Anda di halaman 1dari 3

Bahagian B

Soalan 1

Pada 16 Mei lepas, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Sambutan
ini bertujuan menghargai jasa para pendidik yang telah mendidik anak murid dengan baik.
Seawal pukul 7.00 pagi, saya sudah tiba di sekolah untuk menyambut hari yang istimewa ini.

Di sekolah, saya dan murid-murid lain berkumpul di dalam dewan. Kami berasa
kagum melihat hiasan pentas yang cantik dan berwarna warni. Tidak lama kemudian,
terdengar bunyi paluan kompang menandakan para guru berjalan masuk ke dalam dewan.

Setelah itu, juruacara majlis memulakan acara dengan bacaan doa dan nuanyian lagu
Negaraku. Ini disusuli dengan ucapan daripada ketua murid dan Pengerusi Persatuan Ibubapa
dan Guru (PIBG). Kemudian, guru besar membacakan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
bersempena dengan Hari Guru.

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu persembahan pentas. Beberapa orang
murid mewakili kelas masing-masing telah membuat persembahan tarian, nyanyian, lakonan
dan mendeklamasikan sajak. Guru-guru turut tidak terkecuali untuk mempamerkan bakat.
Mereka mempersembahkan nyanyian yang memukau.

Setelah persembahan pentas tamat, kami bergerak menuju ke padang sekolah untuk
acara sukaneka pula. Acara ini disertai oleh guru-guru dan murid-murid. Pelbagai acara
sukaneka diadakan seperti lari dalam guni, bawa bola ping pong dalam sudu, lari ikat kaki
berpasangan dann tarik tali. Kami berasa seronok menyertai acara ini.

Sebaik sahaja acara sukaneka tamat, kami pergi ke kantin sekolah untuk menikmati
jamuan yang disediakan. Berbagai-bagai jenis makanan dihidangkan pada hari itu. Kami
makan dengan berselera sekali.

Soalan 2

Kita hendaklah mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan sehari-harian.


Nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa, jujur, berjimat cermat dan bertanggungjawab sangat
penting untuk diamalkan.Hal ini demikian kerana amalan tersebut banyak mempunyai
kepentingannya kepada kita.
Kita dapat melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa jika amalan ini sentiasa
disuburkan dalam aktiviti masyarakat. Ini disebabkan oleh masyarakat yang dipupuk dengan
amalan ini akan berkelakuan sopan dan menghormati orang tua. Tiada lagi herdikan atau
bahasa kasar yang kedengaran sebaliknya masyarakat akan bertutur dengan lembut dan
sopan.

Selain itu, kita dapat membentuk masyarakat yang lebih berdisiplin dan patuh pada
peraturan. Mereka yang terdidik dengan nilai-nilai murni akan menjadi individu yang lebih
bersikap positif dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Sikap inilah yang akan membentuk
golongan pemimpin pada masa akan datang.

Seterusnya, jika masyarakat kita mengamalkan nilai-nilai murni, para pelancong asing
akan merasa kagum dan selamat apabila melawat ke negara kita. Mereka pasti akan memuji-
muji budi bahasa rakyat kita dan menghebahkannya kepada rakan-rakan mereka di negara
asal. Ini sekali gus dapat membantu menaikkan nama Malaysia dan menggalakkan
kemasukan pelancong asing ke negara kita.

Di samping itu, kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan aman.
Apatah lagi, kita tinggal di Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan
etnik. Oleh sebab itu, nilai-nilai murni ini sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan
sehari-harian.

Justeru, anak-anak kecil harus diajar dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi, seperti
kata pribahasa, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Soalan 3

TAWAU, 14 Julai 2013 – Seramai 40 orang ahli Persatuan Pengakap Sekolah


Kebangsaan Kukusan telah menyertai perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Gemuk yang
diadakan selama dua hari satu malam dengan diiringi oleh empat orang guru pengiring.

Tujuan perkhemahan itu diadakan adalah untuk membina ketahanan mental dan
fizikal para peserta. Selain itu, perkhemahan tersebut bertujuan memupuk semangat
kerjasama dan berpasukan dalam diri peserta. Malahan, peserta dididik supaya mencintai
alam sekitar.
Seawal pukul 10.00 pagi, para peserta tiba di tapak perkhemahan. Guru penasihat
memberikan taklimat ringkas kepada peserta. Kemudian, para peserta telah dibahagikan
kepada lima buah kumpulan.

Mereka melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti merentas hutan, mencipta
logo kumpulan, ikhtiar hidup, kawad kaki, dan berjalan malam. Mereka saling berkerjasama
melakukan setiap aktiviti tersebut. Tambahan pula, mereka seronok melakukan aktiviti itu
beersama-sama.

Ketika malam kebudayaan, para peserta berpeluang menunjukkan bakat masing-


masing. Mereka membuat persembahan secara berkumpulan. Ada yang menyanyi, berlakon,
bersyair, bermain alat muzik dan sebagainya. Mereka terhibur menyaksikan persembahan
setiap kumpulan.

Pada hari terakhir, guru penasihat menyampaikan ucapan penutup. Beliau berasa
bangga kerana perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Beliau berharap aktiviti
seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Sebelum pulang, para peserta
membersihkan tapak perkhemahan itu bersama-sama.

Bahagian c

Antara pengajaran yang terdapat dalam petikan , kita mestilah


mengamalkan budaya berjimat cermat sejak kecil lagi. Contohnya ‘aku’
menabung duit lebihan wang saku setiap hari. Selain itu, sebagai kakak
kita haruslah bertanggungjawab terhadap keselamatan adik-adik kita.
Contohnya kakak menemani ‘aku’ menukar wang dan mencari hadiah di
kompleks membeli belah. Seterusnya, kita hendaklah menunjukkan rasa
kasih sayang terhadap ibu bapa kita seperti mengingati hari lahirnya
dengan memberikan hadiah. Di samping itu, kita hendaklah mengamalkan
sikap berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain seperti ‘aku’
menyiapkan sandwic telur sendiri. Akhir sekali, kita wajarlah menghargai
pemberian seseorang dengan mengucapkan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai