Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

PPG AMBILAN JUN 2011


KE PANTAI TELOK GOREK CAMP SITE & CHALET, MERSING, JOHOR

RABU, 27 JULAI 2011

Kali ini merupakan kali kedua saya menjalani Program Bina Insan Guru
(BIG). Sebelum itu, saya pernah menjalani Program BIG semasa belajar di
MPTAA. Pada pukul 8.00 pagi, semua rakan telah berkumpul di tapak perhentian
bas sebelah Dewan Budiman untuk sesi taklimat sebelum bergerak ke Pantai
Teluk Gorek, Mersing.

Selepas taklimat, semua peserta PPG mengangkat beg dan barangan


masing-masing ke dalam bas IPGTHO untuk dibawa ke Pantai Teluk Gorek,
Mersing. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menaiki bas kerana
bilangan peserta yang ramai. Sebelum bertolak, kami juga berhenti di stor sukan
maktab untuk membawa bekalan air mineral yang diperuntukkan ke sana.

Dalam perjalanan ke destinasi perkhemahan, kami berhenti di dua stesen


untuk menjamu selera dan membungkus makanan. Pada kira-kira pukul satu
petang, kami berjaya sampai ke Pantai Teluk Gorek Mersing, tapak
perkhemahan program Bina Insan Guru Siri ke -5.

Pada pukul 1.30 petang, semua peserta menerima arahan supaya


mendirikan khemah. Untuk tujuan aktiviti ini, pelajar diminta mendirikan khemah
bersama rakan-rakan bagi memupuk nilai kerjasama dalam satu pasukan. Bagi
guru lelaki, mereka dikehendaki mendirikan khemah di tepi pantai manakala pula
guru perempuan dikehendaki mendirikan khemah di sebelah belakang tempat
memasak.

Setelah khemah siap didirikan, semua peserta dikehendaki berkumpul di


dewan tapak perkhemahan. Taklimat tentang cara dan panduan ketika
kecemasan dan juga Asas Bantu Mudah dikendalikan oleh komandan. Kami juga
dibahagikan dalam empat kumpulan mengikut sebutan nombor. Penghulu dan
penghuluwati telah dipilih untuk melancarkan program perkhemahan kali ini.
Setiap kumpulan diberi tugasan untuk memasak secara bergilir-gilir bagi semua
peserta dan para pensyarah serta jurulatih.

Kami menjalankan aktiviti keyakinan di air selepas taklimat. Kami diajar


cara yang betul dan langkah-langkah keselamatan semasa berada di dalam air
laut. Kami telah belajar pelbagai cara berenang seperti mengapungkan diri,
memusingkan badan dalam air, berbaring di permukaan air dan cara bangunkan
diri. Aktiviti ini amat menyeronokkan. Terdapat juga ahli kumpulan yang terlibat
dengan pengurusan makanan dan yang mengandung tidak dapat mengikut
bersama. Mereka bertanggungjawab dan sibuk menyediakan makan malam di
dapur. Setelah aktiviti di air tamat, semua pelajar diminta mengurus diri serta
bersedia untuk bersolat di surau.

Pada pukul 8 malam, makanan telah siap dihidangkan. Semua peserta


makan bersama dengan para pensyarah dan jurulatih. Selepas makan, kami
diminta mengemas dan membasuh sendiri pinggan dan cawan yang telah
digunakan. Ini adalah bertujuan untuk mendisiplinkan kendiri para pelajar.

Selepas makan malam, para peserta diminta ke dewan bagi aktiviti LDK
yang dikelolakan oleh kaunselor wanita. Aktiviti LDK ini adalah aktiviti Ice
Breaking. Dalam aktiviti ini, kami digalakkan untuk mengenali semua kawan-
kawan dan diminta berkumpul mengikut tahun kelahiran. Guru-guru kemudian
diminta memperkenalkan diri bagi memupuk semangat keberanian masing-
masing.

Aktiviti LDK tamat pada pukul 11.15 malam, dan semua peserta telah
diminta berkumpul semula bagi sesi taklimat aktiviti pada keesokan hari.
Taklimat berakhir pada pukul 12.00 pagi dan para peserta program diminta
membuat rakit mengikut kumpulan dengan bahan-bahan yang disediakan. Rakit
yang dibuat mengikut kreativiti masing-masing dan kerjasama antara ahli
kumpulan tetapi dengan syaratnya mesti kukuh semasa aktiviti kayak nanti.
Setelah rakit siap dibina, para peserta diberi masa untuk berehat bagi
aktiviti keesokkan harinya. Terdapat beberapa kumpulan peserta lelaki yang
ditugaskan untuk mengawal kawasan tapak perkhemahan secara bergilir-gilir
untuk tujuan keselamatan.

KHAMIS, 28 JULAI 2011

Aktiviti pada hari kedua bermula seawal pukul 5.30 pagi apabila para
peserta bangun untuk menyediakan sarapan pagi dan peserta muslim pula
menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Pada pukul 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di kawasan perhimpunan


bagi upacara menaikkan bendera, menyanyikan lagu-lagu patriotik termasuklah
lagu Negaraku, negeri Johor dan Lagu Institut dan kemudian melakukan aktiviti
senaman pagi. Semua peserta diminta untuk melakukan senaman ringan
mengikut rentak muzik yang disediakan dan demostrasi daripada pensyarah.

Selepas senaman pagi dilakukan, para peserta menikmati sarapan yang


telah disediakan dan diminta makan dalam bentuk kumpulan bagi memupuk rasa
hormat-menghormati dan nilai kesederhanaan.

Kemudian pada pukul 8.30 pagi, semua peserta diminta berkumpul untuk
menjalankan aktiviti darat dan aktiviti air. Kami menjalankan aktiviti kembara
bersama-sama dengan tuitor mengikut kumpulan. Perjalanan ini agak mencabar
dan memenatkan.

Dalam aktiviti jungle tracking, peserta akan mendaki dan menuruni bukit
serta meredah hutan. Semasa aktiviti ini, kami diminta untuk menghayati
keindahan alam dan menghormati serta memelihara alam sekitar daripada
aktiviti-aktiviti yang haram dan tidak sihat. Setiap kumpulan juga diminta untuk
mengumpul lima jenis daun tumbuhan serta menyenaraikan nama dan
kegunaannya. Apabila sudah sampai ke kaki bukit, para peserta juga
dikehendaki meredah rintangan-rintangan seperti anak sungai, jambatan tunggal
dan sebagainya.

Setelah kembali ke tapak perkhemahan, kami sambung dengan aktiviti


berkayak dengan rakit yang dibuat oleh kumpulan masing-masing. Penerangan
telah diberi oleh jurulatih sebelum aktiviti dijalankan. Para peserta diminta
memakai jaket keselamatan bagi menjamin keselamatan dan langkah awal bagi
menghadapi masalah yang tidak diingini.

Dalam aktiviti ini, semangat bekerjasama dan kegigihan antara ahli


kumpulan amat diperlukan supaya berjaya mengerakkan rakit ke laut. Lebih-lebih
lagi. ombak yang kuat melanda menjadikan kami sukar untuk mengerakkan rakit
ke tengah laut. Di samping itu, kami juga dapat menilai rakit kumpulan mana
yang paling kukuh ikatannya.

Lebih kurang pukul 1.30 petang, kami dilepaskan untuk makan tengah
hari dan menguruskan diri selepas aktiviti lasak. Pada pukul 3.30 petang, kami
diberi taklimat untuk menyediakan persembahan pada malam kreativiti. Aktiviti ini
bertujuan memupuk semangat kepimpinan ketua kumpulan, membina semangat
kekitaan antara ahli kumpulan, bahkan juga dapat memupuk semangat
keberanian dan kreativiti para peserta.

Setelah persiapan diri dan makan malam disiap sediakan, peserta


teruskan berlatih dalam kumpulan masing-masing untuk aktiviti persembahan
pada malam ini. Setelah peserta muslim selesai menunaikan solat, kami
berkumpul di dewan tapak perkhemahan untuk majlis makan malam dan aktiviti
pesembahan oleh kumpulan-kumpulan.

Peserta-peserta kumpulan telah mempersembahkan aktiviti yang


mengandungi gabungan daripada unsur iklan, cerita dan nyanyian dengan
menarik. Para peserta dan pensyarah telah memberikan tepukan yang gemuruh
terhadap persembahan yang ditunjukkan.

Aktiviti persembahan tamat pada pukul 12 malam dan semua peserta


diminta berehat.
JUMAAT, 29 JULAI 2011

Aktiviti pada hari ketiga juga bermula seawal pukul 5.30 pagi apabila para
peserta bangun untuk persiapan diri, menyediakan sarapan pagi dan
menunaikan solat subuh.

Pada pukul 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di kawasan perhimpunan


bagi upacara menaikkan bendera, menyanyikan lagu-lagu patriotik dan
melakukan aktiviti senaman pagi. Semua peserta diminta untuk melakukan
senaman ringan mengikut rentak muzik yang disediakan seperti biasa. Tetapi
kali ini aktiviti senaman direka oleh peserta sendiri dan ditunjukkan di atas
pentas.

Selepas senaman pagi, semua peserta menikmati sarapan bersama


pensyarah dan jurulatih. Pada pukul 9 pagi, semua peserta diminta berhimpun
untuk taklimat. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengemas
barang-barang perkhemahan. Pembersihan kawasan tapak perkhemahan dan
persiapan untuk pulang termasuklah membuka khemah, menyimpan segala
peralatan memasak.

Sementara menunggu ketibaan timbalan pengarah institusi, kami telah


mengadakan sesi refleksi. Dalam sesi refleksi ini, peserta-peserta BIG telah
menyatakan perasaan, komen dan kritikan terhadap segala aktiviti yang telah
dijalankan. Pelbagai pandangan dan penambahbaikan telah disuarakan oleh
para peserta.

Pukul 10.30 pagi adalah ketibaan timbalan pengarah institusi, En Koh Kok
Hwee dan disambut oleh kem komandan beserta jurulatih-jurulatih. Perasmian
penutupan oleh timbalan pengarah telah menunjukkan kesempurnaan
perkhemahan kami kali ini. Upacara menurunkan bendera dan menyanyikan lagu
patriotik dijalankan.

Akhirnya, bas tiba pada jam 12.30 tengah hari. Pada masa itu, kami
bekerjasama mengangkat semua peralatan ke dalam dua bas yang telah
disediakan. Kemudian, kami dengan berat hatinya telah meninggalkan tapak
perkhemahan ini. Sesungguhnya, banyak kenangan dan pengalaman baru yang
kami telah pelajari di sini.

Setelah 4 jam berada di atas bas, akhirnya kami telah sampai di IPG THO.
Tanpa melengahkan masa, kami telah memindahkan segala peralatan di dalam
bas ke dalam stor. Selepas itu, kami pulang ke rumah masing-masing untuk
berehat.

MANFAAT AKTIVITI KEPADA PESERTA


Peserta-peserta megetahui dan mempelajari sesuatu yang baru melalui kesilapan
dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah dan jurulatih.
Para peserta didedahkan kepada proses pengelolaan dan pengurusan bagi
menjayakan aktiviti yang berlangsung sepanjang program perkhemahan ini.
Para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada melalui aktiviti
yang telah dirancangkan.
Peserta-peserta juga telah diberi kesedaran supaya menghargai alam sekitar dan
memeliharanya.
Sepanjang aktivitii dijalankan, kualiti kepimpinan juga telah ditonjolkan secara
tidak langsung serta penerapan nilai-nilai murni yang menepati
matlamat falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan individu secara
menyeluruh dan membangun dari segi jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial.
Melalui program sukan rekreasi seperti ini juga, secara tidak langsung para
peserta ditekankan pengurusan masa dan disiplin.

Disediakan oleh,


( LEE PECK GUAT )
PPG MTE KUMP 3
NGA

Anda mungkin juga menyukai