Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

PERINGKAT IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


TAHUN 2021

1.0 Pengenalan

Pada 31 Mac 2021, bertempat di padang IPG Kampus Dato’ Razali Ismail telah
berlangsungnya perkhemahan unit beruniform bagi tahun 2021. Aktiviti perkhemahan ini
diadakan selama 4 hari 3 malam dan telah berjalan lancer dan dengan jayanya.
Perkhemahan yang saya sertai ini merupakan siri yang pertama di mana ia melibatkan
dua pasukan unit beruniform iaitu pasukan Pandu Puteri Kadet dan juga pasukan Bulan
Sabit Merah Malaysia. Sejajar dengan pematuhan SOP lantaran pandemik Covid-19,
perkhemahan ini melalui 3 siri.

2.0 Sebelum perkhemahan


Sebelum perkhemahan, peserta diarahkan untuk mengagihkan JK kepada ahli dan
melaksanakan bidang tugas masing-masing. Peserta perlulah menjalankan bidang
tugas masing-masing di mana anggota perlu membuat persediaan yang sepatutnya
sebelum perkhemahan bermula.

3.0 Semasa perkhemahan

3.1 Hari pertama –

Sebelum sesi taklimat, guru pelatih berkumpul, kami diminta untuk


melaporkan diri dan melakukan pemeriksaan suhu di tempat yang ditetapkan.
Setelah selesai melaporkan diri, pelajar disediakan dengan sarapan pagi. Para
guru pelatih diarahkan untuk berkumpul mengikut unit masing-masing dan
taklimat disampaikan oleh pensyarah-pensyarah bertugas dan juga ketua
komanden. Setelah itu guru pelatih diarahkan untuk menyerahkan barangan
berharga seperti telefon bimbit dan sebagainya kepada pensyarah bertugas
untuk mengelakkan berlakunya sebarang kehilangan.
Setelah selesai sesi taklimat, peserta diarahkan bergerak ke tapak
perkhemahann untuk pemasangan khemah. Sebelum peserta memasangnya,
pensyarah bertugas, memberikan sedikit taklmat tentang cara-cara yang betul
untuk memasang khemah. Pada masa yang sama, peserta juga diarahkan untuk
melukis layout susunan gajet dan juga khemah di tapak perkhemahan.
Setelah selesai pemasangan khemah, sekitar jam 12.30 tengah hari, peserta
diarahkan untuk bersiap sedia untuk solat zohor berjemaah di balai islam.
Apabila selesai solat, peserta bergerak ke tapak perkhemahan semula.
Pensyarah bertugas mengarahkan wakil unit beruniform untuk mengambil alatan
seperti gergaji, parang, cangkul dan sebagainya untuk penciptaan gajet.
Kemudian, peserta dibenarkan untuk mengambil buluh dan batang kayu yang
disediakan untuk memulakan pembinaan gajet termasuklah pagar, tiang
bendera, rak alatan taam dan sebagainya. Untuk kumpulan saya, saya
ditugaskan untuk membina tiang bendera dan juga pagar tapak perkhemahan.

3.2 Hari kedua

Selepas menunaikan solat subuh, peserta dikehendaki berkumpul di hadapan


tapak perkhemahan untuk aktiviti Malaysia Cergas yang perlukan dilakukan oleh
peserta setiap kali selepas solat subuh sepanjang waktu perkhemahan sebagai
rutin pagi.
Semua pasukan diarahkan untuk berkumpul di litar Kawad untuk istiadat pagi.
Peserta dimaklumkan bahawa setiap pagi sepanjang perkhemahan, peserta
dikehendaki melakukan istiadat pagi di litar Kawad sebagai rutin pagi di mana
upacara termasuklah Kawad, nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan
IPGM, dan juga ucapan daripada ketua komanden atau pensyarah bertugas.
Untuk aktiviti seterusnya, setelah istiadat selesai, aktiviti yang dijalankan ialah
kembara dan juga masakan rimba. Peserta bergerak dari IPG sekitar jam 11.00
pagi dan berjalan kaki untuk ke tempat pengembaraan selama sekita 1 jam 30
minit. Setelah peserta tiba di tapak masakan rimba, peserta diarahkan untuk
mengambil peratan memasak dan memulakan aktiviti masakan rimba. Peserta
diberikan masa lebih kurang 1 jam untuk menyiapkan masakan rimba mereka
mengikut kumpulan yang telah ditetapkan dan hasil kerja akan dinilai oleh
pensyarah bertugas. Setelah aktiviti selesai, peserta bergerak pulang semula ke
tapak perkhemahan seterusnya bersiap sedia untuk menunaikan solat.
Pada waktu malam pula, setelah peserta selesai melaksanakan solat fardhu
maghrib dan isyak secara berjemaah, semua peserta diminta berkumpul di
tempat yang telah ditetapkan untuk sesi aktiviti unit beruniform iaitu balutan dan
anduh bersama pensyarah bertugas iaitu Encik Yunus.
3.3 Hari ketiga

Selepas rutin pagi dilakukan, aktiviti unit beruniform yang seterusnya iaitu
ikatan dan simpulan, dan di stesen-stesen yang telah ditetapkan. Peserta
diarahkan bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Di stesen yang berbeza,
peserta dapat mempelajari ikatan dan simpulan yang berlainan dan diajarkan oleh
para penyarah bertugas.
Pada waktu tengah hari, selepas solat fardhu zohor, Ujian 6 stesen
merupakan aktiviti seterusnya. Peserta diminta berkumpul dan bergerak mengikut
kumpulan masing-masing seterusnya menjalankan ujian termasuklah Kawad kaki,
anduh dan balutan, dan juga ikatan dan simpulan.
Setelah selesai sesi ujian, peserta dibenarkan untuk menyiapkan pembinaan
Kraf Kem / gajet dan sterusnya bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu
maghrib dan isyak secara berjemaah. Dan aktiviti terakhir pada hari tersebut ialah,
malam kebudayaan di mana peserta perlulah melakukan persembahan mengikut
jenis persembahan yang ditetapkan oleh pensyarah.

3.4 Hari keempat

Untuk hari terakhir perkhemahan, semua unit diarahkan berkumpul di litar


Kawad untuk Istiadat Pagi Rasmi. Setelah itu, pemeriksaan dan penilaian kraf
perkhemahan dilakukan oleh pensyarah bertugas.
Sebelum aktiviti pembersihan tapak perkhemahan, sesi Khidmat Komuniti /
Refleksi diadakan Bersama Encik ROsmadi di mana pelajar dikehendaki
melakukan rumusan dan refleksi sepanjang 4 hari berkhemah. Encik Rosmadi
mengarahkan kami untuk melakukan SWOT Analysis secara ringkas tentang
perkhemahan yang berlangsung.
Setelah itu, peserta diarahkan untuk melakukan aktiviti pembersihan tapak
perkhemahan, mengemas dan memulangkan peralatan yang digunakan. Akhir
sekali, majlis penyampaian hadiah diadakan. Seterusnya, pelajar dibenarkan
untuk pulang setelah makan tengah hari dan saya merupakan antara ahli yang
ditugaskan untuk mengagihkan makanan tengah hari kepada para peserta.
4.0 Selepas

Selepas selesai sesi perkhemahan, peserta diarahkan untuk menyediakan laporan dan
refleksi sepanjang perkhemahan yang dijalankan.
5.0 Laporan jawatankuasa

Jawatankuasa: JK Isitiadat Pagi

Ahli:
1. Aina Insyirah Binti Abd Rashid
2. Nurul Nurisya Binti Mat Yusoff
Bidang Tugas:
- Menaikkan panji
- Memasang audio (Lagu Negaraku, Lagu Dunia, Lagu Bunga, Lagu Negeri
Terengganu)
Laporan / refleksi:

Pada hari pertama perkhemahan, pemimpin kami iaitu Puan Samsiah


mengajarkan kami cara pemasangan dan juga penurunan bendera PPK. Kami
diarahkan melantik wakil PPK untuk bertugas bahagian bendera (pasukan panji-
panji) setiap kali istiadat pagi dan mengajarkan semula sepertimana yang diajarkan
oleh pemimpin. Untuk istiadat pagi, selain pasukan panji-panji, kami juga diarahkan
untuk melantik komander istiadat untuk mengetuai istiadat pagi. Upacara yang
termasuk dalam istiadat pagi ialah pembentukan ladam kuda, nyanyian lagu dunia
dan juga ucapan pemimpin.

6.0 Refleksi

6.1 Kekuatan (Strength)

Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti ialah program perkhemahan ini sangat
membantu dalam membina jati diri speserta. Bukan itu sahaja, peserta juga
dapat belajar banyak ilmu baharu yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan
seharian pada masa akan datang. Dari segi Kerjasama pula, peserta sangat
memberi Kerjasama yang baik dalam membantu antara satu sama lain
sepanjang perkhemahan tanpa mengira unit.

6.2 Weakness (Weakness)

Kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah segelintir peserta tidak menepati masa
di mana peserta hadir lewat ke tapak aktivti yang diarahkan oleh ketua
komanden. Selain itu, ada segelintir peserta yang tidak mematuhi etika
pemakaian sepanjang aktiviti perkhemahan yang telah ditetapkan.
6.3 Peluang (Opportunity)

Peluang yang dapat dikenal pasti dari perkhemahan ini ialah diharapkan agar
peserta diberi peluang jangka masa yang lebih Panjang untuk perkhemahan siri
yang akan dating. Dan juga diharapkan aktiviti dapat ditambah lagi untuk
pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

6.4 Cabaran / ancaman (Threat)

Antara ancaman yang paling ketara sepanjang perkhemahan ialah ancaman dari
segi cuaca yang menentu. Dan pada sesuatu masa, keadaan cuaca terlalu
panas di mana ia menjadi satu cabaran kepada para peserta untuk menjalankan
aktiviti unit beuniform.
7.0 Penutup
Harapan saya agar perkhemahan ini dapat dijalankan lagi pada masa akan dating
supaya kami dapat menimba ilmu yang lebih banyak dan sebagai persiapan kepada
kami untuk mendidik anak murid kami pada masa akan dating.
LAMPIRAN
LAMPIRAN – GAMBAR AKTIVITI PERKHEMAHAN

Anda mungkin juga menyukai