Anda di halaman 1dari 4

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW
hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang
ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan,
tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW (6 Ogos 610M) Perkataan Nuzul bererti
turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat
terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya
yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang
menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi
dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat
akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-
Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan
lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun
burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-
umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab
Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada
Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-Anam:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi
manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-
Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang
hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah
kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama
daripada surah Al-Alaq. maksudnya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya. (al-alaq:1-5)




Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:
Pertama: Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad saw.
Al-Quran inilah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus
ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, dan bukan
ucapan atau ciptaan nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah
menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir
Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu
menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran tingkat tertinggi
fashahah dan balaghahnya.
Hal ini tidak lain adalah kerana Al-Quran sememangnya adalah suatu mukjizat
(yang mustahil dapat ditandingi). Jika kita meneliti ayat-ayat cabaran yang
Allah SWT wahyukan di dalam Al-Quran daripada sudut dan konteksnya
sebagai suatu mukjizat, maka kita akan dapati bahawa Rasullulah saw telah
mencabar orang-orang Arab agar mereka menandingi kehebatan Al-Quran di
dalam tiga peringkat (rujuk Manna' Khalil Al Qatthan, Studi Ilmu-ilmu Qu'ran,
hal 372):
Cabaran peringkat pertama. Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran
dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia
malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara
padu sebagaimana firmanNya. "Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin
berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan
dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka
menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (TTQ 17 : 88)
Cabaran kedua. Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran.
Sebagaimana firmanNya: Bahkan mereka mengatakan "Muhammad telah
membuat-buat Al-Quran." Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah
sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-
orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang
orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima
seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu
Allah" (TTQ 11 : 13-14)
Cabaran ketiga. Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran
sahaja. Sebagaimana firmanNya: "Atau (patutkah) mereka mengatakan:
Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan
itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya" (TTQ 10 : 38) Dan cabaran
ini diulangi di dalam firmanNya: "Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu
tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw),
maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu" (TTQ 2 : 23 )

Kedua: Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum politik
negara (Al-Hukm), sosial (Ijtima'i), pendidikan (Siyasah Ta'limiyah), pidana
(Hudud), pengadilan (Uqubat), akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan
hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum
muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang
dihadapinya. Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam
adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya sesuai dan memenuhi
fitrah manusia itu sendiri. Dan keberkesanan dan kemampuan syariat Islam
dalam menangani segala aspek permasalahan manusia ini sememangnya tidak
dapat dinafikan kecemerlangannya.
Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan
kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat
abadi yang paling menonjol di muka bumi. Inilah yang akan terjadi di masa
hadapan, insyaallah! Sebab, kesejahteraan hidup yang dikecapi umat manusia
dan keadilan yang mereka rasakan lantaran diterapkan syariat yang dibawa
oleh Rasulullah melalui Al-Quran dan Sunnah di bawah kepimpinan khalifah,
(Khilafah 'ala minhajin Nubuwwah) menjadi daya penarik yang paling dominan
terhadap umat-umat dan bangsa-bangsa non-muslim untuk meninggalkan
sistem hidup dan perundangan mereka yang rapuh dan usang, serta kezaliman
para penguasa mereka yang hanya mementingkan kelompok dan partinya
sahaja.
Bangsa-bangsa non muslim itu akan secara beramai-ramai masuk Islam setelah
mendengar dan melihat sendiri kesejahteraan hidup dibawah naungan syariat
Islam (TTQ An-Nashr). Sudah semestinya hal ini tidak seperti yang telah
digambarkan di dalam propaganda palsu para pembenci Islam. Juga setelah
adanya jihad yang dilancarkan para mujahidin ke negeri-negeri (orang-orang
kafir) untuk melepaskan belenggu-belenggu yang selama ini memasung
kehidupan mereka. Bahkan mereka yang kufur akan dapat menyaksikan sendiri
keindahan dan kemanisan kehidupan di bawah penerapan sistem Islam di
dalam masyarakat yang hidup di bawah naungan khilafah, dengan
mengunjungi negeri tersebut.

Anda mungkin juga menyukai