Anda di halaman 1dari 15

KEBAIKAN MEMBACA

Membaca merupakan jambatan ilmu.Dengan


membaca kita akan dapat banyak manfaatnya.Antara
kebaikan membaca adalah ia dapat menambahkan ilmu
pengetahuan.Kita dapat mengetahui perkara-perkara
baru yang tidak diketahui sebelum ini.Justeru,
pengetahuan kita akan bertambah luas dan kita akan
menjadi lebih bijak.
Selain itu,kita dapat mengetahui tentang isu-isu
atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam
negara.Contohnya isu bencana dan peperangan ,krisis air
dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh
dunia.Jadi,kita tidak lagi ketinggalan zaman atau
dianggap seperti katak dibaeah tempurung.
Seterusnya,membaca dapat mematangkan fikiran
kita juga dengan membaca.Kita dapat mengetahui
tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.Oleh
itu,kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam
membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.Oleh
itu,masa adalah emas dan perlu digunakan dengan
bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat
bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca
buku.Jadikanlah amalan membaca buku sebagai amalan
harian.
1. SURAT KIRIMAN RASMI :

Kampung Burung Baru,


23000  Dungun,
Terengganu.
_________________________________________

Guru kelas,
Tahun 6 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Padang Pulut,
23000, Dungun,
Terengganu.                             20 MAC  2021   
          
Cikgu,

Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6
Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana diserang
demam panas.  

2.     Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Pusat Kesihatan Daerah Bukit Besi.
Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari.

3.     Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan
tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah
seperti biasa.   

Sekian ,terima kasih.         

Yang benar,

( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR ) 


2. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI :

No. 8, Taman Setia Budi,


67500 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.

5 April 2021.

          Menemui sahabatku yang diingati selalu, Alia yang kini berada di Kota Bharu,
Kelantan . Semoga sihat sejahtera.

Saudari,

         Surat saudari telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudari
masih mengingati saya. Dalam surat saudari yang lepas, saudari bertanyakan persediaan
saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal
kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah Melayu,  sediakan payung
sebelum hujan.

         Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di
rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk
mengulang kaji setiap mata pelajaran.  Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih
teratur dan sistematik.

         Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu
petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan
yang bersekolah di Kuala Lumpur.

          Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan
kem motivasi untuk calon-calon UPSR.  Kami banyak mendapat pendedahan tenteang cara-
cara belajar yang betul.

          Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara
sekeluarga.

Sahabatmu,

Anis

( ANIS SOLEHAH BINTI AZHAR)


3. UCAPAN :

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-
guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru  di sekolah ini.

Hadirin  sekalian,

     Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan
hari  yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai
jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
 Rakan-rakan  sekalian,
     Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat
mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar
dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat
mengenal huruf ,membaca dan mengira. 

     Guru juga adalah  ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati
guru.Segala nasihat  guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan
segala nasihat mereka. 

Rakan sekalian,

    Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin
belajar.Mereka sedia  mendengar  segala masalah yang kita tidak fahami dalam
pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di
sekolah.

     Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri
untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami
ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . 

 Sekian , terima kasih.


4. KARANGAN BIOGRAFI :

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada
pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di
rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang
Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan
alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun.
Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini
dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior
Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah
ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King
Edward VII  College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang
pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan
sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

       Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari
University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan
perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau
Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital
Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan
khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

       Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini
Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII
Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing.
Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-
duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah
dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan,
Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

     Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun
Hussien Onn  atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling
lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31
Oktober 2003.

      Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa
Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal,
mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas
dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-
negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara
Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh
Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
KARANGAN LAPORAN :

        Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan Sukan
Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

         Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang melibatkan rumah
sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula
dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.

         Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi murid-murid
tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya,
acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter.

         Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat, pertunjukan tae
kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah
membuat persembahan senamrobik.

         Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah menyampaikan hadiah
kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur Amni sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah
pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.

          Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum bersurai, murid-
murid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,                                                                                                                 30 MAC 2009 


(NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)
Wartawan,
Majalah sekolah,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.
KARANGAN BERITA :

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan
turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga
kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang
tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.

        Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan
barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain
air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakkan rumah penduduk kampung.

         Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung
tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di
Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

         Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan
mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa
dilaporkan.

          Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan
menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu,
penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.
KARANGAN PERIBAHASA :

        Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara satu sama lain. Contohnya
serumpun aur di tebing. Tebing menumpangkan aur hidup dan aur pula mencengkam tanah tebing supaya tidak
terhakis.

     Setiap orang memerlukan pertolongan orang lain dalam hidupnya. Oleh itu, manusia harus hidup bekerjasama
dan saling bantu-membantu bagai aur dengan tebing. Hidup begini dikatakan sepakat dan menjadikan kerja senang
dan cepat.

     Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar dalam segala
lapangan kehidupan. Mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka secara bergotong-royong.

     Orang kampung membina masjid secara bergotong-royong. Jika suatu keluarga membuat persediaan untuk majlis
perkhawinan, lazimnya orang kampung akan turut memberi bantuan.

     Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing, dan hati
gajah sama dilapah hati kuman sama digigit.

     Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama terutama oleh generasi muda kerana semangat
bekerjasama sekarang semakin pupus.
KARANGAN DIALOG :

Aqilah  : Hello, boleh saya bercakap dengan  Farhan?

Farhan : Ini  Farhan bercakap. Siapa disana?

Aqilah  : Saya  Aqilah. Assalamualaikum  Farhan!

Farhan : Walalaikummussalam! Oh, awak Aqilah! Mengapa awak tidak hadir ke kelas tambahan
             semalam?

Aqilah  : Saya mengikuti ibu saya menghantar abang saya ke MRSM di Kuala Lipis. Jadi, saya tidak
             dapat menghadiri kelas tambahan semalam.

Farhan : Oh, begitu rupanya!

Aqilah  : Siapakah yang mengajar semasa kelas tambahan semalam?

Farhan : Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul yang mengajar kami semasa kelas tambahan semalam.

Aqilah  : Apakah ada kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul?

Farhan : Ya, ada! Kerja yang dibekalkan oleh Cikgu Hamidi ialah membuat karangan yang bertajuk 
             "Keluarga Saya", manakala Cikgu Azizul pula meminta semua pelajar membuat latihan
             dalam buku kerja di halaman 52 .

Aqilah  : Terima kasih kerana memberitahu saya tentang kerja rumah yang perlu dilakukan.
             Baiklah, bolehkah pada pukul 5.00 petang ini saya datang ke rumah awak untuk membuat ulangkaji
             pelajaran bagi menghadapi ujian pengesanan pada minggu hadapan.

Farhan : Sama-sama. Silalah datang! Saya akan menunggu awak pada pukul 5.00 petang nanti.
KARANGAN AUTOBIOGRAFI :

        Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan
diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00.

        Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada
majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku
miliki.

        Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil
seterika lalu menggosokku.

        Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup
suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis
kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

         Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana
aku sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
KARANGAN SYARAHAN :

       Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya
rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi
Pencemaran Alam Sekitar".

Hadirin sekalian,

          Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan undang-undang
dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan
berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi.

          Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh disiarkan melalui media
massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang
kepentingan menjaga alam sekitar.

Hadirin sekalian,

          Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga alam sekitar.
Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap
penjagaan alam sekitar.

          Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak
yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang
sewajarnya dapat diambil.

Hadirin sekalian,

         Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau
dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.

Sekian, terima kasih.

KARANGAN RENCANA :

         Perpustakaan mempunyai banyak kebaikan. Di perputakaan ada banyak bahan bacaan seperti  buku rujukan,
majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Banyak faedah yang akan kita peroleh apabila kita menggunakan
perpustakaan.

          Di perpustakaan, para pelajar dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila para pelajar membaca di situ,
mereka akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan di luar negara sama ada yang berkaitan dengan
bidang ekonami , politik, sosial dan berbagai-bagai lagi. Ini akan meluaskan pengetahuan mereka.

           Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi
perpustakaan. Ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia. Oleh itu, ini akan menghindarkan
kita daripada terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi.

                Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai
peraturan. Antara peraturanya ialah tidak boleh membuat bising, memulangkan buku tepat  pada masanya dan
menjaga kebersihan perpustakaan.

                Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kita membaca buku-
buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita menulis karangan dengan
lebih baik.
                Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi
ke perpustakaan.

KARANGAN CERITA :
-BERANI

         Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara menuju ke tandas. Sewaktu
perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding sekolah.

           Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus melakukan perbuatan itu. Rupa-rupanya
mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan. Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya
segera menghentikan perbuatan tersebut. Ini menyebabkan mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cuba
menumbukku. Mujurlah aku sempat mengelak. Kemudian, mereka memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-
apakan, aku mestilah merahsiakan kegiatan mereka.

       Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku segera mencari guru disiplin iaitu
Cikgu Nadirah. Amaran mereka tidak aku endahkan kerana aku tidak mahu kegiatan sebegitu terus berlarutan.
Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan amat takut.

        Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan jahat itu lagi jika tidak mahu
dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki memadamkan semula contengan di dinding sekolah.
Nasihat Cikgu Nadirah telah menyebabkan mereka insaf.

        Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang untuk meminta maaf kepadaku. Semenjak hari itu
mereka menjadi kawan karibku.

KARANGAN  CATATAN :
- CATATAN BEBERAPA HARI

20 Februari 2008 Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan
kamidisambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari jeti itu kamidibawa
ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalamdi situ. Malam itu
kami berpeluang melihat pertandingan akhir tomoi anjuran kerajaan negeriKedah.

21 Februari 2008 Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis
perasmiandan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari situ kami ke
pantaiBatu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kamiakan
berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran kepulau itu jauh
dan membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan,kayak kami tersangkut
pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksamengusung kayak itu sehingga
melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometerberkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa
amat penat dan bercadang hendak berlabuhuntuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami
lupakan sahaja kerana kami gagalmenemui beting pasir.

Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-negeri lain telah lama
tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin tipis.Meskipun begitu, kami berharap
dapat mendahului mereka dalam pusingan kedua nanti. Kamibermalam di pulau itu.

23 Februari 2008 Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh
dengantenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di tengah
pelayarannanti.Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam. Pasukan-
pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri Perak. Pasukan darinegeri Perak
ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementarapasukan kayak dari
Negeri Sembilan di tempat ketiga.

Anda mungkin juga menyukai