Anda di halaman 1dari 1

ARAHAN : SALIN KARANGAN INI DI DALAM BUKU TULIS BAHAGIAN C.

Karangan lengkap.

Tajuk : Makanan Selamat


Keselamatan makanan perlu diutamakan oleh semua orang. Terdapat pelbagai cara yang harus
dilakukan.
Antaranya, kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas menyediakan
makanan. Kita perlu mencuci peralatan dapur supaya kemas dan bersih.
Selain itu, makanan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut perlu diasingkan
daripada makanan yang belum dimasak. Pengguna perlu gunakan bekas yang sesuai untuk
mengelakkan makanan bercampur.
Seterusnya, kita perlulah memaasak makanan dengan sempurna terutamanya daging,
ayam dan telur. Hal ini dapat membunuh bakteria yang merbahaya.
Di samping itu, kita janganlah mengambil makanan yang tamat tarikh luput. Hal ini akan
mengakibatkan keracunan makanan.
Kesimpulannya, kita haruslah mematuhi keselamatan makanan supaya keluarga kita
dapat menjalani kehidupan yang sejahtera. Keselamatan makanan haruslah dijadikan amalan
dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai