menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Kata Ganti Nama Tanya siapa, apa dan mana digunakan juga sebagai kata tanya. Contoh – Contoh Kata Tanya
Bila - menanyakan masa.
- menanyakan jumlah Berapa atau bilangan.
Mengapa - menanyakan sebab.
- menanyakan cara atau
Bagaimana keadaan. Ayat BILA 1. Bilakah bas ekspres ini akan bertolak ke Ipoh ?
2. Bilakah dia balik dari Jepun ?
BERAPA 1. Berapakah harga setin Milo ?
2. Berapakah jumlah penduduk Malaysia ?
MENGAPA 1.Mengapakah cuaca semakin panas ?
2. Mengapakah kanak – kanak itu tiba – tiba
menjerit ? BAGAIMANA 1. Bagaimanakah hubungan antara mereka berdua ?
2. Bagaimanakah keadaan kesihatan ibu
kami ? PANDUAN Kata tanya boleh hadir di akhir ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Contoh : 1. Harga ikan itu berapa ? 2. Mereka sampai bila ? Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya hendaklah disertai partikel “kah”.
Contoh : 1. Berapakah harga ikan itu ? 2. Bilakah mereka sampai ? Jika kata tanya digunakan dalam ayat penyata, partikel “kah” tidak diperlukan.