Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Remaja Pemangkin Negara. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Kalau tidak kerana bintang,


Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan ,
Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.

Masa depan sesebuah negara itu dapat diramal hanya dengan melihat golongan muda yang
bermastautin di negara tersebut . Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada
Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji keadilan, guru-
guru yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas , rakan-rakan seperjuangan yang turut sama
berjuang untuk bergelar juara serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Teguh berdirinya saya di
pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, Remaja Pemangkin
Negara .

Hadirin sekalian,

Terungkapnya pembuka bicara daripada bibir saya sebentar sahaja tadi bukan hanya sekadar
kiasan, tidak pula sebagai hiasan namun ia merupakan sebuah hipotesis yang dibuat berdasarkan
penyelidikan yang rapi serta pemerhatian yang teliti. Jelas terbukti bahawa remaja pada masa kini
mencerminkan masa depan sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, golongan separa matang ini
merupakan benih-benih yang bakal bercambah dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Jika mereka dijaga dan dibesarkan dengan baik, maka cerahlah masa depan negara tersebut. Namun,
jika mereka diabaikan dan tidak mendapat pendidikan yang optimum maka hancur berkecailah masa
depan negara tersebut.
Seterusnya, jika kita amati dan perhalusi keadaan terkini di negara kita, boleh dikatakan bahawa
masa depan negara kita belum lagi terjamin malah umpama, telur di hujung tanduk kerana
majoriti daripada golongan remaja di negara kita banyak terlibat dengan gejala sosial. Hal ini tidak
dapat disangkal lagi apabila hampir sahaja setiap hari berita tentang remaja yang terjerumus dengan
gejala negatif seperi pergaulan bebas, vandalisme, gangsterisme, serta mencuri terpampang di dada-
dada akhbar tempatan.Jika hal ini berterusan dan dibiarkan begitu sahaja, maka negara kita akan
mengalami kemunduran yang drastik serta konsisten. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kemajuan
negara malah tidak mustahil usaha para prajurit yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara
akan terbuang begitu sahaja jika tanah air yang tercinta ini kembali berada dalam cengkaman
penjajah durjana.
Warga dewan sekalian,

Oleh yang demikian, perancangan yang pragmatik serta inisiatif yang efektif haruslah dirancang dan
diimplimentasikan dengan kadar segera agar permasalahan ini dapat dicegah sesuai dengan pepatah
Melayu yang mengatakan, mencegah lebih baik daripada merawat.Antara usaha yang wajar
diambil oleh pihak seperti Kementerian Pelajaran Negara adalah dengan memberikan pendedahan
serta pendidikan kepada remaja tentang kepentingan diri mereka terhadap masa depan negara sejak
di bangku sekolah lagi.Pada tempoh ini, remaja lebih mudah untuk dibentuk dan diasuh bagi menjadi
modal insan yang berkualiti kerana mereka masih belum pandai untuk melawan dan hanya akan
mengiyakan setiap butir kata yang disemai dalam diri mereka. Hal ini sesuai dengan pepatah yang
mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka
membesar untuk menjadi orang yang berguna terhadap negara. Dalam konteks tumbesaran anak-
anak, bukan sahaja tumbesaran fizikal yang harus difokuskan, malah tumbesaran emosi serta
kematangan minda mereka juga harus dititikberatkan. Ibu bapa haruslah memberikan lebih
perhatian terhadap perkembangan emosi dan minda cahaya mata mereka untuk memastikan anak
mereka dapat membezakan antara kaca dan permata sekaligus mencegah diri mereka daripada
hanyut dibawa badai kemusnahan gejala sosial yang kian meruncing. Teknik-teknik seperti
pendedahan secara berperingkat hendaklah diamalkan agar nilai murni dapat disemai secara
progresif serta dapat meninggalkan impak yang positif dalam diri anak-anak.

Sebelum saya mengakhiri syarahan saya pada hari ini, izinkan saya untuk mendeklamasikan sebuah
pantun yang berbunyi,

Bunga mawar bunga melati,
Bunga dipetik untuk sang puteri,
Remaja bestari modal insan yang terpuji,
Menjamin masa depan negara yang hakiki.

Anda mungkin juga menyukai