Masalah Bercerita Dalam Matematik yang telah dijalankan oleh Andy Peter dari Sekolah Kebangsaan Rakyat Tupong di Kuching. Saya mendapati tajuk kajian ini melalui jurnal kajian tindakan dari laman web http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_andy.pdf Limitasi kajian adalah murid Tahap I iaitu Tahun Tiga Wira sahaja seramai 35 orang sebagai sampel kajian dan tidak mengambil kira faktor emosi, latar belakang keluarga, persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah bercerita. Murid-murid diuji secara bertulis dengan menggunakan satu set soalan masalah bercerita yang mengandungi 12 soalan. Saya mendapati penyataan masalah yang ingin dicungkil dalam kajian ini adalah mengenai kelemahan murid-murid untuk memahami konsep dan kemahiran matematik yang perlu dikenalpasti dan mengambil alternatif pemulihan terbaik bagi mengatasi kelemahan tersebut. Seterusnya tindakan ini mampu memupuk minat murid-murid untuk mempelajari mata pelajaran matematik. Sekiranya tindakan perlaksanaan untuk mengatasi permasalahan ini

dipandang enteng, maka murid-murid gagal menggunakan kepintaran kognitif pada tahap maksimum dan kemahiran lain untuk menguasai mata pelajaran ini. Relevan kajian tindakan yang dijalankan oleh Andy Peter adalah mengenal pasti pola kesilapan dan faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid sukar untuk menyelesaikan masalah bercerita dalam subjek matematik. Kesilapan yang dimaksudkan adalah kesukaran menganalisis soalan tersebut yang merupakan soalan dalam bentuk empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Sepanjang pengamatan saya terhadap kajian ini, pengkaji cuba mengenalpasti penekanan terhadap tahap matriks penyelesaian masalah bercerita seperti berikut: i) ii) iii) Item masalah tidak langsung. Item masalah yang mempunyai maklumat pengganggu. Item masalah yang memerlukan dua langkah penyelesaian.

Pengkaji tertarik untuk menggunakan Prosedur Temu Duga Newman yang mana ia dapat mengintrepretasikan strategi berkesan untuk mengenal pasti pola kesilapan yang dilakukan oleh murid. Menurut Newman (1977, 1983) penggunaan hieraki sesuai digunakan apabila seseorang ingin menyelesaikan masalah bercerita. Maka Andy Peter cuba mengaplikasikan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang merupakan platform terbaik dalam Prosedur Temu Duga Newman. Sekiranya berlaku sebarang kegagalan pada mana-mana tahap hieraki pastinya akan mengganggu proses penyelesaian masalah. Berikut merupakan bentuk hieraki Prosedur Analisis Kesilapan Newman:

Rajah 1.1: Prosedur Analisis Kesilapan Newman Selepas penelitian saya terhadap pemilihan model analisis yang dipilih oleh pengkaji, temuduga akan dijalankan secara individu hanya selepas murid gagal menjawab soalan yang sama dalam ujian kedua berdasarkan model analisis yang telah diubahsuai. Terdapat dua kemungkinan jawapan yang akan diberikan oleh murid semasa temuduga dijalankan iaitu: a) Sekiranya jawapan kedua bagi soalan yang sama itu tepat, maka ia diklasifikasikan sebagai faktor kecuaian berlaku semasa ujian pertama.

b) Namun sekiranya jawapan salah, Prosedur Analisis Kesilapan Newman diaplikasikan seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) membaca semula soalan menerangkan kehendak soalan mengintrepretasikan masalah bercerita kepada ayat matematik membina operasi akhirnya menemui jawapan yang dituliskan di atas sehelai kertas

Andy Peter menggunakan instrumen pensel dan satu set kertas soalan yang mengandungi 12 soalan subjektif dalam ujian pertama dan ujian kedua serta temu duga secara individu berdasarkan model analisis yang telah diubahsuai. Ujian secara kumpulan dijalankan untuk menentukan tahap pemahaman murid. Masa yang diperuntukkan adalah 40 minit. Penyediaan set soalan mengikut item adalah seperti berikut: A) Soalan Ujian Masalah Bercerita Soalan ujian mengandungi 12 soalan subjektif Soalan telah diubahsuai mengikut aras pengetahuan murid Terdapat 3 soalan bagi setiap operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi Data dianalisis secara deskritif B) Temu Duga Individu Berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman Meninjau punca kesilapan murid adalah daripada: i) kecuaian, i) Pernyataan Langsung, Tidak ada Maklumat Pengganggu dan Memerlukan Satu Langkah Penyelesaian sahaja. Soalan : Ali ada 3 buah buku. Dia membeli 6 buah buku lagi. Berapa jumlah buku Ali ? ii) motivasi, iii) kebolehbacaan, iv) kefahaman, v) keupayaan untuk membuat transformasi ii) Pernyataan Tidak Langsung. Soalan : Abu ada 12 biji epal, selepas dia memberi 3 biji epal kepada adiknya. Berapa biji epal yang Abu ada pada mulanya ? (menukarkan masalah kepada ayat matematik), vi) kemahiran proses (komputasi) atau

iii) Mempunyai Maklumat Pengganggu. Soalan : Di kedai Pak Defi, satu bungkus kacang berharga 30 sen, satu batang pensel ialah 35 sen dan satu kotak mancis ialah 20 sen. Berapakah harga sebatang pensel dan sebungkus kacang ?

vii) membuat pengkodan (menulis jawapan yang betul).

iv) Masalah Memerlukan dua Langkah Penyelesaian. Soalan : Aji ada 27 ekor kambing. Ahmad ada lebih 11 ekor kambing daripada Aji. Berapa jumlah kambing yang budakbudak itu ada ?

Rajah 1.2 : Instrumen Kajian

Ringkasan analisis data yang dicapai dalam kajian adalah seperti di bawah: 1. Ujian pertama adalah melalui ujian diagnostik iaitu berdasarkan betul atau salah. 2. Ujian kedua dianalisis dari sesi temuduga yang dijalankan bagi mengenal pasti punca kegagalan murid semasa menjawab soalan. Pada akhir kajian, pengkaji mengenal pasti punca kelemahan murid adalah seperti berikut: 1. Kegagalan Membuat Transformasi Punca utama kesilapan murid-murid. Murid gagal mengintrepretasikan soalan bercerita kepada ayat matematik. Murid keliru dalam operasi tambah untuk menyelesaikan masalah operasi darab dan menggunakan operasi tolak untuk menyelesaikan masalah bahagi.

2. Kecuaian Ketika Menjawab Soalan Faktor kedua terbanyak. Soalan bercerita mengandungi item maklumat pengganggu. Murid lebih peka menjawab soalan secara individu berbanding menjawab soalan dalam kumpulan.

3. Tidak Memahami Soalan Murid-murid lemah dalam memahami konsep-konsep asas yang terdapat dalam soalan seperti konsep lebih daripada, kurang daripada dan juga lebih 2 kali. Murid juga tidak dapat memikirkan angka yang terdapat dalam soalan seterusnya mengabaikan frasa kata yang terdapat pada sebelum sesuatu angka. Murid hanya membaca dengan baik tetapi tidak dapat memahami apa kehendak soalan. 4. Kurang Motivasi Murid-murid lebih fokus ketika menjawab semula soalan dalam sesi temuduga. Murid-murid perlu diberi sokongan untuk peningkatan tahap pemikirannya.

5. Melakukan Kesilapan Komputasi Hanya 10 daripada 35 (28.57%) kesilapan yang ditunjukkan oleh sampel kajian berpunca daripada kesilapan ketika melakukan komputasi. Kesilapan ini terbukti apabila murid melakukan kesilapan dalam pendaraban nombor 1 digit dengan 3 digit dan pembahagian 3 digit dengan 1 digit tetapi adalah jelas kesilapan komputasi mempunyai pengaruh yang penting dalam menentukan pencapaian masalah bercerita murid. Kesilapan komputasi hanya berlaku dalam operasi bahagi dan operasi darab sahaja Konklusi keseluruhan bagi kajian ini menunjukkan pengkaji berpuas hati dengan pencapaian yang telah dicapai oleh murid dan penglibatan sangat memberangsangkan kerana keseluruhan murid menyertai aktiviti ini dari pelbagai tahap pencapaian. Selain itu, pengkaji masih tidak berpuas hati kerana masih terdapat sgelintir murid yang keliru dalam operasi darab dan bahagi. Kekurangan masa juga merupakan kelemahan kajian ini yang mana fokus untuk membimbing secara terperinci bagi murid yang lemah agak terhad.

Anda mungkin juga menyukai