Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN

SEMENYIH DUA ( INTEGRASI )


KAJANG

KERTAS KERJA
PAMERAN HASIL
KARYA

TARIKH : OKTOBER 2022

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

SK JALAN SEMENYIH 2(INTEGRASI)

43000 , KAJANG,

SELANGOR

1
KERTAS KERJA BULAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. PENDAHULUAN

Aktiviti pameran ini secara amnya bertujuan untuk mendedahkan tentang hasil karya seni kepada
murid-murid, guru-guru dan juga warga sekolah. Seni mungkin seringkali dipandang sepi
terutamanya di sekolah rendah. Hal ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya pendedahan
tentangnya. Dengan adanya pameran sebegini ia menjadi satu platform bagi menaikkan lagi
martabat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk
minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khasnya dalam kalangan murid-murid.
Melalui projek pameran ini juga kreativiti murid-murid dapat ditingkatkan melalui pelbagai garapan
idea penghasilan seni daripada karya yang dipamerkan. Ia secara langsung akan mendorong minat
murid untuk menghasilkan karya seni dengan lebih baik pada masa akan datang seterusnya dapat
menonjolkan bakat yang terpendam dalam kalangan murid-murid.

2. RASIONAL

 Penganjuran Pameran Hasil Karya ini merupakan satu wadah bagi semua warga Sekolah
Kebangsaan Jalan Semenyih 2 khasnya murid-murid dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat
terhadap Pendidikan Seni Visual. Karya - karya yang dipamerkan adalah dari hasil karya murid.
Oleh itu, dengan melihat pameran ini, minat murid terhadap Pendidikan Seni Visual dapat
ditingkatkan. Murid-murid juga akan memperoleh idea baru dalam penghasilan karya seni melalui
karya-karya yang dipamerkan. Oleh itu, ia secara langsung akan dapat meningkatkan daya kreativiti
dalam kalangan murid dan juga warga Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 2 serta dapat menjadi
satu lonjakan bagi mencungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid.

3. MATLAMAT

 Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari subjek PendidikanSeni Visual.


 Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan karya seni.
 Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan guru dan murid disamping menambah
pengetahuan tentang seni visual.

4. OBJEKTIF

 Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui karya yang dipamerkan.
 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni dalam empat bidang
mengikut sukatan pelajaran.
 Meningkatkan daya kreativiti melalui idea-idea yang diperoleh daripada karya yang dipamerkan.
 Memperkembangkan bakat seni dan juga mencungkil bakat yang terpendam melalui pameran dan aktiviti
pertandingan yang dijalankan.
 Memberi peluang murid meneroka pengalaman baru melalui aktiviti pameranyang dilaksanakan.
 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

2
5. SASARAN

 Semua murid Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih Dua aliran Perdana dan PPKI (SEJASE 2),
Kajang, guru-guru dan pentadbir.

6. PENGANJUR

 Panitia Pendidika Sei Visual

7. JAWATANKUASA INDUK BULAN PANITIA SAINS DAN MATEMATIK 2021

Pengerusi : Pn. Mas Azura Binti Ahmat (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn Noraiza binti Awang ( PKP Kurikulum)

Naib. Pengerusi 1 : En.Mohd Hakimi Bin Khasim (GPK HEM)

NaibPengerusi2 : En Mohamad Nizam bin Khamis(GPK KOKO)

Penyelaras : Puan Raghini a/p Rajendran (Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual)

Setiausaha : Puan Sahanim Binti Soaid

3
8. JAWATANKUASA KERJA

TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS

Pengacara 1. Pn Rohani binti Bahrom - Memastikan majlis


Majlis berjalan lancar mengikut
tentatif program.

Bunting 1. Pn Ida Shahrizna binti Shahruddin - Membuat tempahan


bunting dan memastikan
bunting siap sedia untuk
majlis pelancaran.

Buku 1. Pn. Sshanim Binti Soaid - Menyediakan buku


Program program.
Kurator 1. Pn. Faziah Bt Yazid - menyediakan murid
Pameran untuk pameran dengan
karya masing-masing

Dokumentasi 1. Pn. Raghini a/p Rajendran - Mengambil gambar


semasa majlis pelancaran
dan sepanjang aktiviti
program dijalankan.
- Mencetak gambar untuk
tujuan dokumentasi.

TENTATIF PROGRAM PAMERAN HASIL KARYA


4
Masa Aktiviti

7:30 a.m - Perdaftaran

8:00 a.m - Ucapan Guru Besar

8:20 a.m - Ucapan Ketua Panitia

8.20
- Pameran Bermula

9.30 a.m - Pameran Selesai

5
9. KESIMPULAN / PERHARGAAN

Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 2
menyokong penuh pelaksanaan pameran ini. Hal ini penting bagi memberi peluang kepada murid-
murid dalam meneroka pengalaman baru melalui pameran ini. Semoga dengan penganjuran
pameran ini akan memberikan satu pengalaman baru kepada warga Sekolah Kebangsaan Jalan
Semenyih 2 dan juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti dalam kalangan murid seterusnya
dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan murid. Kerjasama dan penglibatan
yang aktif daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan
jayanya. Atas kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Disediakan oleh,
----------------------------------------------------
( PUAN. RAGHINI A/P RAJENDRAN )
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
SK Jalan Semenyih Dua (Integrasi)
Kajang

Disemak oleh,

----------------------------------------------------
(PUAN NORAIZA BINTI AWANG)
PKP Kurikulum,
SK Jalan Semenyih Dua (Integrasi)
Kajang

Disahkan oleh,

----------------------------------------------------

(PUAN MAS AZURA BINTI AHMAT )


Guru Besar,
SK Jalan Semenyih Dua (Integrasi)
Kajang

6
7

Anda mungkin juga menyukai