Anda di halaman 1dari 10

Contoh : 1

KARANGAN : UCAPAN
TAJUK : HARI KANAK-KANAK


Terima kasih saya ucapkan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-
guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya berasa gembira kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata pada pagi yang
mulia ini.

Hari ini, 17 Oktober, memberi makna kepada kita. Hari ini masyarakat di seluruh dunia
meraikan sambutan Hari Kanak-kanak. Tujuan diadakan majlis seperti ini adalah untuk
memastikan pendidikan, perhatian, dan kasih sayang diberikan secukupnya kepada kanakkanak.

Hadirin yang dimuliakan,
Kita beruntung tinggal di Malaysia. Sama ada kita kaya atau miskin, kita tetap diberi
layanan yang saksama oleh pemerintah. Hal ini demikian kerana kita ialah generasi pelapis
kepimpinan negara pada masa hadapan.Kita patut berasa bangga kerana guru-guru sekolah ini
bertanggungjawab mendidik kita.Kita dianggap seperti anak-anak mereka yang inginkan perhatian
dan kasih sayang. Oleh itu,kita wajar berterima kasih dan bersyukur menjadi warga sekolah ini.

Hadirin yang dihormati,
Janganlah kita lupakan insan lain sewaktu kita mengecapi kegembiraan. Terdapat ramai
kanak-kanak yang tidak bernasib baik, terbiar dan tidak mendapat kasih sayang. Jika kita
berkemampuan, hulurkan tangan membantu kerana hidup ini ibarat aur dengan tebing.Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua kanak-kanak agar menguatkan jati diri untuk
menghadapi pelbagai cabaran sebelum melangkah ke alam remaja.Semoga kita menjadi pewaris
negara yang berbakti kepada negara. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Tinggi sungguh pohon sena,
Dapat dipanjat Si Tubuh Sasa,
Hari Kanak-kanak amat bermakna,
Tanda penghargaan untuk kita.









Contoh : 2


No.566, Lorong 2/3,
Medan Klebang Restu,
31200 Chemor,Perak.

2 Jun 2010

Menemui sahabatku yang diingati selalu. Kamal yang kini berada di Kota Damansara,
Selangor, semoga sihat sejahtera.

Saudara,
Surat saudara telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara sudi berkongsi
pengalaman saudara bercuti di Pulau Perhentian kepada saya.Walaupun saya tidak pernah ke sana,
namun sedikit sebanyak dapat saya gambarkankeadaan di sana menerusi foto-foto yang saudara
sertakan.

Saudara,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengundang saudara dan keluarga ke majlis
perkahwinan dua orang abang saya yang akan berlangsung pada 13 jun 2010.Seandainya keluarga
saudara tidak dapat menghadiri majlis tersebut, saya berharapsaudara dapat menghadirkan diri. Saya
akan menjemput saudara di Stesyen Bas Medan Gopeng, Ipoh.

Saya amat mengharapkan kehadiran saudara kerana majlis ini amat istimewa. Hal ini
kerana, majlis ini akan diadakan secara besar-besaran. Kedua-dua pasangan pengantin akan diarak
menaiki motosikal berkuasa tinggi dan akan disandingkan secara serentak.Saya akan menunggu
jawapan daripada saudara. Saya berharap agar jawapan saudara tidak mengecewakan saya. Akhir
kata, sambutlah salam manis daripada saya untuk saudara

Sahabatmu
Rashid








Contoh : 3

Faedah Bersukan

Bersukan merupakan salah satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang
sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, kita akan lemah dan mudah
dihinggapi penyakit.

Bersukan ada beraneka jenis. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang, bola sepak,
berjoging, berjalan kaki dan sebagainya. Anggota tubuh badan kita akan menjadi cergas dan kuat
dengan bersukan.

Pada zaman siber yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia.
Kemudahan ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Sikap ini akan memudaratkan diri kita.
Badan kita akan menjadi lemah dan mudah terkena penyakit.

Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti sabar,
bekerjasama, bertolak ansur dan semangat toleransi. Malah, dengan bersukan dapat mewujudkan
keharmonian dan perpaduan anatara kaum di negara kita.Bersukan dapat membentuk sikap mulia
seseorang insan.

Bersukan juga dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala yang tidak diingini
seperti mencuri, melepak dan menagih dadah. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan
diri kita terutamanya golongan remaja.

Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita. Dengan
bersukan, kita akan memperoleh kehidupan yang sihat dan sejahtera. Badan yang sihat akan
melahirkan otak yang cerdas.











Contoh : 4
LAPORAN PERTANDINGAN ACARA SUKAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN

Pada 23 Mei 2010, iaitu hari sabtu, pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya,
Ulu Kinta telah mengadakan satu perlawanan bola sepak persahabatan dengan Sekolah Kebangsaan
Perpaduan. Perlawanan telahdiadakan di padang utama sekolah kebangssan Pakatan Jaya.

Setelah selesai mendengar taklimat ringkas dari pihak tuan rumah,perlawanan dimulakan
pada jam 8.30 pagi. Perlawanan telah berlangsung selama 90 minit dan berakhir tepat jam 9.45 pagi
dengan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan kiraan 1-0.

Hadiah telah disampaikan oleh guru besar Sekolah Pakatan Jaya. Beliau mengucapkan
ribuan terima kasih diatas kesudian pasukan pelawat untuk menjayakan pertandingan persahabatan
ini.

Bagi pihak tuan rumah, persatuan berasa agak sedih dengan kekalahan ini. Majlis tamat pada
jam 10.30 pagi.


Disediakan oleh, 2 Jun 2010



(JOHARI B. AHMAD )
Setiausaha Persatuan Bola Sepak
Sekolah Pakatan Jaya, Ulu Kinta
Perak.












Contoh : 5
LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Pada cuti persekolahan yang lalu aku dan keluargaku telah bercuti ke Kuala Lumpur. Tujuan
kami ke sana untuk bercuti sambil makan angin. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dan tiba di
Kuala Lumpur pada jam 1.00 petang.

Sesampainya kami di sana, abahku membawa kami ke Muzium Negara. Dari luar bangunan
muzium itu aku melihat sebuah kolam air pancut yang cantik. Ramai pelancong berada di situ.
Kemudian kami pun masuk ke dalam muzium. Aku melihat pelbagai barangan purba dipamerkan.
Antaranya senjata, pakaian tradisional, keris, barangan tembaga, gambar-gambar bersejarah dan
banyak lagi.

Keesokan harinya, kami melawat ke Sunway Lagoon. Sunway Lagoon ialah kawasan
istirehat yang mempunyai beraneka permainan air yang menarik dan menjadi tumpuan ribuan
manusia. Setelah puas bermandi-manda aku dan keluargaku makan di sebuah restoran yang terkenal
di situ.

Kami meneruskan lawatan ke Petrosains. Semasa berada di ruang pameran Petrosains, kami
diberi taklimat oleh petugas-petugas di situ. Satu dokumentari tentang ciptaan sains telah
tayangkan. Terdapat juga pelbagai jenis pameran seperti hidupan pada zaman dahulu iaitu dinasour.
Aku terpegun dengan ciptaan dinasour yang begitu unik.

Sebelum pulang ke hotel, kami sekeluarga sempat singgah di Pasar Seni dan membeli-belah
di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku mengambil kesempatan untuk membeli buah tangan buat
rakan-rakanku.

Pengalaman melawat ke Kuala Lumpur tidak dapat aku lupakan. Aku berasa sangat
gembira. Lawatan ini berjaya membuka mindaku supaya lebih cenderung dengan kamajuan
teknologi terkini dan meningkatkan pengetahuanku tentang kehidupan manusia pada zaman silam.










Contoh : 6
Perayaan Di Malaysia

Di Malaysia, terdapat pelbagai perayaan yang di sambut pada setiap tahun. Rakyat
Malaysia yang berbilang kaum memeriahkan lagi sambutan perayaan tersebut. Salah satu perayaan
yang disambut di Malaysia ialah Hari Raya Puasa. Perayaan ini disambut oleh umat Islam dalam
bulan Syawal.

Hari Raya Puasa merupakan hari yang paling bermakna bagi umat Islam. Pada hari ini,
semua umat Islam berasa gembira setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Selain itu, Hari
raya Puasa juga boleh mengeratkan hubungan antara umat Islam.

Seawal pagi hari raya, semua anggota keluarga akan berkumpul bersama-sama keluarga.
Mereka akan mandi sunat Hari Raya Puasa dan selepas itu bersarapan bersama-sama. Selepas
bersarapan, unat Islam akan pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Puasa.
Umat Islam akan bersembahyang berjemaah beramai-ramai.

Sesudah sembahyang,umat Islam akan menziarahi kubur. Mereka akan membersihkan
kawasan dan membacakan doa. Doa untuk kesejahteraan kaum keluarga yang telah meninggal
dunia.

Selesai bersembahayang dan menziarahi kubur, umat Islam akan melawat kaum kelurga
dan sahabat handal. Sambil berkunjung, mereka akan saling bermaafan dan menikmati juadah
yang telah disediakan. Ini akan merapatkan hubungan sesama umat.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dengan perayaan-perayaan yang kita miliki.
Inilah semangat . Satu Malaysia.. Bagi umat Islam, kegembiraan menyambut Hari Raya Puasa harus
dikongsi bersama kaum-kaum lain. Sesungguhnya, setiap perayaan amatlah dinantinantikan.











Contoh : 7
Rabu, 2 Jun 2010

Pada minggu lepas, genaplah usia saya sepuluh tahun. Saya telah mengadakan majlis sambutan Hari
Jadi di rumah. Saya menjemput rakan-rakan sekelas, jiran jiran dan saudara mara terdekat ke majlis
saya.

2.00 petang

Selepas pulang dari sekolah, saya segera membantu ibu untuk persiapan majlis.Saya mengemas
rumah dan menyediakan juadah di dapur. Saya membantu ibu dengan menyapu sampah,
menggantungkan belon dan menghidangkan makanan di ruang tamu.

3.00 petang

Para tetamu tiba di rumah. Saya menyambut kedatangan mereka dengan senyuman dan
mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memenuhi jemputan saya.Saya bersalam dan
menjemput mereka masuk ke rumah. Rakan-rakan saya turut memberi hadiah Hari Jadi kepada
saya.

3.30 petang

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti acara memotong kek Hari Jadi. Saya mengagihkan
kek Hari Jadi kepada para tetamu. Para tetamu menikmati juadah yang terhidang di atas meja.
Antara juadah yang dihidangkan seperti mihun goreng, ayam goreng, kuih-muih, dan buah-buahan.
Masing-masing begitu berselera menikmati juadah.

4.30 petang

Sambutan Hari Jadi diserikan dengan permainan kotak beracun dan meniup belon sehingga pecah .
Pelbagai aksi lucu apabila melihat telatah tetamu ketika aktiviti ini dijalankan. Acara cabutan
nombor bertuah turut diadakan. Hadiah diberikan kepada tetamu yang berjaya.

5.00 petang

Tetamu beransur-ansur pulang ke rumah. Saya bersalam dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada para tetamu. Saya bersyukur kerana majlis sambutan Hari Jadi saya berjalan dengan lancar
seperti yang dirancang. Saya juga berasa sangat gembira kerana dapat meraikan majlis ini bersama-
sama mereka. Saya berharap majlis sambutan Hari Jadi saya dapat dijalankan lagi pada tahun
hadapan.





Contoh : 8
Sukan Tahunan SK La Salle, Ipoh

IPOH,PERAK, 7 Februari - Sekolah Kebangsaan La Salle,Taman Ipoh, telah berjaya
menganjurkan Sukan Tahunan Kali ke- 46. Majlis dihadiri lebih 200 orang ibubapa dan bekas
murid. Majlis gilang-gemilang itu telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian
Pelajaran,Datuk Dr.Zulkurnain Awang.

Dalam ucapan perasmiannya,Datuk Dr.Zulkurnain melahirkan rasa bangga atas
pencapaian sekolah dalam akademik dan kokurikulum. Dalam bidang akademik,sekolah ini sering
cemerlang dalam peperiksaan UPSR.Dalam kokurikulum pula,sering meraih gelaran juara di
peringkat negeri.

"Murid-murid sekolah ini tidak pernah sering bagai ulat nangka terhempas ke batu.Apa yang
saya tahu,jika gagal dalam sesuatu kejohanan,akan berusaha memenanginya pada kejohanan yang
lain.Bagai gelombang dua belas,murid-murid sekolah ini tidak takut untuk terus berjuang,"kata
Datuk Dr.Zulkurnain Awang.

Selepas upacara perasmian itu,hadirin dihidangkan dengan persembahan perbarisan dari
kesemua kontigen yang terlibat. Persembahan ini melibatkan perbarisan rumah sukan dan upacara
pembacaan ikrar. Acara ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.Tetamu kagum
melihat keselarasan setiap kontigen perbarisan yang mengambil bahagian.

Seterusnya, acara diteruskan dengan sukaneka untuk murid-murid tahap 1. Acara ini
juga dapat perhatian dari tetamu yang hadir, kerana melihat semangat yang tinggi dari murid-murid
tahap 1 yang mengambil bahagian.

Setelah itu, acara diteruskan lagi dengan acara olahraga balapan, iaitu 100meter ,200meter
dan 4x100meter berganti-ganti. En Rahman dari Sk Tasek telah menjadi pelepas bagi setiap
pertandingan.Suasana amat meriah dengan sorakan murid terhadap rumah sukan masing-masing.

Acara diakhiri dengan pertandingan akhir tarik-tali dan acara ibubapa serta guru. Majlis
yang bermula jam 8:30 pagi itu berakhir jam 2:00 petang.Tetamu melahirkan rasa bangga terhadap
Sukan Tahunan Kali ke-46 yang diadakan dengan meriah sekali. Bagi setiap murid melahirkan rasa
bangga terhadap sekolah mereka.








Contoh : 9
Temu ramah seorang tokoh murid

Ahmad : Assalamualaikum, apa khabar?

Salina : Waalaikumusalam, khabar baik.

Ahmad : Saya Ahmad dari buletin sekolah ingin menemuramah saudari kerana saudari dinobatkan
sebagai tokoh murid sekolah ini.

Salina : Boleh apa salahnya.

Ahmad : Pertama sekali, saya dengan besar hatinya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari
kerana telah berjaya menjadi tokoh murid 2009.

Salina : Terima kasih.
Ahmad : Bolehkah saudari menceritakan serba sedikit tentang latar belakang saudari?

Salina : Baiklah. Nama penuh saya Salina bt Halim berasal dari Ipoh, Perak. Saya
merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Sebagai anak sulung banyak juga
tanggungjawab yang terpaksa saya pikul bagi membantu ibu bapa saya. Ayah saya
hanyalah bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat mengedar barangan runcit.
Manakala ibu saya hanyalah seorang suri rumah tangga sahaja.

Ahmad : Apakah perasaan saudari apabila bergelar tokoh pelajar?

Salina : Semestinya saya berasa bangga dan gembira. Saya amat bersyukur kerana usaha saya
selama ini membuahkan hasil. Saya juga dapat berkongsi kegembiraan ini bersama
keluarga saya. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada guru, keluarga dan rakan-rakan kerana tidak jemu memberi semangat kepada
saya untuk terus berusaha sehingga berjaya mencapai kecemerlangan ini.

Ahmad : Apakah rahsia kecemerlangan saudari sehingga berjaya menjadi tokoh murid ini?

Salina : Sebenarnya sesiapa pun boleh menjadi tokoh murid. Semuanya bergantung kepada dua
prinsip sahaja iaitu disiplin dan usaha yang gigih. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa
mengerjakan suruhan Allah dan sentiasa berdoa kepadaNya.

Ahmad : Mengikut pandangan saudari, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang murid itu
agar boleh terus berjaya?

Salina : Sesetengah pelajar tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mencapai sesuatu yang
mereka idamkan. Sebenarnya, sikap yang sentiasa telus dan kesedaran tentang kepentingan
pelajaran perlu ditanamkan dalam diri kita Untuk pengetahuan saudara, saya sentiasa
berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Saya juga
mementingkan sahsiah diri dan ketatasusilaan yang tinggi. Hal ini sekaligus dapat
mengeratkan lagi hubungan saya dengan guru dan sesama rakan-rakan di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai