Anda di halaman 1dari 17

KANDUNGAN

Muka surat
BIODATA PELAJAR

PENGHARGAAN

II

1.0 SINOPSIS

2.0 CARTA ALIR PROSES LUKISAN

3.0 JADUAL KERJA (CARTA GANTT)

4.0 LATAR BELAKANG PROJEK

5.0 PENCETUSAN IDEA


6.0 LAKARAN IDEA DAN REKAAN BENTUK

6
7

6.1 LAKARAN 1

6.2 LAKARAN 2

6.3 LAKARAN 3
7.0 LUKISAN KERJA

10
11

7.1 LUKISAN PEMASANGAN

13

7.2 LUKISAN ORTOGRAFIK

14

7.3 LUKISAN CERAIAN

15

7.4 LUKISAN MATERIAL

16

7.5 LUKISAN LIGHTING

17

7.6 LUKISAN KAMERA


8.0 SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN

18
19

9.0 STRATEGI PEMASARAN

20

10.0 REFLEKSI

22

11.0 RUJUKAN

24

LAMPIRAN

1.0

Sinopsis
Negara kita, Malaysia sedang menuju ke arah menjadikan inovasi sebagaisumber

ekonomi dengan matlamat meningkatkan daya saing bagi kemajuan dan pertumbuhan
ekonomi lestari. Malaysia ingin beranjak dari satu bentuk model ekonomi baru berpaksikan
inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi dalam usaha untuk memastikan negara dapat terus
berdaya saing dan relevan dalam persaingan ekonomi global.
Aspek inovasi dan kreativiti penting kepada negara kerana menggalakkan daya
saing, memacu pembangunan negara dan meningkatkan produktiviti kerana iapenyumbang
utama bagi peningkatan kekayaan ekonomi sesebuah negara menerusipenjimatan tenaga,
masa dan kos yang sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti, hasil kerja
serta perkhidmatan.
Dalam konteks menghadapi perubahan global Malaysia tidak ketinggalan apabila
Kerajaan bertekad untuk melaksanakan transformasi pendidikan pada tahun 2012. Dalam
ucapan bertajuk, Education transformation to createthinking generation, Perdana Menteri
berkata,
The world has changed. We need to prepare the present generation to face the
world of the future which will surely be much different from that of today.
(Mohd. Najib, 2012)
Dunia pendidikan memerlukan pensyarah-pensyarah dan juga bakal guru yang
kreatif untuk melaksanakan pembelajaran yang merangsang minda dan menggarap daya
kreativiti dan inovasi murid. Pendek kata, kreativiti dan inovasi adalah kunci kepada
kemajuan negara dan kehidupan sejahtera.
Maka, sebagai seorang bakal guru Reka Bentuk dan Teknologi, saya perlu
mempunyai daya kreativiti yang tinggi agar dapat dicontohi oleh anak murid saya. Pada
semester ini terdapat kursus Reka Bentuk Berbantukan Komputer yang menggunakan
perisian AUTOCAD untuk menjalankan tugasan. Tajuk tugasan adalah mencipta sesuatu
produk inovasi dengan menggunakan bahan kitar semula. Penghasilan produk ini adalah
bertujuan untuk meningkatkan potensi saya sebagai bakal guru dalam mengembangkan
kreativiti saya untuk mencipta sesuatu produk dengan menggunakan bahan kitar semula.

2.0 Carta Alir Proses Lukisan

Pernyataan masalah

Pencetusan Idea

Perkembangan Idea

Pemilihan Idea

Lukisan kerja

Senarai bahan yang


digunakan

Pendokumentasian

4.1Pernyataan Masalah
Sebagaimana yang telah diketahui, terdapat pelbagaibarang buangan yang masih
boleh diguna semula atau dikitar semula. Dengan kitar semula, kita dapat mengurangkan
bahan buangan, mengurangkan pencemaran dan mengurangkan pengeluaran gas rumah
hijau kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah.
Malah pada ketika ini seluruh dunia sedang berdepan dengan masalah alam sekitar
yang hampir sama.Arus pemodenan yang berkembang pesat telah memberi banyak
perubahan dan implikasi negatif kepada negara.Masalah sampah sememangnya menjadi
isu utama bagi pihak berkuasa tempatan yang terpaksa membelanjakan banyak wang untuk
aktiviti pemungutan dan pelupusan sampah sarap yang dihasilkan oleh masyarakat.
Dapatan kajian olehBerenguer (2007) di mana banyak kajian menunjukkan
masyarakat mempunyai kesedaran terhadap pelbagai masalah alam sekitar termasuklah isu
alam sekitar tempatan sehingga masalah global (pemanasan global dan penipisan ozon).
Walau bagaimanapun, tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar masih
tidak menjadi kebiasaan. Ini juga disokong oleh Ahmad, J., Mustafa, H., Abd Hamid, H., &
Abd Wahab, J. (2011)yang menyatakan bahawa kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar
dan kesedaran bahawa alam sekitar perlu dipelihara telah meningkat dalam kalangan
masyarakat, tetapi tahap penglibatan individu dalam aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam
sekitar masih di peringkat yang rendah.
Selain itu, melalui hasil pemerhatian yang telah saya lakukan, saya mendapati
pembuangan sampah dilakukan di merata-rata tempat terutamanya bagi bahan yang
mempunyai saiz yang besar seperti tayar, kerusi meja yang rosak, wooden pallet dan
sebagainya. Hal ini telah menyebabkantapak pembuangan sampah menjadi lebih luas
sehingga mencemarkan alam sekitar. Maka saya telah berpendapat bahawa jika saya dapat
menghasilkan sesuatu perabot dengan menggunakan barang-barang tersebut pasti
pembuangan sampah di merata-rata tempat dapat dikurangkan.

Pembuangan sampah di merata-rata


tempat.

Oleh itu, setiap permasalahan mempunyai penyelesaian. Kepelbagaian rekaan dan


idea untuk mencipta suatu produk yang dapat mengatasi permasalahan ini supaya lebih
mudah untuk dikendalikan dan mempunyai nila estetika.

4.2Pencetusan Idea
Berdasarkan masalah yang timbul di atas, saya telah mendapat idea dengan
menghasilkan perabot

daripada

penggunaan bahan-bahan

yang terbuang

seperti

penggabungan daripada tayardan kerusi terpakai. Perabot yang akan dihasilkan ialah kerusi
yang boleh dijadikan sebagai tempat duduk bagi semua golongan umur.Saya telah
memulakan aktiviti mengumpulkan maklumat dan data. Maklumat dan data boleh digunakan
untuk mengatasi sesuatu masalah. Data merupakan maklumat terperinci sesuatu masalah
yang boleh diperolehi daripada katalog, lembaran spesifikasi dan manual produk. Maklumat
pula berkaitan dengan produk pasaran, reka bentuk dan sumber teknologi.
Terdapat pelbagai cara untuk mengumpul maklumat. Antaranya cara untuk
mengumpul maklumat adalah:
a)

Pengalaman sendiri

Idea untuk menghasilkan perabot yang mempunyai gabungan daripada tayar terpakai dan
kerusi lama tercetus apabila keadaan kerusi yang kakinya rosak. Jika kerusi tersebut boleh
diguna pakai lagi, apakah penambahbaikan yang boleh saya lakukan untuk mengganti kaki
yang rosak. Dalam situasi ini, kerusi terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti
terhadap pembelian produk baru. Dengan ini, saya mula berfikir untuk menghasilkan sebuah
kerusi yang mempunyai gabungan dengan tayar terpakaidan sesuai untuk dijadikan tempat
duduk kepada semua golongan umur.
b)

Melayari internet

Saya juga menggunakan enjin pencarian di internet untuk melihat reka bentuk perabot yang
kreatif dengan menggunakan bahan terbuang. Terdapat pelbagai bahan buangan yang
berpotensi untuk digunakan dalam menghasilan produk baru. Bahan kitar semula memberi
faedah kepada pengguna dan juga sektor perniagaan.
c)

Pemerhatian

Membuat pemerhatian di kedai perabot. Sebagaimana yang kita tahu, syarikat perabot
banyak mengeluarkan perabot yang berkualiti, unik dan menarik serta menepati cita rasa
pengguna. Pemerhatian saya terdiri daripada pelbagai aspek, antaranya ialah ketahanan,
berat, dan juga saiz. Aspek-aspek ini menjadi ciri yang perlu saya perhatikan semasa
menggunakan semula bahan yang dikitar semula dalam menghasilkan kerusi yang kukuh.

4.3Perkembangan Idea
Perabot adalah objek yang boleh dialih dan dapat menyokong badan manusia,
tempat simpanan atau memegang objek atas permukaan yang menegak. Perabot boleh
dijadikan sebagai produk artistik dan juga dianggap sebagai seni perhiasan. Fungsi perabot
juga boleh dijadikan sebagai simbolik dan dijadikan perhiasan untuk memenuhi ruang dan
memberi keselesaan. Ia biasa diperbuat daripada pelbagai bahan iaitu besi, plastik dan
kayu.
Kerusi adalah sebahagian daripada perabot digunakan untuk duduk. Kerusi
mempunyai tempat duduk dan boleh bersandar yang biasanya untuk seorang sahaja. Kerusi
yang dapat memuatkan lebih daripada satu orang adalah sofa dan bangku. Kerusi adalah
sebuah perabot yang boleh diangkat dan senang dipindahkan.
Lakaran idea pertamaiaitu kerusi yang dihasilkan dengan menggabungkan tayar
terpakai dan kerusi yang rosak ini tercetus ketika sayamelihat tayar yang dibuang menjadi
tempat penampungan air yang boleh mengakibatkan penmbiakan nyamuk Aedes.
Justerunya, saya juga pernah melihat tayar terpakai digunakan sebagai hiasan dalam
menghiaskan mini landskap. Dengan ini, saya telah menggabungkan tayar terpakai dengan
kerusi yang kakinya rosak supaya menjadikan kerusi yang sempurna.
Selain itu, lakaran idea kedua tercetus di mana saya telah menggunakan enjin
pencarian di internet untuk melihat reka bentuk yang kreatif khususnya dalam perabot
dengan menggunakan wooden pallets. Terdapat pelbagai perabot yang dihasilkan seperti
meja, almari, sofa dan sebagainya dengan menggunakan wooden pallets terpakai. Dengan
ini, saya bercadang menghasilkan kerusi dengan menggunakan wooden pallet.
Lakaran idea ketiga pula tercetus daripada menggunakan meja rosak yang kakinya
diperbuat daripada paip besi dengan menghasilkan kerusi. Paip besi juga boleh diguna
pakai dengan menghasilkan produk baru.
Sebenarnya, ketiga-tiga lakaran ini juga boleh dijadikan sebagai kemudahan
permainan seperti buaian di taman permainan dengan hanya memasang tali besi di keduadua sisinya. Ketiga-tiga lakaran ini mempunyai saiz yang sesuai untuk dijadikan buaian.
Dengan ini, di antara ketiga-tiga lakaran yang telah saya lakukan, saya membuat
keputusan untuk memilih lakaran pertama kerana lakaran tersebut lebih mudah dipasang
dan diselenggara. Nama produk tersebut dinamakan sebagai Kerusi Two in One.

6.0 Analisis SWOT Produk Inovasi - Kerusi Two in One

Kekuatan (Strenghts)
Kekuatan Kerusi Two in One ini sesuai digunakan oleh semua golongan umur.
Produk ini yang dihasilkan mampu menjimatkan kos dalam membeli kerusi yang baru.
Hanya memotong kaki kerusi yang rosak dan mengganti dengan tayar terpakai juga boleh
menghasilkan produk yang baru.Semua pengguna boleh mendapatkan keselesaan ketika
duduk di atas kerusi tersebut.
Selain itu, produk ini juga selamat digunakan kerana ketahanannya sangat baik.
Tapak kerusi yang dihasilkan dengan menggunakan tayar terpakai dapat mengurangkan
tekanan semasa menduduk dan kerusi yang digunakan juga boleh menyandar dengan
selamatnya.

Oleh itu, Kerusi Two in One ini sesuai digunakan oleh semua golongan

termasuk berbadan besar.

Kelemahan (Weakness)
Walaupun banyak kebaikan, namun produk ini masih lagi mempunyai kelemahan
yang harus dibaiki dan perlu dipandang serius. Antara kelemahan produk ini ialah dari segi
tekanan angin dalam tayar terpakai. Tayar terpakai yang digunakan mempunyai jangka
hayat yang pendek. Hal ini disebabkan tekanan angin tayar akan hilang pada sesuatu masa
dan jika pengguna tidak pam tayar daripada had yang tertentu boleh mengakibatkan tayar
menjadi haus sehingga mengalami kerosakan.
Selain itu, pengguna juga akanmengalami masalah dalam memindahkan Kerusi Two
in One kerana produk ini mempunyai saiz yang agak berat. Pengguna tidak boleh
mengalihkan produk ini dengan senangnya.

Peluang (Opportunities)
Produk ini juga mempunyai potensi yang tinggi untuk dikomersial seperti produk lain
di pasaran. Ini kerana bahan yang digunakan adalah bahan kitar semula. Ia berhubungan
dengan Kerusi Two in One yang merupakan salah satu perabot yang menjadi permintaan
bagi pengguna. Selain itu, produk yang dihasilkan akan ditambah lagi seperti corak, bentuk
dan saiz. Dengan mempelbagaikan pilihan, produk akan meningkatkan lagi supaya lebih
sesuai digunakan di mana-mana tempat.

Ancaman (Threat)
Akhir sekali, dalam analisis SWOT ini, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko.
Secara tidak langsung kami dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu
masalah atau halangan yang timbul. Ancaman yang berkemungkinan berlaku bagi Kerusi
Two in Oneialahreka bentuknya yang tidak menarik seperti kerusi yang sedia ada di
pasaran. Reka bentuknya yang tidak menarik kemungkinan tidak dapat menarik golongan
pengguna untuk membelikannya.
Selain itu, produk ini mudah ditiru oleh masyarakat. Hal ini disebabakan bahan yang
digunakan adalah berdasarkan bahan kitar semula dan boleh digantikan pada bila-bila
masa. Dengan ini, produk yang dihasilkan tidak mempunyai nilai yang tinggi.
Kesimpulannya, produk Kerusi Two in One haruslah sentiasa dipertingkatkan
dengan pelbagai inovasi supaya pembaharuan dapat dilakukan sejajar dengan impian dan
kehendak pengguna. Segala kelemahan dan ancaman haruslah diambil kira untuk
memudahkan proses penambahbaikan sesebuah produk.

7.0 Senarai Bahan yang digunakan


Bil

Nama bahan

Kegunaan

.
1

Tayar terpakai

Digunakan sebagai tapak kerusi.

Kerusi

Digunakan untuk tempat duduk.

Medium Density Board (MDF)

Digunakan sebagai penutup permukaan


tayar.

Bolt and nut

Untuk mengikat bahagian MDF dengan


tayar terpakai.

10.0 Refleksi
Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia, saya berasa gembira kerana saya telah
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan RBT 3142 ini memfokuskan kepada
penggunaan perisian AutoCAD. Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak ilmu dan input
telah saya pelajari dan ianya memberikan saya banyak pengetahuan berguna untuk
dipraktikan.
Melalui tugasan ini, saya dapat menghasilkan satu produk inovasi melalui
penggunaan perisian AutoCAD. Walaupun bukan menghasilkan produk tersebut secara
bahan maujud, tetapi saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari cara
mereka bentuk produk yang serupa benar melalui penggunaan AutoCAD.
Pada mulanya, saya menghadapi masalah untukmenghasilkan tugasan kerana
pembelajaran menggunakan AutoCADmemerlukansaya untuk memahami dan mendalami
setiap fungsi yang terhadap dalam AutoCADini kerana AutoCAD merupakan satu
pembelajaran

yang

rumit

dan

memerlukanperhatian

yang

khusus

supaya

dapat

memahaminya. Saya dikehendaki menghasilkan satu produk inovasi daripada penggunaan


bahan kitar semula. saya telah melayari internet untuk mendapatkan idea tetapi masalah
yang saya hadapi adalah cara menggunakan AutoCADuntuk menghasilkan lukisan produk.
Dengan ini, saya sebagai bakal guru, adalah menjadi tanggungjawab guru untukbelajar
carapembelajaran kendiri dengan melayari youtube untuk belajar cara melukis sesuatu
bahan.

Saya juga mengesan bahawa sikap seseorang termasuklah saya perlu rajin dan
sanggup belajar sesuatu supaya dapat mahir dalam menggunakan perisian AutoCAD.
Melalui pelaksanaan kerja kursus ini, saya dapat menanam minat saya dalam menggunakan
perisian AutoCAD. Selama ini, saya berfikir bahawa saya tidak mampu menggunakan
perisian AutoCAD dalam melukis lakaran kerja kerana saya berpendapat bahawa saya tiada
bakat dalam menggunakan perisian AutoCAD. Namun, pendapat saya terbukti silap apabila
saya mampu menyiapkan lakaran idea seperti yang saya ingini. Oleh itu, saya lebih yakin
dengan kemahiran diri sendiri dan berfikiran saya berubah menjadi lebih optimistik
berbanding sebelum saya melaksanakan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja
kursus ini terutamanya ketika saya mencari youtube tentang cara melukis tayar 3D bagi
melengkapkan lakaran idea. Saya menghadapi masalah ketika melukis tayar 3D dengan
menggunakan perisian AutoCAD. Oleh yang demikian, saya terpaksa bersabar untuk belajar
daripada video dari satu langkah diikuti dengan satu langkah bagi menghasilkan lakaran
idea yang cantik. Hasil daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini
atas titik peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas
semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling membantu antara satu sama lain
terutamanya dalam bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat bagi idea produk inovasi
bahan kitar semula. Dengan ini, hubungan saya antara rakan-rakan seperjuangan juga
semakin erat dan kukuh secara tidak langsung.
Di samping itu, saya juga mendapati bahawa kemahiran berkomuniaksi memainkan
peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Apabila seorang guru
menggunakan kemahiran berkomunikasi yang betul terhadap muridnya, dapat menghasil
suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran
tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. Semasa saya menghadapi dalam
lukisan lighting, rakan saya sanggup mengajar langkah melukis lighting dengan nada suara
yang lembut walaupun pada masa ketika itu beliau juga menghadapi masalah dalam lukisan
AutoCAD. Oleh itu, saya berpendapatan bahawa komunikasi dan interaksi merupakan kunci
penting dalam kejayaan guru apabila berhadapan dengan mana-mana pihak yang terlibat
secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di luar kawasan
kelas.
Antara kekangan saya dalam melaksanakan tugasan ini ialah saya hendak
meluangkan masa yang banyak untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh kerana kekurangan
kemahiran dan latihan dalam melukis sesuatu melalui penggunaan perisian AutoCAD, saya
perlu pandai menguruskan masa saya supaya menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang
ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, saya tidak boleh menangguhkan kerja pada hari
keesokkan kerana kerja yang tangguh tidak dapat menghasilkan kerja yang bermutu di
samping boleh mengakibatkan tekanan pada diri sendirinya.

Sesungguhnya, melalui tugasan ini juga, saya telah menyedari bahawa saya perlu
menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin. Memetik kata-kata seorang pensyarah
saya, setiap orang termasuklah guru mestilah seorang yang berilmu tinggi dan rajin
membaca. Dengan adanya ilmu yang tinggi, guru dapat memberikan kefahaman kepada
pelajar. Ilmu yang ada mestilah dikongsikan dengan pelajar tanpa mengharapkan balasan.
Oleh itu, dengan adanya keikhlasan dalam hati, saya mempunyai impian untuk berusaha
menyentuh hati anak didiknya dan sekaligus berjaya menyediakan anak-anak didiknya untuk
berhadapan dengan dunia sebenarnya.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah subjek Reka Bentuk Berbantu Komputer, EncikAhmad Shafarin bin
Shafie. Beliau telah memberikan tunjuk ajar serta panduan yang berguna kepada kami
semua untuk menyiapkan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih

9.0 Strategi Pemasaran


Memasarkan produk baru memang tidak mudah, apalagi jika produk tersebut belum dikenal
masyarakat.Untuk mencapai tahap jualan yang maksimum, strategi pemasaran merupakan
faktor penting penentuan tersebut. Berikut merupakan strategi pemasaran yang perlu saya
terapkan untuk meningkatkan jualan produk Kerusi Two in One.

Produk
Di

era

pemasaran

yang

banyak

persaingan

pada

masa

ini,

keupayaan

mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran.
Produk yang dijual dalam pasaran merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran
yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan
mempunyai faedah yang boleh memuaskan kehendak pengguna.
Asasnya, isu terpenting mengenai produk ialah ianya perlu menetapi keperluan,
kemahuan dan harapan pengguna. Di sini, ciri-ciri produk Kerusi Two in One ialah:
a) Mempunyai ciri ketara, iaitu boleh dilihat seperti saiz, berat serta harga. Produk
Kerusi Two in One mempunyai saiz dan berat yang tertentu mengikut bahan yang
digunakan iaitu tayar terpakai dan kerusi besi. Harga produk ini adalah berpatutan
dan pengguna tidak membuang masa untuk membuat perbandingan harga.
b) Produk Kerusi Two in One sesuai untuk semua golongan termasuk berbadan besar.
c) Produk Kerusi Two in One dihasilkan daripada penggunaan bahan kitar semula
untuk menjimatkan kos.

Harga
Harga merupakan aspek penting kepada pembeli dan penjual. Bagi pengguna, harga
ialah nilai pertukaran bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan. Manakala bagi penjual,
harga ialag suatu sumber pendapatan yang dihasilkan melalui jualan. Dengan ini, strategi
penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran penjual bahawa faktor harga
berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan
sesuatu produk.
Sebelum membentuk sesuatu harga, saya mesti membuat keputusan tentang
objektif harga. Kebanyakan perniagaan mengadakan sistem penentuan harga yang tertentu
untuk barangannya bagi mencapai sesuatu objektif. Objektif utama dalam penentuan harga
adalah meningkatkan jualan serta meningkatkan keuntungan.
Untuk mencapai objektif ini, saya perlu mengadakan strategi untuk menarik
pelanggan seperti penggunaan kupon diskaun adalah satu kaedah untuk meningkatkan
jualan sesuatu produk dan seterusnya meningkatkan keuntungan.

Promosi
Promosi atau juga dikenali sebagai komunikasi pemasaran ialah proses untuk
mempengaruhi seseorang dengan berkongsi idea, maklumat dan perasaan. Usaha-usaha
yang dilakukan oleh pemasar untuk berkomunikasi dengan sasaran pengguna dikenali
sebagai promosi. Dalam strategi promosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan
produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah
promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya
membuat keputusan untuk menggunakan produk.

Tanpa aktiviti promosi, pemasaran

produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap
kompetitif yang dikehendaki di pasaran. Untuk menarik pengguna membeli produk
bukannya tugas yang mudah.
Saya akan menggunakan pengiklanan sebagai promosi produk Kerusi Two in One.
Tujuan mengadakan promosi adalah untuk mendapatkan perhatian, memujuk dan
menyakinkan pengguna supaya membeli produk Kerusi Two in One. Sebagai contoh,
pengiklanan melalui internet sesawang, surat khabar dan katalog sebagai faktor penyebaran
maklumatkepada produk Kerusi Two in One dan seterusnya mempengaruhi pengguna
mencuba produk tersebut.

Pengedaran
Sesuatu produk yang canggih reka bentuknya, dipromosikan dengan hebat dan
mempunyai harga yang menarik tidak akan memberi kepuasan kepada pengguna sekiranya
produk tersebut tidak diagihkan secara meluas. Pengedaran atau kadang-kadang
diistilahkan sebagai pengagihan adalah satu proses memindahkan barangan dari pusat
pengeluaran kepada pembeli di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh mereka. Dengan ini,
dalam setiap pengedaran, saya perlu memastikan bahawa produk yang diedarkan tidak
mengalami kerosakan ketika proses pemindahan.
Selain itu, dam menentukan jenis pengangkutan terbaik untuk digunakan bagi tujuan
pengedaran, saya juga perlu mempertimbangkan beberapa faktor penting seperti jenis
barangan, lokasi pembeli, kecepatan hantaran dan kos pengendalian serta pengangkutan.
Dengan ini, menawarkan produk yang betul, di tempat/lokasi yang betul dan pada
masa yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada
keberkesanan

saluran-saluran

pengedaran

yang

ditetapkan.

Bagaimana

ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.

produk

Rujukan
Ahmad, J., Mustafa, H., Abd Hamid, H., & Abd Wahab, J. (2011). Pengetahuan, Sikap dan
Amalan Masyarakat Malaysia Terhadap Isu Alam Sekitar. Jurnal Akademik, 81(3), ms.
103-115
Berenguer, J. (2007). The effect of empathy in proenvironmental attitudes and behaviours.
Journal of Environment & Behaviour 39(2): 269-283
Jamaluddin Mohd Taib, Khairul Anwar Hanafiah & Mohd Fadzil Daud. (2006). Reka bentuk
berbantu komputer asas pemodelan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Kasim Abdul Jalil. (2000). Proses dan kaedah reka bentuk. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Subri Abu Kassim (2009). Teknologi binaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai