Anda di halaman 1dari 5

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan

Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal menghafal sifir tujuh dan
sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman memandangku dengan dengan muka
yang merah padam tanda marah.

Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan tapak
tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih hatiku apabila ada
beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek aku.

Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya menghafal kedua-
dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik
sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku
menangis terus mendekati dan bertanya mengapa aku menangis.

Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku menunjukkan
kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu tidak menyalahkan Cikgu
Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan berusaha menghafal sifir tersebut. Pada
petang itu, ibu membantu aku menghafal kedua-dua sifir tersebut.

Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari kemudian, sekali
lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku
telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00.

Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah lama berlaku,
namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan menghafal sifir tersebut, pencapain
aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman.
Majlis Persaraan Guru Besar Sekolah Saya

Hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan kerana Guru Besar di sekolah saya iaitu,Puan
Zakinah binti Ismail akan bersara.Beliau telah banyak berjasa dalam memajukan sekolah.Beliau juga
sangat dihormati oleh masyarakat setempat.

Majlis Persaraan beliau telah dihadiri oleh semua guru Desa Tasik.Tuan Pengawai Pelajaran Daerah
juga turut meraikannya.Para jemputan ditempatkan di dataran yang berada di perkarangan
sekolah.Selain itu,majlis tersebut turut dihadiri Jawatankuasa PIBG,dan ibu bapa murid.

Tepat jam 9.00 pagi,ketibaan Guru Besar disambut dengan meriah.Semua guru mengiringi beliau
ke dataran.Kemudian,beliau memeriksa pembarisan kehormat yang terdiri daripada Murid Tahap
Dua yang lengkap berpakaian seragam unit beruniform. Beliau diringi oleh Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru.

Kemudian,beliau dan semua jemputan menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Sambil
menjamu selera mereka dihiburkan dengan persembahan murid-murid sekolah yang
berbakat.Juadah pada hari itu adalah nasi minyak,ayam masak merah,gulai daging dan acar
timun.Murid-murid turut menikmati juadah tersebut di kantin sekolah.

Selepas jamuan,para tetamu dan semua murid berkumpul di dewan sekolah. Suasana sayu
menyelubungi dewan sekolah sejurus mendengar Guru Besar berucap buat kali terakhir.Pengawai
Pelajaran Daerah menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru Besar.Guru Besar turut menerima
cenderahati daripada pihak sekolah.

Semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah.Guru Besar bersalam dengan
semua murid dan para jemputan.Suasan semakin sayu apabila Guru Besar masuk ke keretanya
sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK

Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti kentang
goreng, keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak
keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak.

Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi bahan
pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat untuk membantu
pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label
pembungkus makanan tersebut.

Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan ringan ini
melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam makanan ini juga berbahaya kepada
gigi. Kelalaian memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak hari ini lebih terdedeh kepada pelbagai jenis penyakit yang dihadapi oleh orang
dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan kencing manis.Ada juga yang
menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana ringan yang
berlebihan tanpa mengira masa dan tempat.

Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka sering


menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka terpengaruh dengan
iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan, digunakan
untuk membeli makanan ringan.

Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu memantau tabiat
makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan. Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak
memakan buah-buahan daripada makanan ringan.
Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita


perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan
kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara akan dapat
mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam
sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan


alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk
pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan suber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang menghijau
dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan
seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak
menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara.Sungai yang
bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang luas menjadi tempat nelayan
menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya
pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam sekitar yang bersih
akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang
tidak ternilai kepada generasi akan datang

Anda mungkin juga menyukai