Anda di halaman 1dari 3

Jiran Sepakat Membawa Berkat

Merujuk Kamus Dewan edisi ketiga, jiran membawa maksud orang yang hidup dekat dengan
tempat kediaman kita. Sepakat bermaksud hidup saling bekerjasama manakala membawa
berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan atau faedah. Maka kesimpulannya hidup
saling bekerjasama akan mendatangkan kebaikan kepada sesebuah masyarakat.
Hendak belayar ke Teluk Betung,
Sambil belayar labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara bermasyarakat majmuk
seperti Malaysia adalah berpaksikan permuafakatan yang lahir dari nurani yang suci. Kita
perlu berkerjasama dan saling membantu tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Perkara ini
tidak dapat disangkal lagi kerana pesanan nenek moyang masih segar dalam ingatan. Hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Dengan terbinanya amalan bekerjasama antara jiran, maka akan wujudlah perpaduan dan
kesejahteraan hidup. Tanpa sikap tolak ansur dan bekerjasama, perbalahan dan pergeseran
kaum mudah berlaku.
Sidang dewan yang saya kasihi,
Hadirin yang saya hormati,
Bantuan Ketika Kecemasan
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang
berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui

oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada
saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian
dan lain-lain lagi. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia
menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada
masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara.
Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat mlahirkan suasana seperti ini.
Warga dewan yang setia,
Menambah Kenalan
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa,
keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan
kenalan kita. Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak
memberi manfaat kepada kita. Antaranya mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru
atau pensyarah, mendapat nasihat kesihatan jiran berjirankan seorang doktor, mendapat
nasihat guaman jika berjirankan seorang peguam atau majistret, membaiki kerosakan pada
rumah dan kenderaan jika berjirankan seorang mekanik dan begitulah seterusnya. Ini tidak
termasuk ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran seperti ilmu bercucuk tanam,
landskap, jahitan, gubahan, masakan, komputer dan lain-lain lagi.
Para hadirin yang dihormati

Menjamin Keselamatan Setempat


Jiran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat
daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan
atau kempen-kempen kesedaran.
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah
dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti
mendera anak, lumba haram, lari dari rumah dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran

memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiapkali
menyedari berlaku perkar-perkara yang ganjil dan meragukan.

Apakah kita perlu tunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita barulah
kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran? Bukankah elok dan bijak sekiranya
kita beringat sebelum terjadi bak kata pepatah Melayu 'Sediakan payung sebelum hujan'.
Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin
keharmonian masyarakat dan kawasan. Jiran sepakat memang membawa berkat

Bunga dedap di atas para,


Anak cina pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai