Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman ke Pasar

Pada hari minggu yang lepas, saya telah mengikut ibu ke pasar yang terletak tidak jauh dari rumah
kami. Saya dan ibu berjalan kaki ke sana.
Ramai orang berkunjung ke pasar untuk membeli-belah. Suasana di pasar riuh-rendah dengan
suara pengunjung dan peniaga. Di pasar terdapat banyak gerai seperti gerai sayuran-sayuran, gerai ikan,
gerai daging dan gerai buah-buahan.
Saya dan ibu berjalan ke gerai sayur-sayuran. Di gerai itu ada menjual pelbagai jenis sayur.
Contohnya, kangkung, bayam, kubis, timun, peria, terung dan tomato. Penjual sayur menyusun sayur-
sayuran di atas para-para dengan rapi. Ibu telah memilih seikat sayur kangkung, sepeket cili dan
beberapa biji ubi kentang. Ibu juga tawar-menawar harga sayur-sayuran dengan penjual itu supaya dapat
membeli sayur-sayuran dengan harga yang lebih murah.
Kemudian, saya dan ibu pergi ke gerai buah-buahan. Di gerai itu terdapat buah-buahan tempatan
dan buah-buahan import. Antaranya ialah tembikai, nanas, epal, pisang, jambu batu, rambutan dan lain-
lain lagi. Ibu telah membeli tembikai kegemaran kami sebagai pencuci mulut. Penjual itu melayan kami
dengan mesra dan berbudi bahasa.
Selepas itu, kami pergi ke gerai ikan. Lantai di sana basah dan licin. Saya memegang tangan ibu
erat-erat agar tidak tergelincir. Seorang penjual ikan asyik menjerit harga ikan yang ditawarkan untuk
menarik perhatian kami. Ikan yang dijualnya segar-bugar. Ibu pun membeli selonggok udang dan dua
kilogram ikan kembung.
Setelah selesai membeli-belah, saya pun menolong ibu menjinjing bakul yang penuh berisi barang
lalu pulang ke rumah. Saya berharap agar dapat menemani ibu ke pasar lagi pada minggu hadapan.

Berita-Sempena Bulan Kemerdekaan
Sempena Bulan Kemerdekaan, sekolah kamu telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik. Sebagai
wartawan majalah sekolah, kamu dikehendaki menulis berita tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

RAWANG, Jumaat-Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah menganjurkan sambutan Bulan Kemederkaan
pada bulan Ogos lalu.

Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan
murid-murid. Di samping itu, dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan
negara. Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai kemajuan yang dicapai oleh
negara.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan oleh Puan Guru Besar.
Beliau mengingatkan murid-murid supaya berasa bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian
persembahan deklamasi sajak dan koir bertemakan kemerdekaan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bualan kemerdekaan ialah pertandingan pidota,
pertandingan menulis esei, pertandingan menulis poster dan pameran sejarah kemerdekaan. Setiap kelas tahap
dua telah menghantar peserta bagi pertandingan yang diadakan. Penyertaan murid-murid begitu menggalakkan
terutama bagi pertandingan melukis poster dan menulis esei.

Pada acara penutup pada 16 September, Puan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para
pemenang pertandingan. Hadiah yang disampaikan berupa trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai,
semua murid diminta melaungkan kalimah Merdeka dengan penuh bersemangat.

Diharapkan melalui program sebegini, semangat sayang akan negara sentiasa subur dan berkekalan di
jiwa setiap murid. Semangat patriotisme ini amat penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi
pelapis negara.

SYARAHAN


Kebaikan Bersukan

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati
Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi.

Tajuk syarahan saya ialah Faedah Bersukan. Bersukan merupakan aktiviti
yang dilakukan di luar bilik darjah seperti bermain bola sepak, bola jarring dan
sebagainya,

Hadirin yang dihormati,
Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang
banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan
itu mengandungi bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan.

Selain mendapat badan yang sihat , kita dapat juga mencerdaskan otak.
Dengan bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak. Otak yang cerdas
membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Hadiri yang dihormati,
Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau merapatkan
hubungan dengan kawan. Apabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok
untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan kita seorang yang aktif.

Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti
bersukan banyak memberi faedah kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak
berlalu dengan sia-sia apabila kita bersukan.

Saya menyeru kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan yang ternyata
banyak memberi faedah kepada kita. Sekian saya syaraha saya kali ini, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai