Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 1

Hari pertama iaitu pada 30 Oktober 2014, bersamaan dengan hari Khamis,
Program BIG telah dimulakan. Pada pukul 7 pagi, semua pelatih berkumpul di garaj
bas dan mula memindahkan peralatan dari stor ke garaj bas. Program BIG ini
dirasmikan di pulako pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan daripada Ketua Kem iaitu
Encik Hanafi Bin Ghazali. Pada pukul 8 pagi, bas mula bertolak dari IPG Kampus
Ipoh ke Pulau Pangkor. Pada pukul 11.30 pagi, kita sampai di jeti. Dengan menaiki
van, kita tiba di Pangkor Village Resort yang merupakan tapak perkhemahan kami
pada pukul. Makanan tengah hari telah disediakan oleh pihak resort tersebut.
Selepas makanan tengah hari, pengembaraan ke teluk batik yang dipimpin oleh En
Hanafi bin Ghazali dijalankan. Setelah itu, aktiviti kawad kaki dijalankan di tepi
pantai. Selepas makan malam, latihan dalam kumpulan digantikan dengan
pemberian ceramah daripada En Hanafi. Pelaporan perkembangan aktiviti program
BIG dijalankan selepas ceramah tersebut.

Pada hari kedua iaitu pada 31 Oktober 2014, semua pelatih bukan beragama
Islam berkumpul di dewan manakala pelatih yang beragama Islam menuju ke surau
pada pukul 5.30 pagi untuk tazkirah moral dan solat. Selepas pengambilan sarapan
pagi iaitu pada pukul 8.30 pagi, aktiviti kembara bermula. Disebabkan cuaca hujan,
kembara di hutan tidak dapat dilaksanakan bagi menjamin keselamatan semua.
Maka, lokasi untuk menjalankan aktiviti kembara ditukar kepada pengembaran di
sepanjang jalan dari tapak perkhemahan ke jeti. Sepanjang pengembaraan ini,
terdapat 3 checkpoint yang memerlukan pelatih menjalankan aktiviti yang
disediakan. Selepas selesainya pengembaraan ini, semua pelatih mengambil
makanan tengah hari. Latihan dalam kumpulan pada hari ini ditugas oleh En.
Tajuddin. Satu permainan yang melibatkan modal telah diadakan. Selepas makan
malam, tazkirah moral dan solat dijalankan. Latihan dalam kumpulan diteruskan
pada pukul 9 malam. Permainan lain dijalankan namun modal yang ada pada setiap
kumpulan terus digunakan. Seterusnya, aktiviti program diambil alih oleh En. Hanafi
bin Ghazali. Setiap ketua ahli jawatankuasa dikehendaki untuk melaporkan sebarang
perkembangan sepanjang perkhemahan BIG ini.

Pada hari keesokkannya iaitu pada 1 November 2014, semua pelatih juga
dikehendaki berkumpul pada pukul 6 pagi untuk masa solat dan tazkirah moral.
Selepas itu, aktiviti program BIG diambil alih oleh En Hanafi bin Ghazali dengan
mengkehendaki setiap ketua ahli jawatankuasa melaporkan sebarang perkara yang
penting dengan ringkas. Selepas makanan pagi, aktiviti air dijalankan. Pemanasan
badan dilakukan sebelum menjalankan aktiviti air. Setiap pelatih dikehendaki untuk
belajar terapung dan berenang dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu
sebelum menjalankan aktiviti berenang dari tengah laut ke darat. Dua kumpulan
dikehendaki untuk menjalankan aktiviti berenang dari tengah laut ke darat manakala
kumpulan lain menjalankan aktiviti cara menggunakan pukat dan cara menggunakan
tali sebagai alat menyelamatkan orang lain dalam air dengan pimpinan En Mazlan
dan En Saiful. Aktiviti ini dijalankan secara bergilir-gilir mengikut kumpulan. Selepas
pengambilan makanan malam, majlis persembahan dijalankan pada 9.30 malam.
Selepas itu, majlis penutup bagi program BIG dijalankan.

Pada hari terakhir iaitu pada 2 November 2014, solat dan tazkirah moral juga
dijalankan pada pukul 6 pagi. Selepas itu, refleksi dan rumusan dijalankan. Ahli
jawatankuasa induk membuat refleksi atas program BIG dan memberi pendapat bagi
penambahanbaikan. Satu wakil daripada kelas P1, P2 dan P3 masing-masing juga
dipilih untuk membuat refleksi. Selepas ucapan daripada para jurulatih yang bertugas
dalam program BIG ini, majlis refleksi dan rumusan ditamatkan. Sesi fotografi
dijalankan selepas tamatnya majlis refleksi dan rumusan. Perjalanan balik ke IPG
bermula pada selepas pengemasan tapak khemah dan peralatan telah disiapkan.
Sebelum sampai ke jeti, kita bersinggah di kedai membeli barang asli dari Pulau
Pangkor dan makan makanan tengah hari. Pada pukul , kami sampai ke jeti dan
seterusnya sampai ke IPG pada pukul. Apabila sampai di IPG, peralatan dipindah
dan disimpan di stor.

Kesimpulannya, BIG pada kali ini penuh dengan pelbagai memori yang indah
kerana kami dapat mencuba pelbagai aktiviti yang tidak pernah dilakukan sebelum
ini. Bukan itu sahaja, program perkhemahan ini juga dapat membentuk jati diri
semua guru pelatih dan membina kekentalan mental untuk menghadapi cabaran
yang mendatang pada masa depan.
BINA INSAN GURU

FASA 1

PULAU PANGKOR

SEMESTER 1, 2014

Memasang khemah Berkawad di tepi pantai

Bersedia untuk turun laut Melakukan terapi pasir

Berbincang dengan ahli kumpulan


Mendengar takimat
dalam aktiviti merentas desa

Anda mungkin juga menyukai