Anda di halaman 1dari 2

Laporan Kursus Kempimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan Dan Peringkat I

Pada 12 hingga 15 April 2018 kursus kempimpinan manikayu peringkat pengenalan dan
peringkat I telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Tujuan kursus ini diadakan
adalah untuk melatih golongan remaja bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal,
intelek, sosial dan rohani.

Semasa kursus dijalankan, peserta dibahagikan kepada tujuh sekawan. Setiap sekawan
mempunnyai tujuh hingga lapan orang ahli. Setiap pesertta bekerjasama dalam melakukan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut.

Pada hari pertama semua peserta mendirikan khemah mengikut sekawan masing-masing.
Selain itu, peserta juga bergotong-royong mencari bambu untuk membna gadjet,memasak makanan
dan membersihkan kawasa persekitaran khemah. Peserta juga menghadiri ceramah dan taklimat
berkaitan dengan kursus, kekemasan diri, dan pakaian seragam di Dewan Kuliah A.

Pada hari kedua aktiviti yang dilakukan ialah menghadiri ceramah dan taklimat berkaitan
dengan dasar kepengakapan, pengurusan dan pentadbiran pengakap, unit pengakap kanak-kanak,
merancang program pengakap dan permainan dalam pengakap kanak-kanak. Perserta pengakap juga
dinilai untuk pemeriksaan pagi dan diteruskan dengan laung agung.

Pada hari yang ketiga, pemeriksaan pagi dilakukan dan diteruskan dengan laung agung.
Selepas itu, peserta menghadiri dan taklimat dna ceramah dalam beberapa stesen yang disediakan.
Pada hari ketiga juga, semua gadjet perlu disiapkan untuk dinilai. Pada malam hari ketiga, peserta
perlu membuat persembahan untuk malam pengakap.

Pada hari yang terakhir, peserta menamatkan kursus dengan majlis pengangguhan kursus di
ikuti dengan majlis penyampaian sijil. Secara keseluruhannya, aktiviti kursus ini berjalan dengan
lancar. Semua peserta dapat menimba pengalaman baharu hasil daripada pengalaman aktiviti kursus
ini.

Laporan disediakan oleh, 6 Mei 2018

______________________

( )

Setiauasaha Persatuan Pengakap,

IPG Kampus Tun Abdul Razak


Laporan AJK Persembahan Kursus Manikkayu Peringkat Pengenalan dan Peringkat I

Pada 12 hingga 15 April 2018 kursus kempimpinan manikayu peringkat pengenalan dan
peringkat I telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Tujuan kursus ini diadakan
adalah untuk melatih golongan remaja bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal,
intelek, sosial dan rohani. Mengikut tentatif dalam kursus ini persembahan akan dilakukan pada
malam pengakap iaitu pada 14 April 2018 yang melibatkan setiap peserta kursus dan persambahan
khas dari Persatuan Pengakap IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Persembahan yang dipilih oleh AJK Persembahan ialah nyanyian ginggang guli, diikuti dengan
tarian daling-daling dan diakhiri dengan tarian manuk-manuk. Latihan dilakukan bersama pada setiap
hari semasa kursus dijalankan agar persembahan dilakukan dengan baik dan lancar. Persembahan
yang dilakukan sangat menghiburkan dan mendapat sambutan dan sorakan daripada peserta-peserta
kursus

Secara keseluruhannya, AJK persembahan berjaya melakukan tugas dengan baik untuk
menunjukkan kualiti Persatuan Pengakap IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Laporan disediakan oleh, 6 Mei 2018

______________________

( )

AJK Persembahan Persatuan Pengakap,

IPG Kampus Tun Abdul Razak

Anda mungkin juga menyukai