Anda di halaman 1dari 13

Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti


sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu
memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang
bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam
sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa
kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat
tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan
dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi
unsur penting dalam keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan
mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh
manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-
tumbuhan untuk dijadikan suber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu
dipelihara.Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai
kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat
pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan
gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan
agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam
sekitar yang perlu dipelihara.Sungai yang bersih merupakan
sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang luas menjadi
tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu
memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya
pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada
pencemaran.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan
kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara
merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan
datang
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan
Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan sifir
lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka
yang merah padam tanda marah.
Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak
tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada
beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku.
Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-
dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik
sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat
aku menangis terus mendekati dan bertanya mengapa aku menangis.
Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku menunjukkan
kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu
Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut. Pada
petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut.
Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali
lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku
telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00.
Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku,
namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut,
pencapain aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman.

Terpisah dari keluarga
Semasa cuti sekolah yang lalu,aku dan keluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur.Suasananya penuh sesak dengan orang ramai.Semasa di sana,aku begitu asyik
melihat pelbagai pameran sehingga aku terpisah daripada keluargaku

Apabila menyedarinya,aku berasa sangat cemas dan cuba menenangkan perasaanku
sendiri.Apatah lagi aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku tidak kenali.Dalam kesesakan
orang ramai itu,aku pergi dari sebuah gerai ke sebuah gerai untuk mencari mereka.Namun
hampa.

Aku tidak cepat berputus asa,lalu aku pergi ke kaunter pertanyaan.Aku menceritakan
keadaan diriku kepada pengawai yang bertugas.Kemudian,pengawai itu membuat
pengumuman.Hampir satu jam aku menunggu di situ,namun tiada seorang puu ahli
keluargaku yang datang menjemputku.

Tiba-tiba aku teringat akan telefon bimbit ayahku.Tetapi aku terlupa pula nombornya.Aku
berasa sangat sedih dan tidak dapat menahan perasaanku.Aku menagis.Aku semakin bimbang
akan diriku .Aku berfikir-fikir untuk pergi ke tempat letak kereta dan menunggu mereka di
sana,tetapi takut.

Oleh sebab itu,aku mengambil keputusan untuk terus menuggu di kaunter pertanyaan
itu.Tiba-tiba aku tepandang kelibat seseorang yang aku kenali.Aku menjerit kegembiraan
apabila melihat ibuku.Aku terus memeluknya sambil menangis teresak-esak
Ayah mengingati aku agar tidak leka lagi.Aku berjanji akan mematuhi nasihat mereka.Aku
berasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan keluargaku

KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK
Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti
kentang goreng, keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak.
Terdapat banyak keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak.

Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan
pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk
membantu pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana tidak
dinyatakan pada label pembungkus makanan tersebut.

Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan ringan
ini melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam makanan ini juga
berbahaya kepada gigi. Kelalaian memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada
kanak-kanak.

Kanak-kanak hari ini lebih terdedeh kepada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh
orang dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing manis.Ada
juga yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana
ringan yang berlebihan tanpa mengira masa dan tempat.

Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka sering
menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka terpengaruh
dengan iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan,
digunakan untuk membeli makanan ringan.

Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu
memantau tabiat makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan. Sebaik-
baiknya, galakkan anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan ringan.

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kokurikulum ialah aktiviti luar darjah yang bermanfaat dan begitu berkesan untuk membentuk
pelajar kretif,progresif,dinamis,berdaya saing dan berwawasan.Kegaiatan yang merangkumi
persatuan,Unit Uniform serta sukan dan permainaan untuk murid tahun tiga hingga tahun enam ini
dijalakan selama dua jam seminggu.
Tidak dapat kita nafikan bahawa penyertaan dalam kegiatan kokurikulum ini banyak
feadahnya.Aktiviti kokurikulum menekankan amalan bekerja secara berpasukan.Hasilnya setiap
agenda yang diusaha menjimatkan masa,tenaga dan material.
Ditinjau daripada aspek pembentukan sahsiah,selain membolehkan pelajar memartabatkan ilmu dan
mendominasikan kemahiran mekanikal, keaktifan dalam kegiatan kokurikulum juga akan melahirkan
individu yang tegas,beretika dan cekal dalam menangani kemelut seharian
Penglibatan dalam aktiviti ini juga membolehkan masa kita terisi dengan tugasan yang
memanfaat,lantas menghindari kita daripada sebarang pengaruh yang begitu negatif.
Malahan,kegiatan kokurikulum juga berpaksikan semangat berdikari dan jati diri,yang
memungkinkan seseorang pelajar bertindak secara solo.
Menyedari hakikatnya tersenarai, jelaslah bahawa selain menjana idea dan kemahiran
kretif,penglibatan dalam aktiviti kokurikulum mampu membentuk personaliti dan sahsiah setiap
pelajar untuk mengharungi pelbagai oral kehidupan.

Ucapan Majlis Perpisahan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang diraikan Tuan Guru
Besar SK Permatang Tok Mahat, guru-guru dan rakan-rakan sekalian, selamat pagi dan salam
sejahtera.
Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan majlis perpisahan guru besar, Puan Saniyah
Binti Hashim yang akan bersara pada 10 September 2009.
Beliau ialah seorang guru besar yang bertanggungjawab dan tegas tetapi disayangi oleh semua
warga sekolah ini. Saya berasa amat sedih kerana persaraan beliau merupakan satu kerugian besar
bagi sekolah kita.
Sepanjang empat tahun beliau berkhidmat di sini, beliau menyumbang banyak jasa dan
pengorbanan. Dari segi akademik, beliau merancang beberapa program untuk memajukan pretasi
murid-murid. Dalam usaha beliau, keputusan UPSR telah meningkat dari setahun ke setahun.
Selain itu, guru besar juga berjaya meningkatkan pretasi kokurikulum pihak sekolah. Pasukan kawad
kaki telah berjaya menjuarai pertandingan kawad kaki di peringkat negeri dan kebangsaan.
Para hadirin sekalian,
Bagi mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya selaku ketua murid mewakili rakan-rakan lain
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar kita. Semoga beliau hidup dengan sihat
sejahtera selalu.
Sekian, terima kasih.

Dicatat oleh Saidi di 4:53 PG 1 ulasan
'Peristiwa yang Tidak Dapat Kulupakan
Apabila disebut nama Badri semua kawan kenal akan nama itu. Aku dikatakan sebagai
seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran tersebut diberikan kepadaku kerana aku
jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat ibuku sendiri.
Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang akan beberapa biji
mangga yang telah masak di kebun jiranku. Tanpa membuang masa, aku pun segera
memanjat pohon mangga itu. Aku tidak meminta kebenaran daripada empunya kebun itu.
Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga itu. Dengan tidak
sengaja aku merosakkan sarang itu. Sebagai akibatnya, beberapa ekor tebuan menyengat
badanku. Terpaksalah aku terjun dan atas pohon mangga ilu untuk menyelamatkan diri.
Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung terdengar akan
jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan.
Aku dihantar ke hospital. Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku berasa terseksa
kerana terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.
Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak mendengar
nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu mencuri lagi. Peristiwa tersebut
akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.
Dicatat oleh Saidi di 4:47 PG 0 ulasan
Suatu Kemalangan Jalan Raya yang Pernah Saya Saksikan
Seperti biasa aku ke sekolah menunggang basikal. Jarak rumahku ke sekolah kira-kira dua
kilometer saja. Aku menunggang dengan penuh hati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan di
jalan raya.
Beberapa pelajar lain turut menunggang basikal. Mereka menunggang secara bersaing dan
berlumba-lumba pula. Mereka sempat bergurau senda juga semasa menunggang basikal.
Di suatu selekoh, datang sebuah kereta dan arah yang bertentangan. Kereta itu dipandu laju.
Pemandu kereta itu mencuba mengelak daripada melanggar pelajar-pelajar itu tetapi gagal.
Suatu dentuman yang kuat kedengaran. Pelajar-pelajar itu kemalangan Seorang daripadanya
terpelosok ke dalam parit manakala seorang lagi terbaring di bahu jalan.
Aku segera berhenti di bahu jalan lalu memberikan isyarat supaya
kenderaan lain memperlahankan kenderaan masing masing. Aku melihat pelajar yang
terbaring di bahu jalan itu tidak bergerak. Fahamlah aku bahawa pelajar tersebut telah
meninggal dunia. Pelajar yang seorang lagi mengerang kesakitan. Pelajar itu segera
dikejarkan ke hospital oleh orang ramai.
Kemalangan yang berlaku di depan mataku amat mengerikan. Begitulah padahnya jika
seseorang tidak mematuhi peraturan di jalan raya. Aku semakin berhati hati semasa
menunggang basikal di jalan raya.

Faedah Menabung
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka
menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh
sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa
bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke
dalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh
digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke
universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan
diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat
cermat dan berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang
itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh
digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu
meminta-minta kepada orang lain.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di
dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh
digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan
selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah,
'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari
sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Kebaikan internet
KEMUDAHAN internet membolehkan seseorang itu mengakses maklumat secarat tepat dan mudah.
Keistimewaan ini hanya akan tercapai jika segala peraturan menggunakan internet seperti yang dinyatakan pada
penulisan yang lepas dipatuhi. Sebagai seorang murid kemudahan dan peluang ini haruslah digunakan sebaik
mungkin untuk membantu meningkatkan lagi mutu pembelajaran.
Di antara kebaikan menggunakan internet adalah seperti berikut:
Himpunan Maklumat: Ruang dalam internet tidak ada hadnya. Oleh itu banyak maklumat dapat diakses dalam
masa yang singkat. Walau bagaimanapun, segala maklumat harus dibuat penapisan bergantung kepada sumber
perolehan maklumat tersebut. Jika sumber maklumat itu datangnya dari sumber yang tertentu seperti dari pihak
kementerian, jabatan, atau sumber yang sahih maka maklumat tersebut bolehlah digunakan sebagai bahan
rujukan. Disebaliknya jika terdapat keraguan, maka pencarian maklumat di sumber yang lain harus diteruskan
lagi.
Kebebasan tempat akses: Melalui internet maklumat dapat diakses di mana- sahaja dan bukan lagi hanya
terbatas di sekolah atau di rumah. Sewaktu dalam perjalanan di lebuhraya contohnya kita boleh mengakses
internet secara percuma di hentian-hentian rehat di mana kemudahan untuk mengakses maklumat ini disediakan
oleh pihak TMnet. Malah buat masa ini di kawasan-kawasan tertentu pihat syarikat telekomunikasi telah
menawarkan perkhidmatan di mana internet dapat diakses di kawasan terbuka tidak kira di mana kita berada. Ini
membolehkan kita mengakses maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Penambahan maklumat terkini: Setiap hari ilmu semakin bertambah. Murid yang cemerlang harus menguasai
pelbagai ilmu. Bahan-bahan yang terkini harus dijadikan bacaan agar kita tidak ketinggalan. Bahan-bahan
berbentuk cetakan seperti buku teks mungkin tidak mampu memuatkan bahan-bahan terkini. Oleh itu internet
adalah saluran yang mampu mendapatkan maklumat terkini untuk dijadikan rujukan serta penambahan ilmu
pengetahuan.
Peluang sudahpun ada hanya tindakan sahaja yang diperlukan. Tidak ada lagi sebab untuk dijadikan alasan
kenapa kita tidak boleh mendapatkan maklumat. Segala maklumat adalah dihujung jari kita tetapi tanpa usaha,
segala ilmu yang berada di hujung jari itu akan jatuh berkecai. Oleh itu bertindaklah sekarang sementara nasi
belum menjadi bubur!. Usaha tangga kejayaan.

Senarai Tajuk Karangan Peperiksaan UPSR Tahun-tahun Lepas -
Sekolah Kebangsaan ( Penulisan) sepanjang tahun 1991 2007

Syarahan: Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah
Dialog: Cara-cara Mengindahkan Kawasan Sekolah
Gambar tunggal / Cerita: Aktiviti Perkhemahan
Fakta: Peristiwa yang Tidak dapat Saya Lupakan
Fakta: Cara-cara Mengembirakan Ibu Bapa
Surat Tidak Rasmi: Pengalaman di tempat baru
Cerita: Peristiwa yang Tidak dapat Saya Lupakan
Keperihalan: Jika Saya Ada Wang Banyak
Laporan: Lawatan
Dialog: Cara-cara Menjaga Kesihatan Badan
Syarahan: Faedah Bersukan
Melengkapkan Cerita: Kebakaran / Kegiatan Pembakaran Secara Terbuka
Cerita: Cerita Aneh / Ganjil Yang Kamu Tahu
Keperihalan: Sambutan Hari Kebangsaan
Surat Rasmi: Menyatakan Sebab-Sebab Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Fakta: Cara-cara Menjaga Kebersihan dan Tempat Tinggal
Fakta: Faedah Membaca
Dialog: Perbualan tentang kejayaan
Ucapan: Majlis Mengenang Ibu Bapa
Syarahan: Pentingnya Kerjasama di Kalangan Murid
Cerita: Pengalaman lewat ke sekolah dan perkara yang dilakukan
Perbahasan: Belajar berkumpulan adalah lebih baik dari belajar sendiri
Laporan: Mesyuarat Penubuhan Kelab Buku
Cerita: Hilang ketika pesta dan perkara yang dilakukan pada masa itu.
Ucapan: Sambutan Hari Guru
Surat Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR
Cerita: Tindakan membantu orang tua yang terjatuh di atas jalan raya
Laporan: Gotong royong
Surat Rasmi: Memohon Mengguna Dewan
Cerita: Tindakan yang diambil setelah mendengar jeritan di padang
Cerita: Hari Penyampaian Hadiah
Syarahan: Menghormati Orang Tua Amalan yang Mulia
Melengkapkan Cerita: Mengakhiri Cerita Namun demikian, peristiwa itu tetap dalam
ingatanku hingga ke hari ini.
Berita: Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah
Surat Tidak Rasmi: Mengajak kawan menyertai aktiviti semasa cuti sekolah
Cerita : Membantu rakan yang kehilangan wang
Fakta: Faedah Mengikuti Kelas Tambahan
Dialog: Kejayaan kawan anda sebagai peserta terbaik sukan tahunan sekolah
Cerita: Menceritakan pengalaman menghadapi situasi kawan yang tercedera ketika kelas
Kemahiran Hidup
Fakta: Faedah membaca
Laporan: Laporan perkhemahan unit beruniform
Melengkapkan cerita: Mengakhiri cerita .peristiwa itu menjadi kenangan dan tidak
mudah kulupakan.
Aktiviti: Gambar bersiri (2 gambar) Suasana di pasar
Catatan: Kem motivasi UPSR
Perihal / Gambaran: Berkelah bersama keluarga
Temu ramah / wawancara: Temu bual dengan kawan yang menang pertandingan bercerita
Pengajaran: Kemalangan dalam rumah adik pecahkan barang kakak
Gambar bersiri: (1 gambar) Suasana di kantin
Ucapan: Penjagaan kesihatan / Majlis meraikan kejayaan /Lawatan
Perbualan: Sebagai seorang murid yang baik
Gambar bersiri: ( 1 gambar)Suasana di dewan
Berita: Melengkapkan cerita / Kebaikan jiran jiran / Pertandingan melukis ( Hari
Kemerdekaan )
Nilai: Terjumpa sebuah dompet.
Lengkapkan karangan yang benikut.
Maria berlari pantas. Sesekali dia mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Wajahnya
kelihatan cemas. Dia mempercepatkan larian. Apabila sampai di pondok telefon...
Mulakan karangan anda dengan Apabila sampai di pondok telefon..."

Isiisi
(a) ibunya sakit tenat perlu rawatan - segera mendapatkan bantuan - telefon rosak - semakin
cemas
(b) seorang penduduk kampung memberhentikan kereta - sedia menghantar ibunya he
hospital
(c) di rumah - ibunya semakin lemah - memapah ibunya ke kereta
(d) ibunya diberi rawatan lanjut - bersyukur ibunya selamat

PELANCONGAN DI MALAYSIA

Sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara. Hari
ini, sektor pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara dan penduduknya.
Destinasi pelancongan yang banyak merupakan salah satu faktor yang mendorong
kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia mempunyai pantai yang boleh dikunjungi oleh
pelancong bagi merehatkan badan dan minda mereka. Mereka juga dapat menikmati
keindahan alam semulajadi di pantai-pantai ini, selain mandi manda dan menjalankan aktiviti
menyelam. Kerajaan sentiasa memberikan galakan bagi pengusaha pelancongan menjalankan
aktiviti yang berkaitan supaya kebersihan dan keindahan pantai ini terus terpelihara dan
seterusnya dapat menarik pelancong untuk terus mengunjungi pantai-pantai tersebut.
Tegasnya, destinasi pelancongan amat berperanan bagi menarik pelancong datang ke negara
kita.
Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai jenis
makanan tempatan. Situasi ini dapat menarik minat pelancong untuk datang ke
Malaysia. Pelancong dapat menikmati pelbagai makanan yang menjadi hidangan masyarakat
majmuk Malaysia. Lazimnya, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba semua
jenis makanan yang dihidangkan oleh pihak pengurusan hotel. Kelazatan makanan tempatan
seperti sate dan sebagainya menyebabkan pelancong begitu tertarik untuk datang ke Malaysia.
Situasi ini seterusnya akan membantu industri makanan tempatan berkembang maju. Jelaslah
di sini bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat di negara ini menggamit kehadiran para
pelancong.
Kebudayaan pelbagai kaum juga merupakan faktor penarik kedatangan
pelancong. Masyarakat majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebudayaan yang
unik. Di samping keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan
yang pelbagai rupa serta corak merupakan daya penarik untuk pelancong datang ke Malaysia.
Tarian tradisional seperti zapin, inang, ngajat sering menggamit tumpuan para pelancong.
Mereka akan merakam gambar dan ada kalanya turut mengambil bahagian dalam
persembahan yang diadakan. Ringkasnya, keadaan kebudayaan yang pelbagai telah menjadi
daya penarik kepada pelancong.
Kita sebagai rakyat haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan bagai aur dengan
tebing dalam usaha memaju dan memperkembangkan lagi sektor pelancongan negara kita.

1. Ayat berwarna MERAH dikenali sebagai AYAT TOPIK.
2. Ayat berwarna COKLAT dikenali sebagai AYAT HURAIAN.
3. Ayat berwarna BIRU dikenali sebagai AYAT CONTOH
4. Ayat berwarna HIJAU dikenali sebagai AYAT PENEGAS.
Halaman Utama
Peribahasa

Peribahasa Maksud Peribahasa
Ada hati Keinginan
Alah bisa tegal biasa
Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah
biasa
Alang-alang mandi biar basah
Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat
jalan
Ambil berat
Memberikan perhatian yang istimewa terhadap
sesuatu
Ambil langkah Mula hendak bertindak
Anak buah
Orang yang termasuk dalam sesuatu
keluarga/pasukan/ terletak di bawah
tenggungjawab seseorang
Anak emas
Anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh
suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan
layanan istimewa.
Asam garam
Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis,
suka duka)
Bagai anjing buruk kepala
Orang yang telah diketahui kejahatannya ke
mana pergi dihinakan orang juga
Bagai bulan dipagari bintang
Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi
orang yang cantik.
Bagai bulan empat belas Peri keelokan muka perempuan
Bagai cincin dengan permata Sama padan, cocok benar
Bagai layang-layang putus tali Sudah putus harapan
Bagai minyak dengan air
Orang bermusuhan atau tidak sehaluan mustahil
dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor Perempuan yang suka bercakap banyak
Bagai pucuk dilancarkan Sangat laju atau luncur perginya
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya
kerana faktor baka
Baik berjagiung-jagung sementara menanti
padi masak
Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik,
yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
Baik membawa resmi padi daripada membawa
resmi lalang
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin
merendahkan diri (tidak sombong)
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian
Bersusah payah dahulu kemudian
baru bersenang-senang
Berkatakanlah besar walaupun pahit
Berterus-terang demi kebenaran walaupun
mungkin menyakitkan hati seseorang
Berpeluk tubuh Berdakap tubuh; tidak membuat apa-apa kerja
Berpeluk tubuh
Hanya memandang dari jauh sahaja, tidak
melalukakan apa-apa hanya melihat sahaja.
Bersatu teguh bercerai roboh
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat
tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi
lemah.
Bersekutu bertambah mutu
Bekerjasama antara satu sama lain akan
menghasilkan kecemerlangan
Bertangguh itu pencuri masa
Melakukan kerja secara bertangguh akan
merugikan diri sendiri.
Besar hati Bangga, gembira, bongkak, sombong
Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanbggung malu
Buah fikiran Pendapat
Buah hati Orang yang dikasihi
Buah mulut Percakapan orang,
Buah tangan
Hasil pekerjaan; barang yang dibawa daripada
perjalanan; ole-ole
Bulat hati Lurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
Dalam tangan dalam kekuasaan seseorang
Darah daging
Anak atau orang yang mempunyai pertalian
darah
Darah panas Pemarah, lekas marah
Diam-diam ubu berisi, diam-diam besi
berkarat
Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara
diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Hancur hati Sedih; putus asa
Harimau mati meninggalkan belang, manusia
mati meninggalkan nama
Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut
orang walau berapa lamapun dia telah mati.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh
dijalankan dan demikian kebalikannya
Hidup ini satu perlumbaan
Dalam kehiduoan seharian, kita terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-
lumba untuk mencapai sesuatu tujuan.
Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat
Indah khabar daripada rupa
Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya
dilebih-lebihkan
Jauhari juga yang mengenal manikam
Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui
tentang keelokan ilmu
Kaki ayam Tidak berkasut atau berselipar
Kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya
Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia
masih muda, kalau sudah besar tidak akan
berhasil lagi.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan
hendak diduga
Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak
berbuat sesuatu yang besar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya
Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
Kancil juga lupakan jerat
Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya
tetap mengancam
Kata dikota Janji mesti ditunaikan
Kata-kata yang lebih tajam daripada mata
pedang
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Kebudayaan sendi perpaduan
Kebudayaan menjadi sandaran dalam
menyatukan sesuatu bangsa
Kecil jangan disangka anak, besar jangan
disangka bapa
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus
pada orang-orang tua sahaja
Makan angin
Bersiar-siar untuk mendapatkan angin;
melapangkan fikiran
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus
dibuang
Yang nampak baik itu jangan lekas diterima dan
yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak.
Masa itu emas Masa sangat berharga
Membaca jambatan ilmu
Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui
pembacaan
Mencari akal
Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai
tujuan
Muafakat membawa berkat
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan
persetujuan bersama akan menghasilkan
sesuatu yang baik.
Nasi sudah menjadi bubur
Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat
diubah lagi.
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu
mampu mengemukakan fikiran yang bernas.
Padang jarak padang terkukur Padang atau tanah luas yaditinggalkan
Putih mata
Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang
muda melihat tunangnya diambil orang)
Putus asa Habis harapan (tiada harapan lagi
Rezeki kalau secupak takkkan jadi segantang
Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah
lagi.
Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya
Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas
Sayang akan tangan-tangankan, sayangkan
isteri tinggal-tinggalkan
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti
selalu itu akhirnya menjadi sombong
Sepakat membawa berkat
Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan
atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik
Seperti enai dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing
Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan,
hanya berpegang pada pendapat masing-masing
sahaja
Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat; pantas atau
cekap membuat kerja
Sudah terhantuk baru terngadah Sesudah terkena baru beringat-ingat
Tajam akal
Mudah menangkap sesuatu atau mengerti,
pintar , cerdik
Tali barut
Orang yang menjadi ampama 9penyampai rahsia
orang lain), barua
Tangan terbuka
Suka menolong orang yang dalam kesusahan,
murah hati
Tangan yang menghayun buaian mampu
menggoncangkan dunia
Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan,
wanita mampu menyumbangkan untuk
membangunkan negara
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat
bermain
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit
lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya
peristiwa manis.
Terang hati Terang fikiran; mudah mengerti
Tulang empat kerat Anggota badan
Ukur baju di badan sendiri
Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai
dengan kebolehan kita
Umpama telur sesangkak, pecah satu pecah
semuanya
Orang yang semuafakat itu sama hidup sama
mati dan tidak berubah setianya.

Anda mungkin juga menyukai