Anda di halaman 1dari 4

Ciri masy ppt1

Ciri budaya ppt2


Perpaduan ppt2
Usaha kerajaan ppt2 ppt6 rancangan pembangunan
Ciri demokrasi /
Unsur tradisional k.sosial /
Asas hub etnik dlm agama /
Peranan masy terhdp matlamat rukun ng /
Masy pluralistik ppt3 ppt4

ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM


1. Berkenal-kenalan (taruf)
-Allah cipta manusia dalam pelbagai bangsa, warna kulit dan
sebagainya
-Perbezaan sifat tersebut janganlah dijadikan halangan untuk
hidup bermasyarakat dan kenal mengenali antara satu samalain,
tetapi ia seharusnya dijadikan tarikan untuk berhubung antara
satu samalain



[49:3] Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi
Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati
mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan
pahala yang besar. (Hujurat : 3)
-Kenal mengenali di sini bukan hanya bermaksud mengenali
nama sahaja tetapi lebih daripada itu iaitu mengenali latar
belakang keluarga, keturunan, budaya, adat, tradisi seseorang
individu dan sesebuah bangsa.
-Dengan wujudnya budaya kenal mengenali ini maka secara tidak
langsung akan mengelakkan perkelahian antara individu, etnik
dan juga bangsa.
2. Faham memahami (Tafahum)
-Apabila satu-satu etnik mengenali budaya, adat, tradisi etnik
lain, maka akan lahir sifat untuk memahami budaya etnik
tersebut secara lebih dekat. Umpamanya kenapa orang Islam
Islam melaungkan azan setiap kali sebelum solat, kenapa orang
Hindu bawa kavadi dan sebagainya.
-Apabila seseorang memahami budaya etnik lain, maka mereka
tidak akan menentangnya kerana sedar ia adalah tuntutan
agama, masyarakat dan sebagainya.
-Dengan itu akan melahirkan rasa hormat-menghormati antara
satu samalain.
3. Bekerjasama (Taawun)
-Apabila wujud persefahaman di antara anggota masyarakat,
maka ia akan melahirkan konsep tolong-menolong dan
bekerjasama dalam satu-satu aktiviti.
-Konsep tolong-menolong di sini bukan hanya terhad kepada

pertolongan berbentuk tenaga sahaja, tetapi melewati


pertolongan kewangan, buah fikiran dan sebagainya.
-Konsep bekerjasama dan tolong-menolong antara etnik bukan
hanya menguntungkan satu etnik sahaja tetapi juga seluruh
masyarakat. Umpamanya berkerjasama dalam mencegah
jenayah, membina kekuatan ekonomi, politik dan kemajuan
negara itu sendiri.
4. Persaudaraan (Ukhwah)
-Dalam konteks Islam, semua orang Islam adalah bersaudara.
Tanpa mengira etnik, warna kulit, pertuturan dan sebagainya.
-Apabila wujud konsep persaudaraan Islam dalam jiwa setiap
muslim, maka akan lahir sifat ikhlas, belas kasihan dan
sebagainya. Selanjutnya ia tidak akan menyebabkan seseorang
itu melakukan perkara yang tidak baik kepada saudara
seislamnya
-Sifat persaudaraan tanpa mengira etnik dan warna kulit ini
akhirnya menjadikan umat Islam satu kesatuan. Natijahnya umat
Islam akan digeruni dan dihormati oleh musuh.
5. Kasih Sayang (Mahabbah)
-Apabila seseorang itu memahmi konsep persaudaraan Islam
maka akan lahir sifat kasih mengasihi antara satu samalain.
-Dengan kasih sayang seseorang akan menyebabkan seseorang
rasa tidak tenang apabila melihat saudaranya berada dalam
kesusahan. Ia merasakan bahawa ia berkewajipan untuk
membantu meringankan kesusahan saudara seislamnya
-Dalam Islam konsep kasih sayang ini tidak terhad kepada
sesama Islam sahaja, tetapi melewati batasan etnik dan warna
kulit.
-Kasih sayang yang mendalam tehadap anggota masyarakat dan
umat akan membawa kedamaian hidup dalam sesebuah
masyarakat dan negara.
6. Jamin menjamin (Tadhamun)
-Kasih sayang antara anggota masyarakat akan melahirkan sifat
jamin menjamin dari sudut ekonomi, sosial, hak asasi manusia
dan juga perundangan.
-Ekonomi : Seseorang muslim akan memberi nafkah, infak, zakat,
sedekah, waqf dan sebagainya untuk menjamin golongan kurang

bernasib baik mendapat pembelaan dan hidup yang lebih


sempurna.
-Perundangan : Undang-undang Islam memberi jaminan bahawa
setiap orang, termasuk orang bukan Islam akan dibela dan di
jamin keselamatan jiwa, harta, akal dan agama masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai