Anda di halaman 1dari 35

PENGENALAN

Rancangan Mengajar ialah rancangan mengajar yang disediakan oleh guru sebelum masuk
kelas. Dengan berpandukan rancangan mengajar guru dapat membuat persediaan awal yang
mencukupi sebelum mengajar sesuatu topik pelajaran. Rancangan Mengajar Harian mengandungi
sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, hasil pembelajaran, cara bagaimana hendak
mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
Selain itu, dengan adanya penyediaan rancangan mengajar, guru dapat menyediakan
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan sesuai dengan tahap kebolehan
murid. Ini dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
Tambahan pula, guru dapat mengkaji dan merancang isi pelajaran sesuai dan hasil
pembelajaan

yang

hendak

dicapai

dalam

kalangan

murid

sebelum

memulakan

sesi

pengajarannya. Sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat


persediaan awal seperti membuat rujukan, mencari maklumat tambahan yang berkaitan dan
membuat nota mengajar untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Dengan adanya rancangan mengajar, guru juga dapat menggunakan masa pengajaran dan
pembelajarannya dengan secara optimum. Ini mengelakkan pembaziran masa kerana guru telah
mengetahui langkah-langkah pengajaran dan pembelajarannya mengikut prosedur yang telah
dirancangkan. Guru dapat mengurus dan membahagi masa pengajaran dan pembelajaran dengan
teratur untuk menjalankan aktiviti berpusatkan murid, aktiviti pengukuhan dan pembelajaran murid.
Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan maujud dalam
penyampaian isi pelajaran sesuatu topik. Bahan maujud yang menarik dan berwarna-warni serta
berkaitan dengan kehidupan anak murid juga dapat menarik perhatian dan tumpuan murid-murid
untuk belajar. Dengan ini, deria murid dapat dirangsangkan. Jadi, murid-murid akan dapat
memberi tindak balas yang sepatutnya. Dengan adanya bahan konkrit, penyampaian isi pelajaran
dan penjelasan guru lebih berkesan. Dengan ini, objektif pembelajaran lebih mudah dicapai.

RANCANGAN MENGAJAR

11

Tarikh

: 16/3/2014

Hari

: Ahad

Kelas

: Tahun 2

Mata Pelajaran

: Matematik

Kehadiran

: 11/11 orang

Masa

: 8.00pagi 9.00pagi

Bidang Pembelajaran

: Sukatan dan Geometri

Tajuk

: Ruang

Standard Kandungan

: Murid dibimbing untuk:


13.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)

Standard pembelajaran

: Murid berupaya untuk:


(i) Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian.

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat :


1. Murid dapat menamakan bentuk tiga dimensi berdasarkan
huraian dengan betul dan tepat

Pengetahuan sedia ada

: 1. Murid-murid telah dapat menamakan bentuk kuboid, kubus,


kon, piramid, kon, silinder dan sfera berdasarkan model.

Elemen merentasi kurikulum : a) Kemahiran berfikir menjana idea, hubungkait dan


membanding beza, merumus
Elemen Keusahawanan
EK 1: 1.4 Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan
menghasilkan banyak idea

Nilai dan Sikap

: kerjasama, mematuhi arahan, berani

Bahan, peralatan dan

: Meja murid, 1 Set model bentuk 3D , kad manila, Lembaran kerja

Bahan Sumber

Fasa

seperti Lampiran.

Isi Kandungan

Aktiviti pengajaran dan

Nota / Catatan
12

pembelajaran
1.
1. Persediaan
Pemerhatian dan
Analisis
5 minit

Arahan guru dan

1. Guru meminta murid supaya

pertanyaan guru.

tunjukan permukaan atas,

i. Cuba kamu rasa


permukaan atas, tepi dan
bucu meja kamu dengan
tapak tangan.

2. Tajuk Ruang dan bentuk 3D

1. Set model bentuk 3D

aktiviti yang dilakukan.


4. Guru memperkenalkan tajuk

1. Guru mengeluarkan satu set

ditunjukkan satu demi satu


untuk memperkenalkan ciriciri pada setiap bentuk 3D.
permukaan rata
bucu
sisi
Kubus

Kuboid
permukaan
melengkung
Silinder

masing-masing.
3. Guru meminta murid

hari ini.

diperkenalkan.

Sintesis Idea
20 minit

pemerhatian pada meja

ABM/BBM :
Meja Murid

berbincang berdasarkan

ii. Apa yang kamu rasa?

2. Imaginasi
Penjanaan Idea

tepi dan bucu meja.


2. Murid merasai dan membuat

KBKK:
Menjana idea
Mengbubungkait

model bentuk 3D di hadapan


murid.
2. Guru menunjukkan setiap
model bentuk 3D dan
meminta murid menyatakan
ciri-ciri pada setiap model
bentuk 3D seperti di bawah:
Kubus
Kuboid
Silinder
Piramid
Kon
Sfera

KBKK:
menghubungkait
ABM/BBM :
Set model bentuk
3D,
Kad manila dan
kad perkataan ciriciri bentuk 3D,
Lembaran kerja
1& 2
Nilai murni:
mematuhi arahan

3. Guru meminta murid


melabelkan ciri-ciri pada
model bentuk 3D yang
dilukis dalam kad manila.
4. Murid diminta menamakan

Piramid

bentuk 3D dan senaraikan


ciri-ciri bentuk 3D seperti
Lembaran Kerja 1 dan
Lembaran Kerja 2.

Kon

13

Sfera
2. Labelkan ciri-ciri pada
bentuk 3D dan namakan
bentuk 3D seperti Lembaran
Kerja 1 dan Lembaran Kerja
2.
3. Perkembangan
Penambahbaikan
20minit

1. Sila bergerak ke dalam

1. Guru mengagihkan murid

KBKK:

kumpulan masing-masing.
2. Ketua kumpulan sila data ke

kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan

menghubungkait

hadapan untuk mengambil 2


model bentuk 3D.
3. Perhatikan setiap model

2 model bentuk 3D.


3. Guru meminta murid
berbincangan dan

bentuk 3D yang kamu miliki.

membilang permukaan rata,

Kemudian, bincangkan

permukaan melengkung, sisi

bilangan permukaan rata,

dan bucu bagi setiap model

permukaan melengkung, sisi


dan bucu.
4. Ketua kumpulan datang ke
hadapan untuk bentangkan
hasil perbincangan kamu.
5. Rekodkan semua hasil
setiap kumpulan dalam

yang dibekalkan.
4. Ketua kumpulan diminta
keluar untuk
membentangkan hasil

ABM/BBM :
Set model bentuk
3D
Kad Perkataan
ciri-ciri bentuk 3D
Lembaran Kerja 3
Nilai murni:
mematuhi arahan,
berani,
bekerjasama

perbincangan kumpulan
kepada kelas dengan
memberi penerangan dengan

jadual yang diberikan.


Lembaran Kerja 3.

menggunakan model bentuk


3D.
5. Setiap murid diminta
catatkan hasil kumpulan
pada jadual di Lembaran
Kerja 3.

4. Tindakan
Pelaksanaan
Amalan
Berterusan
10minit

1. Berdasarkan perbincangan,
selesaikan

tugasan

yang

diberi berdasarkan huraian.


Lembaran Kerja 4.

1. Guru mengedarkan

KBKK: menjana

Lembaran Kerja 4.
2. Murid menamakan bentuk

idea, membanding

3D berdasarkan huraian
yang diberikan.

beza
ABM/BBM :
Lembaran Kerja 4
Nilai Murni:
Mematuhi arahan
14

5. Refleksi
5minit

1. Apakah

yang

telah

kita

pelajari pada hari ini?

1. Guru merumuskan

KBKK: merumus

pembelajaran hari ini


bersama-sama murid.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan pada lembaran kerja dan
keupayaan murid mengenal pasti bentuk 3D berdasarkan huraian dengan betul.

Nilai dan sikap

Terapkan sifat berani, bekerjasama, mematuhi arahan semasa aktiviti kumpulan dan
P&P.

Lembaran Kerja 1/

BAHAN CETAK

NAMA MURID :____________________


Labelkan bentuk tiga dimensi berikut.

permukaan rata
sisi

bucu

permukaan melengkung

15

Lembaran Kerja 2/
NAMA MURID ;____________________
Namakan bentuk tiga dimensi berikut.

piramid
kubus

sfera
kon
kuboid
silinder

16

Bentuk tiga dimensi dengan

Bentuk tiga dimensi dengan

permukaan rata

permukaan melengkung

A)

A)

B)

B)

C)

C)

Lembaran Kerja 3/
NAMA MURID ____________________
Lengkahkan jadual berikut .
Bentuk 3D

Bilang
Permukaan
Rata

Bilangan
Permukaan
Melengkung

Bilangan Sisi

Bilangan
Bucu

17

Lembaran Kerja 4 /
NAMA MURID ____________________
Namakan bentuk 3D berikut berdasarkan huraian yang diberi.

Penerangan

Nama Bentuk
3D
18


Bentuk ini mempunyai satu permukaan

melekung.

Tiada bucu dan sisi.


Bentuk ini mempunyai 6 permukaan rata 6
yang berbentuk segiempat tepat.

Bentuk ini mempunyai 4 permukaan rata 4


berbentuk segitiga, 8 sisi dan 5 bucu.

Bentuk ini mempunyai satu permukaan

melekung, 2 sisi dan tiada bucu.

Bentuk ini mempunyai 6 permukaan rata 6


yang berbentuk segiempat sama sisi.

Bentuk ini mempunyai satu permukaan

melengkung dan satu permukaan rata

yang berbentuk bulat.

LAPORAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN BAHAN BANTU MENGAJAR


YANG DIBUAT
Kegunaan Bahan Bantu Mengajar Model Bentuk Tiga Dimensi
1. Model bentuk tiga dimensi ini digunakan untuk membantu murid belajar ciri-ciri setiap
bentuk tiga dimensi yang tersembunyi dengan lebih jelas.
2. Membantu pelajar mengenali ciri-ciri bentuk tiga dimensi.
Kebaikan Bahan Bantu Mengajar- Model Bentuk Tiga Dimensi
1. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik Tahun 2
khususnya dalam topik Geometri- Bentuk Tiga Dimensi.

19

2. Memainkan peranan sebagai membantu guru di dalam menerangkan ciri-ciri bentuk tiga
dimensi.
3. Dapat mengawal disiplin murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung kerana pelajar telah tertarik dengan bentuk tiga dimensi yang menarik.
4. Mengurangkan

kebosanan

murid

semasa

berlakunya

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.
5. Dapat menarik perhatian dan minat murid-murid untuk belajar kerana bentuk tiga dimensi
yang dibuat itu mempunyai warna yang menarik.
6. Pelajar dapat mengenali dan mengira ciri-ciri bentuk tiga dimensi dengan cara melihat terus
dan menyentuh bahan maujud yang ditunjukkan.
7. Saiz bentuk tiga dimensi yang besar telah menenangkan guru semasa membuat
penerangan kerana jelas dilihat oleh semua pelajar.
Kelemahan Bahan Bantu Mengajar Model Bentuk Tiga Dimensi
1. Hanya satu set model bentuk tiga dimensi yang dibuat menyebabkan aktiviti kumpulan
dijalankan dengan setiap kumpulan menerima satu atau dua model tiga dimensi untuk
mencari ciri-cirinya. .
2. Model tiga dimensi yang mempunyai permukaan yang melengkung mengambil masa yang
panjang untuk dibuat.
3. Oleh kerana bentuk sfera tidak dapat dibuat, jadi kumpulan kami terpaksa menggunakan
bola kecil untuk mewakili bentuk sfera.
Penambaikan bahan manipulatif Model Tiga Dimensi
1. Saiz model tiga dimensi yang besar menyebabkan guru susah untuk menyimpannya dan
membawanya.
2. Bilangan set model tiga dimensi perlu diperbanyakkan supaya semua kumpulan dapat satu
set model bentuk tiga dimensi.
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN BAHAN BANTU
MENGAJAR
Fasa Persediaan

20

Dalam fasa persediaan, murid diminta supaya merasai permukaan, tepi dan bucu meja mereka.
Saya dapati aktiviti ini telah menarik perhatian murid dan memberi persediaan kepada murid
untuk belajar topik pelajaran hari itu.
Fasa Imaginasi
Dalam fasa ini, guru membimbing murid supaya menamakan bentuk 3D dan ciri-ciri pada bentuk
3D dengan menggunakan bahan bantu mengajar, iaitu model bentuk 3D yang dibuat oleh saya
dan rakan saya. Dengan adanya model bentuk 3D, saya dapati murid-murid lebih menumpukkan
perhatian semasa saya mengajar dan mereka dapat membanding beza dan menyenaraikan ciri-ciri
setiap bentuk 3D dengan betul. Ini kerana mereka telah tertarik dengan model 3D yang cantik dan
menarik. Selain itu, mereka juga dapat mengira ciri-ciri bentuk 3D yang tersembunyi menggunakan
model bentuk 3D yang konkrit. Lembaran kerja 1 dan 2 telahpun membantu saya menguji
penguasaan murid dan keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar saya dalam P&P saya.
Hasil kerja murid amat memuaskan.
Fasa Perkembangan
Dalam fasa ini, murid diminta menjalankan aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Satu kelemahan
dalam aktiviti kumpulan ini adalah saya hanya menyediakan 1 set model bentuk 3D. Oleh itu,
setiap kumpulan hanya diberi satu atau dua model bentuk 3D serta lembaran kerja 3. Mereka
diminta mengira dan menyenaraikan ciri-ciri bentuk 3D. Seterusnya, wakil kumpulan diminta
membentangkan hasil perbincangan mereka. Semasa pembentangan, kumpulan lain juga diminta
membuat catatan dalam lembaran kerja yang diberi. Didapati murid dapat mengira ciri-ciri setiap
bentuk 3D. Hanya terdapat sedikit kesalahan dalam hasil lembaran kerja mereka.
Fasa Tindakan
Dalam fasa ini, murid diminta melengkapkan lembaran kerja 4. Mereka diminta menamakan
bentuk 3D berdasarkan huraian yang diberikan. Melalui lembaran kerja ini, saya telah dapati
bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran saya telahpun mencapai.

GAMBAR-GAMBAR
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

21

Pengajaran dan pembelajaran bermula dengan seronok.

Murid menyentuh meja untuk mengesan ciri-ciri meja.

Model bentuk 3D ditutup sebelum topik P&P diperkenalkan.

Aktiviti Pengenalan Ciri-ciri bentuk 3D


22

Guru model bentuk 3D dan meminta murid menyatakan ciri-ciri pada setiap
model bentuk 3D

Muri
d
memberi
sambutan
yang
menggalakkan
semasa
guru
menjalankan aktiviti senaraikan
ciri-ciri bentuk 3D.

23

Jawapan murid adalah betul dan lengkap.

Murid menyiapkan lembaran


kerja 1 dan lembaran kerja 2
dengan teliti.

24

Guru membimbing murid yang


lemah
untuk
menyiapkan
lembaran kerja yang diberi.

Aktiviti Perbincangan dan Pembentangan Kumpulan

25

Aktiviti Perbincangan dan Pembentangan Kumpulan

Murid-murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk melibatkan diri dalam


aktiviti kumpulan.

26

Guru Merumuskan P&P dan Murid Menyiapkan Lembaran


Kerja 4

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.

27

KESIMPULAN
Penyediaan Rancangan Mengajar yang sempurna dan Bahan Bantu Mengajar yang
menarik membolhkan

guru lebih berkeyakinan semasa menjalankan pengajaran dan

pembelajarannya. Guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan sistematik dan teratur dengan
persediaan

awal

yang

mencukupi.

Keadaan

elam-kabut

dalam

sesi

pengajaran

dan

pembelajarannya tidak mungkin berlaku. Selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru
boleh mengimbas kembali pengajaran dan pembelajarannya dan membuat refleksi. Guru juga
dapat meninjau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Jadi guru dapat
mencari alternatif dan langkah penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan
datang sekiranya mendapati kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Dengan
ini, pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih berkesan.
Bahan Bantu Mengajar

yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat

menarik perhatian murid-murid dalam pelajaran hari itu. Guru tidak lagi asyik bercakap dan murid
asyik mendengar. Pada masa kini, talk and chalk tidak sesuai lagi digunakan dalam era
pengajaran guru. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seronok dan mendapat tindak balas
yang lebih baik daripada murid-murid.
Secara kesimpulannya , Rancangan Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar yang telah
disediakan ini telah memberi manfaat bahkan kepada guru mahapun kepada murid-murid.
Berdasarkan hasil lembaran kerja murid, saya dapati penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran telah berjaya kerana murid-murid dapat menguasai kemahiran yang
telah diajar. Dengan secara langsungnya , proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan juga menimbulkan suasana pembelajaran yang harmonis.

28

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIREKA


MODEL BENTUK 3D
AKTIVITI 1 :
Dengan menggunakan kotak kosong, tin kosong, kertas lukisan, pisau, gam dan
gunting, kami menghasilkan bentuk asas bagi pepejal berbentuk 3 dimensi.
Antaranya adalah kuboid, kon, kubus, piramid, silinder dan sfera. .

29

AKTIVITI 2 :
Berdasarkan bentuk asas yang telah dibina, kami membalut permukaannya dengan

menggunakan kertas warna.


Kami membalut permukaan yang berbeza dengan warna yang berlainan supaya
dapat memudahkan murid untuk membilangnya.

AKTIVITI 3 :
Model bentuk 3D yang berwarna-warni telah siap dibina.

ISU- ISU UTAMA DALAM PENGAJARAN TAJUK GEOMETRI, UKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA
30

Pengenalan
Matematik adalah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah dan menengah
serta mencakupi banyak aspek.mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu yang
berketrampilan serta mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara
berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam
bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan dari
semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan
keperluan untuk membentuk negara maju.
Dalam tugasan individu subjek MTE 3111, saya dikehendaki mencari, mengenalpasti dan
membuat analisis isu-isu ataupun miskonsep yang berkaitan geometri, ukuran dan pengenalian
data melalui pembacaan, temubual dengan guru-guru berpengalaman dan pelbagai sumber yang
lain.
Isu-isu ataupun miskonsep merupakan kesilapan yang sering dilakukan secara berulangulang dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Kanak-kanak tidak tahu mereka
melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut kefahaman mereka yang sedia
ada. Kesilapan ini akan
konsep

mereka.

dilakukan berulang-ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan

Masalah

ini

sangat

serius

dan

saya

sebagai

seorang

bakal

guru

bertanggungjawab untuk mengenalpasti faktor-faktor berlakunya miskonsep-miskonsep ini.

Isu-Isu Atau Miskonsep Dalam Topik Geometri


Dalam konsep geometri, ianya memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang
tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh pelajar melalui
aktiviti manipulative yang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman
mereka tentang konsep geometri. Ramai di kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran
yang betul terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan
dengan latihan manipulatif.
Di sekolah rendah, terdapat 4 subtajuk dalam geometri yang perlu dikuasai oleh murid iaitu
elemen titik, garis dan plane, ciri-ciri bentuk 2 dimensi, ciri-ciri bentuk 3 dimensi dan pengukuran.
Manakala kesukaran atau miskonsepsi yang berkemungkinan dialami oleh murid adalah pelbagai.
Antaranya ialah kesukaran mengenalpasti dan keliru nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran
melibatkan

kedudukan

rajah,

kesukaran

memahami

ciri-ciri

bentuk

rajah,

kesukaran

31

membayangkan bentangan dan banyak lagi. Miskonsepsi-miskonsepsi

yang berlaku ini

merupakan cabaran besar yang perlu ditangani secara bijak oleh guru-guru.
Contoh Miskonsep 1
1.

2.

a) bulat

a) segiempat sama

b) bujur

b) segiempat tepat

c) sfera ( jawapan betul)

c) kuboid

d) hemisfera

d) kubus (jawapan betul)

Berdasarkan gambar rajah di atas, saya dapati miskonsep yang telah di lakukan oleh
murid ialah masalah kefahaman yang kurang mengenai bahasa Matematik . Bagi sesetengah
murid, kelemahan dalam Matematik mungkin disebabkan oleh kurang membaca, menulis dan
bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang
sebahagiannya belum pernah dengar di luar bilik matematik ataupun mempunyai erti yang
berlainan.
Seperti contoh di atas murid-murid tidak dapat membezakan antara bentuk bulat dengan
bentuk sfera. Begitu juga murid-murid menganggap dadu berbentuk segi empat. Namum, pada
dasarnya, dadu merupakan objek tiga dimensi dan berbentuk kubus.

Contoh Miskonsep 2
32

1. Bentuk ini mempunyai

2. Silinder mempunyai ___________.

___________.

a) 2 sisi, 2 permukaan rata,


a) 6 sisi
1 permukaan melekung ( jawapan betul)

b) 7 sisi
c) 8 sisi ( jawapan betul)
d) 9 sisi

b) 2 sisi, 3 permukaan rata


c)

4 sisi, 3 permukaan rata dan 2 bucu

d)

4 sisi, 3 permukaan rata dan 4 bucu

Penyelesaian :
Berdasarkan gambar rajah di atas, didapati murid tidak dapat membayangkan ciri-ciri bentuk tiga
dimensi

yang tersembunyi ( permukaan, sisi dan bucu atau dengan kata lain ialah kurang

keupayaan visualisasi.
Oleh yang demikian, saya telah mengkaji cara untuk mengatasi kedua-dua miskonsep ini
daripada berlaku. Saya sebagai guru telah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit bagi
mengajar bentuk tiga dimensi supaya murid mendapat gambaran yang jelas. Selain itu, bahan
bantu mengajar yang konkrit sangat penting kerana murid dapat menyelidik sendiri ciri-ciri bentuk
tiga dimensi.
Tambahan pula, murid tidak akan keliru untuk menetukan yang mana adalah merupakan
objek tiga dimensi dan yang manakah pula yang dimaksudkan dengan bentuk dua dimensi.
Kedua-dua miskonsep ini dapat diatasi dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan objek
maujud dengan efisien.
Selepas

saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran saya, saya juga dapati konsep

Matematik juga perlu diperkenalkan kepada murid dengan pelbagai bentuk kaedah dan
pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan contoh-contoh yang konkrit sebelum bergerak ke
konsep yang abstrak. Menurut Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi
mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa
teknik penyampaian iaitu :
33

i.

Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.

ii.

Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.

iii.

Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk
membuat perbezaan dan generalisasi.

iv.

Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematik yang
tepat.

Begitulah antara pendekatan yang perlu digunakan bagi mengatasi masalah miskonsepsi, sama
ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami sesuatu konsep. Guruguru perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid yang mempunyai pelbagai aras
pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha membimbing murid mengikut
perbezaan aras kecerdasan.
Menurut NCTM ( 2000 ) mempelajari geometri bukanlah hanya sekadar belajar tentang maksud
ataupun andaian tentang konsep geometri, tetapi mempelajari kebolehan untuk menganalisa ciriciri bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi di dalam bentuk-bentuk geometri. Di samping itu adalah
diharapkan pelajar ataupun murid dapat menghujahkan tentang perhubungan geometri bagi
mengenalpasti kedudukan dan ruang di dalam perhubungan geometri seterusnya mengaplikasikan
transformasi dan menggunakan simetri, visualisasi, pemikiran di dalam ruang dan model geometri
untuk menyelesaikan masalah.
Selain daripada isu-isu ataupun miskonsep yang yang kaji dalam rancangan mengajar saya,
terdapat contoh-contoh lain lagi. Contoh ini biasanya berlaku kepada murid tahap 2.
Contoh Miskonsep 3
Pepejal ini terdiri daripada 2-cm kubus, cari jumlah isipadu pepejal.

Jawapan murid ialah : Isipadu = 2 x 2 x 2 x 12


= 96cm3
Jawapan murid mungkin lain tetapi tidak tepat.
34

Sepatutnya : Isipadu = 2 x 2 x 2 x 18
= 144cm3
Penyelesaian:
Bagi mengatasi cabaran miskonsepsi di atas, guru boleh meminta murid menggunakan unit kubus
untuk membina lapisan-lapisan pepejal, supaya murid sedar terdapat lapisan yang tersembunyi.
Dalam situasi soalan di atas, murid harus disedarkan bahawa ada beberapa kubus yang
tersembunyi, jadi jumlah semua kubus ialah 18 bukannya 12.
Kebanyakkan pelajar mempelajari geometri di dalam bilik darjah adalah secara hafalan
(Mayberry, 1981; Fuys et al, 1988). Teknik yang sedemikian tidak memberi peluang kepada pelajar
untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik geometri. Pelajar yang belajar secara
menghafal cenderung untuk melupai maklumat-maklumat yang telah dihafal, keliru, ataupun tidak
mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut kepada situasi yang berbeza. Contohnya murid
sukar untuk mengingat dan keliru dengan nama-nama bentuk 2D dan 3D sekiranya guru hanya
menunjukkan rajah atau gambar sahaja kepada murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Bagi mengatasi cabaran di atas, guru mestilah menggunakan bahan bantu belajar(BBM)
konkrit/maujud yang ada di sekeliling murid dan selalu digunakan dalam kehidupan seharian
mereka untuk menyampaikan konsep geometri. Contohnya benda, lukisan dan bongkah atau
pepejal sebenar . Guru juga boleh mempraktikkan kaedah belajar sambil berhibur (elemen didik
hibur) sebagai pengayaan bagi mengukuhkan lagi ingatan murid.
Contoh Miskonsep 4
1.

2.

a)

Trapezium (jawapan betul)

a) trapezium

b) Rombus

b) rombus (jawapan betul)

c) segiempat sama

c) segiempat sama

d) segiempat tepat

d) segiempat tepat

Miskonsep ini telah melibatkan topik geometri iaitu murid tidak dapat membezakan
sepenuhnya cirri-ciri pada bentuk yang berbeza. Ini kerana murid menyangka bahawa bentuk
35

rombus itu ialah segiempat kerana mereka telah terbiasa dengan bentuk segiempat yang sangat
common dalam kehidupan seharian mereka. Walhal pada dasarnya, kedua-dua bentuk tersebut
mempunyai empat sisi yang sama panjang namun bentuk rombus mempunyai empat sisi selari
manakala segiempat bersudut 90 darjah. Begitu juga dengan segi empat sama dengan trapezium.
Kedua-duanya mempunyai dua sisi yang sama panjang yang bertentangan namun apa yang
membezakanny ialah trapezium mempunyai dua sisi bertentangan selari.
Penyelesaian:
Untuk mengatasi masalah ini, guru harus memberi penekanan kepada murid bahawa bukannya
semua bentuk segi empat adalah dinamakan segiempat. Terdapat beberapa segiempat istimewa
yang diberikan nama yang istimewa seperti trapezium dan rombus. Guru perlu memberi
penjelasan yang jelas kepada murid bahawa segiempat yang mempunyai dua garis selari yang
bertentangan dinamakan trapezium manakala segiempat yang mempunyai empat garis selari
dinamakan rombus.
Isu-Isu Atau Miskonsep Dalam Topik Ukuran
Pengajaran dan pembelajaran asa ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa dan waktu,
ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair. Konsep-konsep yang perlu dikuasai dalam
tajuk-tajuk asa ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang terdapat dalam asas
nombor.
Contoh Miskonsep 5
Sebungkus gula mempunyai berat 1525g. sebungkus tepung mempunyai berat 367g kurang
daripada gula tersebut. Apakah berat sebungkus tepung dalam kilogram dan gram.
Kesalahan murid
4

Pembetulan

12 15

1525g
367g
1168g

11 15

1525g
367g
1158g

1000

Jawapan murid setakat ini.


Jawapan betul = 1 kg 158 g

Miskonsep di atas ini sangat lazim ditemui dalam buku latihan murid. Biasanya, murid
seperti ini mengalami masalah kelemahan dalam pengiraan. Setelah menjalankan kajian dan
analisis, saya telah mendapati bahawa ada murid yang memahami konsep Matematik tetapi tidak
konsisten dalam pengiraan. Daripada pemerhatian saya, mereka melakukan kesilapan dalam
36

membaca simbol atau teknik penyelesaian operasi yang salah. Merujuk kepada gambar rajah hasil
kerja murid, jelas sekali bahawa mereka melakukan kesilapan dalam pengiraan operasi tolak.
Mereka tidak meminjam daripada rumah puluh. Murid telah membuat pengiraan tanpa mengambil
kira nilai digit. Selain itu, murid biasanya juga akan melakukan kesalahan kerana lupa membuat
penukaran unit.
Penyelesaian:
Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah saya perlu member penekanan kepada murid mengenai
pentingnya mengambil kira nilai tempat dan juga nilai digit dalam pengiraan. Bagi menarik minat
murid, kita juga boleh menggunakan alat bantu mengajar jadual nilai tempat bagi member
gambaran yang jelas kepada murid tentang besarnya nilai puluh berbanding nilai sa.
Seterusnya, bagi mengatasi masalah menukar unit, guru perlu mengingati murid supaya
bulatkan unit akhir kehendak soalan apabila membaca soalan.

Contoh Miskonsep 6

5 jam 45 minit
+ 2 jam 30 minit ( salah )
7 jam 75 minit

75 minit tidak ditukar kepada jam.

Jawapan murid setakat ini.

5 jam 45 minit
+ 2 jam 30 minit
7 jam 75 minit
-

60 minit
8 jam 15 minit ( betul )

Kesalahan di atas sering kali dilakukan oleh murid-murid, mereka terus menambah seperti
penambahan biasa tanpa menukar kepada jam kerana jumlah minit yang ditambah adalah
melebihi 60 minit. Sekiranya konsep penukaran minit kepada jam belum dapat dikuasai oleh murid,
mereka pasti tidak dapat membuat penambahan dan penukaran minit kepada jam dengan betul.
Kesalahan ini juga akan berlaku dalam operasi penolakan, pembahagian dan pendaraban.
Penyelasaian:
37

Langkah mengatasi kesalahan diatas ialah guru perlu member latihan berupa latih tubi di dalam
kelas dalam masa agar murid tidak mengulangi kesalahan yang sama. Guru juga perlumemberi
peneguhan bahawa 1 jam sama dengan 60 minit. Oleh itu, jika minit tersebut melebihi minit maka
perlu ditukar kepada jam. Guru perlu membimbing murid cara membuat penukaran minit kepada
jam. Contohnya:
75 minit 60 minit ( 1 jam ) = 15 minit. Oleh itu, 1 jam perlu ditambah pada 7 jam supaya
mendapat jawapan 8 jam 15 minit.
Bagi murid yang membuat jawapan yang salah mereka dikehendaki membuat pembetulan.

Contoh Miskonsep 7

21.62 kg + 896 g = _________kg


=896g 100

Rumus

= 8 . 9 6 kg

1 kg = 1000g
Dan bukannya 100

2 1 . 6 2 kg
+

8 . 9 6 kg
3 0 . 5 8 kg

salah

Kesukaran tidak menghafal rumus tentu akan menghalang murid-murid daripada


melakukan proses kerja matematik dengan baik. Murid mesti menghafal berbagai-bagai rumus.
Bagi kesukaran ini murid keliru dalam menggunakan rumus dan menggunakan rumus bukan pada
soalan yang dikehendaki.
Bagi soalan ini, kesilapan yang ditunjukkan oleh murid ialah menggunakan nilai 100 bagi
menukar g kepada kg. Padahal rumus yang sebenar ialah dengan membahagi nilai dengan 1000.

Penyelesaian:

38

Penyelesaian kesalahan ini ialah membantu muird-murid mengatasi miskonsep ini. Pendekatan
yang berbentuk menhiburkan boleh digunakan agar murid dapat mengingati konsep-konsep dalam
tajuk-tajuk ukuran dengan lebih tepat. Penyelesaian yang melibatkan penukaran akan lebih mudah
diselesai oleh murid sekiranya mereka menghafal rumus-rumus dalam matematik.
Sebagai contoh :

mm 10
= mee maggi

cm 100
cepat masak

m 1000
mari

km
kita makan

Ml 1000 l

g 1000 kg

= mira lari bahaya (bahagi) lori

= Gee balik ( bahagi ) kampung

Isu-Isu Atau Miskonsep Dalam Topik Pengenalian Data


Dalam pengendalian data, miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah
semasa hendak mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah atau data yang terlibat. Penggunaan
istilah-istilah khusus berkaitan pembolehubah dan data boleh mengelirukan murid.
Antara miskonsepsi yang sering berlaku dalam perwakilan data ialah perwakilan secara
simbol dan gambar. Penggunaan simbol dan gambar dengan sebahagian atau pecahan dan
bilangan item kerapkali memberikan interpretasi yang salah kepada murid. Kesilapan ini akan
mempengaruhi jawapan murid.
Contohnya interpretasi yang salah berkaitan piktograf. Piktograf ialah satu bentuk paparan
data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Setiap palang
dalam histograf bercantum pada sempadan kelas antara satu sama lain. Piktograf ialah perwakilan
data yang paling mudah dan ia menggunakan gambarajah yang diwakili oleh

simbol. Di dalam

piktograf, data yang ditunjukkan atau diwakilkan berbentuk simbol atau gambar.
Kesilapan sering berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza
saiz dan ruang di antara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan
perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah mengira

39

perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian membuat anggaran
bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan teliti.
Contoh Miskonsep 7
1. Bilangan ikan yang ditangkap oleh Pak Abu dalam 5 hari.
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat

mewakili 50 ekor ikan


a) Hari yang manakah mempunyai bilangan ikan yang paling banyak
ditangkap?
Jumaat dan Selasa. Salah . (Jawapan betul ialah Jumaat sahaja.)
b) Dalam hari yang manakah mempunyai bilangan yang yang sama bagi ikan
yang ditangkap?
Isnin dan Rabu. Betul.
c) Hitung jumlah bilangan ikan yang ditangkap dalam 5 hari itu.
12 ekor. Salah . (Jawapan betul ialah 4 X 50 = 200 ekor.)
Miskonsep ini berlaku kerana murid tidak dapat

memindahkan maklumat daripada piktograf

kepada nombor. Murid juga tidak member focus kepada petunjuk yang diberi dalam piktograf iaitu
1 ekor ikan mewakili 50 ekor ikan. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memindahkan
maklumat dengan betul kerana mereka mengabaikan petunjuk ataupun pewakilian simbol tersebut.
Selain itu, jika murid tidak dapat memindahkan maklumat piktograf kepada nombor kerana tidak
pandai membaca piktograf, maka mereka akan menjawab soalan sesuka hati.
Penyelesaian:
Setelah mengenalpasti miskonsep ini, guru perlu memberikan penekanan kepada murid setiap kali
mereka diberi soalan yang melibatkan piktograf supaya peka terhadap petunjuk yang diberi. Guru

40

juga perlu mengingatkan murid-murid bahawa petunjuk adalah sangat penting untuk memindahkan
maklumat daripada piktograf.
Selain

itu,

bagi

mengatasinya

guru berperanan

untuk menjelaskan

cara-cara

menginterpretasi piktograf dengan betul langkah demi langkah. Murid-murid juga hendaklah selalu
diingatkan agar meneliti setiap perwakilan

simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi.

Gunakan contoh yang jelas supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran melukis simbol
dengan betul dan mewakili data dengan tepat. Guru boleh membimbing murid menggunakan
teknologi seperti perisian komputer sebagai pengayaan.
Kesimpulan
Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada
peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak
terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan dalam penguasaan konsep
dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila
mereka berada di sekolah menengah sekiranya tidak ditangani dari awal.
Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan oleh guru-guru bagi mengatasi kesukaran dan
miskonsepsi di kalangan murid-murid dalam Matematik. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
guru-guru untuk berusaha mencari kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai dan menarik agar
murid faham dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran dan
pembelajaran

Matematik.

Cabaran-cabaran

ini

harus

ditangani

sebaik

mungkin

demi

memantapkan penguasaan modal insan negara dengan pengetahuan lengkap dalam bidang sains
dan matematik yang menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.

41

Refleksi
Saya berasa amat syukur kerana pada akhirnya saya juga dapat menyiapkan kerja kursus
yang diberikan oleh pensyarah dengan sempurna dan saya amat berpuas hati dengan hasil kerja
tugasan saya.
Bagi tugasan 1, saya berasa tidak susah kerana peta minda pembelajaran tentang topiktopik MTE3111 telahpun saya siapkan dengan sempurna. Ini kerana sebagai seorang guru,
membuat peta minda i-Think telah biasa bagi kami.

Dalam masa membuat tugasan ini, kami

boleh mengambil kesempatan untuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan.


Bagi tugasan 2 pula, kami dikehendaki menyediakan satu bahan bantu mengajar

untuk

matematik sekolah rendah antara topik geometri, ukuran, dan pengendalian data menggunakan
teknologi komputer. Setelah berbincang, saya dan ahli kumpulan saya Lim telah membuat
keputusan memilih topik geometri bentuk tiga dimensi untuk diajar. Tugasan ini mengambil masa
yang panjang. Sebelum membuat tugasan ini, saya dan ahli kumpulan telah banyak berbincang
untuk mendapatkan idea yang baik dan menarik. Kami juga banyak melayari internet dan merujuk
buku-buku rujukan untuk mendapat maklumat-maklumat.
Selain itu, kami juga bersama-sama mengumpulkan maklumat, menyediakan bahan bantu
mengajar yang menarik perhatian murid. Tugasan 3 ialah merancang aktiviti P&P dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang dibuat. Saya juga mengambil masa yang panjang
untuk merancang aktiviti P&P saya. Kami bersama-sama membuat bahan bantu mengajar iaitu
model bentuk 3D. Bagi saya, bahan bantu mengajar memainkan peranan yang sangat penting
dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan
maujud dalam penyampaian isi pelajaran sesuatu topik. Bahan maujud yang menarik dan
berwarna-warni serta berkaitan dengan kehidupan anak murid juga dapat menarik perhatian dan
tumpuan murid-murid untuk belajar. Dengan ini, deria murid dapat dirangsangkan. Jadi, muridmurid akan dapat memberi tindak balas yang sepatutnya. Dengan adanya bahan konkrit,
penyampaian isi pelajaran dan penjelasan guru lebih berkesan. Dengan ini, objektif pembelajaran
lebih mudah dicapai.
Selepas itu, saya untuk membuktikan keberkesanan rancangan mengajar dan bahan bantu
mengajar yang dibuat. Saya telah menggunakan model bentuk 3D yang dibuat untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, saya amat memuaskan kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya telah
mencapai objektif dan keberkesanan rancangan itu adalah sangat baik. Model bentuk 3D yang
digunakannya mendapat sambutan murid yang amat menggalakkan.

42

Merujuk kepada hasil lembaran kerja murid, saya dapati proses P&P yang dijalankan
dengan penggunaan bahan bantu mengajar lebih berkesan berbanding dengan Proses P&P yang
tidak menggunakan sebarang bahan bantu mengajar.
Jadi, melalui tugasan ini, saya telah menyedari bahawa betapa pentingnya peranan bahan
bantu mengajar

dalam suatu proses P&P dalam mencapai objektif yang diingini. Ini telah

membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada masa depan.
Bak kata pepatah Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Melalui kerja kursus ini,
saya juga dapati betapa pentingnya kerjasama antara ahli kumpulan dalam menghasilkan dan
menyiapkan suatu kerja kursus yang baik.
Bagi tugasan 4 pula, saya telah saya mencari, mengenalpasti dan membuat analisis isuisu ataupun miskonsep yang berkaitan geometri, ukuran dan pengenalian data melalui
pembacaan, temubual dengan guru-guru berpengalaman dan pelbagai sumber yang lain. Selepas
menyiapkan tugasan ini, saya telah mengetahui Isu-isu ataupun miskonsep merupakan kesilapan
yang sering dilakukan secara berulang-ulang dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut
kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-ulang sehingga ada
orang yang memperbetulkan konsep mereka.
Masalah ini sangat serius dan saya sebagai seorang bakal guru bertanggungjawab untuk
mengenalpasti

faktor-faktor berlakunya miskonsep-miskonsep ini. Oleh itu, adalah menjadi

tanggungjawab guru-guru untuk berusaha mencari kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai dan
menarik agar murid faham dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami, iaitu Pn. Nor Azian Bt Badri atas tunjuk ajar beliau dan panduan kerja kursus
yang diberinya kerana tanpa bantuannya, kami tidak boleh menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna.

43

Rujukan

BUKU RUJUKAN MTE 3111


1. Dewan Bahasa dan Pustaka (2011). Buku Teks Matematik Tahun 2 Jilid 1. Kuala
Lumpur.
2. Dewan Bahasa dan Pustaka (2011). Buku Aktiviti Matematik Tahun 2. Kuala
Lumpur.
LAMAN WEB
1.

RPH matematik KSSR. Dimuat turun dari webside :


http://islamicplayer.blogspot.com/2013/11/rph-matematik-kssr-tahun-1.html
pada 18 Mac 2014.

2.

Cabaran dalam pengajaran. Dimuat turun dari webside :


http://cikgusari74.blogspot.com/2013/11/krm-3063-cabaran-dalam-pengajaran.html

3.

pada 16 Mac 2014.


Miskonsep dalam pengajaran matematik. Dimuat turun dari webside:

http://matematikasfunfunfun.blogspot.com/2012/08/miskonsepsi-dalampengajaran-bentukdan.html pada 15 Mac 2014.

Jurnal :
Lai Kim Leong,Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan, Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di sekolah Rendah.

44

LAMPIRAN RUJUKAN
DAN
HASIL LEMBARAN KERJA MURID

45

Anda mungkin juga menyukai