Anda di halaman 1dari 5

Langkah Pelaksanaan

Strategi Mediatif
Pedagogi Bestari
Langkah 1
1. Guru menayangkan slaid (gambar bayi yang dibuang)
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang slaid yang
ditayangkan iaitu:
i) Apakah yang dapat anda saksikan melalui
tayangan slaid Power Point,
ii) Siapakah yang bertanggungjawab melakukan
jenayah ini?
iii) Mengapakah keadaan itu berlaku?
iv) Bagaimanakah kita mengatasi masakah ini?
v) Di mana kejadian ini sering berlaku?
vi) Apakah yang anda lakukan jika terjumpa
kejadian ini?
Langkah 2
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Murid berbincang dalam kumpulan berdasarkan kad arahan
yang diberi.
3. Wakil kumpulan akan membentangkan dapatan berdasarkan
kad arahan yang diberi
Tugasan
1. Bincangkan punca-punca kejadiaan pembuangan bayi.
2. Bincangkan cara mengatasi masalah ini?
3. Bincangkan peranan guru dalam membendung masalah
ini?
4. Bincangkan kesan pembuangan bayi kepada
masyarakat?
Langkah 3
1. Seorang pencatat setiap kumpulan dilantik untuk mencatat
hasil perbincangan.
2. Hasil perbincangan dicatat dalam bentuk peta minda di atas
kertas mahjong.
3. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan
mereka di hadapan kelas.
Langkah 4
1. Murid dibimbing untuk mengemukakan soalan sesi
pembentangan dilakukan.
2. Ketua kumpulan dan dibantu oleh ahli kumpulan lain untuk
menjawab soalan.
3. Guru membuat penilaian hasil dapatan setiap kumpulan.
4. Guru membuat rumusan keseluruhan isi pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai