Anda di halaman 1dari 2

Laporan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017

Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2016/2017


peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis tahun telah diadakan pada 4 Februari
2016 bertempat di Dewan Indera Kayangan (DIK) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Perlis sesi 2016/2017. Semua pelajar IPG
Kampus Perlis terlibat dalam program ini. Majlis ini diadakan sebagai simbolik kepada
penyerahan rasmi tanggungjawab sebagai perwakilan pelajar. Seramai 27 orang perwakilan
pelajar akan ditauliahkan pada majlis tersebut. Barisan Perwakilan Pelajar tersebut terdiri
daripada 7 ahli majlis tertinggi dan 20 ahli majlis mesyuarat. Majlis turut dijalankan dengan
kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Majlis watikah pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017 Institut
Pendidikan Guru Kampus Perlis ini adalah sebagai salah satu pengiktirafan untuk
meningkatkan kredibiliti dalam kalangan pimpinan mahasiswa pendidik, dalam masa yang
sama mengukuhkan ikatan hubungan antara mahasiswa pendidik. Program ini juga
bertujuan untuk mengiktiraf pelantikan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sebagai
wakil pelajar. Selain itu, ianya juga diadakan adalah untuk menghargai barisan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang akan ditauliahkan untuk

memimpin mahasiswa

pendidik IPG Kampus Perlis.


Pada hari program tersebut, melalui tentatif program yang ditetapkan, semua
berjalan dengan sempurna. Pada jam 7.30 pagi, semua pelajar dan staf seokongan telah
mula memenuhkan kawasan dewan. Para AJK yang terlibat juga membuat persiapan akhir
seperti memastikan semua peralatan media berfungsi dengan baik. Pada jam 8.00 pagi, VIP
iaitu Tuan Timbalan Pengarah, Tuan Haji Ideris Bin Hj Abu Bakar telah tiba diiringi oleh para
pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Seperti biasa, majlis dimulakan dengan bacaan doa
serta nyanyian lagu. Seterusnya, adalah tayangan montaj Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
bagi memperkenalkan ahli jawatankuasa serta pensyarah pembimbing bagi setiap biro.
Yang Dipertua JPP 16/17 turut memberikan ucapan sebagai tanda penghargaan dalam
majlis ini. Majlis berlangsung dengan jayanya dan tamat pada jam 11 pagi seperti didalam
tentatif.

Disediakan oleh,

..
SITI MAS NAJWA BINTI ABD RAHIM
Naib Setiausaha Agung Kehormat,
Jawatankuasa perwakilan pelajar 16/17,
IPG Kampus Perlis

Anda mungkin juga menyukai